Saturday, March 30, 2013

Buang iklan myJodoh

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Dah lama sebenarnya ibu serabut dengan iklan myJodoh yang tetiba je ada kat blog ni. Tapi asyik 'terlepas pandang' je nak buang. Harini ibu bertekad untuk membuang iklan tu. Rupanya senang je. Remove widget Waktu Solat. Maka hilanglah ia. Rupa-rupanya dia attch skali dengan widget tu. Cit..
Thanks to blogger2 yang share camner nak hilangkan iklan tu. Ibu pun google je.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan..yakinlah. Insyaallah..

Monday, March 25, 2013

Pesan Ibu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Anak-anakku sayang...
Anakanda-anakanda  ibuAbah..wajiblah kalian menutup aurat bila telah memenuhi syaratnya.. ye sayang.


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara (adik beradik) mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)

Islam Itu Indah

Thursday, March 21, 2013

MAS vs AirAsia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Baru-baru ni kawan mrAbah bagitu harga MAS sekarang dah murah. Malah lebih murah dari AirAsia. Biaq betul. Kami yang sememangnya dah lama menunggu berita begini sangatlah berbunga-bunga di hati. Sekali betul da... Kami compare hari, tempat dan masa (test dibuat beberapa kali untuk beberapa tempat, waktu, hari berlainan) yang sama antara 2 syarikat penerbangan ini, memang MAS lagi murah. Aku sebenarnya memang lebih selesa menaiki MAS berbanding AirAsia. Anak kapal  MAS lebih kemas, helpfull dan friendly. Personality anak kapal MAS pun nampak lebih elegent. Takdela rambut mengerbang. Kuku panjang bagai. Terminal pun lebih selesa. Cuma disebabkan harga MAS yang lebih mahal dari AirAsia membuatkan kami memilih AirAsia untuk travel. Cuma bila budget lebih sikit baru kami akan memilih penerbangan selain AirAsia seperti MAS atau Singapore AirLines. Tapi selalunya Singapore AirLines coz dia masih lebih murah dari MAS. Kalau harga begini dikekalkan, kami akan menjadi antara pelanggan tetap MAS. Mengikut perancangan kami akan menaiki penerbangan pertengahan tahun ni. Kalau nak naik balik pun lepas-lepas tu la ye. Harap2 harga begini kekal sampai bila-bila. Paiti..

p/s: Kepada anak-anak kapal, rajin2lah senyum bila bertugas. Tiket mahal tau...Senyuman kan sedekah, bukan kene bayarpun..

Wednesday, March 20, 2013

Berat Badan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Pic from google

Bila dah abis pantang, perkara pertama yang ibu akan buat ialah try seluar jeans. Masih muat lg?? Atau muat tapi ketat?? Muat dan sedang-sedang elok(selalunya tidak) ?? Apakah keputusannya...
Masih muat..tp ketat sudah. Ops..oh tidak. Adakah  itu menunjukkan bahawa aku makin bam-bam. Begitulah nampaknya. Kalau tengok dari luaran, mostly orang kata 'kurus dah ibu lepas melahirkan..jenis badan tak naik agaknya. Tak yah nak diet-diet'. Tapi perlu diingat, itu pandangan dan pendapat orang secara luaran sahaja. Hakikatnya berat badan ibu naik lagi. Ibu pi la timbang untuk men'confirm'kan lagi keadaan, Tup..tup kuar angka 56kg. Ding dong..memang naik. Malam tu timbang lagi..naik lagi 56.6kg lak..agaknya baru lepas makan kot (sedap hati).  Ini tak leh jadi. Pastu esoknya timbang lg..tup tup..56kg. So kesimpulannya berat ibu lepas habis pantang area 56kg++. Maka akan bermulalah program men'diet'kan badan secara ikut suka. Yela, duk rumah ++ menyusukan anakanda. Orang kata takleh lapar, nanti susu cepat kering. Walau bagaimanapun ibu berazam untuk mencapai berat sekurang-kurangnya 55kg ke bawah. Semoga ibu tak perlu membeli seluar jeans baru lg..klau tak, tiap kali lepas bersalin mesti kena beli seluar jeans baru. Sayang je rasa coz seluar lama elok lagi. Bayangkanlah dari 47kg ke 50kg ke 53kg ke 55kg dan sekarang 56kg. Masa belajar dulu berat ibu 45kg je..camno tu..fikir-fikirlah sendiri..

Thursday, March 14, 2013

Selesai Sudah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم


 Ibu dah Merdeka..



