Thursday, February 26, 2009

Nurul Ashiilah Bt Mohamad Sabri

Rentetan kelahiran Nurul Ashiilah Bt Mohamad Sabri.

Jangkaan Lahir : 23 Feb 2009
Kelahiran : 17 Feb 2009 bersamaan dengan 21 Safar 1430H.
Usia Kandung : 39 Minggu
Tempat Lahir : Colombia Asia Medical Center, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Masa/Hari : Jam 15:44 / Selasa
Jantina Bayi : Perempuan
Disambut oleh : Dr. Norintan Zainal Shah
Berat : 2.45kg
Lilit Kepala : 31cm
Panjang : 46cm
Cara Kelahiran : Normal

Makna Nama
Nurul : Cahaya
Ashiilah : Berasal dari keturunan yang baik-baik/golongan terhormat

13 Feb 2009 : Aku mula rasa merasa tidak selesa perut dan kadang-kadang sakit dibahagian ari-ari. Malam tu juga hubbyku menjemput mak dan abah di Kelang. Takut-takut esok lusa bersalin, nanti takda siapa nak jaga anakanda Amrullah.

14 Feb-16 Feb : Tiada apa-apa tanda hendak bersalin. Sakit pun tak rasa sangat. Cuma asyik memerut jer. Dalam sehari rasa sakit 3 kali je, selalunya pagi sekali, tengah hari sekali dan malam sekali. Mak abah sekarang di rumah kakakku di Bandar Baru Senawang. Selesa sikit berbanding rumah sewa kami. Takpe, dekat jer dengan rumahku. Kalau ada apa-apa hantar Amrullah kat sana jer. Boleh dia bermain dengan anak-anak kakakku, so tkdela dia teringat kat ibu abah dia sangat.

17 Feb 2009 : Jam 04:00 aku tersedar dari tidur. Terasa sakit di ari-ari. Jam 06:30 aku terjaga lagi. Jam 08:40 aku terjaga lagi. Lebih kurang setiap 2 jam sakitku datang. Aku terus mandi. Hatiku mula rasa berdegup-degup. Macam tanda nak bersalin jer. Jam 10:30 keluar sarapan roti canai di kedai mamak favourite anakanda Amrullah sebab selalu dapat gula-gula free. Rasa sakit di ari-ari mula terasa setiap setengah jam. Aku telefon kakakku, dia kata lambat lagi tue. Hajat mulanya hendak ke hospital dibatalkan, kami pulang semula ke rumah.

Jam 12:00 aku mula rasa sakit setiap 8-10 minit.Aku kejutkan suamiku, mataku mula mengeluarkan air mata jernih menahan sakit. Hubbyku perpesan jangan lupa ingat Allah sentiasa. Aku tidak boleh berkata-kata melainkan menitikkan air mata dan mengingat Allah. Kami menghantar Amrullah di rumah kakakku, lalu terus ke hospital. Sampai di CAMC jam 13:00. Kesakitan mula memuncak dengan cepat. Hubbyku menjadi kekuatanku ketika ini. Tak putus-putus dia mengingatkan aku supaya ingat kepada Allah, takut-takut aku terlalai dek kerana sakit yang teramat. Tangannya ku genggam erat. Jam 15:44 aku selamat melahirkan seorang puteri. Alhamdulillah, semuanya selamat. Baby di letakkan di atas dadaku, hatiku sayup.. hiba.. Syukur.. aku mendapat seorang puteri. Terima kasih abang.. Terima kasih ya Tuhan..

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang mendoakan saya.
(gambar ashiilah 1-6 hari)

Monday, February 23, 2009

Alhamdulilla..Anakku Selamat Dilahirkan

Selamat Ke Alam Dunia Anakku

Alhamdulilla, pada 17 Feb 2009 bersamaan dengan 21 Safar 1430, jam 15:44 aku selamat melahirkan seorang puteri seberat 2.45kg di Colombia Asia Medical Center,Seremban, N9. Semoga anakanda diberi kekuatan menempuh dugaan di dunia ini nanti.

Tuesday, February 17, 2009

Mari belajar

Mari belajar asas Bahasa Korea


Entry kali ni aku nak kongsi dengan kawan-kawan asas bahasa korea yang aku pelajari dari hubby ku. Hubby ku bolehlah juga berbahasa korea sedikit sebanyak. So masa ni tengah semangat belajarla katakan.. tapi sekarang.. heheh.. sendiri mau ingatlah puan zue oi.. korang faham ker apa yang aku tulis tue? Buat-buat fahamjerla.. janji aku faham.. :D (pesanan kepada org yang terra bahasa korea yang melawat blog ku ni) kalau ada yang tersilap tue harap leh ler betulkan. Selamat belajar...

