Monday, March 30, 2009

Tag

Tag dari Mama Wid

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give it to 10 frens of yours Gambar sekadar Hiasan.

1.Tepat kul 12.01 min, 04 Mac, hubby ucap.. "Happy birthday sayang.." ..bisik kat telinga.. alahai sayang syookkk nyer..

2.Bangun pagi, tengok kat meja ada note "Happy birthday sayang," beserta package ziarah ke Mekah sekeluarga.. kalau umrah @ haji, anak2 tkleh bawak

3.Semua hutang piutang telah dijelaskan termasuklah kad kredit dah dicancelkan, tau tau hubby bg resit habis bayar siap ngan debit kad ber"isi" lagi.. dunia..dunia bagai ana yang punya. Taknak terlibat langsung ngan hutang

4.Terpacak Keta Honda Accord depan umah, tanpa hutang..sakit poket boleh la hubby ku

5.Sejambak bunga rose pink+putih berhiaskan ferraroche... romantik ghitu...

6.Hubby cakap "Sempena birthday sayang arini, pi la shopping ikut suka hati.Tinggal anak2 ngan abg. Nah duit berkepuk2 wat belanja, tak cukup bagitau".. wakhakhakah..angan2 jer leh la..

7.Nak ada business sendiri (bertulang belakangkan hubby).. hehe.. ada maksud tersirat tue..

8.Surprise Dinner.. di rumah yang dihias dan makanan special dimasak oleh hubby + siap nyanyi lagu ciptaan sendiri. waduh..waduh..bagai mimpi di siang hari

9.Naik helikopter... kapal terbang tak kira dah merasa, helikopter lom agi, helikopter yang terbangla leh tgk view dr atas..

10.Umah sebiji yang ada tanah aka laman, swimming pool, tempat cucuk tanam, view point,taman kanak2,spa dll. Kira mcm2 ada... hehe..umpama mimpi dalam mimpi

Semoga hajat-hajat yang cam ntah-apa-apa (tp ada gak yg relevan kan..kan..hehe) kat atas tu tercapai.. hehehe.. Yang pasti aku sentiasa menghajati kebahagian dan keharmonian dalam berumahtangga. Semoga Allah sentiasa memupuk rasa kecintaan dan hormat-menghormati dalam diri kami suami isteri.

Mangsa tag aku seterusnya.. jeng.. jeng.. jeng..

Ctkuyu, MissHannan, Lily, Walida, IzanIreni, Ummuwafi, Marina, Maslin, Capt, Kak Izan, Suziey

Friday, March 27, 2009

Kenduri Aqiqah dan Cukur Rambut

Aqiqah dan Cukur Rambut Nurul Ashiilah Bt. Mohamad Sabri

Sabtu, 21 mac 2009, kami telah mengadakan kenduri aqiqah dan cukur rambut anakanda Ashiilah di rumah nenek Ashiilah di Kelang. Yela, aku pun masih dalam pantang lagi. Seperti yang pernah ku coretkan sebelum ini, di antara adab-adab menyambut kelahiran anak dalam islam : azan dan iqamat; tahnik; aqiqah, bercukur dan memberi nama yang baik; berkhatan/sunat. (maklumat detail sila rujuk entry sebelum ini)
Kenduri yang dibuat sederhana sahaja. Aqiqah di buat pada sebelah pagi, manakala majlis cukur rambut di buat pada sebelah malam. Sebelum marhaban, diadakan dahulu bacaan tahlil dan doa selamat. Keadaan yang meriah dengan suara kanak-kanak menggamitkan lagi suasana malam.











(Kiri) Bunga Telur. (Tengah) Kelapa Muda yang dipotong, digunakan untuk meletakkan rambut baby yang telah digunting. (Kanan) Anakanda Amrullah dan sepupu kamcingnyer, Umar Farhan. Semua orang kata dorang ni adik beradik lain mak lain bapak.


