Pulau Perhentian, Terengganu, MalaysiaEntry kali ni agak terkebelakang skit storynya. Tapi aku tetap nak letak kat blog ni. Sebagai memori indah aku dan keluarga.

(Kiri) Sewaktu menunggu boat datang.Depan yang dok jelir tu Chuman de enchemBoy. Belakang Chuman tula adik bujangku..Zack de machoMan..Macho ker? (Tengah) Ashiilah sempat lagi tidur di jeti (Kanan) Umar, Amrullah dan KakYong.Chuman...ghaib mana ntah masa nie...Cuti sekolah yang lalu, aku dan beberapa ahli keluargaku telah bercuti ke
Pulau Perhentian, Terengganu. Rombongan yang terlibat:
aku sekeluarga, k.enon sekeluarga, adikku Emi dan Yana serta ayahku. Niat sebenar, sambil bercuti nak
bercandat. Tapi memandangkan cuaca tak berapa elok, ditambah pula dengan penyertaan keluarga lain yang tak kesampaian, maka aktiviti mencandat sotong pun dibatalkan. Kami pergi pada
30 Mei - 1 Jun 2009. Ketika itu aku, adik-adikku serta ayahku sudah berada di Terengganu. Kakakku sekeluarga pula bertolak dari
Kuala Lumpur-Terengganu pada malam 30 Mei. Perjalanan lebih kurang 5 jam lebih. Laju gak ni abg iparku bawak keta.


(Kiri) Abahku sedang menikmati pemandangan laut. Mak tak ikut, enjoy la abah dengan rokok-rokoknya nnt..hehe (Tengah) Amrullah dah selamat.. (Kanan) Umar pun dah selamat..Sehati sejiwa betullah dorang berdua nie..30 Mei: Jam 05:15 kakakku sekeluarga tiba di rumahku di Kuala Terengganu. Sampai di rumah, anak-anak buahku tak tidur walaupun pagi masih terlalu awal. Tak sabar nak naik
boat dorang kata. Jam 08:00 kami bertolak dari Kuala Terengganu ke Besut. Kitorang naik boat di Jeti Kuala Besut. Perjalanan dari
KT-Besut lebih kurang 2 jam. Pada asalnya boat kami jam 10:00 tapi macam tak sempat jer
coz keluar rumah pun dah lewat. Perut dah berbunyi minta diisi. Kami berhenti sarapan di
Kuala Besut, makan nasi berlauk. Kami ambil
boat jam 1:30. Jenuh gak menunggu lelama dengan askar-askar ni. Sampai tertidur-tidur anakanda Ashiilah. 2 orang askar yang agak aktif masa mula-mula nak naik boat, akhir kecundang di dalam boat. Siapa lagi kalau dua beradik lain mak lain bapak tue. Memang se'geng' betullah dorang berdua ni. Dua-dua macam robot bila
boat bergerak laju.
Last-last dua-dua tido... Selamat...


(Kiri) AcuYana, Amrullah dan Atok berjalan di Chalet (Tengah) Family kakakku (Kanan) Makan time.Yang tudung putih tu bibikIda, maid kakakku.
Jam 14:00 kami sampai di
Arwana Perhentian Resort. Tengah hari kami makan di
Restauran Fauna. Kitorang dah
booking awal-awal kat restauran untuk 3 hari 2 malam bagi memudahkan sepanjang kami di sini. Ingatkan dekat dengan
Arwana, rupanya punyalah jauh. Sempat lapar balik la orang kata. Dari
direction yang diberi macam dekat jer..sebelah jer. Rupa-rupanya bukan sebelah jer.. lepas sebelah, sebelah lagi, lepas sebelah, sebelah lagi, lepas sebelah, sebelah lagi baru sampai.
So untuk makan malam dan seterusnya kami minta pihak restauran hantar ke bilik. Nasib baik dorang setuju. Kami pun mudah, takyah turun cari makan. Lagipun ada budak-budakkan, mudah sikit.


