Tuesday, June 29, 2010

Pindah Rumah

Tuan Rumah Busy Sikit

Nampaknya tuan umah ni akan senyap seketika untuk berblog. Sekarang tengah dalam proses pindah umah. Packing, pastu nak unpacking plak.. ish.. ish... Patutlah orang kata pindah randah ni agak memenatkan. Makan masa sikit nak steady balik umah baru tu. Ini pun terkejor-kejor update blog sikit. Tapi dalam penat-penat pun seronok coz umah sendirilah katakan. Semangat lain sikit. Nanti aku update lagi er. Paiti. Paiti..

Thursday, June 24, 2010

Upin, Ipin dan Apin

Bukanlah..Upin, Ipin dan Ahmad

3 botak hencem (cuba perhatikan gambar di atas.. sama tak?sama tapi tak serupakan. hehe..:D)

Siapa lagi kalau anakanda Ahmad Amrullah, my liltle hero.♥♥♥ Dan Sememangnya anakanda adalah peminat tegar Upin & Ipin ni. Tapi ibu tak berapa bagi sangat bila anakanda nak tengok Geng Pengembaraan Bermula Upin, Ipin dan kawan-kawan. Bukan apa, mungkin sebab terlalu minat, semua yang dibuat oleh dua beradik kembar tu nak diikutnya. Ada benda yang ibu tak suka bila anakanda ikut macam jelir lidah, guna "aku, kau" ..tapi klau benda baik dier ikut takpe. Tapi orang kata biasalah, masa budak besar-besar macam ni la dorang nak belajar dan cepat belajar dengan apa yang dorang tengok. Lebih-lebih lagi kalau benda yang dorang suka, lagi cepat diingatnya. Jadi kita sebagai ibu hendahlah selalu memantau apa yang anak-anak kita pelajari. EEmm.. ntahla.. serba salah pulak ibu kadang-kadang. Apa-apapun ibu doakan anakanda Amrullah akan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh serta berjurus. Cayang botak ibu ini..:-*****

Give Away "Cayang Ibu"

Give Away "Cayang Ibu"

Assalamualaikum. Kali ni ibu nak join GA "Cayang Ibu" yang dianjurkan oleh ibu Imanina. Jom kita pakat join ramai-ramai bagi memeriahkan lagi suasana. Paiti..paiti..:)


Saya Nak Tag:
Kema akak Akmrawati
Zan aka Che Harizan
Ateh aka Wan Suzailah

Seti aka Seti Nurul Ayuni
Qieranna aka Maly
Kawan-kana silalah follow blog emacupcakes.blogspot.com ye.

Gambar ini diambil masa di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Masa ni cuaca agak sejuk, lebih sejuk dari Genting Highland (Kalau ikut pengalaman ibulah). Posing-posing sikit dengan anakanda Ashiilah sebelum nak pi dinner..:D

Syarat-Syaratnya :
1. Korang kena menjadi follower blog ni emma86 (emacupcakes.blogspot.com) - done
2. Tag 5 orang kawan-kawan anda supaya follow my blog- done
3.Senaraikan blog emacupcakes.blogspot.com ke senarai Blog
list
anda untuk mengetahui perkembangan blog saye...(yup..me suke buat give away )...- done
4.Yang paling penting letakkan Pic korang bersama ur baby or anak..bagi yang belum kawen tu,leh la amik pic bersama anak sedara anda..(anda tergolong dalam golongan ibu saudara..ibu gak kan??)- done
5. Korang mesti ceritakan moment gambo tu kat en3 korang (contoh: gambo ni me amik kat cameron masa imanina nakal2..)- done
5. Anda letak link en3 yang telah anda buat pada post comment en3 ni...- done
6. kat en3 comment nanti jangan lupa letak "sayang imanina"- done

Tuesday, June 22, 2010

Selamat Hari Bapa

♥♥♥ Especially for my dearest Hubby and Abah ♥♥♥

Semoga tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa untuk dua orang lelaki yang paling bermakna dalam hidupku.

