Wednesday, July 4, 2012

Syukur..Alhamdulillah...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي



Positif ..semoga semuanya dipermudahkan olehNya. Amin..

Tuesday, July 3, 2012

Sambutan bday di Little Caliphs

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي



 Amrullah 5thn dan Ilham 6thn

Hari Isnin, 11 jun 2012 bersamaan 21 Rejab 1433..Ahmad Amrullah telah membuat sambutan hari lahirnya yg ke5. Ia kerana Sekolah Little Caliphs menggalakkan sambutan hari lahir mengikut kalender Islam. Yela, inikan tadika Islam. Sebenarnya Amrullah lahir pada 20 Rejab. Memandangkan ia jatuh pada hari Ahad minggu akhir cuti persekolahan, maka ibu mencadangkan agar sambutan hari lahir Amrullah dibuat pada hari Isnin buka sekolah. Bukan sambutan apa sangat pun, sekadar bagi goodies kat kawan-kawan sekolah Amrullah je. Ibu memang tk plan pun nak potong kek dekat sekolah. Plan ibu bagi goodies + kek coklat kukus cup untuk setiap warga tadika. Abah pun setuju coz nak potong kek bagai macam leceh je. Bila tanya Along Amrullah "Along takyah potong kek ye kat sekolah, kita potong kek kat rumah je ye. Nanti along bagi kawan-kawan kek coklat dalam cup je ye". Amrullah kata "Kek coklat makTeh buat ke? OK je". Maka ibu pun buatlah tempatan kat Pn.Jenon aka makTeh kek coklat 70cup. Warga sekolah Amrullah 60org (student+staff). Saja tempah lebih untuk makan sendiri. Actually pn.Jenon baru je cuba menceburi bidang jualan kek coklat kukus ni. Sejak beliau berhenti kerja kerana masalah kesihatan anakanda tersayang. Igt tak entry ibuZu yang lepas?(klik di sini) Bolehlah cari duit poket sikit-sikit. Tapi memang sedap..sampai cikgu Amrullah pun tanya tempah kat mane? Macam tau-tau je ibu tak buat sendiri..hehe
Nak dijadikan cerita, pada hari itu juga ada seorang lagi kawannya yg nak sambut bday juga. Dia baru bgtau pagi Isnin tu so buat la skali. Mak budak ni belikan kek untuk dipotong so kira Amrullah tumpang skali la. Thanks to Ilham n mak dia coz bagi Along tumpang potong kek. Tapi parent Ilham tkde coz keje. Takpe ibu tolong ambikkan gambar Ilham sekali ye.


Kepada anakanda Amrullah "Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa menjadi orang yang cemerlang dalam hidup. Kuatkan Iman. Ingat Allah Selalu. Jadi Anak yang Soleh. Kami sayang Along Amrullah sangat2.."
Amrullah dan Ilham mula bagi kengkawan goodies masing-masing

 
 Masa ni Amirrullah dah mula rimas nak mintak dilepaskan. Ashiilah pun dapat goodies.

Anakku..Ingatlah ALLAH sentiasa berada disampingmu. Sayangilah dan Cintailah Allah dan Rasullnya, nescaya dirimu sentiasa di dalam ketenangan. Insyaallah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''