Wednesday, December 19, 2012

Virus Demam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي



Virus demam telah melanda kami sekeluarga. Alhamdulillah sekarang semuanya dah berlalu. Hampir dua minggu aku menjadi 'nurse' anak-anak dan mrHubby. Bermula dengan anakanda Amirrullah, berjangkit pula ke anakanda Amrullah keesokkan harinya. Pastu anakanda Ashiilah pula. Anakanda tak sihat lagi, mrHubby pula demam. Adus..memang cukup mencabar. Dengan keadaan ibu yang sarat cukup menguji kesabaranku. Tido tak menentu. Bila demam, anakanda sorang-sorang terjaga tengah malam. Yang tak tahan tu, anakanda Amirrullah asyik nak dukung je. Klau tak dukung mengamuk. mrHubby terpaksa gak tolong dukung. Nak minta tolong mrHubby selalu, dia pun demam juga. MrHubby kalau demam agak teruk. Keadaan berlarutan hampir dua minggu. Last-last aku sendiri demam..huhu. Ibu demam??? Sapa nak jaga??  Jaga diri sendiri je la..Nasib baik masa ibu demam, mrHubby dah semakin kebah. Ashiilah pun dah baik. Cuma along dan amirrullah je tak baik betul lagi. So bolehlah mrHubby tolong jaga anakanda sama-sama. Sekarang alhamdulillah semua dah sihat. Cuma tinggal batuk sikit. Patutlah dulu mak pernah kata, jad ibu ni tak leh sakit selalu. Sakit-sakit pun tetap kena uruskan rumah + anak-anak. Kami bukannya ada orang gaji. Sekarang aku semakin faham apa yang dikatakan mak. Dan semakin menghargai pengorbanan mak padaku. Mampukah aku membalas budi mak?? Semoga Allah mengasihi ibubapaku seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecilku.   Aminn..

Thursday, December 13, 2012

Istanbul..Aku Datang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Sabtu lepas ibu layan cerita Istanbul..Aku Datang melalui Astro First. Tapi takde la ibu beli Astro First semata-mata nak tengok cerita tu. Sekarangkan orang semua dah guna SkyBox. Dan bukan juga sebab orang kata cerita tu best atau sebab pelakonnya. Ianya adalah... sebab kami akan ke sana..Insyaallah.  Mesti dorang ada tunjuk tempat yang menarik di Istanbul (pendapat ibulah) memandangkan 100% cerita dibuat di sana. Tapi sedikit kecewa bila tak banyak tempat menarik yang ditunjukkan dalam cerita tu. Buat masa ni yang ibu tahu Aya Sofea. Takpelah, nanti dah sampai sana kita tengok sendiri negara orang macam mana. Acually kami dapat ke Istanbul kerana menang cabutan bertuah 1Malaysia Mega Sale “Shop Your Way To A Holiday” Viva Home Shopping Mall beberapa bulan yang lepas. Contest tersebut berlangsung dari bulan 15 June – 2 September 2012. Untuk membolehkan join contest tu, pelanggan Viva Home Shopping Mall perlulah membeli dari mana-mana kedai di Viva Home Mall dengan amount tertentu. Masa hantar penyertaan kami tak mengharapkan kemenangan pun coz ibu tak pernah bertuah dalam cabutan bertuah. Suatu hari ibu dapat panggilan + email dari dorang.


Syukur, alhamdulillah n terima kasih semua. Berbunga-bunga rasa dihati. Kami diberi masa sehingga bulan Mac 2013 untuk ke Istanbul. Memandangkan ibu tengah sarat, mrHubby meminta jasa baik pengajur untuk melanjutkan tarikh perjalanan. Pihak Viva Home telah berbincang dengan MAS untuk menganjakkan tarikh perjalanan kami. Alhamdulillah, mereka bersetuju dan kami diberi masa sehingga bulan Jun 2013. Rezeki new baby kot. Hari penyampaian hadiah pun ibu tak dapat pergi. MrHubby yang wakilkan. Actually kami hantar dua nama penyertaan. MrHubby dan ibu. Rezeki baby kot, nama ibu sangkut. Glamour mrHubby dapat masuk paper ye.. . Kami masih berkira-kira lagi sama ada nak tinggalkan anakanda atau nak bawa je semua coz prize untuk 2 orang sahaja. Insyaallah, klau ada rezeki nak bawa semua+assistant sorang. Kalau tak pergi rugi pula rasa, coz hadiah tak boleh ditukar dalam bentuk lain. Lagipun kami tak pernah sampai ke Turki. Doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan ye. Kalau ada rezeki sampailah kami sekeluarga ke sana....




