Monday, August 11, 2008

Anakanda 1 Tahun

Wajah Anakanda Amrullah ketika berusia 1 Tahun.
(Tak mandi lagi masa nie.Br bangun tido ibu dah snapshot birthday boy)

Alhamdulilla...
Pada 5 Aug 2008 yang lepas genap usia anakanda Ahmad Amrullah 1 tahun. Selamat Hari lahir wat anakanda dari abah dan ibu..MMMMuuuuuaaahhh..
Dah besar dah anak ibu ni rupanya. Dah 1 tahun, dah leh berdikari ni. Dah leh jadi abang..heheh..
Kitorg tak wat apa sangat pun untuk menyambut birthday 1 tahun anakanda. Yela, anakanda nak potong kek pun tk reti lagi. Ada orang panggil, 1 tahun ni cukup umur. Sebagai tanda kesyukuran, kami membuat majlis doa selamat kecil-kecilan sebagai menyambut anakanda cukup umur. Semoga anakanda dapat membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang sebenarnya. "Ya Allah, kau lindungilah anakandaku Ahmad Amrullah dari segalanya, kau peliharalah ia dari atas, bawah, kanan dan kirinya. Kami berlindung dengan keagunganMu, Ya Allah..Aminn".. Insyaallah...



.

Wednesday, July 30, 2008

Isra' Mikraj

Assalamualaikum..
Selamat Menyambut Isra' Mikraj kepada semua umat Islam di Muka Bumi Allah ini pada 27 Rejab. Peristiwa Isra' Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Di sini ingin saya kongsikan serba sedikit maklumat yag saya dapat menerusi internet mengenai Isra' Mikraj.

Isra' bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Batu terapungini dikatakan batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW sewaktuIsra' Mikraj. Batu ini dikatatakan ingin mengikut Nabi Muhammad SAW untuk Mikraj tetapi Nabi telah menghentakkan kakinya, untuk memberitahu batu tersebut tidak dibenarkan ikut. Batu ini terletak di Lingkungan Masjidil Al-AQSA yang sebenar di BaitulMaqadis. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa...


Monday, July 28, 2008

Tag

Tag - '7 ISTIMEWA DIRIKU...'

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya..Tidak kurang juga diriku ini...

kat sini kite display jawapan dr wid..yang meng’tag’ kite sebelum ni.. takpe kan..hehehe...

7 TENTANG DIRIKU

Jawapan iu :

  1. Pendiam agaknya..tapi mudah mesra
  2. Garang & Bengis (hehe) tapi lembut hati agaknya.. - unexpected!
  3. Masa kecik kuat menangis (smpai family panggil wek-wek atau ciwek bhs jawanya) da besar pun msh suka menangis..
  4. Sangat sensitif & beremosi (moody)
  5. i ni pemalu..ekekekke
  6. anak ke 3,pempuan sulung (drp 3 laki2 & 4 pempuan)
  7. berkahwin thn 2002,bercinta tahun 1999,anak 1st lahir 2004,2nd lahir thn 2006 & 3rd lahir Nov/Dec 2008 (insya allah...)

Jawapan zue :

  1. Agak pemalu…hehe…yeker???
  2. Agak pendiam..diam kan lebih baik dr banyak cakap..heheh
  3. Sensitif dalam segala hal..benda kecik2 pun di ambil kira..
  4. Memendam rasa..sapa terseksa..diri sendiri jugak..
  5. Selalu orang ambik kesempatan..agaknya baik sangat kot…
  6. Suka dimanja…kekadang tk kene tempat ..ikihkhihk
  7. Sentiasa cuba menjadi yang terbaik tapi sentiasa ada kelemahan..manusia mana ada yang sempurna….

