Thursday, October 30, 2008

Pulau Perhentian, Terengganu : April 2007

Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia.

Sejak dua menjak ni, perut ku asyik rasa tak selesa jer. Aik.. baru 5bln lebih. Agaknya terlalu banyak berdiri + wat kerja umah kot. Setahun yang lalu ketika kandungan ku berusia sama seperti sekarang, aku masih sempat lagi ke Pulau Perhentian, Terengganu. First time pregnant, perut pun takla besar sangat walaupun dah 5 bulan. Kebetulan pula masa tu adik perempuanku duduk di rumahku. Takde maknanya datang Terengganu tak pi pulau.

Seperti biasa, aku mulakan dengan kisah sejarah Pulau Perhentian. Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Mengikut sejarah, penduduk awal Pulau Perhentian ialah Batin Mina.Tempat yang mula-mula dibuka dan didiami ialah Teluk Dalam, di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Nama Pulau Perhentian diambil kerana pulau ini dahulu merupakan tempat persinggahan kapal-kapal dagang dari China ke Asia Tenggara. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar. Maklumat Lanjut boleh layari http://www.pulauperhentian.com.my/sejarahperhentian.php











25 April
: Percutian yang tidak dirancang ini akhirnya membawa kami ke Pulau Perhentian Besar. Kami mengambil boat dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian pada jam 1600. Ia merupakan boat terakhir ke Pulau Perhentian. Boat yang kami naiki rupa-rupanya menurunkan kami di perhentian di Pulau Perhentian Kecil. Masa beli tiket tadi, dia kata hantar terus ke resort. Tipu la ni. Hubby ku dah merungut..aku pun sama.. hehe.. yela nanti lambat la kami sampai ke destinasi. Lebih kurang jam 1800, pekerja Arwana Perhentian Eco Resort sampai untuk mengambil kami bertiga menggunakan boat laju. Kami sampai di resort lebih kurang 1830. Kat sini ada banyak resort, dari yang sangat murah sehingga yang agak mahal. Kami memilih Arwana Perhentian Eco Resort sebab kat sini je yang ada kolam mandi. Memandangkan kami sampai pun dah lewat petang, pada sebelah malam setelah makan di resort, kami hanya berjalan-jalan di pandai sahaja. Ketika ni air pasang, sejukkk...



26 April : Hari ini kami ada aktiviti snorkeling. Kami sarapan pagi jam 0830 kerana jam 0930 kami perlu ada di boat untuk aktviti snorkeling. Boat ni hanya bawa kami bertiga sahaja. Kami di bawa ke 3 tempat iaitu Shark Point ,Coral Garden dan Turtle Point. Tapi aku dan adikku hanya turun kat 2 tempat sahaja. Tak laratla.. ngan perut yang begini membuatkan aku cepat rasa letih. Adikku pula, bila aku tak turun, dia pun taknak turun. So hubby ku dan budak boat jerla yang turun di tempat ke3. Balik dari snorkeling, kami mandi kolam pula. Masa ni rasa lapar dah. So tak lama manalah kami mandi kolam. Selepas membersihkan diri, kami turun untuk lunch. Jam 1500, hubby ku ada aktiviti diving lak. Aku dan adikku ikut gak, tapi duk di boat jela. Hubby ku kata coral kat sini lebih cantik dari Pulau Redang. Aku hanya leh dengar jela, nak diving tak reti.. heheh.. Petang tue kami berjalan di pantai sambil tengok sunset. Air pun dah mula pasang.


Pada sebelah malam kami makan di restoran bersebelahan dengan resort. Murah sikit sini. Kebetulan malam tu tak ramai pelanggan. Kami sempat berborak dengan tuan kedai. Kisah asal usul dan perkara pelik kat pulau ni. Seram gak masa dengar tu. Tapi buat-buat berani jela. Anak makcik ni pernah accident di pulau ni. Boat langgar boat. Rupa-rupanya bukan jalan raya jer kene berhati-hati, kat laut pun kene berhati-hati. Selepas berborak panjang, makanan pun dah lama habis, kami pun berangkatlah ke bilik.

