Tuesday, April 30, 2013

Aqiilah 3 bln

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, hari ni anakanda suntik untuk 3 bln. Actually aqiilah 3 bln pada 27/4 baru ni, tapi lewat ckit pi klinik. Berat anakanda 5.9 kg dan panjang 58cm. Alhamdulillah, dr check semua perkembangan anakanda normal seperti usianya. Dr kata anakanda 'sihat' dan aktif.  Tengokla peha aqiilah,sihat.. berketul-ketul.hehe. Anakanda siap ajak dr bercakap lagi masa dr check + urut-urut aqiilah. Sekali dalam senyum-senyum tu dr inject la pulak. Cabut je jarum..wwwaaa ..meraung.  Tapi kejap je. Dapat upah susu ibu senyap la.
Anakanda Amir pun check sekali coz demam. Baru demam semalam, balik dr rumah org kahwin. Ibu ingat sebab kene hujan semalam. Tak nk makan, taknak susu. Berak pun air je. Semalaman ibu dan abah tak tidur. Asyik merengek. Lapar kot..sian ibu tengok. Dr kata demam sebab tonsil. Dah merah dah, tu yang taknak makan minum tu. Dr kata telan air liur pun sakit. Semoga dengan izin Allah + ubat yang diberi, anakanda Amir cepat sempuh. Sedih je muka tuan empunya badan bila demam. .Sian anak ibu. Sabar ye syg..Allah sayang sebab tu Allah uji. Allahuakhbar.

Saturday, April 27, 2013

Amrullah n Amirrullah..Sama tp tak serupa

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

 Along Amrullah di usia 1thn 5 bln
AbgAmirrullah berusia 1thn 10bln

Ragam anak-anakku, pengubat hati ibu, penyeri hidupku. Bila ibu tengok gambar dulu-dulu ada gak sayu je rasa. Almaklumlah... ibu kan sentimental lebih. Mudah touching touching ghitu. huhu . Rindula pulak rasa masa anakanda kecik-kecik dulu. Anak-anakku yang panjang akal. Ada je benda nak direka. Kakak pun ada juga masuk dalam meja, tp tak jumpa la gambar kakak. Kakak cam kurang adventure sikit masa kecik-kecik. Perempuan kot..sinetron lebih sikit..hehe `. Kadang-kadang bila abgAmir buat sesuatu yang pernah dibuat oleh abgAmrullah n kakakAshiilah, baru ibu tersedar cepatnya anak-anakku membesar. Walaupun ibu seorang surirumah, ibu tetap merindui kamu. Ibu sayang kamu semua..Anak-anakku adalah kekuatanku. Penghibur hati ibu dan abah. Jadi anak-anak yang soleh dan solehah ye sayang.

Monday, April 22, 2013

Anakanda Amirrullah tidur berdengkur??

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak seminggu dua ni anakanda Amirrullah ada peel baru. Sekarang Amirrullah suka benar berlakon tidur sambil berdengkur. Siap bunyi dengkur tu tak tahan. Mesti dia tiru abah tidur tue..hehe. Sejak kelahiran anakanda Aqiilah, Anakanda Amrullah n Amirrullah tidur dengan abah. Klau tidur dengan ibu nanti Amirrullah cari susu cap gantung. Sekarang ibu macam tak berapa larat nak nyusukan dua-dua sekali. Tapi klau siang ibu bagi juga anakanda Amirrullah nyusu. Tapi tak bagi serentaklah macam masa anakanda Amrullah dan Ashiilah dulu. Dulu masa anakanda Amrullah dan Ashiilah dah macam anak kembar, dua-dua gayut. Ada juga orang bagi nasihat suruh stop je anakanda Amirrullah dari nyusu badan, Tapi ibu berazam sekurang-kurangnya sehingga umur 2 tahun ibu akan terus bagi susu badan. Cuma kadang-kadang ibu bagi juga minum susu botol. Sekarang umur anakanda Amirrullah 1 thn 10bln. Kejap je dah nak masuk 2 tahun. Cepat je rasa anak-anak membesar. Walaupun hari-hari ibu bersama anak-anak, tapi kadang-kadang ibu rasa terlepas melihat perubahan anakanda-anakanda, rindu zaman bayi anakanda-anakanda. Kejap je Along Amrullah dah 6 tahun (dah start malu-malu bila kena cium), kakak Ashiilah 4 tahun (pun dah start malu-malu bila abah cium atau disuruh cium) dan AbgAmirrullah 2 tahun. Tak puas lagi rasanya memanja bersama anakanda-anakanda. Macam mana ye ibu-ibu yang bekerjaya, mesti lagi rindu nak lihat perubahan anak-anak mereka kan. Tup-tup tengok besar dah. Semoga anakanda4 semua dapat membesar dengan sempuna dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Ibu sayang kamu semua..


p/s:Along Amrullah suruh panggil dia Abg Amrullah coz Amirrullah ibuAbah panggil AbgAmir. So dia pun nak Abg juga. Macam-macam anak bertuah ibu sorang ni..layan je.

