Monday, September 15, 2008

Tag : Beg Doremon

Tag dari Siti Fatimah
Kali ni terima tag dari Siti Fatimah lagi. Handbeg aka Beg doremon. Sebenarnya dah lama sangat aku tak ber'handbeg' ni. Lagi-lagila sejak anak dara lagi aku ni memang jarang berbeg doremon. Selalu bawak purse jer. Tu pun leh kira la braper kali setahun aku bwk purse coz yang selalu2nya aku tk bawak apa2..heheh..:D. Bagus kan.. Aku bagi ic kat hubby aku jer. Jalan bawak diri..kihkihkih.. Kira klau bawak beg slalunya yang ada adalah...


purse dr hubby ku ( hantaran kahwin) seperti biasala..apa yang ada..sekeping dua note rm, kad atm, kad kahwin, kag utang dan gambar aku, hubby dan anakanda.

pampers anakanda sekeping. kegunaan time emergency..
wet tissue. aku memang slalu bawak wet tissue nie. senang,byk kegunaan.
Percaya atau tidak memang ini je la yang ada kat beg doremon aku. Make-up memang tkde, bedak pun tkde coz slalu letak bende2 tu kat beg telekung jer.

tag kepada : wid
hannan
fied

Tuesday, September 9, 2008

Konvo..Tahniah

UTM Skudai...Konvo adindaku Zulhelmi..Tahniah


20 Aug 2008 hari tue, adik ku Zulhelmi konvo kat UTM, Skudai. So secara tak langsungnya aku pun menjejakkanlah kaki ku ke tempah ku blajar dahulu setelah sekian lama tak menjejakkan kaki di sana. Tiba-tiba teringatlak zaman-zaman blajar kat sini..chewah.. tapi tde yang berubah pun aku tengok..sama je cuma signboard la berubah sikit. Lawa dari yang dulu. Anyway Congratulation tuk ZulEmi yang dah 3 tahun berhempas pulas study, akhirnya dapat gak menghabiskan diplomanya. Pasni berhempas pulas wat ijazah lak yer.

Kitorang memulakan perjalanan dari Terengganu - JB pada jam 1300, 19 Aug 2008. Anniversary kitorang tu..hehe.. Kira sambut anniversary dalam perjalanan ke JB la. Perjalanan bermula dari Kuala Terengganu -> Marang -> Dungun -> Paka -> Kerteh -> Kemaman ->Cherating -> Kuantan -> Pekan -> Rompin -> Mersing. Kitorang masuk Mersing lebih kurang jam 1700. Kemudian perjalanan diteruskan ke JB. Sesampai di JB kami terus ke Stulang Laut, cari makan. Bestnya dapat makan otak-otak Johor. Memang favourite aku la tue. Kami menginap di New York Hotel,JB. Sok adikku konvo pagi, so lepas sarapan leh la pi UTM. Family ku yang lain semua bertolak esok pagi-pagi sebelum subuh dari rumah kakak ku di Seremban. Kira kitorangla sampai JB dulu. Hehe..semangat..semangat..




.

Resepi : Kari kepala ikan versi zueyie

Kari kepala ikan merah
Semalam buka puasa aku masak kari kepala ikan merah ngan sayur bendi goreng. Selalunya pun kami berbuka tak banyak lak. Memadai dengan satu lauk, satu sayur,kurma dan kuih. Ni first time nak entry resepi kat sini. Ni pun sebab ada request dari member yang nak try wat kari kepala ikan. Nak try leh jer, klau tk sedap kira halal la ye mcT. Resepi ni aku dapat dari mak dan dan di tukar sikit2. Simple jer. Klau berani cubala... yumyum..:D
Bahan-Bahan:
1. 3 biji Buah pelaga
2. 5 biji bunga cengkih
3. Sedikit kayu manis
4. Sedikit daun kari jika ada
5. 1 biji Bawang besar kuning dipotong kasar
6. 3 biji Bawang putih di potong sederhana
7. Sebesar ibu jari Halia dimayang halus
8. Rempah kari 2 jenis
9. Air asam jawa dibancuh cair
10. Asam jawa 2 keping (klau asam jawa besar sekeping cukup)
11. Kepala ikan merah dibasuh dengan air asam
12. Santan
13. Kentang /Tomato /Bendi / Cili Merah (Dipotong ikut suka tukang masak) : keperluan optional
14. Garam kasar
15. Gula kabung sebesar ibu jari

Cara-cara :
Panaskan minyak (banyak sikit), tumis bahan 1-3. Masukkan bahan 5-7, tumis sampai layu. Masukkan daun kari, goreng sekejap.
Masukkan rempah kari, separuh setiap satu jenis kari. Tumis hingga keluar minyak.
Masukkan air asam + garam kasar + gula kabung, biarkan sampai mendidih.
Masukkan santan + air (agak-agak tenggelam kepala ikan nanti). Biarkan seketika.
Masukkan kepala ikan merah + asam keping, biarkan seketika. Masukkan bahan 13 kecuali tomato.
Biarkan sampai kuah kari meresap dalam ikan.
Masukkan tomato, biarkan seketika. Tutup api. Klau nak tomato lembik, biar lama sikit.
Dah boleh makan. Selamat mencuba kepada yag berani..heheh...:D


.

Ramadhan..Rahmat Yang Ditunggu-tunggu....

Ramadhan..

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Alhamdulillah..dah masuk 9 hari ramadhan berlalu. Hari ni hari yang ke9 berpuasa. Aku masih lagi berpuasa. Nampak gaanya tahun ni dapat puasa penuh..almaklumler tengah bawa budak.. Alhamdulilla.. Tahun lepas tak puasa penuh..hehe.. jenuh gak mengganti sebulan. Nasib baik sempat. Entry kali ni, nak la aku ngan kengkawan tentang fadhilat harihari di bulan Ramadahn yang aku baca dari internet. Sama-samalah kita merebut peluang yang ada..

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Monday, September 8, 2008

Tag : Sinar Ramadhan

Tag
Kali ni dapat tag dari Siti Fatimah. Tak sangka dia nak tag kite. Thanks a lot. Rajin-rajinla tag kite lagi heheh...

Peraturan tag kali nie..
1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan semua umat Islam. Marilah kita sama-sama merebut hikmah & rahmat ramadhan yang telah dijanjikan olehNya.

So tag ni nak dikongsikan kat..
Wid
Ummuwafi

Hannan
FiedWale
Walida

Tag : Hadiah

Hadiah dari Wid..

Dah lama sangat rasanya tak update blog ni. Tak sempat-sempat..almaklumler anak makin membsar. Kerenah pun makin banyak. Perut pun makin membesar, rasa nak baring jer banyak..hehe. Mula-mula skali nak letak dululah hadiah yang diberi oleh Wid kat kite. Dah berkurun sebenarnya tapi baru nak letak. Hehehe.. Kira halalnye. Thanks a lot 2 Wid coz bagi hadiah kat kita.. Cayang mama wid..

Comel sangat bear nie..
Bunga nie pun sweet sangat cam mama wid...
kite pun nak kongsi la hadiah ni kat kawan-kawan yang lain cam ctkusut,hannan (br je tau blog dier), fied,zura(tp rasanya lama sgt dah dia tk update blog dia) dan yang lelain yang mana melawat blog kita ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''