Thursday, November 19, 2009

Alahai...Student Sc.Comp..

Nak dijadikan cerita...


Pagi tadi hubby ku ada sessi interview orang...
antara jawapan2 yang "Lu Pikir la Sendiri" (tak diingini dari seorang pelajar sc.comp) dalam menjawab soalan interview..

kes 1:
soalan: bahasa pengaturcaraan apakah yang anda biasa gunakan..?
jawapan: bahasa inggeris...(dengan confident nyer)
(sakit perut dah nak tahan gelak.. hubbyku dah tak leh nak soal.. tahan gelak..nasib baik kawan dier leh control..meneruskan sessi interview)

kes 2:
soalan: biasa buat programming?
jawapan: programming saya tak biasa buat..pengaturcaraan saya biasalah..
(ish..ish..tak sama ker programming ngan pengaturcaraan..sakit..sakit..)

kes 3:
soalan: biasa dgn java?
jawapan: biasa, dulu masa saya biasa buat programming C++, saya compile dengan java, guna java jre..
(ni satu lagi jawapan pecah perut...control...control...:)) )

kwn hubby: wei.. payah jugak nak ambik orang yang 'tahu' programming rupa-rupanyanya.
hubby ngan kawan dier dah selok gelak lepas interview... ish.. ish.. bagi malu budak sc.comp tul la dorang nie...

siapa yang malu??..lu pikirla sendiri...wawaakahakaha...:))

p/s: kepada mereka-mereka yang nak pi interview, pastikan ilmu cukup di dada, jangan jadikan diri anda bahan gelak .

tak pernah terlintas/terbayang pun student sc.comp pi interview, ada gak orang yang lawab lagu tue. Soalan asas lak tue.. sakit jiwa.. sakit jiwa..

korang rasa mana yang paling "best" sekali. Aku pilih kes 1. Aku yang dengar pun dah gelak guling-guling..apa ntah lagi orang yang ada kat situ...sekali lagi.."Korang pikirla sendiri"...

Tuesday, November 17, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST



Alamak..dah nak tutup nie..sempat ke er. Harap-harap sempatlah ye juri. Bukan saja nak wat n3 lambat..tp kelewatan yang sangat tak disengajakan..jangan marah nnt cepat tuo...smile..:) Contest kali ni dianjurkan oleh pn.Eliza. Gambar pilihan ibu pula adalah seperti di bawah. Moga-moga gambar ini juga menjadi pilihan juri. Insyaallah...

Nama Si Comel : Nurul Ashiilah Bt Mohamad Sabri
Umur : 9 Bulan genap (birth:17/02/2009)

secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009


TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung - noted

2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini.. - done

3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda - done

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini - done

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru - done (baju biru)

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda. - done

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........

p/s: Jangan lupa tulis nama dan umur baby uols ye! -done

Sunday, November 15, 2009

Amrullah vs Susu Botol

Bilalah agak-agaknya..

Dah lama dah anakanda Amrullah tak guna barangan nyusu dier tue. Susu tue pun dah nk kene buang. Sejak anakanda Ashiilah dilahirkan sehingga kini, Amrullah dah tak nak minum susu botol. Buat kat cawan pun tak nak. Milo cawan jer ok. Dulu masa nak ajar anakanda Amrullah nyusu botol pun agak sukar. Sampai main nyorok-nyorok. Ingatkan bila Ashiilah lahir Amrullah cerai netek, rupa-rupanya cerai susu botol. Dia jeles tengok adik dier leh netek. Sekarang aku dalam usaha untuk memujuk anakanda Amrullah nyusu botol semula. Yelah, Ashiilah dah semakin membesar. Dah semakin kuat nyusu. Tanganku pun semakin tak berapa larat nak tampung dua-dua, makin terasa lenguhnyer. Makin lama anakanda-anakanda makin membesar bagai johan.. Baru-baru nie belikan anakanda susu Dutch Lady 1 2 3 Coklat pun tak jadi. Agak-agaknya bilalah anakanda Amrullah nak berenti netek nie..ish..ish.. Minumlah susu botol balik..nak lah..nak lah...Amrullah kan good boy...

