Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul 1431H

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalamualaikum, Selamat Menyambut Maulidur Rasul saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka Bumi Allah ini. Sempena Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita sama-sama memuhasabah diri dan memperbaiki diri kita untuk menjadi umat nabi Muhammad yang lebih baik. Di sini ingin saya kongsi serba sedikit ilmu yang saya perolehi dari pencarian di internat bersama-sama rakan blogger sekalian.

Gambar Gedung Maulidur Nabi atau Maktabah Makkah Al-Mukarramah. Gambar dari google.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Maulid Nabi merupakan sebuah "Rumah Kelahiran" kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas'a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali.

Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama "Maktabah Makkah Al-Mukarramah", terletak dekat di sebelah timur Masjidil Haram, tepatnya di 21°25'29,82" N dan 39°49'47,58" E.

Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam.

Sila klik untuk n3 Maulidur Rasul sebelum ini.

Thursday, February 25, 2010

The Legend International Water Home, PD, N.Sembilan

The Legend International Water Home , Port Dickson, N9, Malaysia: Jan 10'


* peta The Legend Water Chalet, sebelah je. Peta The Legend Water Home tak jumpa.















(Kiri) Posing-posing 3 beranak (Kanan) Peace.. Amrullah dapat belon masa abah tengah check-in.

Esok Maulidur Rasul
, pasti ramai yang mencari-cari tempat untuk berehat. Almaklumlah cuti 3 hari. Pasti ramai yang mengambil kesempatan ini untuk membawa keluarga berehat. N3 kali ni aku nak cerita sikit pasal The Legend International Water Home, Port Dickson. Bolehlah korang bawa se'family' menikmati percutian di sana pula. Ia terletak bersebelah dengan The Legend Water Chalet. (aku dah buat n3 ni dulu). Nak pergi pun mudah. Ikut PLUS, exit PD, ada signboard. Ikutjer..sampailah. Tempatnya sangat cantik dan service yang diberikan pun cukup baik. Seperti layanan 1st class ghitu. Selepas check-in, staff Legend akan ikut ke kereta dengan menaiki buggy car (rasa namanya, Amrullah kata tu keta Ben10) untuk mengambil barang dan membawa kita+barang ke bilik. Kalau tak silap, tempat ini baru sahaja dirasmikan dan dibuka kepada umum tahun lepas.












(Kiri) Intai..intai..cak. (Kanan) Abah dibuli anakanda. Tenggelamkan abah..cepat adik..

Secara kasarnya, ia sama seperti Legend Water Chalet iaitu ada unit apartment, unit chalet dibina
di atas laut. Di sini juga terdapat akuarium lantai, tetapi yang lain dan 'best'nye ialah terdapat kolam renang di setiap unit bilik. So lebih privacy. Walau bagaimanapun, mereka masih menyediakan kolam untuk umum tapi mandi kolam kat bilik lagi best. Children's playground pun ada. Legend juga ada menyediakan basikal untuk di sewa. Masa kami nak check-in haritu, ada makcik (cina) tuo dah duk kayuh basikal. Cayalah auntie. Kalau sebelum ni ibu jarang berkesempatan dapat mandi kolam apabila bercuti (selalu en.abah jer yang turun ngan anak-anak), kat sini bolehlah ibu mandi sepuas-puasnya. Takyah nak risau pasal nak tutup aurat. Dan yang paling gembira adalah anakanda-anakanda terutamanya Ashiilah. Sampai taknak naik. Nangis bila diangkat. Tapi entah kenapa kali ini Amrullah tak nak masuk ke dalam kolam. Tapi nak main air. Ish.. ish.. Sebagai langkah penyelesaiannya, terpaksalah en.abah balik rumah ambik sampan angin. Nasib baik dekat. Kalau tak ambik, kesian pulak kat Amrullah. Peralatan di bilik pula cukup lengkap, sampai DVD player pun ada. Kalau korang nak tengok DVD bolehlah sewa kat front desk.












(Kiri) Ashiilah dah pandai kayuh kaki sendiri. Tak sedar dier dah jauh sesorang kat sana (Kanan) Takat tolak adik ghitu jer la. Tanpa disedari Amrullah, sampan dier tu dah penuh air diisi oleh ibu dan abah..hehe

Pada sebelah malam, kami order makanan untuk dinner di bilik sahaja. Air, kitorang claim welcome drink jer. Hehehe.. Masa
kan dorang pun sedap. Sangat sesuailah untuk percutian sekeluarga terutama untuk pasangan yang mencari tempat untuk berbulan madu. Berehat-berehat juga, keje tetap keje. Tak ghitu en.abah??..:). Tatkala anakanda-anakanda sedang tido dek kepenatan bermain air, en.abah tetap meneruskan kerjanya. Sian abah.. Ibu hanya mampu tolong buatkan air milo jer untuk abah..Air milo dibuat dengan penuh kasih sayang tue..:D Sebelum balik, en.abah call front desk supaya dihantar buggy car untuk membawa barang dan tuan barang ke kereta. Takyahlah kita penat-penat jalan atau angkut barang jauh-jauh. Kereta - Bilik - Kereta. Kalau hujan pun takpe, tak basah. Best.. best.. Terima kasih abah...:-*












