Wednesday, August 24, 2011

Rajin Bersolat Ye Anak-anak..

Sejuk Hati Ibu


Baru-baru ni aku ada membelikan anakanda Ashiilah Telekung melalui JarumJahit aka k.Liza. Comel gak. Simple n very nice. Siap ada beg cerut leh sandang belakang dijahit nama lagi. Harga pun berpatutan sangat. Ashiilah sangatlah suka. Anakanda Amrullah pun dah boleh solat sikit-sikit. Insyaallah klau al-Fatiha dan surah pendek (kul) tu alhamdulillah. Yang lain dalam proses lagi. Banyak main skarang ni..ish..ish.. Fenin ibu. Bila nak ajar yang baru mesti dia tanya balik..Tadi kan dah blajar?? Kene la sentiasa blajar sayang oi..tak kira sampai bila-bila pun walaupun umur dah tua mesti sentiasa belajar..key sayang. Ilmu tu tak pernah habis..



So sekarang tiba masa untuk anakanda Ashiilah pula mendekati dan belajar solat. Tapi Ashiilah baru belajar gerakan dalam solat dulu..Cakap pun pelat lagi. Slow-slow nanti leh blajar hafal bacaan lak ye sayang. Sejuk hati ibu bila tiap kali nak solat anakanda berdua secara automatik akan ckp "kakak nak solat jugak".."along pun nak solat ngan ibu". Senang ibu mendengarnya.  Along kekadang solat pakai sluar pendek je. Takpelah kecik lagi.. . Biaq dia rasa suka bersolat dulu. Step by step... Ibu doakan anak-anak ibu sentiasa rajin bersolat kerana solat itu tiang agama dan sentiasa ingat pada Allah. Kerana Dia maha penyayang dan maha mengetahui. Bagi ibu anak-anak ibu cukup sempurna (bagi ibu dan abah) walaupun tak sesempurna dan sehebat orang lain. Nnt ada la org kata "Aku angkat bakul masuk sendiri". Ada je orang tak senang dgn kegembiraan org lain. Kenapa?? Itulah manusia.. Biarlah orang lain.. nak kata apa ke..tak nak kawan ngan anak-anak ibu ke, nak kata apa-apa kat anak-anak ibu ke..nak buat apa ke.. Anak-anak ibu kene ingat bahawa Allah itu maha Penyayang dan Adil. Dia yang maha Esa.  Sekurang-sekurangnya anakanda2 kecil-kecil lagi dah terbang, mengenal negara orang,. merasai 4 musim. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Ish..emo lak..hehe. Ibu dan Abah sentiasa sayang kat anakanda2. Kalau ibu dan abah marah pun sebab sayang..supaya anakanda2 jadi seorang Insan.

note: Tertarik dgn cara wardina mendidik anak-anak dia solat..entry BabyIbu




Thursday, August 18, 2011

Biskut Chipsmore dari missHannan

Assalamualaikum..salam ramadhan


Sebenarnya entry ni lama dah nak publish..tapi tak publish-publish coz asyik tertangguh je nak snap gambar biskut. Dari 2 balang sampai dah nak abis dah biskut..hehe. Tujela yang tinggal (refere gambar) . Sedap biskut ni..aku beli dengan missHannan. Rangup..anakanda2 aku suka banget. Masa baru ambik tu, sebalang abis. Nasib baik beli 2  balang. Sesuai dimakan bila-bila masa..tak yah tunggu raya. Kalau korang nak order leh la ke blog missHannan. Ni dah tolong promote, klau aku order lagi ada discount ker Nan?? hehe..

Wednesday, August 17, 2011

Angry Bird aka Burung Marah..

Assalamualaikum..Salam Ramadhan.

Sekarang ni semua orang tahu tengah musim angry bird. Seperti biasa anakandaku pasti turut serta. Dulu lagi dia dah layan angry bird ni. Tapi masa tu taklah se'glamour' sekarang. Hari-hari duk layan angry bird ngan tepon dier aka tepon aku. Sekarang ni boleh dikatakan demam angry bird tengah membuak2..sampai semua benda pun nak letak jenama angry bird. Cuma sekarang anakanda dah kurang sikit layan angry bird ni..puas kot. Nak dijadikan cerita, aritu pi la Toy'R'us ternampaklah patung angry bird yang berbunyi apabila ditekan. So aku pun terbeli dua ekor bersaiz sederhana. Diulang..'ter' okey. Sian lak tengok along n kakak bila jln2 nampak patung angry bird selalu mintak beli. Seperti biasa abah takkan layan permintaan anakanda depan-depan takut nanti dia ingat apa yang diminta terus dapat. Tapi klau beli time dorang takde takpe. Punyalah excited bila aku tunjuk patung tu kat dorang. Duk heret jer mana pi..sampai tidur..makan pun ngan angry bird. Takpelah..asalkan anakanda gembira, ibu dan abah turut bahagia. Anak-anakku..jadi anak yang soleh dan soleha ye sayang..

Friday, August 12, 2011

Kelahiran Anakanda Amirrullah

Ahmad Amirrullah B. Mohamad Sabri

Gambar kecil: Amirrullah beberapa minit selepas dilahirkan.

