Thursday, April 29, 2010

Award dr cikPuanSeti

Award... Thanks Seti

Hari ni aku dapat award "Beautiful Blogger" dari Seti.
Terharu gak la. So sweet..:) Ada gak orang suka blog aku yang tak seberapa ni rupanya..
I lap u lah cikPuan Seti...

Monday, April 26, 2010

Clue 1 : Giveaway "Di mana saya?"

Clue 1 : Giveaway 'Di mana saya'

Memandangkan dah seminggu berlalu, namun masih belum ada peserta yang join contest aku ni meneka dengan tepat. Hampir tu adalah. So aku akan bagi clue pertama. Manalah tau dapat membantu. Hadiahnya dah sedia menanti, taip tkleh nk interframe lagi coz kat situ ada gambar (sure leh tekalah kalau tengok). Tapi kalau takde jugak orang yang jawab dengan betul, mana tahu akan dijadikan clue juga nanti. Tunggu...



Clue 1: Anakanda baru lepas main salji berdekatan hotel. So clue bagi giveaway : tempat tersebut mestilah yang menerima musim salji. EEmm..Hong Kong ada musim salji ker yer?? Tak pasti la saya. Semoga membantu....:)

Monday, April 19, 2010

GIVEAWAY 'DI MANA SAYA?'

Giveaway 'Di mana saya?'

Tidak bersempena apa-apa, dengan ini first time aku nak menganjurkan giveaway. Giveaway ke, contest ker.. boleh jer.. Chewahh. Selalu join giveaway, kali ni aku lak anjurkan giveaway. Bukan apa, saja nak kongsi cenderahati yang aku beli semasa aku pi travel/holiday. (Itulah hadiahnya. Takdelah mahal mana pun hadiahnya. Ada ker orang nak join ni.??..) Sangat mudah. Penyertaan anda sangat dialu-alukan. Tak perlu keluar modal apa, cuma perlu sedikit masa. Lihat gambar di bawah dan Teka di mana saya?



Cth Jawapan : Medan, Indonesia.

Syarat-syaratnya...
  1. Jadi follower blog zueyie
  2. Add link blog ini dalam blog list anda
  3. Letakkan banner di ruang sidebar blog anda dan link ke entry giveaway ini.
  4. Buat Entry. Copy & paste banner seperti di atas dan pastikan buat link ke..
    http://zueyie.blogspot.com/2010/04/giveaway-di-mana-saya.html
  5. Jawab soalan. (Jawapan yang lebih detail dan tepat akan di ambil kira dalam pemilihan pemenang (jika ramai yang sama) )
  6. Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box dlm entry ni...
  7. 3 orang pemenang akan dipilih.
  8. Tarikh tutup penyertaan ialah 19 Mei 2010 (bergantung kepada keadaan. Jika ada sebarang perubahan akan diberitahu)

Saturday, April 17, 2010

Contest "Tidur Paling Comel"

Contest "Tidur Paling Comel"


Lama dah tak join contest. Hari tu layan blog seti dan akma ternampaklah contest ni yang dianjurkan oleh InfantiaHouse.
Meh kita pakat join ramai-ramai bagi memeriahkan suasana. Menang kalah adat. Kalau ada rezeki, alhamdulillah. Apa yang penting... kerjasama..hehe :). Antara syaratnya mestilah tidur bersama bantal.. So gambar di bawah ibu taruhkan. Bukan setakat bantal kat kepala, atas, bawah, depan, belakang semua ada. Kerja en.Abah la nie. Kesnya anakanda asyik terkejut-kejut masa tidur. Tapi nyenyak Ashiilah tidur masa ni. Moh kita...


Nama: Nurul Ashiilah Bt Mohamad Sabri
Umur: 1 Tahun 2 bulan
(Gambar diambil masa anakanda berumur 3 bulan++)
Tarikh Lahir: 17 Februari 2009
Warna Kesukaan: Hijau
  1. Jadi follower blog InfantiaHouse ...-done
  2. Letakkan banner di atas di ruang sidebar blog anda... -done
  3. Copy & paste tajuk entry anda seperti diatas dan pastikan buat link ke.. -done
    http://infantiahouse.blogspot.com/2010/03/contest-tidur-paling-comel-by.html
    terus ke blog InfantiaHouse...
    -done
  4. Letakkan Gambar anak yang yang berumur 0 - 4 tahun. -done
  5. Gambar tu mesti gambar bayi yg tengah tidur nyenyak bersama bantal.
    ( tak kisah la nak aksi mcm mana..yg penting dia sedang enak tidur dan aksinya mencuit hati...)
    -done
  6. Baby tu tak semestinya anak anda..letak anak sape2 pun boleh, yang penting baby tu mesti ada pertalian darah dengan anda.-done
  7. Letakkan juga nama, umur, tarikh lahir dan warna kesukaan dia (untuk hadiah nanti) -done
  8. Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box dlm entry ni...-done
  9. Disebabkan beberapa permintaan dan ramai yg baru tahu contest ni..pihak syarikat telah bersetuju untuk melanjutkan lagi contest ni sehingga 31 Mei 2010 jam 11.59mlm~~ cepat2 jgn lambat yer....

Friday, April 9, 2010

Waktu

Masih adakah waktu itu...