27 April : Pagi ni kami bersarapan jam 0900. Hari ni dah nak balik, so takde aktiviti pun. Selepas sarapan yang agak lama, kami check-out pada jam 1100. Boat akan sampai pada jam 1130. Cuaca hari ni mendung, harap-harap tak hujan. Dalam perjalanan, ujan renyai-renyai mula turun, laut dah mula bergelora. Aku mula rasa tak selesa. Alhamdulilla, sampainya kami ke daratan, baru hujan mula lebat turun. Insyaallah, akan kami datang lagi ke sini. Tungguu....










.

Wednesday, October 29, 2008

Takziah McT..atas pemergian bonda anda

Takziah..yang hidup pasti akan pergi...
Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya kuasa Tuhan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kita hanya cuba yang terbaik untuk dapat yang terbaik. Kerana Allah telah janjikan, setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya.

Baru sahaja aku mendapat khabar gembira dengan kelahiran baby baru rakanku, semalam aku dikejutkan pula dengan pemergian ibu kepada rakan rapatku, Zuriaty. Aku memang kenal dengan family dia, begitu juga dengan aty. Kami mula berkawan sejak mula menjejakkan kaki di UTM pada tahun 1999. Setelah lebih setahun ibu kepada rakanku itu sakit, akhirnya dia menyahut panggilan illahi jua pada 28 Oktober 2008, jam 0550am. Banyak-banyak bersabar dan berdoa, kepada aty dan keluarga kami ucapkan takziah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi bonda. Al-fatihah untuk allahyarhamah...

.

Monday, October 27, 2008

Tahniah....Zamzilawati


Semalam aku dapat berita bahawa rakanku telah selamat melahirkan 2nd baby pada 10/10 baru-baru ni. Terperanjat gak aku, yela kitorg agak rapat gak..tapi tup tup dengar dah beranak. Nak wat surprise konon. Kebetulan lak phone dia rosak, so tak dapat la dia nak inform masa dia beranak aritu. Anyway..congratulation. Dapat baby boy. Kira sepasang la er Zam. Akhirnya lepas 3 tahun dapat gak Batrisya adik. Jangan duk buli adik dah ler er. Semoga kehidupan Zam sekeluarga akan lebih ceria dan bahagia. Kepada rakan-rakanku yang bakal mendapat cahaya mata..ummuwafi(anytime)..wid(sbln lebih agi kan)..ctkuyu (baru agi)..setti..hannan..malin.. etc, slide baby kat sebelah aku tujukan khas untuk tatapan korang. Buat halua mata, mana tau kot-kot anak macam 'mat salih' nanti hehehehe..

.

Saturday, October 25, 2008

Adab azan

Adab azan dan saat kematian
Baru-baru ini saya mendapat satu khabar pemergian kawan se'UTM' ke rahmatullah. Ajal maut tiada siapa yang tahu. Walaupun pada usia muda, kematian itu pasti menjelma tanpa mengenal usia. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Kali ini ingin saya kongsi maklumat yang saya terima melalui seorang teman mengenai kaitan azan dan saat kematian.

Sebagai pedoman mari kita renungi. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."



Ni fenomena azan yang aku tengok kat YouTube. Ingin rasanya berkongsi dengan rakan-rakan, bersama-samalah kita fikirkan. Betapa telitinya ciptaan Allah.

Thursday, October 16, 2008

Raya Sept2008

Ni gambar raya tahun ni. Disebabkan tahun ni giliran umah mertua, maka tak dapatlah kekanda-kekanda ku bersama di pagi raya. So kat sini aku upload gambar kami di hari raya untuk tatapan semua...


.

Sabah : Aug / Sept 2008

Akhir August 2008...