Friday, November 13, 2009

My Funniest Baby Contest

My Funniest Baby Contest



Contest kali ini dianjurkan oleh UmiDanish. Dah lama dah aku mark contest ni, tapi takde kesempatan nak buat n3 lagi. So dah nak due date barulah kalang kabut. Kalut..kalut.. So gambar pilihan ibu kali ini seperti yang di bawah. Semoga menjadi pilihan juri juga. Funniest tak?? Cute gak kan..hehe..:)

Kategori A


Nama Si Comel : Nurul Ashiilah Bt Mohamad Sabri
Umur : 8 Bulan 3 Minggu

Contest kali disponser oleh:

Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)

Babyumishop ada menjual pelbagai jenis barangan daripada keperluan anak, ibu dan kesihatan seperti minuman herba, set lepas bersalin dan bio aura water filter. Selain itu, babyumishop juga membuat skim kutu cloth diaper, ini membolehkan ibu-ibu mempunyai cloth diaper melalui kutu (lebih kurang sama seperti ansuran), tak perlu keluar duit sekali sedebuk untuk membeli cloth diaper. Yang paling aku suka ada juga barangan tupperware. Aku memang guna barangan tupperware ni, tahan lasak oo.. Breastfeeding Gadjet pun ada, harga agak berpatutan. Selain itu Melilia Soya Organic dan pil ASI pun ada, bolehlah cuba untuk tambah susu badan.

Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)

IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre pula lebih kepada produk penjagaan kesihatan, pakaian wanita dan kanak-kanak. Ada pakaian kanak-kanak lelaki dan perempuan, sangat cantik dan comel. Design pun menarik dan tersendiri. Selain itu ia juga turut menawarkan produk kesihatan yang berkualiti tinggi seperti krim payudara peurafirm dan eumora beauty bar. Blausnya juga cantik-cantik malah ada yang handmade. Ia juga turut menawarkan barangan/air ECPI, sesiapa yang nak jadi ahli ECPI pun boleh..:)


Sponser 3 : Moms&babyshop (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/)

Momsandbabyshop pula lebih kepada jualan barangan cloth diapers dan Jus Mate 5 serta Susu HI Goat HR. Terdapat pelbagai pilihan cloth diapers ditawarkan dengan harga yang berpatutun. Susu HI Goat HR pula sesuai untuk mereka yang alahan kepada susu lembu disamping khasiatnya yang tersendiri. Di sini juga ada menjual Jus Mate 5 diet. Kalau anda beli 3 kotak, anda akan dapat harga pengedar..berbaloi-baloi..



Syarat Penyertaan:

- Jadi Follower Umidanish dan sponsor2 serta add Umidanish dalam bloglist anda - done
- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - done
- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda - done
- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. Sila juga nyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish.
- done
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke Umidanish dan semua sponsor (no link back will be disqualified) - done

Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)

Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)

Sponser 3 : Moms&babyshop (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/)


- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. -done
- Hanya satu sahaja pemenang bagi setiap kategori, jadi pastikan anda meletakkan satu gambar baby anda yang memiliki aksi lucu paling cutes.
- Semua penyertaan akan diadili oleh parajuri yang akan dilantik oleh umidanish sendiri.


Saturday, November 7, 2009

Muhasabah diri untuk yang bergelar Isteri

Juga sebagai peringatan untuk diri sendiri ..


Beberapa hari yang lepas aku terbaca petikan dari blog ctkusut yang lebih aku kenali dengan ctkuyu. Tertarik aku dengan n3 dia hari tue. Hal berkaitan isteri. Ini kerana sekarang ramai isteri di luar sana yang lupa bahawa mereka adalah seorang wanita yang bergelar 'isteri' kepada seorang lelaki bergelar suami. Marilah sama-sama kita muhasabah diri. Aku copy n paste jer dari ko,ctkusut, halallah er.

