Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia :Jan 2010
Entry kali ni aku nak cite sikitlah pasal
Corus Paradise Resort, PD, N9. Lama dah kitorang pi. Biasalah, aku memang slalu wat n3 selepas berbulan-bulan pi..heheh. Jangan marah. Seperti biasa masih lagi
mood cuti-cuti di
area Port Dickson.. sebab dekat sebenarnya.. hehe. Nak pi jauh-jauh en.
Hubby banyak keje. Tapi nak berehat jugak.
So dekat-dekat pun jadilah, sambil berehat ambik pengalaman.

(Kiri) Lagun Buatan (Kanan) Anakanda Amrullah kusyuk tengok burung.Hotel Corus terbahagi kepada 2 bahagian, hotel dan apartment.
Management dier pun lain-lain, tak sama. Dulu Corus ni antara hotel yang tak disyorkan. Kalau kita
view komen-komen kat
internet pun ada. Tapi disebabkankan harganya yang agak murah, ia tetap menjadi pilihan orang ramai. Tapi haritu
hubby dah tanya pihak hotel, dier kata sekarang pihak pengurusan dah tukar. Dulu dorang memang ada masalah pengurusan sikit, sekarang dalam proses baik pulih.
Step by step katanya.
So takpalah kita
try la duduk, mana tau kot-kot dah ok. Kalau dilihat dari luar memang nampak dah cantik. Lagun buatan dier pun dah ok. Dulu orang kata macam paya.
So kami pun
check-in untuk dua malam. Pemandangan dari bilik pun cantik. Kolam dier pun cantik. Di sini juga ada mini zoo.
Channel Tv pun dah banyak dan clear
(Dulu orang kata channel sikit, dan siaran pun tak clear). Bilik dan
toilet pun dah bersih dan tak berbau.
So far so good. :) Nak dijadikan cerita, malam tu entah kenapa
aircond bilik kitorang tiba-tiba kuar air. Pastu kejap-kejap mati. En.
hubby dan anak-anak dah mula tak selesa. Yela.. panas. Pagi esok lepas sarapan, kitorang
check-out. Tak jadilah nak tidur 2 malam. Nampaknya pihak pengurusan masih perlu membuat pemantauan dengan lebih teliti walaupun secara kasarnya banyak yang dah diperbaiki. Itu 3 bulan yang lalu, harap-harap sekarang dah ok. Tapi untuk kami ke sana semula eemm.... tak dah kot. Kalau korang nak cuba bolehlah.
Cuti-cuti Malaysia...

(Kiri) Anakanda Ashiilah..gumbiranyaaa.. (Kanan) Anakanda Amrullah tengok kumbang tu..Untuk maklumat lanjut sila klik http://www.corusparadisepd.com/