Anakanda Amrullah pun asyik hilang jer dari pandangan ibu, mentang-mentanglah ramai kawan. Orang kuat majlis, siapa lagi kalau bukan nenek Ashiilah tak menang tangan dek kesibukan. Sian nenek. Sampai tak sempat nenek nak mandikan Ashiilah. So siapa yang menjadi mangsa untuk memandikan anak ibu ni?? Siapa lagi kalau bukan Mak Lang Ashiilah. Mak Lang kata Ashiilah ni kuat, asyik nak tendang-tendang jer masa dimandikan. Tuan kecik, tapi tulang kuat. Malam tue, kami sekeluarga memakai pakaian hijau kecuali Ashiilah, pink. Baju yang dihadiahkan oleh Mak Teh sekeluarga. Tapi tak nampak pun sebab masa nak cukur rambut Ashiilah dibedungkan. Tak nampaklah baju cantik Ashiilah tu, i'm sorry Mak Teh..(ikut nada amir raja lawak) hehee..











(Kiri)Ashiilah baru lepas nyusu, didukung oleh abah tercinta. Marhaban dah bermula.(Tengah) Acara cukur rambut bermula. Abah dukung Ashiilah, Pak Lang berbaju biru bawak kelapa muda, Tok Usi berbaju hitam Pegang bunga telur (Kanan) Rambut Ashiilah mula digunting.


Alhamdulillah, semuanya berlancar lancar. Selesai satu tanggungjawab kami sebagai ibu bapa dengan membuat aqiqah untuk bahagian Ashiilah. Semoga anakanda Nurul Ashiilah sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Ya Allah kau perelokkanlah akhlak anakku seperti mana Kau perelokkan rupa parasnya. Aminn....











(Kiri)Selesai acara cukur rambut. Nasib baik Ashiilah dah kenyang, so tidur jer la dia sepanjang majlis cukur rambut. (Tengah)Abah, ibu dan Ashiilah. Abg Ashiilah hilang entah ke mana. (Kanan) Tula baju cantik Ashiilah yang diberi oleh Mak Teh sekeluarga. Pink Pekedot ghitu...heheh.

Wednesday, March 25, 2009

Gift

Thanks Pn.Suziey
Gift dari Pn.Suziey. Thanks a lot. Terima kasihla kerana suka blog i nie... hehe.. ber ' I' la pulok..

Untuk hadiah kreatif lak. Kreatif ker blog aku ni. Takpela..asalkan kreatif di mata suziey.. hehehe..:D

Dia kata nak wat spotcheck. Takutttla baik letak cepat-cepat. hehe.... :P

Tuesday, March 24, 2009

Anakanda Ashiilah dan bantal-bantalnya

Di mana Ashiilah??


Kejadian berlaku malam sebelum kenduri aqiqah dan cukur rambut anakanda Ashiilah. Biasalah malam kenduri pasti banyak kerja yang perlu dibereskan, so aku pun mintalah tolong hubbyku menidurkan Ashiilah di bilik. Selepas menyusukan anakanda aku pun keluar untuk menolong apa-apa yang patut (ala.. tolong ikat telur kat bunga telur jer..hehe). Apabila aku baru nak masuk semula, hubby dah nak keluar. Dia kata Ashiilah dah tidur. Aku intai ke dalam bilik..tak nampak pun Ashiilah.... Pelik.. Ashiilah mana?? Tanyaku.. Carilah.. kata hubbyku sambil tersenyum-senyum. Rupanya-rupanya Ashiilah ditengah-tengah longgokkan bantal-bantal ala-ala KLCC tower ghitu. Tengoklah Ashiilah, kerja ayahanda Ashiilah yang tercinta tue. Tapi aku tengok lena lak anakanda Ashiilah tidur di tengah-tengah longgokkan bantal-bantal tue, bagai di buai mimpi-mimpi yang indah pulak. Biarkan jela Ashiilah dan bantal-bantalnya itu...

Thursday, March 19, 2009

Anakanda Ashiilah 1 bulan

Cepatnyer masa berlalu... Anakanda Ashiilah dah 1 bulan

Pada 17 Mac... 2 hari yang lalu, anakanda Ashiilah genap sebulan. Sekejap jer masa berlalu, dah sebulan anakanda Ashiilah berada di atas muka bumi Allah ini. Detik demi detik, minit demi minit, jam demi jam, hari demi hari anakanda Ashiilah membesar. Ya Allah, Kau peliharalah anakanda Ashiilah dari segala perkara yang tidak diingini. Aritu masa umur Ashiilah 20 hari berat badannya baru 3kg. Kira okla tu kan... Jom kita tengok perubahan wajah Ashiilah selama sebulan ni nak. Ibu dan abah sentiasa berdoa semoa anakanda dapat membesar dengan sempurna, berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang Solehah. Muuaarrhh.. dari abah dan ibu...