Sabda Rasulullah saw :
" Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: " Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? " Baginda menjawab : " Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Muslim)

Sabda Rasulullah saw :
" Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: " Mengapa demikian ya Rasulullah? " Baginda menjawab: " Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Riwayat al-Bukhari)

Sabda Rasulullah saw :
" Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali. " (Thabarani di dalam al-Awsat)

Semoga ia dapat menjadi penduan dalam hidup kita.
To my lovely hubby " Maafkan di atas segala kekilafan diri ini. Sesungguhnya isterimu ini hanyalah seorang insan kerdil yang biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan..:-* "

Tuesday, November 3, 2009

Cute Baby In Costume Contest

Cute Baby In Costume Contest


Meh pakat ramai-ramai kita ber'contest' lagi. Kali ini contest Cute Baby In Costume dianjurkan oleh Intan aka babyIntan. Sangatlah cute baby harimau dalam gambar banner tue. Kali ni ibu memilih gambar di bawah, anakanda Amrullah dengan baju 'pooh'nyer. Gambar tu jer pun yang ada..heheh..:) Harap-harap gambar tu diterima juri. Mula-mula sangatlah susah nak suruh anakanda Amrullah pakai baju tue (masa tu baru beli), dah pakai taknak bukak-bukak lak dier. Ibu rasa cute sesangat anak ibu masa ni, harap-harap di mata juri pun begitu juga..:) Enjoy the picture....:D

Nama Si Cutie : Ahmad Amrullah B. Mohamad Sabri
Umur : 2 tahun 3 bulan

BabyIntan’s Giveaway ini akan berlangsung mulai 20th October 2009 – 7th November 2009 at 7 p.m.

Contest ini tidak memerlukan anda menjadi follower my blog but kalo nak gak, ucapan terima kasih buat yg sudi :) - done

Jom kita “intai” syarat-syarat penyertaan…
· Add blog BabyIntan dalam bloglist anda - done
· Sila letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - done
· Buat entri mengenai contest ini di blog anda - done
· Only for mummy/daddy blogger yg mempunyai anak yg berumur dari 1 bulan hingga 3 tahun sahaja - noted
· Dalam entri anda, sila upload SATU (1) SAHAJA gambar anak yg paling CUTE mengenakan costume - done
· Sila nyatakan nama si cutie dan umurnya sekali - done
· Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIntan (no link back will be disqualified) - done
· Bila dah siap dan berpuas hati dengan gambar pilihan, sila lah tinggalkan link entri anda di entri ini - done

Mikylayna Giveaway

Mikylayna Giveaway


Assalamualaikum,
Ni la first time aku join giveaway. Mikylayna Giveaway ini dianjurkan oleh kakSab. Jom kita pakat join ramai-ramai memeriahkan lagi majlis.

Koleksi Mikylayna sangat menarik dan unik kerana designnya hanya terdapat di Mikylayna sahaja. Ini kerana ia adalah "handmade". Hasil tangan yang sangat comel yang kreatif. Kombinasi warna yang pilih juga sangat menarik. Sangat sesuai untuk kanak-kanak perempuan terutamanya. Sebagai tanda sokongan untuk kakSab aka Mikylayna Online Shop, di bawah aku paparkan antara hasil kerja tangannya. Sangat-sangat menarik bukan... All the best 4 ur business kak..!


Dan klau aku menang (harap-harapnya lah..hehe)..aku berminat ngan klip di bawah tapi nak letak nama Ashiilah (baby girl kite la tue). Ashiilah dah besar dan ada rambut skit, lehla guna. Mesti comel sangat bila dipakai. Sekarang ashiilah tak berapa ada rambut lagi..heheh



hadiah nya...

1. 4 hairclips baru + 1 hairclip lama
2. 2 hairclips baru + 1 hairclip lama
3. 1 hairclips baru + 1 hairclip lama

* hairclips baru yg dlm gambar
* hairclips mengikut pilihan hati anda

cara nya...

1. terbuka kpd followers mikylayna shj... yg belum tu cpt2la follow ye... letakkan mikylayna dlm blog list anda - ok
2. buat entry mengenai mikylayna's giveaway - ok
3. nyatakan apa yg anda lihat menarik tentang koleksi mikylayna dan pilih satu hairclip yg paling anda rasa comel sgt (kalau anda menang,clip ni akan mnjadi milik anda) - ok
4. jgn lupa tinggalkan link & email anda di sini - ok

* boleh gunakan gambar2 dr koleksi mikylayna utk entry anda

giveaway ini akan ditutup pada 12.00 tengahari, Sabtu, 7 Nov 2009

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''