Thursday, April 18, 2013

Alahai Astro... Beyond PVR..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

Dah 2 minggu report baru datang staff teknikal astro. Bermakna 2 minggu juga kami tak dapat menggunakan khidmat PVR. Tapi nak wat camno, masa report tu dorang dah kata dalam masa 3 minggu org teknikal astro akan datang ke rumah.enAbah tanya juga, habis tu bayar bill PVR tapi tak leh guna. Bayar sama jugak, tak kurang. Tak boleh claim ker? Dorang kata tak boleh coz masa kita ambik astro tu dah ada dinyatakan dalam terma dan syarat dia. Klau nak saman pun takleh la kiranya. Pandai betul dorang ni buat duit buta-buta. Tapi klau streamyx kita boleh claim kan. Nak buat camno. Yang ado.. Bila butang PVR dah function, bila check semua yang kami dah record takde. Adus..abis Pit a Pat, Zakir Naik, Running Man hilang. Tup-tup decoder tu boot sendiri pulak. Staff teknikal astro tu kata masalah hard-disk, so dier tukar decoder baru. Nasib baik tak payah bayar. Kenalah kami record balik nampaknya. Tu pun klau astro ada ulang tapi selalunya seperti yang semua tahu pasti ada..hehe

Alang-alang org teknikal astro dah dtg, enAbah suruh tengok decoder astro tv anakanda pula. Selalu sangat kuar 'no signal'. Ala..warning yang selalu klau hujan tak dapat service tu. Yang pelik tv ibuAbah okje, tv anakanda kuar warning tu. Rupa-rupanya decoder rosak gak. enAbah ingat masalah cable, tu yang haritu report satu je. Staff teknikal astro kata sebab kene petir. So kene tukar decoder baru juga. Tapi dorang tak boleh buat coz report haritu satu je. Lagipun dorang bawa satu decoder je. Nanti dia akan buka report baru dan staff teknikal astro akan datang bawa decoder baru. So kene tunggu lagi untuk decoder tv anakanda. Tunggu jela.. Yang menjadi persoalan ibu, kenapa kena ambik masa lama sangat ye..banyak sangat ke masalah astro ni?? Ramai sangat ke orang buat report?? Klau banyak report, di mana salahnya sebenarnya?? ?? 

Monday, April 15, 2013

Floor Mat

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

2 Minggu lepas enAbah jatuh toilet.adus Sian abah. Ibu tak dengar masa abah panggil. Maaf ye abah. Memang ibu tak dengar. Masa tu ibu tengah duk layan anakanda. Pergelangan tangan abah bengkak. Mungkin sebab masa jatuh tu abah tahan dengan tangan. Ibu nak urut tak reti. Takut makin urut makin sakit. Sebelum tu anakanda Amrullah jatuh toilet masa mandi. Anakanda pula suka main sabun masa mandi. Sebelum ibu pula jatuh toilet, enAbah plan nak pasang mat kat toilet. Taklah licin kalau ada anakanda main air sabun. enAbah pernah jumpa mat macam rumput, lembut sikit bila pijak berbanding yang selalunya orang jual bulat-bulat tu. Cari punya cari jumpalah mat macam rumput tu kat Daiso. Ibu suka gak pergi Daiso. Kedai barangan Jepun. Barang dier semua rm5 kecuali yang ada tanda harga. Tak tau pulak dorang jual mat juga. Oleh kerana toilet kitorang pun takla besar mana, enAbah pasang penuh satu toilet. Cantik gak ibu tengok. hehe..angkat bakul sendiri. . Sapa-sapa nak pergi Daiso bolehlah ke Mines atau Setia Mall. Tempat lain ibu tak pasti. Macam-macam ada,,


