Wednesday, April 15, 2009

Award bulan ini..

Award dari MamaWid & MamaDanish




Thanks a lot to MamaWid & MamaDanish coz bagi Award ni. Tak sangka I ada gak orang yang sukakan blog I nie..chewah ngengada lak er.. Award ni kite nak kongsi gak ngan...
Ctkuyu, MissHannan, Lily, Walida, IzanIreni, Ummuwafi, Marina, Maslin, Capt, Kak Izan, Suziey, Fied
So sila baca syarat-syarat di bawah.. (rule di copy paste dari umah wid)


rule :
1.The winner can put the logo on his/her awesome blog.
2.Link the person you received your award from
3. Nominate at least 7 other blogs
4. Put links of those blogs on yours
5. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated!

Friday, April 10, 2009

Keria keledek

Keria versi zueyie

Semalam first time aku buat kuih keria sendiri. Dah lama tak masak untuk hubby sejak berpantang. Tiba-tiba teringat hubby suka kuih keria. Amrullah pun suka. Petang tu Amrullah tidur, Ashiilah nenek jaga, so aku bertekad nak buat kuih keria petang tu. Kuih yang senang, ringkas tetapi sedap di makan. Entah sedap ke tidak aku buat, tapi hubby makan sampai habis. Kenyang sampai tak makan nasi malam tadi. Seronok sangat rasa bila buat kuih ada orang makan. Ni yang semangat nak buat lagi ni. Entah kuih apa pulak lepas ni, entah bila ntah nak buat. Takut 'berkuih' anak-anak jer.. hehehe..:D











1 kilo keledek (kat sini harganya rm2.60, disyorkan keledek merah)
1 1/2 cawan tepung gandum.
Sedikit Garam


Sira

4 sudu sup Gula Pasir
Sedikit air


Keledek dibuang kulitnya, kemudian dibasuh dan direbus sehingga empuk. Letakkan sedikit garam semasa merebus keledek.
Setelah empuk, lenyek atau tumbuk keledek sehingga hancur.
Masukkan tepung, gaulkan sehingga rata.
Kemudia bentukkan keledek yang telah digaul tadi bulat seperti cincin. (Saiz ikut suka.)
Goreng keledek berbentuk cincin tadi sehingga kekuningan. (Dah boleh dipanggil keria)
Sejukkan seketika sebelum menyira keria.
Goreng gula bersama sedikit air sehingga menggelagak.
Masukkan keria yang telah digoreng tadi.
Gaul keria bersama gula cair tadi sehingga gula tersebut berbentuk keping-keping berwarna putih.
Siap, bolehlah cuba kalau berani.. hehehe.. :D

Monday, April 6, 2009

Ahmad Amrullah n Nurul Ashiilah

Kasih sayang dua beradik

Apalah yang suka sangat tu Ashiilah oii.. ketawa besar nampak... joint sekali leh.. Entry kali ni khas untuk abg dan adk. Saksikanlah gelagat dua beradik. Permata hati ibu dan abah.
Dua hati satu jiwa. Satu kasih abadi....



Saturday, April 4, 2009

Lelaki...

Special Dedicate to my lovely Hubby

Entry kali ni khas untuk kekasih hatiku yang dikejauhan.. Nun di Terengganu.. Alahai tangkap jiwangla pulak... Tu lah, selalu duk berkepit jer, sesekali kene tinggal kan dah terseksa jiwa dan raga.. hehe.. Aku memang minat lagu Ct Nurhaliza yang bertajuk Lelaki ni.

Sejak mula mengenali lelaki ini... di sebalik cerita suka dukanya.. tatkala mendengar lagu CT bertajuk Lelaki... pasti ku akan membayangkannya... dia seorang insan yang bernama Mohamad Sabri... my lovely hubby... Terima kasih atas segala pengorbananmu sayang..

Semoga Allah akan terus memberi kekuatan kepada suamiku dalam menempuh hari-harinya.

Telah Berdiri Seorang Lelaki
Hidup Berbekal Kecekalan Diri
Walau Menghadapi Sejuta Cabaran
Terus Berpaut Pada Kebenaran

Berkurun Sudah Kau Merintis Jalan
Bertahun Sudah Hasratmu Terhalang
Tetap Bersemarak Api Keazamnya
Bara Keramat Doa dan Harapan

Korus
Kau Melangkah Bermula Dari Lembah
Kau Mendaki Setangga Ke Setangga
Semakin Hampir Menjejaki Puncak
Semakin Sering Kau Ditikam Onak

Namun Kerana Kau Lelaki
Derita Dapat Diselindungi
Tangisanmu Rahsia Dihati

Kesepianlah Teman Nan Sejati
Di Dalamnya Kau Mengenal Diri
Tenangnya Wajah Matangnya Bicara
Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha Esa
Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha Esa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''