To My Dearest Hubby..walaupun hubbyku tak berapa suka sambutan hari bapa ker.. hari ibu ker.. hari itu ker... hari ini ker..(katanya ikut budaya orang putih) Tapi aku nak juga ucap Selamat Hari Bapa ini kepada En. Mohamad Sabri Isa aka hubby ku yang tercinta. Terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang sangat hebat kepada anak-anak kita. Dengan sikap sabar dan tegasnya (kekadang ibu pun takut) anak-anak kita dapat membesar dengan baik. Sehingga menjadi kebanggaan kita apabila orang memuji mereka. Siang malam hubby berjaga demi mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Terima kasih kerana telah berusaha keras agar anak-anak kita dapat membesar dan hidup dengan sempurna dari segala segi. Terima kasih kerana membantu ibu dalam mendidik anak-anak kita ini. Terima kasih atas segalanya Sayang.. Kami Sayang Abah Sangat-sangat. I love u too much Honey :-*****


To My Lovely Abah...Hj Nordin B. Hj Ibrahim. Terima kasih kerana telah membesarkan dan mendidik saya dengan sempurna. Walaupun dahulu keluarga kita tidaklah seperti sekarang, saya tidak pernah merasa kekurangan jika berbanding dengan orang lain. Segalanya abah penuhi walaupun keadaan kita terbatas, bagaimana?? Tidak pernah aku ketahui. Yang pasti beliau pernah berkata "Abah tak nak anak-anak abah rasa susah seperti mana abah rasa susah suatu ketika dahulu". Abah berhempas pulas mencari rezeki membesarkan kami adik beradik. Kini masa abah untuk berehat, biarlah kami anak-anak pula membalas jasamu. Terima kasih abah..love u much..:-*

Saturday, June 19, 2010

Buat Logo Copyright Sendiri

Menggunakan Adobe Photoshop dan PhotoScape

Baru beberapa hari lepas aku buat logo copyright sendiri. Kira sekarang dah ada ala-ala cop mohor sendiri ghitu..:) Sebelum ni gambar-gambar yang aku publish memang takde copyright pun. Tapi aku tengok mostly blogger lain semua letak copyright kat gambar dorang. Bagus gak sebenarnya. Takdelah orang suka-suki nak copy n guna gambar kita nanti. Aku guna software Adobe Photoshop Element dan PhotoScape. Actually lama dah aku tak godek Adobe Photoshop ni. Dulu masa kerja adalah. Tapi hasilnya kira ok juga (pada mata aku)...hehe :D
A. Design Logo (Guna Adobe Photoshop)

1. Design logo copyright sendiri mengikut kehendak hati. First time, save as .psd (supaya kita boleh edit semula design yang kita buat tadi)

Kemudian Save For Web (untuk mengelakkan adanya background). Jangan Save atau Save As sebab nanti akan ada background.

B. Letak Logo Pada Gambar (Guna PhotoScape)

1. Pilih Menu Editor


2. Pilih Gambar yang dikehendaki. Klik pada gambar environment (pada tab object).

3. Klik photo.

4. Pergi ke file yang anda save for web tadi. Pilih logo yang dibuat.

5. Popup box seperti di atas akan dipaparkan. Laraskan Opacity seperti yang anda kehendaki. (Makin kecil angkanya, makin trasparent logo anda).


6. Anda juga boleh mengubah kedudukan logo seperti yang dikehendaki.

7. Klik butang save dan popup box seperi diatas akan dipaparkan. Ada 3 pilihan save. Pilihlah ikut suka anda. Selamat mencuba..

nota: Kalau tak faham boleh tanya.Paiti..Paiti.:D




Saturday, June 12, 2010

Alhamdulillah..Rezeki Ashiilah

Nurul Ashiilah Terpilih Juga Akhirnya



Alhamdulillah, first time anakanda dapat tempat dalam contest yang ibu sertai. Mungkin kali ni rezeki Ashiilah. Terima kasih kepada ibu QisQas kerana menganjurkan contest ni. Terima kasih daun keladi, ada rezeki watla contest lagi..:) Tahniah juga kepada semua pemenang dan peserta. Anak-anak kita semua sememangan comel-comel belaka. Sempurna sungguh kuasa Tuhan.