Thursday, April 11, 2013

Little World

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Ingat tak entry ibu pasal contest yang ibu menang 2nd place dr Viva Home dulu. Baru-baru ni dorang call untuk remain yang kami perlu buat booking untuk ke Istanbul secepat yang mungkin. Coz dorang nak arrange itu ini. Takut tak sempat dan tak dapat tempat. Kami boleh pilih tarikh sehingga bulan 6. Sekarang ni duk tengah fikir lagi bila tarikh yg sesuai. Nak mengundi lagi..cuti sekolah lagi. Ingat nak pergi pertengahan bulan 6, boleh Amirrullah sambut birthday kat sana..hehe. . Nak tahu apa yang ibu beli masa di Viva Home dulu. Iaitu katil kereta untuk anakanda Amrullah dan Ashiilah. Amirrullah tido dengan ibu. Masa ni ibu tengah mengandungkan Aqiilah. So kami beli 2 jela katil kereta F1 di Little World Viva Home.

Ibu tahu pasal little world ni dari majalah yang di baca semasa kami ke kedai Korea Wallpaper di Puchong. ( Kedai wallpaper yang paling murah kami survey.) Little World juga ada di World Furniture kalau tak silap ibu. Sangat cantik set bilik tidur kanak-kanak yang dorang design. Tapi kami beli katil sahaja. Kalau ada sapa-sapa nak cari katil kereta, katil princess, katil bas (double decker bed) dan set bilik untuk kanak-kanak boleh ke Little World. Untuk cuci mata pun ok. Banyak pilihan. Barangan dorang pun berkualiti.

Monday, April 8, 2013

Carta Aurat

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

 Pic from google

Carta Aurat Wanita dengan Mahram dan Bukan Mahram (Lelaki ajnabi) secara umum.

Thursday, April 4, 2013

Jual..jual..Almond Flakes


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Harini ibu secara tak rasminya menjebakkan diri dengan dunia perniagaan ol. Biaq tolong jualkan orang punya je..hehe. Bukan orang lain pun, kakak dan adik ibu yang buat. Nama biskut ni takder yang spesific. Ada panggil almond flakes, caramel flakes, caramel almond flakes tapi ibu panggil mepang..huhu. Bahasa kampug jer..mudah-mudah.

Sapa-sapa yang berminat nak beli boleh email ibu di zuens@yahoo.com
Kalau area lembah kelang/shah alam/kl mungkin boleh janji di mana2 untuk ambik kuih.
Sebotol rm23 (tidak termasuk penghantaran)

p/s:sapa2 duk seremban boleh ambik kat restoran zack di taman sri pulai,seremban (empunya restoran zamzilawati x-smtpm). Harga mungkin lain ckit coz kos tempat. Sapa-sapa nak jumpa zam leh turun restoran dier. Leh mintak discount (memandai ibu jer..hoho) Sedap masakan dia. Biasalah tukang masak Thailand.

Nak pos pun boleh tapi berisiko kuih pecah2 sikit. Kalau tak kisah takpe. Coz biskut ni nipis.
Cuba sekali pasti nak lagi..tak caya cubalah..

Tuesday, April 2, 2013

Aqiilah 2 bulan


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


29/3/2012, jumaat lepas anakanda aqiilah menerima suntikan imunisasiuntuk 2 bulan. Masa 1 bulan haritu anakanda tak ambil suntikan coz sekarang imunisasi HepB(2nd dose) disekalikan dengan imunasasi2 (DTP, HIB, POLIO) yang perlu diambil untuk 2 bulan bagi dose pertama. So kuranglah sekali kene inject. Tu pun dah lewat sikit. Sepatutnya 27/3 tapi masa tu kami di kampung. Berat Aqiilah 2 bln ialah 5.32kg. Masa anakanda check 1 bln haritu berat aqiilah 1bln ialah 4.02kg. Mula-mula anakanda senyum-senyum je masa dr check kulit dan suhu. Lepas kene inject Wwwaaaa.. 'Marahnya dier. Siap jetak-jetak(tendang-tendang) kaki yer' kata Dr. Kejap je dah 2 bln anakanda. Perkembangan anakanda buat masa ni Aqiilah dah sengetkan badan. Dalam usaha nak meniarap la tu. Selalunya bila badan aqiilah dah senget sebelah, kakak akan tolong (tanpa diminta) tolak bagi meniarap..hehe.. Paiti..Paiti. Ibu doakan semoga anakanda terus membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang solehah. Insyaallah..
Saya kene cucuk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''