Ashiilah bercerita ngan abah, ibu tumpang dengar jer, dah tk larat nak layan..hehe:D
Tuesday, May 26, 2009
Anakanda Ashiilah bercerita...
Ashiilah bercerita ngan abah, ibu tumpang dengar jer, dah tk larat nak layan..hehe:D
Friday, May 22, 2009
Amrullah vs Abah
Penat gak sesekali main bola ngan anakanda ni, almaklumler dah lama tak bersenam. Ibu tengok sejak abah rajin melayan Amrullah main bola ni, makin kurus lak abah.. heheh...:D. Jom kita layan video ni. Yang penting anakanda gembira, abah & ibu tumpang bahagia...
Abah kepenatan layan Amrullah, sampai demam keesoknyer.
Tuesday, May 19, 2009
Anakanda Ashiilah 3 bulan
Senyumlah.....senyumlah...ahai...cik mek molek..........
Friday, May 15, 2009
Peminat Ultraman
Semalam kami sekeluarga pergi ke Giant untuk membeli barang rumah. Memandangkan anakanda Amrullah peminat tegar ultraman, abah pun bercadanglah untuk membeli dvd movie ultraman dengan harapan nanti anakanda ralit tengok movie ultraman taklah ganggu ibu di dapur. Beli 2 movie ultraman iaitu Ultraman The Next The Movie dan Ultraman Cosmos VS Ultraman Justice The Movie dapat hadiah Ultraman sekor (refer gambar: dalam kotak). Masuk kerete ibu pun tunjuklah dvd ultraman kat Amrullah, sukanya bukan kepalang. Tengah nyusu pun taknak lepas dvd tu. On the way balik, abah singgah di Petronas, sekali nampaklah sekor Ultraman angin. Apa lagi selamatlah dibeli oleh abah. Bertambah-tambah gembira anakanda ku lihat. Duk sengeh+jerit sorang-sorang tengok abah bawak ultraman masuk kereta. Punyalah happy dia. Sampai jer kat rumah, Amrullah dah ajak ultraman tue lawan. Besar ultraman tu boleh tahan jugak, kalah lah Amrullah. Nasib baik bukan ultraman betul kira aksi Amrullah VS Ultraman kalah ultraman la.. heheheh..:D. Semoga anakanda Amrullah gembira hari ini dengan habuan-habuan dari abah. Habuan untuk ibu lak camner, takde ker? jeng.. jeng.. jeng... Acihh abah..(bahasa Amrullah). Jangan nakal-nakal ye anakanda Amrullah. muarhhhhh dari abah dan ibu..
Wednesday, May 13, 2009
Nurul Ashiilah 2 bulan
Hari minggu ni Ashiilah berusia 3 bulan. Sebelum Ashiilah berusia 3 bulan, entry kali ni aku nak cerita sedikit kisah Ashiilah ketika berusia 2 bulan dan Amrullah 1 tahun 8 bulan 2 minggu pada ketika itu.
(Kiri) Baru lepas mandi untuk bersiap nak pi klinik. Sejukkk... (Tengah) Dua beradik dah bersiap sedia untuk ke klinik. Macam gembira jer. Tak tau nak kene inject..hehehe (Kanan) Ashiilah nampak cool jer . Melepakkan diri nak tido lepas kene inject.
Kami ke klinik Sri Indah, Gombak (klinik kawan kakakku, kira tolong kengkawan la nie). Pada usia Ashiilah 2 bulan, berat = 4kg (naik 1.55). Kata doktor ok. Ashiilah diberi 2 suntikan sebab masa 1 bulan Ashiilah tak inject. Menurut doktor memang ada hospital swasta yang hanya memberi suntikan pada usia 2 bulan. Jenis ubat yang digunakan berlainan dengan hospital gomen. Aku hanya mengikut jadual yang diberi oleh CAMC, tempat di mana Ashiilah dilahirkan. Takpelah, doktor kata takde kesan mudarat, ikut mana-mana pun boleh. Sian Ashiilah diinject pada peha kiri dan kanan. Mula-mula aku berhajat untuk sunatkan Ashiilah, terpaksalah ditangguhkan ke bulan seterusnya. Pasa usia Amrullah 1 tahun 8 bulan 2 minggu, berat = 11.5kg ; tinggi = 87cm. Boleh tahan anak ibu ni, dah besar rupanya. Kalau mengikut graf perkembangan, pembesarn Amrullah normal, alhamdulillah. Hujung minggu ni Ashiilah nak kena inject lagi. Hajatnya nak sunatkan sekali. Tak tahu lagi nak pi klinik mana. Tunggu...
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
Tingginya darjat seseorang ibu itu. Abu Hurairah berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasullullah s.a.w lalu bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak aku layan dengan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ayah mu"
Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada eorang ayah:
-
Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
-
Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”
-
Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]
Friday, May 8, 2009
Award

Thanks a lot wid. Sebenarnya lama dah award ni diberi tapi tak berkesempatan nak ambik. Cam terharulah pulak dapat award nie.. hehehe... Lihatla dunia.. Lihatlah dunia...:))
Rules:
1. Letakkan logo award ini di blog anda.
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan anda melalui 'backlink' blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
So naklah kongsi award ni dengan kengkawan iaitu... jeng..jeng..jeng...
Ctkuyu, MissHannan, Lily, Walida, IzanIreni, Ummuwafi, Marina, Maslin, Capt, Kak Izan, Suziey, Linda, Fied
jemputlah ambik....