Telah selamat dilahirkan pada 13 Jun 2011, Isnin di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah, Bangi, Selangor. Anak ketiga ku ini dilahirkan cepat tiga hari dari jangkaan. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan aku diberi kekuatan untuk melahirkan anakanda secara normal. Terima kasih kepada en.hubby yang banyak memberi sokongan moral sepanjang proses kelahiran dan setiasa menemaniku disisi. Terima kasih sayang. Siap buat lawak lak kat labour room..tapi aku tak gelak la..sakit tak hengat dah masa tu.  Dalam masa yang sama hubby juga tak henti-henti mengingatkan aku supaya sentiasa ingat pada Allah.
Kehadiran Amirrullah disambut gembira oleh abang dan kakaknya. Alhamdulillah.

Aku mula betul-betul rasa sakit jam 12.30tgh. Lebih kurang jam 1.00tgh kami bertolak ke hospital. Dari rumah ke hospital mengambil masa lebih kurang 45minit. Seperti along dan kakak,  masa sakit lebih kurang sama. So aku jangka aku akan melahirkan juga lebih kurang waktu along dan kakak dilahirkan area 3-5 petang. Jangkaan aku tak jauh melesat apabila aku mula melahirkan anakku jam 3.36ptg. Cuma kali ni aku rasa kesakitannya lain sikit. Lebih sakit dari yang dulu..agaknya banyak dosa kot..hehe.ihikhik.
Gembira, terharu, hiba..semua perasaan ada. Bercampur baur. Anak kecil sebesar tapak tangan, seberat 3.40kg yang selama ini duduk di dalam janinku akhirnya selamat dilahirkan. Sekali lagi aku merasai kenangan terindah sebagai Ibu.

Aku berdoa semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini dapat menyinari lagi keluarga kecil kami ini. Semoga Allah sentiasa melindungi dan meRahmati anakanda dunia dan akhirat. Selamat datang ke alam Dunia sayang. Kuatkan imanmu..hiasi peribadimu. Semoga sentiasa dilindugiNya. Insyaallah.

Monday, August 8, 2011

Perkembangan Siti Uzma Qaisara

Assalamualaikum..
Ingat tak lagi entry aku pasal anak buahku Siti Uzma Qaisara. Sekarang beliau dah boleh balik rumah. Tapi keadaannya masih tidak berapa stabil..kena selalu beri perhatian lebih. Alhamdulillah..semakin hari semakin baik. Dr kata pihak hospital dah tak boleh buat apa2..semua berserah pada takdir. So sekarang kakak ku ingin cuba cara alternatif pula. Mana tahu dengan kuasa Allah semua mungkin kan. Sama-samalah kita berdoa semoga Uzma semakin sihat..dah keluarga kakak ku diberi kekuatan dalam menempun dugaanNya.



Saturday, August 6, 2011

Along Amrullah 4 Tahun

Kisah 5 Ogos 2011...Sejarah 19 Ogos 2011

American Choclate Cake..favorite kami sekeluarga. Ashiilah tumpang sekaki.

Alhamdulillah..semalam genaplah umur anakanda Amrullah berusia 4 Tahun. Syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan aku anak yang menyejukkan mata..menyenangkan hati..dan menenangkan jiwa.. Menjadi kebanggaanku. Alhamdulillah.. perkembangan pembesaran anakanda Amrullah yang sempurna dan tidak menyusahkan..sentiasa menjadi penyejuk hatiku. Tatkala dia gembira..aku turut gembira. Tatkala dia berduka hatiku juga turut terluka. Dari sehari ke sehari Amrullah membesar..belajar erti dewasa..mula mengenal erti kehidupan. Walaupun baru berusia 4 tahun..dia sudah boleh diharap. Menolong ibu..menjaga adik-adik. Kini banyak perkembangan anakanda yang ibu dan abah banggakan.. Harapan ibu semoga anakanda menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat..ibu teringin anak ibu menjadi al-Hafiz....Mampukah aku mendidiknya??..Insyaallah. Ibu abah dan adik-adik sayang sangat kat Ahmad Amrullah. Jadi abang yang bertanggung jawab dan jadi anak yang soleh ye sayang..We u much... . Ibu dan abah sentiasa mendokan anakanda dan cuba memberi apa yang terbaik untuk anakanda semua.

Oleh kerana kami tkde sambutan pun..just makan-makan sendiri. Along pun menjemput kawan2 alien Ben10 join sekaki. Untuk menambahkan koleksi alien Ben10, abah bagi along 2 ekor lagi sempena bday. Sekarang along dah jadi peminat Ben10 pulak..Otomen mcm mana??

Bila tibanya tarikh lahir anakanda Amrullah, itu menandakan semakin dekat anniversary kami. Detik di mana aku sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Seorang lelaki yang aku cinta, kagumi dan hormati. Ku letakkan kepercayaannku kepadanya. Pelbagai dugaan telah aku harungi..dengan kekuatan dariMu Ya Allah. Kebahagian dunia yang sentiasa aku rasai..doaku semoga ia berkekalan sehingga akhir hayatku.Ya Allah..panjanglah jodohku dan suami, berkatilah kehidupan kami..Lindungilah kami dibawah ArasyMu. Kuniakanlah kami anak-anak yang soleh dan soleha..Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Esa. Aminn.. Terima Kasih sayang atas segalanya. Love u mucchhhh SAYANG..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''