(Kiri) Lepak-lepak atas akuarium lantai sementara menunggu keta Ben10 Amrullah sampai (Kanan) Posing-posing

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.legendiwh.com.my/.
Tolong promote lagi..:)


Wednesday, February 24, 2010

Baby Crying Contest

Baby Crying Contest by KakPah

Dah lama sangat rasanya tak join contest. Merajuk sebab tak pernah menang??? Taklah..cuma tak berapa ada kesempatan nak berblog lama-lama sejak akhir-akhir ini. Apa lagi nak ber'contest'. Kali ni aku nak join contest yang dianjurkan oleh kakPah. Cuba nasib. Meh la kita pakat ramai-ramai memeriahkan suasana. Simple jer syaratnya...

NAMA: Nurul Ashiilah Binti Mohamad Sabri
UMUR DALAM GAMBAR : 11 Bulan
UMUR SEKARANG : 1 Tahun (17 Feb 2010)

Gambar di ambil masa dalam keta. Kesnya, apa lagi klau bukan disakat oleh si abang. Tengoklah masih bergenang air mata Ashiilah. Hidung pun dah merah. Sian adik.. Dulu masa bulan pertama kelahiran, ashiilah memang agak suka nangis. Ntahla kenapa. Alhamdulillah, bulan-bulan berikutnya tabiat kuat nangisnya hilang. Sekarang Ashiilah lebih suka tersenyum. Dah tak cengeng lagi..

Syarat peraduan:

1. Jadi follower Auladjannah - done
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini.- done
3. Letakkan link kakpah di blog anda.- done
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil. - done
DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS
(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)
5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan. - done
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.- done
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.- noted

Tuesday, February 23, 2010

Potong kek

Kek 3 dalam 1













(Kiri) Potong jangan tak potong..Acu 21thn, Ashiilah 1thn, Uzair (yang duduk. Suruh pegang pisau skali tak mau..malu..malu ghitu) 3thn. (Kanan) Nenek suap Ashiilah kek. Yummy..

Sabtu lepas, kami sekeluarga pi umah abgku yang sulung aka pakLong. Mula-mula hajatnya nak balik umah Kelang, tapi mak ada kat umah abgLong di Setia Alam. Dekat jer. So kitorang pun serang umah Setia Alam la gamaknya. Saja nak potong kek Ashiilah. Takde planning apa-apa pun, cuma tiba-tiba terasa nak potong kek tuk Ashiilah. Leh Acu ngan Uzair (anak abgku) join sekali. Dorang pun bulan Feb juga. Uzair 1 Feb manakala AcuYana 18 Feb, sehari selepas bornday Ashiilah, 17 Feb. So kira package la..3 dalam 1. Kitorang cuma beli kek Coklat Moist, KFC, Air botol + Soya ngan Coklat Ferrero Rocher. Tuan umah tinggal sediakan ais je. Yelah, dahla nak 'pinjam' umah orang, takkan nak nyusahkan lebih-lebih lak. Sikit-sikit buat sepah cukup lah. hehe.. Lepas makan-makan, kitorang balik umah mak pulak coz petang tu kakLang nak datang. Malamnya kami balik Senawang semula coz en.abah harus membereskan tugasnya... Bz..bz.. Lain kali jerla kita tido kelang er...













(Kiri) Baju Merah ngan Tudung Krim tula tuan tanah. Hehe.. (Kanan) Makan time..Jangan keliru, yang baju merah tu cikEmi.

Thursday, February 18, 2010

Nurul Ashiilah 1 Tahun

Selamat Hari Lahir Anakanda Nurul Ashiilah

Gambar terbaru birthday girl. Dah makin 'anak dara' gayanya. Malu-malu kucing ghitu. Tetap ayu.:)

Hari ini 17 Februari 2010, genaplah usia anakanada Nurul Ashiilah 1 tahun. Sekejap jer masa berlalu. Tup tap tup tap dah setahun aku membesarkan anakanda Ashiilah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kami tak buat apa-apa pun. Cadangan asal untuk membuat solat hajat seperti abangnya dulu tidak kesampaian memandangkan tugas en.abah yang agak banyak. Semua mesti disiapkan sebelum 1 Mac. En.abah hanya tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk menyiapkan permintaan dari client. Kalau tak, merahlah telinga en.abah nanti..sian abah. Takpe, Ashiilah tak kisah lagipun Ashiilah masih kecil lagi. Lagipun semalam baru abah belikan Ashiilah 2 helai baju tidor, 1 baju bangun..:) Kira OK la tu kan. Ibu pun belum belikan Ashiilah apa-apa, nantilah yer. Ibu pun tak tahulah nak belikan Ashiilah apa sebab mainan along pun dah banyak..macam-macam ada... Ashiilah nak apa er?? Paling Ashiilah suka keta "roary" along. Kadang-kadang sampai berebut-rebut nak naik. Sit lak tuk sorang. Takkan nak beli satu lagi kot?? Ala.. kira kongsi jerla er.