7 YANG MENAKUTKAN

Jawapan iu :

  1. Ingin takut dgn sebenar2 takut kpd Allah swt
  2. Perasaan cemburu melampau
  3. Pergaduhan & perselisihan faham
  4. Takut kena marah & memarah
  5. ditinggal sendiri..
  6. riak & sombong (sifat mazmumah dlm diri)
  7. Lupa diri

Jawapan zue :

  1. Allah
  2. Seksaan Allah
  3. Ditarik segala nikmat
  4. Pergaduhan
  5. Perselisihan faham
  6. Salah percaturan
  7. Tak dapat kawal diri

7 LAGU AKU SUKA

Jawapan iu :

  1. Esmaullah - Sami yusuf
  2. Impian Kasih - inteam
  3. As Long as you love me - bsb
  4. truely madly deeply - savage garden
  5. lemon tree
  6. Teman sejati
  7. Keluarga bahagia

Jawapan zue :

  1. Pok Amai-amai
  2. Rasullullah
  3. Adik-adik ku saying
  4. Zulaikha-Mustika
  5. Satu Dua Tiga-Aris
  6. Lelaki-Siti Norhaliza
  7. Lagu Sukan-Turtle


7 PERKARA AKU SUKER SEBUT

Jawapan iu :

  1. Haziq..Faris....Watpe tu...?????
  2. Ya Rabbi..
  3. Taklehhhh...
  4. Eeee...bucukknyaaaa budak nieeeeee....
  5. Cian mama tak..?..cayaaaang...
  6. Sukatilah.. (ayat bengang)
  7. Lantaklah.. (ayat takde perasaan..huhuhu)

Jawapan zue :

  1. Allah…
  2. Alhamdulilla
  3. Janganla nak…..bila melarang anakanda
  4. Ahmad Amrullah…nada ikut situasi
  5. Sayang….panggil anakanda atau abg syg…heheh
  6. Abang…panggil my hubby
  7. Eemmm....adalah tu tk kene

7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI

Jawapan iu :

  1. Iman
  2. Family
  3. Kesihatan
  4. Masa lapang
  5. Kawan-kawan
  6. Pengalaman
  7. Makanan (hehe)

Jawapan zue :

  1. Agamaku
  2. Iman
  3. Keluarga
  4. Masa
  5. Kesihatan
  6. Ilmu
  7. Pengalaman

*lebih kurang je jawapan kite..heheh

7 PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP

Jawapan iu :

  1. 1st time keje masa form 1 - part time pg..sekolah petang ( kejap ajer)
  2. 1st time masuk asrama time masuk uni thun 1999 ( homesick giler - bru seminggu duk hostel dah balik kg)
  3. 1st time bawak kreta sowang2 drp klang,selangor ke skudai,jb (utm) tahun 2001 - time bhenti kat hentian kunci plak tertingggal dlm kereta..terkunci drp luar..sob..sob..
  4. berumahtangga tahun 2002
  5. 1st time jd mama pd feb 2004
  6. 1st time melencong ke luar negara (europe) dec 2006
  7. 1st time pandai buat kek tahun 2007

Jawapan zue :

  1. 1st time sekolah 1987...tadika
  2. 1st time masuk asrama …1997
  3. 1st time keje…1999..part time
  4. 1st time bawak dapat lesen keta…2001
  5. 1st time disahkan menjadi isteri …2006
  6. 1st time disahkan hamil…2006
  7. 1st time jadi ibu…. 2007

Sunday, June 22, 2008

Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.


EEmm..dah lama rasanya tak mandi laut. Tinggal kat negeri persisiran pantai pun jarang mandi pantai. So untuk menghilangkan 'gian' mandi laut, pada 13 Jun 2008 kami pun merancang untuk ke Bukit Kluang, Besut, Terengganu. Cantik nyer planning, kami ajak sebuah keluarga lagi (PokRashid) join kami. Planning asal : Duk kat Bukit Kluang Beach Resort 13,14 Jun 2008, leh mandi pantai Bukit Kluang + Mandi kolam Bukit Kluang Beach Resort.