Lama dah rasanya tak cerita tentang perjalanan percutian kat blog ni. So kali ni aku nak cerita sikit perjalanan kami ke Kota Kinabalu, Sabah buat kali kedua. Almaklumla, haritu kan kami tak dapat ke mana-mana kerana cuaca hujan. Manalah tahu ia dapat dijadikan panduan untuk mereka yang ingin bercuti ke Kota Kinabalu (KK) dalam jangka masa yang singkat.

Sebagai pengenalan, aku cerita sikit dahulu perihal Bandar KK. Nama asal bandar ini ialah Api-api dan Singgah Mata. Ini kerana kawasan ini banyak ditumbuhi oleh pokok api-api. Setelah bandar ini berkembang namanya ditukar kepada Jesselton. sempena nama pegawai Inggeris yang ditugaskan membuka dan memajukan Bandar ini iaitu Sir Charles Jessel. Nama Kota Kinabalu diberi pada tahun 1967 sempena Gunung Kinabalu.


30 Aug : Lebih kurang jam 1600 ,kami memulakan perjalanan dari Kuala Terengganu ke KLIA dengan menaiki kereta. Memandangkan flight ke KK jam 0400, kami singgah di rumah kakak ku di Taman Melawati.

31 Aug : Jam 1230 kami memulakan perjalanan ke KLIA. Pesawat berlepas jam 0400 seperti yang dijadualkan. Kami sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 0630. Kali ini kami menginap di Apartment Promenade, lebih kurang rm280/night, 3 bilik,2 bilik air, complete dapur dan barangan rumah. Ia bersebelahan dengan Hotel Promenade. Kali ni pun kami menyewa kenderaan untuk memudahkan kami ke mana-mana. Selepas berehat dan bersarapan, kami memulakan aktiviti ke Lok Kawi Wildlife Park. Bayaran masuk untuk dewasa rm10, kanak2 rm5. Ia terletak lebih kurang 15km dari bandar KK. Ia dibuka setiap hari dari jam 0900 - 1730. Tapi mungkin kedatangan kami kali ini tidak kena pada masanya kerana tiada aktiviti yang dijalankan pada ketika itu. Kami cuma dapat menyaksikan pihak zoo memberi makan kepada Memerang. Agak menarik. Kemudian kami meneruskan perjalan ke One Borneo Shopping Mall. Shopping Mall yang paling besar di Sabah. Saja je datang sini, almaklumlah dengar cerite hebat. Nak tahu betul ker hebat? Datangla sendiri. sewaktu ke sana kami sempat melihat-lihat UNIMAS kerana ia satu laluan untuk ke One Borneo.



Pada jam 1800, kami ke Restaurant Terapung Kampung Nelayan. Kali ni kami makan Ikan Masak Asam Pedas, Tiram , Lopster dan Sup Isi Ketam Jagung. Yumm.. yumm.. meleleh air liur bila teringat balik. Pada sebelah malam, kami ke sekitar pasar Philipina. Pada awalnya ia dibuka di kawasan Kampung Air -> ke belakang bangunan Bank Negara -> bangunan UNHCR (sehingga kini). Jika tidak salah, dahulu pasar ini di kenali sebagai Pasar Kraftangan, kemudian sebagai Pasar Filipina atau Pasar UNHCR. Ini kerana dahulu ia merupakan penempatan sementara pelarian Filipina. Pada awalnya kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan daripada negara Filipina. Kemudian ia dikembangkan dengan menjual kraftangan tempatan dan produk negara lain. Walaupun pada waktu malam, kawasan sekitar pasar ini masih meriah dengan jualan ala-ala pasar malam. Terdapat pelbagai gerai makanan. Gerai cenderahati dibuka di seberang jalan. Aku pun sempat membeli sedikit cenderahati untuk mereka yang bertuah... hehehe.. Adus.. letihnya rasa seharian berjalan. Nak rehat japlak.. sok sambung lagi.