Hehehe..aci ker? Along pagi-pagi dah ucapkan Selamat hari jadi kat Ashiilah. Ibu bgtau along " Along harini hari jadi adik. Cakap kat adik selamat hari jadi pastu cium adik". Along pun cakaplah "Adik, selamat hari jadi". Kemudian dicium pula pipi dan lip adiknya..Opss..takpe kecik lagi. Dah besar takleh cium lip tau. Pandai along. "Semoga Ashiilah dapat membesar dengan sihat, cergas dan cerdas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dikurniakan anak-anak yang berjurus, bijak akal fikirannya. Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anakanda, agar Ashiilah menjadi anak yang solehah. Ibu akan cuba sesempurna yang mungkin dalam membesarkan anak-anak ibu, agar berjaya di dunia dan akhirat. Salam sayang penuh kemesraan dari ibu dan abah. Selamat hari lahir nak..:-*********"

Tuesday, February 2, 2010

Le Paris Costa-Rica, PD: Dec '09

Le Paris Costa-Rica, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.













(Kiri) Gambar diambil dari bilik (Kanan) Posing-posing anakanda bersama atuk dan cikEmi

End of 2009, kami sekeluarga berehat di Le Paris Costa-Rica, Port Dickson, N9. Kira cuti penutup la tu. Jalan-jalan Port Dickson lagi. Alang-alang duduk di PD, bercuti kat area N9 jerla. Tahun depan belum tentu lagi tinggal di sini. Tempat yang menarik. Nak pergi pun mudah. Ikut jer signboard. Le Paris Costa-Rica terbahagi kepada 2 bahagian, hotel dan apartment. Hubby telah membuat booking apartment 3 bilik kerana kami bawa sekali bonda, ayahanda dan adinda-adinda. So sesuailah 3 bilik. Ada juga apartment 1 bilik dan 2 bilik. Cuma keadaan dalam apartment tu macam kurang dijaga sedikit. Keadaan lift juga hanya sederhana. Terlepas pandang mungkin..hehe (jawapan standart). Kolam dia cantik. Ada gelongsor air untuk budak-budak. Tapi entah kenapa kali ni, anakanda Amrullah takkan masuk kolam. Puas di tarik Acu dan cikEmi, tapi amrullah tak nak juga.












(Kiri) Cubaan cikEmi dan Acu memujuk Amrullah masuk kolam (Kanan) Ashiilah memang suka main air.Gumbiranyaaa

Kedudukan bilik kami pun strategik. Hujung sekali. Angin kuat sangat haritu. Sejuk..tak payah on kipas. Yang kurang best sikit, masa kami di sana terlalu ramai orang coz ada Persatuan mana ntah buat kursus di sana. Penuh dengan budak-budak sekolah. Campur pula dengan kakitangan Bank Rakyat. Tak termasuk lagi dengan yang datang sendiri. Bayangkanlah. Ish..ish.. aku kalau dah ramai sangat tak berapa gemar gak. Serabut sikit. Lagi-lagi masa breakfast. Kami turun breakfast agak lewat sikit dengan harapan tak sekali dengan group tu. Tapi masih tiada meja bersih untuk kami duduk. Kakitangan hotel tak sempat nak kemas agaknya. Makanan pun tak berapa menarik pagitu. Pagi tu hajat untuk mandi kolam sebelum check-out tidak kesampaian kerana hujan. Alamatnya mandi 'kolam' kat bilik jerla anakanda-anakanda. Aku bagi 3/5 bintang (penginapan+makanan) untuk Le Paris Costa-Rica. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada en.Hubby coz bawa kitorang berehat di sana. Terima kasih daun keladi, lain kali bawak la kami jalan-jalan lagi..:D. Sayang abah..muaararrrhhhh. Dari ibu, amrullah dan ashiilah.












(Kiri) Posing-posing (Kanan) Tengok lift tu. Tengok luaran pun dah tau. Angin kuat sangat masa ni. Nasib baik tudung nenek tak terbang. hehe

Maklumat Lanjut sila layari http://www.leparisresorts.com/

p/s: Rasanya dah di'rakamkan' semua kenangan percutian kami sepanjang tahun lepas kecuali ke kampung en.Abah. Yang tu kira halal jerla. Kalau ada masa nnt aku karang er. Mahu 6-7 entry baru siap. hehe..Da

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''