Terima Kasih...

Thanks to my Lovely Hubby

Entry kali ni khas untuk suamiku. Harap masih belum terlambat untuk aku merakamkan perasaanku. Thanks a lot for the surprise. Entah kenapa aku terasa terharu sangat dengan surprise hubbyku kali ni. (masa:jam 06:00, tarikh:06 Feb 09, tempat:kelang, perkara: xxxx.. :D ) Mungkin kerana pembawakan budak kot. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku ketika itu. Walaupun aku tahu, hubbyku tidaklah rajin mana pun melawat blog ni, semoga dia ter'melawat'la blog kali ni.

Abang....terima kasih atas segalanya

Monday, February 9, 2009

Fikirkanlah

Antara Agama dan Sultan
Lately ni, aku jadi serabut dengan berita politik negara. Sebenarnya aku memang tak pernah ambik tahu pun pasal politik yang $^!#@$ nie. Buat sakit jantung jer. Cuma di sini aku agak terkilan sebenarnya dengan sikap orang Islam di negara kita. Bila ada pihak seolah mempersendakan hal kesultanan punyalah emosi..buat laporan polis la..buat reformasi la. Itula.. inilah.. Tapi kenapa bila ada orang yang mempersenda Islam, memperkotak-katikkan hukum Allah, menolak hukum Tuhan tiada pula pihak yang tampil kehadapan, memperjuangkan agama Allah, menegakan hukum Tuhan. Malah ada pihak nak menggunakannya sebagai isu. Bila kita kata mempertikaikan hukum tuhan, kufur ada pula pihak yang berang. Sedangkan telah diberitahu Islam di sisi Allah hanyalah satu Islam hakiki yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, itulah Islam sepanjang zaman. Kalau dah Allah kata Haram maka haramlah, kalau hukummya Wajib maka wajiblah. Bukan Islam hari-hari, minggu-minggu, bulan-bulan atau hukum menghalalkan cara. Fikirkanlah wahai manusia selagi anda manusia...

Thursday, February 5, 2009

37 minggu ++

Kandunganku sudah cukup bulan...


Diam tak diam dah 37 minggu kandunganku. Semalam aku wat check-up pregnant, doktor kata aku dah 37 minggu++, lebih kurang 9 bulan seminggu ghitu. Dah cukup bulan la tu namanya. So bila-bila masa leh bersalin, kene alert and prepare everything. Kalau nak diikutkan anak sulungku, aku bersalin agak lewat iaitu 41 minggu. Tapi yang ni aku dapat rasakan kelainan, mungkin awal kot. Yela, dah sarat-sarat mengandung pun masih berulang-alik Terengganu-N9. Tak campur dengan kekerapan mendukung dan mengejar anakanda lagi. Kekurangan rehat lagi. Aku tak kisah lambat ke cepat ke, doaku semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Lepas check urine, tekanan darah dan kesihatan, doktor suruh baring nak check baby lak. Agak terkejut gak bila doktor tgk baby dah dalam keadaan 'sujud' dan dalam salurannya. 'Kalau ikutkan perkiraan biasa, dalam keadaan begitu tak lama dah. Hubbyku turut terperanjat, yela ingatkan dia menurun abangnya kuar lambat. Kita berserah, Allah maha berkuasa, tapi kene bersedialah sentiasa.' Kata doktor kepadaku.

Ya betul, aku nampak babyku dalam keadaan sujud di dalam perutku dengan jelas sekali, sebak hatiku. Baru aku tahu keadaan baby nak keluar 'bersujud', tersirat sungguh ciptaan Allah. Beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir. Yela, dulu masa anakanda Amrullah check-up kat gomen jer, mana ada tiap kali jumpa scan baby. 2 kali jer sepanjang mengandung. Hatiku mula dup dap dup dap antara gembira tak sabar nak dapat baby baru dan pengalaman bersalin antara hidup dan mati. Kalau boleh dengan izinNya, aku harap dapat melahirkan baby ni secara normal dan taknak ambik epidural walaupun doktor ada mengsyorkannya kalau taknak rasa sakit. Takpela, aku ambil keputusan taknak ambik, dengan kesakitan itulah telah menginsafkan aku, yakni aku hanyalah seorang hambaNya dan anak . (janganlah sesekali menyakiti hati ibu anda kerana dugaan seorang ibu dah terlalu besar terutama ketika melahirkan).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''