Kata-kata ini diambil dari ilovislam.com. Penuh bererti jika dapat menghayatinya. Tapi aku masih tertanya-tanya sempatkah dalam masa 24jam untuk aku buat semua itu?? Perkara yang wajib ialah, tapi yang lain-lain itu?.. EEmm.. aku masih tak punya kesempatan itu semua. Adakah kerana aku masih gagal dalam pengurusan masa ku?? Cuba duduk dan kaji.. Tapi masa untuk duduk dan kaji itulah aku tiada. Jadi?? Ko fikirlah sendiri wahai diri...

Surah Al-Ashr ....renungilah maksud tersirat dah tersuratnya (klik image untuk paparan yang lebih jelas)...


Mudah-mudahan kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi...

Wednesday, April 7, 2010

Corus Paradise Resort, PD, N9.

Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia :Jan 2010

Entry kali ni aku nak cite sikitlah pasal Corus Paradise Resort, PD, N9. Lama dah kitorang pi. Biasalah, aku memang slalu wat n3 selepas berbulan-bulan pi..heheh. Jangan marah. Seperti biasa masih lagi mood cuti-cuti di area Port Dickson.. sebab dekat sebenarnya.. hehe. Nak pi jauh-jauh en.Hubby banyak keje. Tapi nak berehat jugak. So dekat-dekat pun jadilah, sambil berehat ambik pengalaman.












(Kiri) Lagun Buatan (Kanan) Anakanda Amrullah kusyuk tengok burung.

Hotel Corus terbahagi kepada 2 bahagian, hotel dan apartment. Management dier pun lain-lain, tak sama. Dulu Corus ni antara hotel yang tak disyorkan. Kalau kita view komen-komen kat internet pun ada. Tapi disebabkankan harganya yang agak murah, ia tetap menjadi pilihan orang ramai. Tapi haritu hubby dah tanya pihak hotel, dier kata sekarang pihak pengurusan dah tukar. Dulu dorang memang ada masalah pengurusan sikit, sekarang dalam proses baik pulih. Step by step katanya. So takpalah kita try la duduk, mana tau kot-kot dah ok. Kalau dilihat dari luar memang nampak dah cantik. Lagun buatan dier pun dah ok. Dulu orang kata macam paya. So kami pun check-in untuk dua malam. Pemandangan dari bilik pun cantik. Kolam dier pun cantik. Di sini juga ada mini zoo. Channel Tv pun dah banyak dan clear (Dulu orang kata channel sikit, dan siaran pun tak clear). Bilik dan toilet pun dah bersih dan tak berbau. So far so good. :) Nak dijadikan cerita, malam tu entah kenapa aircond bilik kitorang tiba-tiba kuar air. Pastu kejap-kejap mati. En.hubby dan anak-anak dah mula tak selesa. Yela.. panas. Pagi esok lepas sarapan, kitorang check-out. Tak jadilah nak tidur 2 malam. Nampaknya pihak pengurusan masih perlu membuat pemantauan dengan lebih teliti walaupun secara kasarnya banyak yang dah diperbaiki. Itu 3 bulan yang lalu, harap-harap sekarang dah ok. Tapi untuk kami ke sana semula eemm.... tak dah kot. Kalau korang nak cuba bolehlah. Cuti-cuti Malaysia...


















(Kiri) Anakanda Ashiilah..gumbiranyaaa.. (Kanan) Anakanda Amrullah tengok kumbang tu..

Untuk maklumat lanjut sila klik http://www.corusparadisepd.com/

Saturday, April 3, 2010

Akhirnya...

Akhirnya peod jua...

Salam tengah pagi. Huhu.. pagi-pagi buta update blog. Takde maknanya...:) Sebenarnya aku baru jer siapkan tugas ku, So alang-alang dah duk depan NB ni update la bolg kejap.

Hari ini 2 April 2010, first time aku datang peod setelah 22 bulan aku tak datang peod. Sejak mengandungkan anakanda Ashiilah sehinggalah kini anakanda berusia 1 tahun 1 bulan 2 minggu. Ini bermakna kemungkinan Ashiilah nak dapat adik agak besar.. hehehe. Walau bagaimanapun, niat di hati tahun ni nak berehat dulu. Tapi kalau dah rezeki, aku terima aja..:D. Baru seminggu anakanda Amrullah berhenti menetek, aku dah peod. ish.. ish.. Betullah orang kata, kalau menetekkan anak ni boleh jadi ubat perancang keluarga yang paling murah. Tapi tak jamin la betul-betul selamat, coz kawan aku dulu macam aku la tak peod-poad. Tup-tup sedar dah 4 bulan ngandung. Sapa mau jawab?? So berhati-hati di jalan raya. Mata pun dah lama celik, sian dier. Oklah aku nak pi merehatkan mata ku ini. Daa..

Thursday, April 1, 2010

Auto Publish

Macam mana nak buat Auto Publish

Kali ni aku nak ajar macam mana nak buat Auto Publish untuk entry yang di buat.

1. Tulis entry (New Post) seperti biasa.

2. Klik hyperlink Post Option.
Tukar Post Date and Time bila entry yang dibuat hendak di'Publish'kan.
Klik butang PUBLISH POST



3. Kemudian list post akan dipaparkan. Nota seperti di bawah (bulat merah) akan dipaparkan. Ia menunjukkan bila post tersebut akan di'publish'kan. Entry tersebut pula akan berstatus scheduled.


4. Selesai :D.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''