Berakhir sudah fasa berpantang 40hari. Kejap je masa berlalu. Tapi masa menghadapi tu macam lama je rasa. Tup tup 46 hari dah hari ni. Darah dah clear. Alhamdulillah, sepanjang tempoh berpantang takda dugaan sangat. Thanks to cikEmi coz ambik 'contract' dengan akak masa berpantang. Kurang sikit beban. Start dari anak ke3 aku dah mula berpantang sendiri. Masa anak sulung dan ke2 aku berpantang di Kelang. So kebanyakkan urusan bonda yang buat. First time berpantang sendiri agak stress juga. Dengan dugaan yang tak di duga. Nasib baik tak meroyan. Kali ke2 berpantang sendiri aku dah mula pandai sikit mengawal diri. So kurang stress. Pengalaman mengajar kita. Hari ni mandi nifas. Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari. Ada orang kata min 40hari. Waallahuaklam. So hujung minggu ni cikEmi akan balik ke Kelang. Tingallah aku menjaga anak4. Bak kata org tua 'Jangan sampai tak cukup kain sudah'. Semoga aku diberi kekuatan dari segala sudut dalam membesarkan anakanda4. Ya Allah, tabahkan hatiku, cekalkan aku, beri lah aku kesabaran yang tinggi, jika ada dugaan yang mendatang Kau tetapkanlah imanku agar aku tidak lupa kepadaMu. Sesungguhnya hanya padaMu sahaja tempat ku mengadu dan memohon pertolongan. Amin..


p/s:Fasa 2 berpantang diteruskan untuk 100hari.

Monday, March 11, 2013

Doa Dhuha

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

(sumber dr google)

Kat sekolah along Amrullah belajar solat sunat dhuha. Seperti biasa Amrullah mesti suruh ibu cari kat youtube. Coz along kata teacher pasang youtube doa dhuha. Dorang tengok video doa dhuha di youtube sambil belajar agaknya. Kebetulan masa tu kat tv tengah tayang doa dhuha. Ibu pun cepat2 record. Alhamdulillah..anakanda suka ikut dan dah boleh ingat. Semoga anakanda rajin menunaikan solat dhuha di hari2 mendatang. Ilmu yang baik perlu diamal.. ye anakku. Amin..

Saturday, March 9, 2013

Me @ 32

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Meningkat lagi seusia aku tahun ni pd 4 Mac baru ni. Cam tuo lak rasa. Yela..anak pun dah ramai..huhu. Tu yang rasa makin tuo tu. Masa ni kami di Terengganu. enAbah ada keje. Uik..dalam pantang lagi masa ni...tp duk hotel dah. Ibu moden orang kata. Nak wat camne, klau tinggal pun takde orang nak jaga. AyahandaBonda ada hal. So ikutlah enAbah tapi cikEmi ikutla skali. Walaupun 4 Mac Terengganu cuti, enAbah keje. So no surprise, no celebration,  no cake. Balik pun dah lewat malam. Memandangkan aku pun masih dalam pantang, so aku terima je. Semakin meningkat usia ini, semakin banyak aku pelajari tentang kehidupan. Aku cuba belajar menerima keadaan, Walaupun orang kata muda lagi, tapi sebenarnya pengalaman hidup bukan semata-mata bergantung kepada umur kita. Tapi melalui apa yang kita lalui. Setiap kali masa berlalu aku selalu cuba jadi yang terbaik dari yang sebelum. Cuba menjadi sempurna. Cuba buat yang terbaik (aku rasa). Tapi sebenarnya tak semua benda yang kita fikir baik tu, baik juga pada penerimaan orang lain. Pada kita apa yang kita buat akan disukai orang, tapi rupa-rupanya tidak disenangi.  Sebab itu manusia tiada yang sempurna. Dan aku pun dah mula berfikir-fikir macam mana aku nak terima keadaan aku dan anak-anak ditinggalkan suami yang outstation.?? Yela, sebelum ni anakanda tak sekolah, ke mana enAbah pergi dia akan bawaklah kami semua. Bila anakanda dah sekolah, takkan nak ponteng sekolah dan secara tak langsung takkan ibu nak ikut enAbah?? Adakah keadaan itu normal?? Apa yang terbaik?? Walaupun pelbagai pengalaman hidup yang ibu dah lalui dalam hayat 32thn ni..pahit manis naik turun suka duka tangis tawa, tapi kes macam tadi belum lg..makin difikir makin stress rasa..biarlah masa yang menentukan. Anyway thanks to enAbah for the macBook Air. Insyaallah, akan ibu guna sebaiknya. Ingatkan tkde hadiah dah coz dah seminggu berlalu. Thanks a lot and love u much.

Ya Allah, semoga dengan semakin meningkatnya usia ku, semakin tetap juga iman ku. Lindungilah imanku dari goyang dek sandiwara syaitan yang ada disekelilingku. Dan Kau lindungi jugalah seluruh ahli keluargaku. Amin..

p/s:sebenarnya nak publish entry bday Ashiilah bln 2 lepas tp gmbar tk dload lg. Sabar ye nak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''