Thursday, June 10, 2010

Cara Meningkatkan Traffic Blog Anda

Bagaimana Nak Meningkatkan Visitor di Blog anda


Tips ini aku dapat dari Syuzana. Jom kita cuba untuk melihat kebersanannya. Tak salah mencubakan. Thanks kepada anda dengan tips ini.

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.
1. Cara hidup baru abad 21
14.syuzana
15.zueyie (blog aku ni)

PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie....

Nmpk x? Mcm ne care ye..mule² x fhm gak..lelame..agak syok..mcm main ''enjet² semut sape sakit naik atas''..(lebih kurang la)..

Klu korg wat nnt korg dok bwh blog aku..pastu yg no 1 korg delete..makin lame makin keatas..

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!


Monday, June 7, 2010

Hadiah OTW..Tungguuu...

Hadian Pemenang "Di mana Saya"


First of all, aku nak mintak maaf kepada pemenang-pemenang contest "Di mana Saya" di atas kelewatan penghantaran hadiah anda-anda semua. Insyaallah esok atau lusa sampailah kepada empunya diri. Harap-harap sudilah menerima hadiah yang tak seberapa ini. Jauh tu aku beli, siap kene naik kapal terbang baru leh sampai malaysia.. Kira hadiah semua tu form oversea tau huhu..:D. Pagi nanti aku akan mintak en.hubby tolong poskan. Insyaallah esok sampailah. Kan kat situ dia tulis "Dijamin Sampai Esok". Kalau tak sampai esok tu memang nak kene bebelan x:yz!od? aku la tu. Kalau nak tahu apa hadiahnya, lehlah layan blog penerima hadiah ni nanti. (Akmarwati , Syuzana, Rohaini) Kot-kotlah dorang nak wat entry tentang apa yang dorang dapat. Tapi kalau dorang tak wat n3 tu, nak buat camno. Sabar menunggu ye..:)

Saturday, June 5, 2010

CONTEST "BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE"

CONTEST "BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE"



Kali ni aku nak join contest anjuran N.A.I. Ia bersempena ulang tahun pertama anak terunanya, Khalish. Mudah jer, kom kita pakat ramai-ramai join contest ni. Biaq tak menang pun, semangat itu penting..hehe. Kalau menang, syukur alhamdulillah..:) . Anakanda tak berapa ada gambar dengan puting atau botol ni. Harap-harap gambar ni clear dan mencuit hati..:D


Nama Anakanda : Nurul Ashillah Bt Mohamad Sabri
Tarikh Lahir : 17 Feb 2009
Email : zuens@yahoo.com
Ibu nak tag : cikPuan Kema aka Akmarwati
dan
cikPuan Seti aka Seti Nurul Ayuni

SYARATNYA sangat senang bagi mereka2 yang suke join contest mcm N.A.I ni.

1. Jadi FOLLOWER blog ni – ngeee..;) -done

2. Buat ENTRY berkenaan dgn contest.-done


3. COPY banner di atas and letak kat side bar blog u all dengan link sekali la.-done

4. Upload SATU atau DUA gambar anak yang berumur in between 0-4 tahun dengan PUTING atau BOTOL SUSU atau KEDUA2NYA sekali pn boleh tp jgn lebih dua keping.-done

5. Sertakan sekali nama anak, tarikh lahir, dan email u all untuk dihubungi -done

6. Sila TAG kepada member2 anda yang ada anak..berapa TAG pn xkesah at least SATU -done

7. Dan last sekali JANGAN la lupa tinggal komen berserta linknya kalau tidak nanti cane N.A.I nk terjah untuk confirmation u all nanti.-done

LAIN-LAIN

*Contest ini bermula pada 5.5.10 sampai 6.6.10…sebulan

*Juri adalah EN. ASHAK dan EN. KHALISH

*3 orang perserta PERTAMA dengan syarat yg betul ada special gift..emm

*Hadiah..boleh tahan best gak..INSYAALLAH..hehe..akan diberitahu kemudian baru surprise

*3 pemenang akan dipilih berdasarkan SYARAT yang cukup and gambar yang CLEAR dan mencuit hati..GOOD LUCK

Friday, June 4, 2010

Zionist bersorak dalam kejadian Flotilla

Zionais bersorak.. Bangkitlah wahai umat Islam..