Pada 13 Jun 2008, seawal jam 10:00 kami memulakan perjalanan. Kami singgah sekejap di Mydin Mall untuk sarapan. Jam11:00, perjalanan diteruskan menuju ke Besut, Terengganu. Nak dijadikan cerita, apabila kami sampai di Bukit Kluang Beach Resort, bilik penuh. Habis tempat kami survey,semua penuh. Akhirnya tanpa dirancang, sampailah kami di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Jauh menyimpang nampaknya. Takpela, kira cuti-cuti Kelantan la pula kali ni. Nasib baik ada 2 bilik kosong walaupun tak ada bilik dekat-dekat. Ketika tu jam dah menunjukkan jam 15:30. Selepas solat dan rehat sebentar, kami pun pi lah terjun kolam. Tak mandi laut sebab ia luar dari resort. Anakanda Amrullah la insan yang paling gembira. Dia memang pantang jumpa air banyak-banyak ni. Gembira bukan kepalang. Abah dah belikan Amrullah pelampung yang ada tempat duduk so bolehlah dia bebas sikit. Masuk jer dalam air, hidup semua kaki tangan anakanda. Nampak dari gayanya cepat ni anakanda pandai berenang. Memandangkan cuaca agak panas, kami naik setelah lebih kurang 30 minit berendam.

Jam 18:30 kami keluar makan ikan bakar di Restoran Amiera, Kuala Besut. Kuala Besut dan Bachok dekat je, kira sempadan Terengganu-Kelantan. Sedap jugak ikan bakar di sini. Selepas masing-masing dah kenyang, perjalanan diteruskan ke Pasar Malam Pantai Irama, Bachok. Pasar malam ni agak besar. Pelbagai barangan dijual. Kemudian kami ke Wakaf Che Yeh,Kota Bharu untuk membeli belah. Suasana di sini masih meriah walaupun ketika ini jam menunjukkan jam 22:30. Pasar Wakaf Che Yeh ni memang glamour dengan pelbagai barangan, semua ada di sini. Barangan dapur, barangan keperluan rumah, buah-buahan dan sayur-sayuran, dan pelbagai lagi. Ada juga orang kata ia 'ala-ala Rantau Panjang'. Harganya pun oleh tahan murahnya. Setelah penat berjalan, kami pulang lebih kurang jam 00:30.

Esoknya, selepas bersarapan nasi lemak, kami check-out jam 09:00. Kami bertolak agak awal kerana ingin singgah di Setiu melihat tanah sawah Pok Rashid. Akhirnya lebih kurang jam 12:00, kami sampai di rumah. Masa berjalan tak terasa penat, bila sampai di rumah letih juga rasanya. Nak rehat jap la, jumpa lagi...

Saturday, June 21, 2008

Anakanda dapat basikal

Anakanda dapat basikal baru.
Hari ni pi Giant Hypermarket. Niat asal nak beli barang rumah yang dah tak berapa nak ada. Masa lalu di bahagian kanak-kanak abah Amrullah ternampak basikal. Dari haritu lagi hubby ku berniat nak belikan Amrullah basikal sebab masa kami ke rumah mak kakak ipar ku di Kota Bharu, Amrullah nampak 'ralit' sangat menilik basikal orang (anak buah kakak iparku yang tinggal di sana). So dengan bermurah hati, hubby ku telah membeli basikal tersebut untuk anakanda Amrullah. Amboi....sukanya dia. Amrullah baru masuk 10 bulan, dah dapat basikal. Kaki pun tak berapa nak sampai.. heheh.. Takpe, nanti ibu tolakkan. Kita tunggu abah balik keje ye... Be a good son ya.. MMuuuaarrhhh..dari ibu dan abah.

Friday, June 20, 2008

Gem Beach Resort , Batu Rakit & Candat , Terengganu.

Gem Beach Resort & Candat, Terengganu.

