Wednesday, November 30, 2011

Erti Sebuah Perkahwinan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم


Lain orang lain pendapatnya apabila berbicara tentang sebuah ikatan perkahwinan. Ada orang menganggap perkahwinan adalah satu ikatan suci yang perlu dijaga sampai ke mati. Ada orang berpendapat perkahwinan itu satu titik tolak kehidupan baru, jika sesuai diteruskan, jika tidak cukup sampai di situ sahaja. Kalau dulu artis-artis sahaja kita dengar..kejap-kejap bercerai atas alasan "tak sesuai". Tapi kini ia umpama satu fenomena yang tidak asing lagi bagi kita. Tak sesuai..bercerai. Buat apa seksa diri, makan hati katanya. Ialah kita berkahwin bukan untuk disakiti, bukan untuk dikhianati. Bukan untuk dikeji, buka juga untuk menjadi mangsa keadaan. Pasti kita impikan sesuatu yang indah sahaja dalam sesebuah perkahwinan. Kita kahwin untuk dilindungi, untuk disayangi, untuk dikasihi, untuk dijagai. Dibelai manja seperti ketika bercinta. Ikatan suci itu makin goyah apabila dicampur tolak pula dengan kes janji tinggal janji. Tipu sana sini. Tak ketinggalan juga di mana antara sedar dan tidak, kita telah menggoyah instutusi perkahwian itu sendiri apabila melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Katanya...Tak berniat tapi terpaksa.(Tak niat nak buat tapi buat) Kononya untuk menjaga hati. Bila terbongkar makin parah pula jadi. Entahlah aku pun tak nak ulas lagi. Tujuh hari tujuh malam pun tak tentu abis lagi. Apabila kita berkahwin seseorang wanita itu jadilah isteri bukan perempuan, dan si jejaka pula jadilah suami bukan lelaki. Korang tak faham?? Buat-buat faham je la.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. 2 insan yang berbeza di dalam satu ikatan. Ketahuilah, selain dari diri kita adalah orang lain. Belajarlah dan carilah kesesuaian dalam diri pasangan kita. Dengan bantuan dan izin Allah, insyaallah.. Pada aku, perkahwinan itu satu ikatan yang murni yang perlu dijaga sampai mati..Insyaallah. Pahit manis asam garam dalam rumahtangga sebenarnya mendidik kita menjadi insan yang lebih kuat dan tabah. Walaupun kadang kala kita rasa tidak tertanggung. Ia membawa kita lebih dekat dengan Allah. Pengalaman-pengalaman itulah yang mengajar kita erti kehidupan.

Ya Allah, Kau panjangkanlah jodohku dan suamiKu Mohamad Sabri. Kau permudahkanlah perjalanan rumahtangga kami. Eratkanlah ikatan perkahwinan kami. Sesungguhnya Kau Maha berkuasa di atas segalanya.

p/s: Sayang..tqvm 4 everything. Susah senang bersama selamanya...love u.

Friday, November 25, 2011

Pokok oh pokok

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

sekadar hiasan pic dr mr.google

Ingat tak entry aku pasal pokok aku yang kene curi tu. Yang best nyer..semalam cleaner tu kata dah jumpa. Yang tak bestnyer... jumpa kat rumah bawah aku ni je ha!!. Seperti yang dijangka coz memang dorang baru pindah masuk sini. Sebelum ni pejabat kata tak pernah ada kes curi-curi ni. Rupanya  umah lain pun ada report kasut depa hilang. Kalau betullah keje dier..ish..ish. Awatlah J#@6* benor aku dapat jiran ni. Orang patutnya jiran ni jaga sesama kejiranan, ni dier la pulak buat onar. Nak kata melayu mungkin la. Tapi aku pasti Islam coz ada sorang pompuan agak berumur, mak dier kot bertudung litup. Tapi anak2nya daring leh tahan. Memang aku  tak halal la sapa makan tu. Tak ingat mati kot dorang ni. Tak takut Allah langsung. Malas aku nak pikir wat sakit kepala..wat bengkak hati jer.. Jawablah nanti..

Friday, November 18, 2011

Angry Bird lagi...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Sekarang anakanda tengah musim melayan Angry Bird Rio Movie. Tiap kali naik keta nak play Angry Bird Rio. Kat umah layan Angry Bird Rio 3D. Tapi mula-mula jer..dorang lebih suka layan 2D. Rimas kot berspek bagai. Aku skrg tengah syok layan 3D. Pantang ada 3D movie baru mesti nak beli. Tapi selalunya hubby yang akan layan dulu. Klau dier kata 3D dier ok, baru aku layan. Yela..masa aku nak ber'entertainment' kan terhad. Selalu kena stay up untuk layan movie. Klau siang, jap-jap anakanda nak spek aku. Spek abah dorang tak nak mintak pulak.  Angry Bird kat umah pun dah beranak pinak. Klau abah kuar beli barang siap pesan lagi.."Abah, nanti belikan angry bird lagi yer"..ish..ish.. Alahai anak-anak..layan je la selagi mampu. Asal tak melampaui batas pada aku takpe. Asalkan mereka gembira. Ibu dan abah sayang sangat kat anakanda-anakanda..Jadi anak yang soleh/soleha ye sayang..♥ 

 

Anakanda layan Angry Bird Rio Movie 3D untuk 10 minit pertama..

Wednesday, November 16, 2011

Alahai pencuri...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 gambar from google sekadar hiasan

Geram jer rasa bila diingat-ingatkan balik. Memandangkan aku tinggal di rumah takde tanah, aku adalah menanam pokok daun kunyit dan pokok limau nipis dalam pasu. Aku letak kat tangga nak naik rumah. Bukan apa, mudah nak masak. Kalau tak, tiap kali nak masak tomyam kene beli, nak guna sehelai dua je. So aku pun ambil inisiatif bercucuk tanam di dalam pasu. Alhamdulillah menjadi..subur. Baru jer lebih kurang 3 bulan aku bela, aleh-aleh kene curi raya haji baru ni. Aku balik dari kampung, nak naik tangga tengok pasu aku takde kat situ. Takkan pihak pengurusan ambik kot. Pasu orang lain ader je. Esok aku tanya kakak cleaner, ada nampak tak pokok + pasu aku. Dia pun tak nampak. Tapi dier kata hari Jumaat lepas ada coz kakak tu tolong siram masa dia cuci tangga. Nanti dier try tanya orang lain. Semua orang tak tau. Ada gak dorang suspek somebody tapi aku taknak la tuduh-tuduh takde bukti. CCTV plak tak cover situ. Pelik gak aku, duk rumah camni pun ada pencuri. Kalau nak untuk masak, petik daun jela. Ni ngan pasu-pasu aku dier rembat. memang aku tak halal sapa yang ambik ni. Panas seh...!!!!

Thursday, November 10, 2011

McD..boleh ke tidak??

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Beberapa hari yang lalu aku termimpi sesuatu yang ada kaitan dengan mcD. Itu membuatkan aku rasa ingin boikot mcD. Apa yang aku mimpi tak perlu la aku ceritakan di sini..cuma aku nak tahu jika ada sesiapa yang sudi meninggalkan pesan..boleh atau tidak membeli makanan di mcD. Aku selalu je beli bubur mcD ngan menan untuk anak2..tapi sekarang aku dah stop dulu. Tp macam masih keliru boleh atau tidak ye..ada sesiapa sudi bantu???


Ciri-ciri Pemimpin Islam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

  1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
  2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.
  3. Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
  4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:

 Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).

Fikir-fikirkanlah... 

 gambar sekadar hiasan.from google

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''