Wednesday, February 1, 2012

Patung atau manusia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Klau tengok sekali imbas persis patung kan. Masa ni kitorang pi Sunway Piramid. Hujung tahun lepas. Saja jalan-jalan. Lalu kat kedai Samsung..biasalah survey apa-apa yang patut..hehe. (Jaga-jaga Galaxy Note!!)  Kat area tu jugak ACER tengah promosi nb baru dier. Mula-mula IbuZu ingat patung..dua kali tengok macam orang pulak..telek punya telek skali dier kelip mata da. Tak lama tu ada orang ACER datang kipas 'patung' tu dr luar menerusi cermin berlubang di sisi. Sah lah manusia. Tapi memang macam patung. Body..make-up..memang macam patung la. Masa tu dah 30min 'patung' ni berdiri. Dia akan berdiri selama yang termampu..1jam atau lebih kata pembantunya. Paiti..paiti..

Thursday, January 19, 2012

1stDay pi Sekolah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Tadika Iman Perkasa (Little Chaliphs)

Selamat tahun baru 2012. Dah lama tak update blog ni. Tapi sempat gak BW kadang-kadang. Ibu baru tau rupa-rupanya blog IbuZu ni ada pemanent silent reader. Anyway thanks 4 all of u. And kepada reader yang sudi meninggalkan jejak yakni komen thanks a lot. So IbuZu rasa nak bagi something la kat reader yang meninggalkan jejak terbanyak iaitu cikKema. Kepada cikKema klau anda baca entry ni sila sent add anda untuk hadiah misteri yang tak tau apa lagi ni..hehe. To all readers, rajin2la tinggal jejak, mana tahu tahun depan giliran anda pula.

Tahun ni anakanda Amrullah masuk 5 tahun bermaksa akan bermulalah episod ke sekolah. Mula-mula risau gak..almaklumlah along mana pernah ditinggalkan. Boleh ke tidak nak tinggal kat sekolah. Sampai petang lak tu. IbuZu ambil full day coz sekolah tu satu sessi je, pagi. Sebelah petang dier akan ajar agama..etc ngaji, solat dll. Memang masa sessi persekolahan dia dah ajar tapi belah petang lebih khusus lagi. So tak perlulah IbuZu cari tempat ngaji pula. Kira sekali jalan. Alhamdulillah, skrg dah masuk minggu ke3 anakanda dah semakin suka kesekolah. Along kata "teacher banyak mainan"..hehe ada makna rupanya. Cuma masa hari ke3 aritu je dia taknak ke sekolah. Katanya ada budak jahat pukul dia. Tapi the next day n so on semuanya kembali normal. Mungkin mula2 semua dalam keadaan kelam kabut lagi. Teacher pun tak brape prihatin lagi kot. Ibu harap anakanda akan terus menuntu ilmu dan dilindungi olehNya walau di mana anakanda berada. Oleh sebab Amrullah be good boy, abah hadiahkan....

jeng..

jeng..

jeng..

Kereta mcQueen

saje pembakar semangat orang kata... belajar rajin-rajin ye anakanda Amrullah..

Pesanan ibu dan abah..

"Jadi la orang berilmu yang cerdik pandai ..jangan jadi orang yang berilmu, pandai tapi tak cerdik."

Thursday, December 22, 2011

Alvin and the Chipmunks

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

Ops.. bukan Alvin tp anakanda2 with a Chipmunks blanket. Dah agak lama bende ni terperuk kat almari. Baru-baru ni anakanda layan citer Alvin and the Chipmunks..tup..tup along pi bilik buka almari ambik blanket Chipmunks tu. Dia memang tau aku simpan kat mana. Biasalah benda bermusim. Kejap diguna pastu disimpan (berbulan-bulan). Along ingat lagi, blanket tu kami beli di Disney Jepun. Layan je la gambar dua beradik ni..


Tuesday, December 20, 2011

Super Hero & Heroine version Kids

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama sebenarnya berniat nak belikan anakanda baju-baju camni. Saja suka-suka. Biasalah budak-budak kan suka baju ala-ala superhero/heroine ni. Suka tengok dorang gembira. Ternyata dorang memang gembira. Tapi takde saiz sangat. Tu yang paling besar. Mr.Hubby beli kat Mines masa ada meeting kat situ. Aku cakap baju dorang tu baju....(Along) SpiderBoy dan (Kakak) SuperGirl. Hehe..layan jerla..

 eemm...adik dapat baju apa la agak-agaknya kan....adik pun nak juga jadi superhero..

jeng

jeng

jeng

jeng

jeng

 

 mestilah sama ngan Along..kan sama-sama boy..I'm SpiderBaby..:)

Saturday, December 10, 2011

Tahniah...Welcome Umairah..:)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah..bertambah seorang lagi ahli keluarga En.Shahriman & Pn. Zainon dengan kelahiran seorang lagi puteri pada 7 Dec 2011. Bayi diberi nama Fatin Umairah. Ia merupakan anak kelima kpd makTeh n pakTeh dan anak buah ke20 bagi aku. Ramai dah anak buah aku rupanya. Tahniah dari kami sekeluarga dan selamat datang utk Umairah ke alam dunia. Semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah. Cekalkan hatimu dan kuatkan Iman mu dlm mengharungi masa-masa mendatang. Jadi anak yang solehah tau. Selamat berpantang kepada kekanda Jenon.. Paiti-paiti..