1 Sept :
Hari ini kami memulakan aktiviti agak lewat memandangkan destinasi kami hanya ke Gunung Kinabalu. Selepas bersarapan, pada jam 1130, kami memulakan peralanan ke Gunung Kinabalu. Yela, kalau tak ke sini, nanti orang kata pi KK tapi tak ke Gunung Kinabalu.. rugi.. rugi.. Perjalana mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit - 2jam. Jika anda ingin ke Gunung Kinabalu, pastikan minyak anda mencukupi. Kerana itulah peristiwa yang berlaku kepada kami.. haru.. haru... Mengikut cerita, tklah jauh sangat so kami ingat cukupla minyak tu.. Sekali jalan dia berbukit bukau. Manalah tak banyak makan minyak. Asyik main gear satu dua... skali lampu minyak dah nyala.. tanya orang kata ada satu jer stesen minyak.. di Pekan Kundasang. Punyalah kecut perut takut tak sampai. Alhamdulilla.. akhirnya sampai juga di Pekan Kundasang. Keadaan Pekan Kundasang ala-ala Cameron Highland. Dengan cuaca yang sejuk dan view mengadap Gunung Kinabalu, amat cantik. Kami makan tengah hari di sini, tak ketinggalan makan kepak ayam. Sesuatu yang mesti makan jika sampai di KK.


Lokasi Pekan Kundasang melepasi simpang ke Gunung Kinabalu. So kami kene berpatah balik menuju ke Gunung Kinabalu. Sampai di Pintu Masuk Gunung Kinabalu , kami lihat sekumpulan pendaki dari Korea tengah menunggu untuk mendaki. Pendakian mengambil masa lebih kurang 4 jam tanpa henti. Kami?? hehe.. lain tahun kot. Walau bagaimanapun kami tetap memanjat bukit berhadapan Gunung Kinabalu. Ia memang disediakan untuk mereka yang hanya ingin melihat view Gunung Kinabalu dengan lebih jelas. Stage pertama untuk melihat air terjun dari Gunung Kinabalu. Stage ke2 melihat puncak Gunung Kinabalu. Aku hanya mampu memanjat sehingga stage pertama. Itu pun dah lelah. Nampak sangat takde stamina aku ni. Hubby ke sampai ke stage ke2. Cayalah.."Pemandangannya cukup cantik tidak secantik gambar. Hanya dapat digambarkan dengan pendangan mata sahaja" kata suamiku. Ish.. rugilak rasa tak panjat sampai atas. Memandangkan harini agak letih memanjat, kami mengambil keputusan makan di Hotel Promenade sahaja. Setelah membersihkan diri dan berehat, kami ke pasar Philiphina lagi. Yela, esok dah nak balik. Malam ni jalan-jalanlah. Jalan-jalan cari pasal..












2 Sept
: Hari ini kami dah nak balik. Pagi tu selepas sarapan kami pi mandi kolam. Kesian anakanda nanti,tak dapat mandi kolam. Kecik hati dier.. hehe.. Sebelum ke airport, kami singgah di Tanjung Aru + sambil makan tengah hari. Kemudian kami terus ke airport, orang kenderaan sewa dah tunggu di airport. Flight kami ke KL jam 1500. Kali ni kami naik Airbus330. Flight dari Korea, transit di KK sebelum ke KLIA. Best.. best.. Bukan apa sebab sit flight banyak kosong, bermakna penumpang tak ramai. So apa yang kami dapat pun berganda-gandalah. Siap wat bekal lagi.. Rezeki.. rezeki..


Ni gambar memerang tengah makan. Jumpa lagi...

.

Saturday, October 11, 2008

Baby Ticker

Check-Up selepas raya.....