Apa yang kita boleh lakukan?? Sedangkan suara besar PBB pun mereka tidak endahkan, inikan pula suara kecil kita. Seperti lawak jenaka bagi mereka. Hanya satu yang boleh aku bantu. (Walaupun tidak sebesar mana) Dengan doa yang tulus kepada mu Ya Allah.

"Ya Allah.. Kau Lindungilah Umat Islam di muka bumi Mu ini. Sesungguhnya Kau maha Berkuasa di atas Segalanya, Tuhan Sekian Alam..."

Award from cikPuan Kema

Award "Blog Paling Comel"

Along Amrullah berlari-lari,
Sambil berlari ajak adik Ashiilah sekali,
cikPuan Kema sungguh baik hati,
Harap-harap ko suka blog aku seikhlas hati :)

Chewah...pantun..jangan tak pantun...
Award ni aku dapat dari cikPuan Kema. Terima Kasih la banyak-banyak coz mengiktiraf blog aku ni "blog paling comel di matamu"..:). Alamak tak muatlah seluar aku pasni..hehehe.
Award ni ibu nak bagi lak kat... Emmm... kalau "paling" maknanya kene namakan soranglah kan. Tapi takpelah. Dan penamanya ialah... Jeng.. Jeng..

1. Zan aka Che Harizan
2. Wid aka Widayu
3. Ateh Su aka Wan Suzailah

Silalah ambil award ni dan jangan lupa berpantun tau..

Wednesday, June 2, 2010

Allah Lebih Mengetahui

Al-Fatihah untuk adinda Su..

Hari ini bermakna telah 20 hari adinda Suriati meninggalkan kami. Tanggal 13 Mei 2010, jam 5:30 petang bersamaan hari Khamis, kami mendapat panggilan telefon yang mengatakan adik iparku (adik Hubby) Su telah kembali ke Rahmatullah. Ketika itu kami berada di LPT (otw ke HUSM Kubang Kerian) kerana telah dimaklumkan tenagh hari tadi keadaan Su yang nazak. Di sini ingin aku berkongsi sedikit cerita benar tentang BENARNYA kekuasaan Allah. Pemergian yang telah dijangka sedikit sebanyak telah merentap hati kecil kami sekeluarga. Tapi mungkin itu yang terbaik baginya. Dari hidup terseksa di dunia, hanya Tuhan yang tahu penderitaannya. Mungkin disebabkan itu jenazah allahyarhamah cukup tenang dan mudah diuruskan. Jasadnya tidak keras kaku, sebaliknya lembut seperti jasad hidup. Mudah diurus dan dikiyamkan. Selepas dimandikan jenazah menjadi cukup bersih. Aku yang sememangnya penakut ini (kat tv,majalah atau gambar pun aku takkan tengok) juga jadi tidak takut untuk melihat jenazah allahyarhamah. Malah ingin ku lihatnya berkali-kali. Wajahnya juga cukup tenang. Segala urusan pengebumian berjalan lancar. Alhamdulillah. Hatiku terdetik, "Ya Allah, bertuah sungguh Su. Adakah aku akan terpilih seperti Su? Ya Allah, kau matikanlah aku di dalam iman." Air mataku bergenang, sedih atas pemergian atau takut akan kekuasaan Allah?? Sudah sediakan aku?? Ajal maut akan tiba bila-bila masa tanpa mengira usia.

Apakah sebenarnya penderitaan allahyarhamah ketika hidupnya selain penyakit jantung yang ditanggungnya? Hanya Allah yang lebih mengetahui. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkannya. Bagaimana pula dengan kita? Mudahkah kita nanti? Atau sebaliknya? Nauzubillah..

Semoga Allah menempatkan roh adinda Su dikalangan hamba-hambanya yang beriman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''