Assalamualaikum,
Sesuatu yang ingin dikongsi ..Sedarkah wahai mereka yang bergelar anak..
Ibubapa tiada dosa dengan anak-anak.
Jika ibubapa itu tidak melaksanakan tugas sebagai ibubapa,
dosanya adalah kepada Allah.
Bertaubatlah dan memohon ampun kepada Allah atas kesalahan dan kelalaian yang telah dilakukan.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
Tetapi jika anak itu tidak menunaikan tugasnya kepada kedua ibubapa (seperti derhaka etc),
Anak itu berdosa terhadap kedua ibubapanya.
Selagi ibubapanya tidak mengampunkan, selagi itulah dosa itu tidak terhapus.
Walaupun anak itu tidak sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya.
Kerana kadangkala kita tidak sedar perbuatan kita itu membuatkan ibubapa kita terasa.
Sementara mereka masih hidup mintalah ampun dan maaf kepada kedua ibubapa anda walaupun anda rasa anda tidak membuat salah kepada mereka.
Jika mereka telah tiada, tiada apa yang hendak dikesali lagi.
Aku juga pernah terdengar dan terbaca bahawa darjat ibu/bapa tiri itu sama dengan ibu/bapa kandung.
Ramai kini anak2 yang memperlekahkan ibu/bapa sendiri apa lagi ibubapa tiri.
Sekiranya seorang wanita (janda) yang telah mempunyai anak berkahwin lain, kemudian bercerai pula. Anak tiri (yakni anak wanita itu) tidak boleh berkahwin dengan bapa tirinya (bekas suami ibunya) itu.
Aku juga pernah mendengar cerita (benar) jika kita ada dosa terhadap kedua ibu bapa hidup kita tidak akan tenang walaupun kita kaya. Ada juga yang memang tak kaya, buat mcm2 kerja tapi tak juga senang. Semuanya ada kebenarannya.
Waallahuaklam.
p/s: sentiasa beringat2 agar tidak mudah terasa dengan tindakan anak2. ya Allah, Kau kuatkan imanku..tingkatkanlah kesabaranku..