Assalamualaikum, Selamat Menyambut Maulidur Rasul saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka Bumi Allah ini. Sempena Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita sama-sama memuhasabah diri dan memperbaiki diri kita untuk menjadi umat nabi Muhammad yang lebih baik. Di sini ingin saya kongsi serba sedikit ilmu yang saya perolehi dari pencarian di internat bersama-sama rakan blogger sekalian.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Maulid Nabi merupakan sebuah "Rumah Kelahiran" kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas'a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali.
Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama "Maktabah Makkah Al-Mukarramah", terletak dekat di sebelah timur Masjidil Haram, tepatnya di 21°25'29,82" N dan 39°49'47,58" E.
Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam.
Sila klik untuk n3 Maulidur Rasul sebelum ini.