Keria versi zueyie
Semalam
first time aku buat kuih keria sendiri. Dah lama tak masak untuk
hubby sejak berpantang. Tiba-tiba teringat
hubby suka kuih keria. Amrullah pun suka. Petang tu Amrullah tidur, Ashiilah nenek jaga,
so aku bertekad nak buat
kuih keria petang tu. Kuih yang senang, ringkas tetapi sedap di makan. Entah sedap ke tidak aku buat, tapi
hubby makan sampai habis. Kenyang sampai tak makan nasi malam tadi. Seronok sangat rasa bila buat kuih ada orang makan. Ni yang semangat nak buat lagi ni. Entah kuih apa pulak lepas ni, entah bila ntah nak buat. Takut 'berkuih' anak-anak jer.. hehehe..:D


1 kilo keledek (kat sini harganya rm2.60, disyorkan keledek merah)1 1/2 cawan tepung gandum.
Sedikit Garam
Sira4 sudu sup Gula Pasir
Sedikit airKeledek dibuang kulitnya, kemudian dibasuh dan direbus sehingga empuk. Letakkan sedikit garam semasa merebus keledek.Setelah empuk, lenyek atau tumbuk keledek sehingga hancur.Masukkan tepung, gaulkan sehingga rata.Kemudia bentukkan keledek yang telah digaul tadi bulat seperti cincin. (Saiz ikut suka.)Goreng keledek berbentuk cincin tadi sehingga kekuningan. (Dah boleh dipanggil keria)Sejukkan seketika sebelum menyira keria.Goreng gula bersama sedikit air sehingga menggelagak.Masukkan keria yang telah digoreng tadi.Gaul keria bersama gula cair tadi sehingga gula tersebut berbentuk keping-keping berwarna putih.Siap, bolehlah cuba kalau berani.. hehehe.. :D