Wednesday, March 18, 2009

Dah tua setahun lagi

Belated Birthday


04 mac yang lalu, merupakan born day aku yang ke28. Dah meningkat lagi setahun umurku, dah makin tua rupanya. Yela, anak pun dah dua. Buat-buat lupa pulak er..hehe.. Ketika ni aku masih lagi dalam pantang, so tak leh nak nk kuar makan ngan hubbyku (selalunya kalau birthday kitorang makan luar bersama). So takde apa yang ku harapkan sangat, coz hadiah termahal telah pun ku terima awal 2 minggu dari tarikh lahirku iaitu dengan kehadiran puteri kami yang comel lote tu, Nurul Ashiilah. Cuma yang ku sentiasa nanti-nantikan pada malam hari lahirku ialah ucapan dari hubbyku (sejak dr zaman dulu-dulu agi..hehe), hadiah selalunya akan menyusul pada hari-hari mendatang. Tapi aku tak kisah coz sejak awal-awal lagi hubbyku dah bagi tau. Sempena hari lahirku kali ni, tue la yang ku dapat (kat gambar atas). Gumbiranya hati hamba.. tak terkata, tak sangka pula pandai juga suamiku pilih baju + skirt labuh tue.. kene tul ngan citarasaku, dari segi corak ngan warna. Campur lak ngan hadiah xtra dalam kotak kecil yang cantik sangat-sangat (sekali lagi gumbira hati hamba + berbunga-bunga). Pandainyer dier..

MMuuuaarrrhhhhhh... Terima Kasih sayang... Semoga ikatan yang kita bina akan terus berkekalan sehingga akhir hayat kita. Aminnn

Tuesday, March 17, 2009

Tag

Tag dari Mama Wid

Here you go moms - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!Let's see how much you remember!

Ahmad Amrullah dan Yoyot sewaktu sihat
(sekrg yoyot tgh terlantar sakit)

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Nope

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
Yup

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Syukur.. Gembira tak terkata

4. HOW OLD WERE YOU?
26 Tahun

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Test sendiri..lepas tu pi klinik untuk re-confirmation

6.WHO DID YOU TELL FIRST?
My lovely hubby

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Nope, terima seadanya.. Surprise..

8. DUE DATE?
August 05
, 2007

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
Julai 27, 2007

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.5kg

11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Yup.. dan agak teruk...

12. WHAT DID YOU CRAVE?
Sangat suka western food.. walaupun aku bukanlah kaki makanan western ni

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Takde

14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Boy..Hero la tu

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
Nope

16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Sebelum bersalin 58kg - Sblm mengandung 45kg = 13.. lebih kurang la tu

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Doa selamat (untuk 2nd baby pun buat doa selamat & sembahyang hajat)

18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
Diberitahu dan dirancang bersama

19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Nope

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Pusat Bersalin & Rawatan Keluarga, Kuala Terengganu, Terengganu.

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
Bersalin jam 18:44 - Masuk Labour Room jam 16:15 4hrs = 2 jam 45 min.. lebih kurang la tu

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My lovely Hubby..

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Doktor sorang, bidan sorang, nurse sorang dan My lovely Hubby..

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Normal

25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Nope.. kata nak jihat

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Ahmad Amrullah b. Mohamad Sabri

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
1 tahun 7 bulan

Nak tag siapa yer.. jeng.. jeng .. jeng..kita tengok siapa yang kena....
Ctkuyu, MissHannan, Lily, Walida, IzanIreni, Ummuwafi, Marina, Maslin, Capt, Kak Izan

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul 1430H

Salam Maulidur Rasul


Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di seluruh alam semesta.Kelahiran baginda merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Antara orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah
s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan
hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling
gembira. Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.
Adakah Abu Lahab dijanjikan syurga? Bagaimanapun Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah seseorang yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.

Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: "Beruntunglah mereka yang melihat aku dan
beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali)."

Begitu jugalah sambutan pada masa kini, tiada guna jika kita menyambut Maulidur Rasul secara
besar-besaran sedangkan tiada pengisiannya. Apa tujuan kita menyambut Maulidur Rasul
sebenarnya? Ia bertujuan untuk memperkenalkan siapa sebenarnya Rasulullah s.a.w dan
keperibadiannya (akhlaknya serta amalannya) kepada umat Islam agar menjadi ikutan umat
Islam. Lebih-lebih lagi pada zaman kini yang mana ramai diantara umatnya tidak mengenal
siapa Rasulnya.

Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w. Sambutlah Maulidur Rasul kali ini dengan penuh dengan pengertian dan penghayatan...

Wednesday, March 4, 2009

Tag

Tag dari Mama Wid

Copy the questions below. Simply use the first letter of your name/nickname as your answer for each questions. You can't use any answer twice and don't use your own name for questions # 3 & 4. After you're done, tag 10 people.



1. What is your name? Adik
2. A four letter word: Azan
3. A boy's name : Amrullah
4. A girl's name : Ashiilah
5. An occupation : Accountant
6. A color : Apple green.. (takpe ke wid sama..hehe)
7. Something you wear : Anting-anting
8. A type of food : Asam Laksa
9. Something found in the bathroom : Air
10. A place : Arab Saudi
11. A reason for being late : Anakanda tak siap lagi..
12. Something you shout : Allahuakhbar...
13. A movie title : Anak
14. Something you drink : ABC (Air Batu Campur)
15. A musical group : Ahli Fikir
16. A street name : Ampang
17. A type of car : Avanza (Toyota)
18. A song title : Anak Itik Tok Wi
19. A verb : Assault

Kengkawan yang diTag.. jeng.. jeng. .jeng..

Ctkuyu, MissHannan, Lily, Walida, IzanIreni, Ummuwafi, Marina, Maslin, Capt, Kak Izan

Lepas korang jawab tag ni, jangan lupa ambil hadiahnya sekali...

Tuesday, March 3, 2009

Nak Tolong atau ......

PTPTN-Dimanakah keikhlasan
Baru-baru ni aku berniat nak habiskan baki pinjaman PTPTN. Yela, sakit mata dan serabut
perut bila melihat 'kadar bunga' yang dikenakan. So berbekalkan wang yang ada (slps korek
sana korek sini)
, aku ke PTPTN untuk melangsaikan baki hutang. So bermulalah cerita
kebenaran, di mana aku rasa tertipu dengan politik dorang yang berputar belit alam. Seperti yang semua orang tahu, pada awalnya dikenakan 4%,kemudian 3% dan lepas tue dikatakan turun 1%. Tapi sampai sekarang pun aku masih tk dapat lagi kadar pengurangan 1% yang diheboh-hebohkan tu. Di pejabat pembayaran PTPTN, aku pun bertanyalah hamba allah kat kaunter tue, kadar 'bunga' yang dikenakan tue setahun ker setiap bulan, dia kata 4% setahun, aku kata tipula korang charge setiap bulan. Aku ada bukti, statement di internet dia charge 4% setiap bulan (aku kene byr rm60++ pada thn pertama, itu baru bunganya), aku ada print. So, that means setahun 4X12=48% perbaki. Gila apa?? Sapa nak jawab.. bila aku soal-soa,l dia sendiri pun tak terjawab. Senyap. Last-last dia suruh pi tanya akauntan kat pejabat utama PTPTN. Senang betul nak lepas tangan. Dia ingat dekat nak pi sana. Dah la parking susah, mahal lak tue.

Apa yang sedang berlaku??? Geramku membuak-buak lagi apabila aku ingin membuat pembayaran baki sebanyak rm16,XXX.XX (seperti yang tertera di statementku), alih-alih jadi rm17,XXX.XX. Naik sebanyak rm8XX.XX. Ni apa hal lak nie. Insan kat kaunter tue kata ada salah pengiraan sebelum nie. Patutnya lagila kurang coz kata nk turun jadi 1% nie lagi naik. Banyak lak tue. Bila suruh dia kira depan-depan, tak boleh pulak. Alasan dia aku kene pi pejabat utama PTPTN. Aku memang tak halalkan kiranya ada duitku yang dorang ambik melebihi yang sepatutnya. Dah la ambik 'bunga' monthly, kata yearly. Kalau dorang rasa apa yang dorang buat halal, biarla. Biar Tuhan saja yang membalas kekejaman dorang.

Kepada mereka-mereka di luar sana, beringat dan fikir-fikirkanlah apa yang sedang berlaku
sebenarnya. Kita sibuk nak tolong insan-insan yang ditindas di negara lain, tapi kita
sendiri ditindas senyap-senyap...

(luahan rasa peminjam PTPTN)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''