(Kiri) Siapa lagi..Family aku la. (Tengah) Abah & Amrullah + PakTeh & Chuman tenagh berpossing (Kanan) Kakakku dan anak-anaknya Umar dan KakYong.Chuman...dekat bibikIda
Makanan dorang sedap, harga pun berpatutan. Memang berbaloi... Kami minta makanan dihantar di bilik 2003, bilik acuYana dan BibikIda. hehehe.. faham-faham jer la.
:D Memandangkan semua masih keletihan, tidak banyak aktiviti yang kami lakukan. Sebelah petang, kami turun mandi di pantai dan kolam. Bukan setakat budak-budak yang
excited, makcik ngan pakcik budak yang lebih-lebih
(adik2 aku ler tu). Sebelah malam adalah aktiviti lepak dan borak di bilik. Bilik siapa lagi yang jadi mangsa, bilik acuYana dan BibikIda la. Sambil makan sambil lepak.


(Kiri) Naik boat nak pusing pulau (Tengah) Di Air Berani. Dorang dah buat elok-elok supaya pengunjung mudah nak ambik air. Yang keluar tula air tawar (Kanan) KakYong berenang di air berani..biar berani sikit pas ni..hehe
31 Mei: Selepas bersarapan pagi, aktiviti seterusnya
Island Hopping. Kami di bawa
pusing Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan singgah sebentar di
Air Berani. Air Berani ni merupakan
air mata air yang keluar dari batu. Ia menjadi tempat para nelayan singgah mendapatkan air minuman. Air Mineral la ni. Walaupun di tempat yang bercampur dengan air masin, rasanya tetap tawar, tidaklah semasin air laut
(di gigi pantai). Hebat sungguh kuasa Tuhan. Kami juga dapat melihat Sistem Kuasa Angin yang sedang diusaha oleh pihak TNB dalam menjana elektrik.


(Kiri) Pose di depan Arwana. Zack de machoMan..tetap control macho.. (Tengah) Bergambar dengan abahku. Amrullah...? mana lagi, sibuk main ngan sepupunya.. (Kanan) Berjalan-jalan di gigi pantai
Hari ni aku dan keluarga terpaksa pulang ke Kuala Terengganu kerana
hubbyku terpaksa pulang ke Senawang, ada panggilan kecemasan. Tinggallah family kakakku, adikku dan abahku di pulau. Terlepas menu BBQ malam ni. Ish.
..frust..frust..:(. Disebabkan ahli semakin berkurangan, aktiviti
snokling pun dibatalkan. hajat hubbyku untuk
diving juga terpaksa dibatalkan. Kira betul-betul berehat di Pulau Perhentian la ni. Nasib baik ada kolam renang. Budak-budak ni ajak jer mandi kolam, selamat... Malam tu kakakku kata orang restauran hantar BBQ banyak giler. Yela, dorang tinggal 8 orang. Hantar BBQ untuk 13 orang makan. Masing-masing membuntal la malam tu.


(Kiri) Mandi manda di pantai (Tengah) Mandi manda di kolam pula.. (Kanan) cikEmi menunjukkan skil menyelam..awat tutup mata, bukakla baru cam Cena..:P
1 Jun: Ketika ini aku dah berada di rumah di Kuala Terengganu. Kakakku naik
boat jam 11:00 ke tanah besar. Sebelum balik, sempat lagi mereka mandi pantai dan kolam se'
round'. Sebelum balik ke KL, kakakku singgah dulu di rumahku di Kuala Terengganu sebab nak pi
shopping kat
Pasar Payang. Biasalah.. pompuan.. hehehe..
:D Alhamdulillah, semua seronok dan selamat. Budak-budaklah yang paling seronok sekali. Adikku kata abahku pun berani jalan sorang-sorang di Pulau. Amboi..cuci mata yer abah..
:P Sesekali merehatkan diri. Insyaallah kalau ada rezeki nanti kita datang lagi, ganti aktiviti-aktiviti yang ter'batal' tu. Hehe..
Jumpa lagi...:D