Friday, December 9, 2011

Anakanda Amirullah 5 bulan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 Baru lepas inject. Sakit kejap je..pastu leh naik walker dah. Kuattkan saya..


Alhamdulillah..pejam celik pejam celik dah 5 bulan anakandaku. Sekejap je masa berlalu. Lama tak update kisah anakanda ku sorang ni. Biasalah bila anak makin ramai, masa ber'blog' pun kenalah dihadkan. Masih ingat lagi tika dan saat nak melahirkannya. Ketika tu kami sekeluarga sedang berehat di Legend Hotel The Mall. Saje jalan-jalan b4 cuti dari 'bercuti'. Tup-tup pagi tu lepas subuh dah rasa sakit2. Tak sempat acuYana nak merasa layanan Legend Crest yang tip top itu. Takde rezeki la tu. Lepas solat, kemas-kemas dari hotel terus ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi. Sampai sana tiba-tiba hilang pulak rasa sakit. So sempatlah pi makan, hantar anak2 + acuYana kat rumah then pi semula ke hospital. Sampai hospital lebih kurang kul 13:30. Sakit makin kerap..lebih kurang jam 16:20++ aku selamat melahirkan baby boy. Alhamdulillah..nasib baik tak jadi anak hotel..hehe.. Sekarang anakanda dah boleh meniarap. Angkat2 badan. Golek-golek. Berat badan boleh tahan, 5 bln = 7.1kg. Alhamdulillah, doktor kata perkembangan dan pembesaran semuanya normal. Ibu dan abah sayang kamu sangat2. Semoga menjadi anak yang soleh ..Aminn..

Wednesday, November 30, 2011

Erti Sebuah Perkahwinan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم


Lain orang lain pendapatnya apabila berbicara tentang sebuah ikatan perkahwinan. Ada orang menganggap perkahwinan adalah satu ikatan suci yang perlu dijaga sampai ke mati. Ada orang berpendapat perkahwinan itu satu titik tolak kehidupan baru, jika sesuai diteruskan, jika tidak cukup sampai di situ sahaja. Kalau dulu artis-artis sahaja kita dengar..kejap-kejap bercerai atas alasan "tak sesuai". Tapi kini ia umpama satu fenomena yang tidak asing lagi bagi kita. Tak sesuai..bercerai. Buat apa seksa diri, makan hati katanya. Ialah kita berkahwin bukan untuk disakiti, bukan untuk dikhianati. Bukan untuk dikeji, buka juga untuk menjadi mangsa keadaan. Pasti kita impikan sesuatu yang indah sahaja dalam sesebuah perkahwinan. Kita kahwin untuk dilindungi, untuk disayangi, untuk dikasihi, untuk dijagai. Dibelai manja seperti ketika bercinta. Ikatan suci itu makin goyah apabila dicampur tolak pula dengan kes janji tinggal janji. Tipu sana sini. Tak ketinggalan juga di mana antara sedar dan tidak, kita telah menggoyah instutusi perkahwian itu sendiri apabila melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Katanya...Tak berniat tapi terpaksa.(Tak niat nak buat tapi buat) Kononya untuk menjaga hati. Bila terbongkar makin parah pula jadi. Entahlah aku pun tak nak ulas lagi. Tujuh hari tujuh malam pun tak tentu abis lagi. Apabila kita berkahwin seseorang wanita itu jadilah isteri bukan perempuan, dan si jejaka pula jadilah suami bukan lelaki. Korang tak faham?? Buat-buat faham je la.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. 2 insan yang berbeza di dalam satu ikatan. Ketahuilah, selain dari diri kita adalah orang lain. Belajarlah dan carilah kesesuaian dalam diri pasangan kita. Dengan bantuan dan izin Allah, insyaallah.. Pada aku, perkahwinan itu satu ikatan yang murni yang perlu dijaga sampai mati..Insyaallah. Pahit manis asam garam dalam rumahtangga sebenarnya mendidik kita menjadi insan yang lebih kuat dan tabah. Walaupun kadang kala kita rasa tidak tertanggung. Ia membawa kita lebih dekat dengan Allah. Pengalaman-pengalaman itulah yang mengajar kita erti kehidupan.

Ya Allah, Kau panjangkanlah jodohku dan suamiKu Mohamad Sabri. Kau permudahkanlah perjalanan rumahtangga kami. Eratkanlah ikatan perkahwinan kami. Sesungguhnya Kau Maha berkuasa di atas segalanya.

p/s: Sayang..tqvm 4 everything. Susah senang bersama selamanya...love u.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''