Monday, December 10, 2012

Semakin Manisss...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي



Lama dah rasanya tak wat entry tentang anak dara ibu sorang ni. Sekarang dah semakin besar, makin manis seperti gula..hehe. Bukan ibu kata, orang kata. Alhamdulillah. Anakanda Ashiilah sekarang dah pandai jaga adik. Makin cerdik, makin panjang akalnya..eemmmm. Kalau dulu suka benar ngusik adik Amirrullah. Bukan setakat adik, along pun diusiknya. Sekarang nampak lebih matang. Mungkin sebab dah nak jadi kakak kot. Ashiilah selalu kata 'ibu, kakak nak adik girl. Along dah dapat adik boy'. Setiap kali anakanda kata mcm tu, ibu akan suruh dia doa kat Allah. "Kakak doalah. Cakap 'Ya Allah, kakak nak adik girl. Amin'. ". Dulu masa mengandungan Amirrullah pun ibu ajar Along doa macam tu coz masa tu along nak sangat adik boy. Kakak tak pandai minta lagi. Masa tu kan anakanda Ashiilah kecil lagi. Hai..macam-macam anakku ni. Tapi bila diingat-ingat semula lucu juga perangai anak-anak ni. Ibu memang tak pernah tanya jantina anak. Mr.Hubby tak kasi, tak surprise katanya. Terima apa sahaja rezeki yang diberiNya. Insyaallaah, kita tunggu ye kali ni dapat girl ke boy..Tunggu...

Thursday, December 6, 2012

Amrullah n Ben10 Collection Toys

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي



Ingat tak masa bday Amrullah 4 tahun. rasanya tu last entry anakanda n koleksi ben10 nya. Tanpa disedari koleksi anakanda dah beranak pinak rupanya. Beberapa mingu lepas tiba-tiba anakanda Amrullah suruh ibu tangkap gambar dia + koleksi ben10, dah siap susun pulak tu... cantik je.  Klau anakanda Amrullah sentiasa berkelakuan baik, dengar cakap ibu abah, insyaallah nanti boleh tambah koleksi lagi ye. Main sama-sama dengan adik-adik ye. Main, main juga belajar jangan lupa ye anakku.

Tuesday, December 4, 2012

Ihtifal Day Little Caliphs 2012

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Hari Ihtifal adalah Majlis Akhir Tahun / Konvokasyen untuk kanak-kanak 6 tahun. Kebanyakkan acara adalah persembahan dari pelajar-pelajar tadika. Cute sangat dorang ni kan bila buat persembahan. Macam-macam ragam. Sian lak tengok cikgu duk tepi bagi arahan..bersungguh-sungguh. Good work teacher..tabik. Bukan senang nak control kanak-kanak ni. Perlu kesabaran yang tinggi. Anakanda Amrullah buat 2 persembahan. Persembahan pertama disertai semua student 5 tahun. Nyanyi lagu Islamic..Tajuk apa ntah..hehe..Amrullah pakai huruf 'O'. Persembahan kedua anakanda nyanyi lagu Mandarin dengan 4 kawan yang lain. Patutlah kat rumah haritu anakanda asyik nyanyi lagu cina je. Bila ibu tanya dia nyanyi apa..dia cakap 'lagu anak harimau'. Ibu tanya anakanda nak buat persembahan  ke nanti. Dia kata 'takla..teacher suruh nyanyi je'. Tapi masa anakanda Amrullah buat persembahan ibu tak tengok, mrHubby je tengok + tangkap gambar + video (yg tak jadi sbb masalah teknikal) coz anakanda Amirrullah tido. Ibu tunggu kat keta je. Ibu sempat tengok persembahan terakhir je. Persembahan beramai-ramai. Adalah speech mengenangkan jasa ibu dalam membesarkan anak-anak. Pastu student akan bagi bunga kat ibu masing-masing. Terharu pulak..sejak ngandung ni memang sensitif sikit ibu..hehe. Tq anakku. Jadi khalifah Allah yang soleh ye..






Saturday, December 1, 2012

Dulu 2..Sekarang 3.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Dulu hidupku dihiasi dengan wajah 2 botak kesayangan ku (mrHubby n Amrullah)..kini wajah 3 botak kesayangan ku (mrHubby, Amrullah n Amirrullah)..
Love U all so much..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''