Baru-baru ni aku pi wat check-up. Alhamdulilla baby semua ok, cuma aku jer kurang ok sikit. Check darah kali ni hb bawah 11.0. Alamat kene sticker hijau la. Aku dinasihatkan jangan tinggal makan ubat, banyakkan makan dan rehat. Anakanda pun kecik lagi sekarang, kepada mereka yang jaga anak sendiri tu mesti faham keadaan aku. Banyak manalah sangat masa nak rehat klau ada anak kecik ni. Aku tak risau sangat pasal rehat-rehat ni, biasalah dah jadi ibu.






Mak aku pernah berkata "kita ni bila dah jadi isteri + ibu, mana ada masa nak lepak-lepak. Tapi jangan sesekali merungut,wat tanggungjawab tu dengan ikhlas dan gembira, mesti kita tkkan rasa letih atau penat. Kita akan rasa masa tu cepat jer berlalu. Itulah kelebihan menjadi seorang isteri+ibu." Yela, mak aku dah berjaya menjaga kami 7 beradik dari dulu sampai sekarang. Tanpa sekali pun aku dengar dia merungut. Malah klau balik umah Mak sekarang ni pun, mak akan tanya "nak makan apa?". Nanti mesti mak aku akan masakkan. Itulah hebatnya bondaku...

Sekarang ni aku tengah berusaha menaikkan hb blood ku. Aku dah tambahkan pemakanan dan cuba banyakkan minum susu (kadang-kadang hehhe). Harap-harap next month check takde masalah lagi. Sekarang kandunganku berusia lebih kurang 20 minggu @ 5 bulan. Kejap jer rasa. Perut pun dah mula nampak. Berbunga-bunga rasa dihati. Chewahhh.. Teringat lak masa first time mengandung...


.

Thursday, October 9, 2008

Selamat Hari Raya Idul Fitri

Selamat Hari Raya Idul Fitri


Hari ni dah masuk Syawal ke10, baru aku nak tulis pasal raya. Kira ok la er. Firsty nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blok ni. Harap-harap raya kali ni disambut serba sederhana, yela membazirkan amalan Syaitan. Takkan kita nak ikut bende yang tk baik kan..Sebut pasal puasa, Alhamdulilla, posa haritu berjalan lancar. Cuma tertinggal sehari..hehe.. Kene ganti gak sehari rupanya. Klau Wid baca blog nie.. Ucapan untuk Wid "Kita serupa". Ingatkan dapat puasa penuh kali ni, tak berjaya juga. Bukan apa, hari ke 27 berpuasa kami ke Manjung,Perak. Singgah berbuka di rumah adik iparku. Dalam perjalanan tu, aku 'termuntah'. Hubby ku ikut Gua Musang - Cameron Highland. Fenin-fenin.. dah nak berbuka dah, akhir nya aku termuntah gak..

Raya tahun ni, kami beraya di Kelang, Selangor. Hanya familyku, kakak sulungku, dan dua orang adik ku belum berkahwin yang beraya di Kelang. Kakak-kakak dan abangku beraya di rumah mertua tahun ni. Walau pun tak cukup korum, raya kali ni tetap disambut meriah. Pagi raya biasalah lepas solat sunat Raya dan makan-makan, kami beraya. Ish..syahdu..syahdu.. Lebih-lebih lagi masa salam ngan mak, sadis..sadis.. Ntahla,sejak dah jadi ibu ni, hati ku sering kali tersentuh teringatkan pengorbanan ibu padaku. Tu yang tangkap syahdu tue.

Raya ketiga kami mula mengangkat kaki untuk balik ke Terengganu. Kami hanya sempat berjumpa dengan family kakak ku Zainon sahaja. Kami balik terus ke rumah di Kuala Terengganu kerana ada tetamu nak datang malam nanti. First time orang datang beraya di rumah kami. hehehe. Esoknya baru beraya di Besut pula, family belah hubby ku.

Harap-harap amalan di bulan puasa dapat diteruskan walaupun kita berada di bulan lain. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''