Pertengahan May, kekanda ku Zainon sekeluarga telah datang melawat kami di Terengganu. Chewah.. bahasa bunga-bunga gitu. Akhirnya sampai gak dorang kat sini. Oleh kerana masa tu musim candat sotong, suamiku pun ajakla abang iparku pi bercandat. Mereka sampai di rumah kami pada jam 05:00, 17 May 2008. Selepas berborak pendek, masing-masing masuk ke bilik untuk sambung tido. Jap lagi dalam jam 11:00 nak bertolak ke Gem Beach Resort lak. Kami mengajak mereka bercuti di Gem Beach Resort, Batu Rakit, Terengganu. Nanti bila kaum bapa pi mencandat, leh la bebudak pi mandi kolam. kalau duk kat rumah, sian lak bebudak ni, tkleh nak wat apa, baik duk resort. Seramai 4 orang telah mengambil bahagian dalam aktiviti mencandat ni, mereka adalah abg iparku, kawan opis hubby ku (Rashid) dan sorang lagi kawan hubbyku semasa di KL (Zuhairi), mereka berdua memang kamcing dan buat keje sama-sama, campur nelayan 2 orang jadilah 6 orang. Lokasi candat Pulau Bidong dan Pulau Redang.

Punyalah semangat, almaklumler suamiku dan abang ipar ku tk penah bercandat. Kalaula tak dapat bawak balik sotong , akan ku gelak terguling-guling bersama anakanda. Wakakahhakah... Lebih kurang jam 14:00, kaum bapa telah memulakan perjalanan untuk ke jeti Merang. Hari tue kami pun tkde aktiviti apa pun nak dilakukan, sekadar berjalan-jalan di pantai dan di sekitar resort. Anak buah ku tak sabar-sabar nak mandi kolam. Tapi mereka hanya dibenarkan mandi kolam esok aja. Sabar ye nak oi.. Esok leh mandi kolam.







Hari kedua.
..
Lebih kurang jam 09:00, hubby ku call bagitau dorang dah nak mendarat. Aku tanya hasil tangkapan dorang, boleh tahan. Seorang dapat sotong 30 ekor, 4 orang 120 ekor. Sewaktu pergi ke destinasi mencandat, mereka telah melabuhkan pukat/perangkap ikan di perairan. So dapatla ketam sikit, ikan pari 3 ekor. Seekor dah busuk, so buang jer kat dalam laut balik, seekor tu besar sangat-sangat, nelayan tu suruh lepaskan jer, adalah tu. So seekor je la bawak naik. Nampaknya seminggu dua la makan lauk hasil tangkapan. Yela, aku berdua jer, anakanda pun baru 9 bulan. Rezeki laut.. Alhamdulilla..



Pagi tu ku bawa anakanda mandi di kolam bersama sepupu-sepupunya. Amboi.. seronok bukan main budak-budak tu. Sesampai suamiku di bilik, alahai siannya ku tengok. Letih semacam jer. Oo.. tak cukup tidur rupanya. Lepas membersihkan diri, ZZZzzzz... Sampai makan tengah hari pun tak bangun. Nampaknya makan sorang-sorang la. Tepon suruh hantar makanan kat bilik je la. Nak dijadikan cerita, kakak ku tak makan tengah hari tu sebab abang iparku tido, sian dier.. Awatla tak tepon jer, tkpela kenangan kelaparan di Terengganu. hehe.. :D Petang tu, setelah puas berehat, kami membawa tetamu kami menikmati keindahan Kuala Terengganu. Hehe..:D Kemudian ke Taman Tamadun Islam, tengok Masjid Kristal. Kemudian kami singgah sebentar di Giant Hypermarkat sebelum ke tempat makan untuk dinner. Kami makan di Kedai Air Buah Gelas Besar Pior. Masing-masing masih keletihan, selepas makan kami terus ke bilik untuk berehat.








Hari Ketiga...
Selepas subuh, hubby ngan kawannya kuar pi cari sarapan, nasi dagang. Yela..tak sah klau datang Terengganu tak kene nasi datang. Selepas sarapan, kami pun pi mandi kolam. Ingat nak mandi laut tapi kawasan tu laut dalam, bahaya. Mandi kolam jerla. Seronok sangat tengok bebudak tu. Arini Umar ngan SitiJr leh mandi tempat dalam sebab ada orang jaga. Amrullah pun mandi tempat dalam, sebab abah dah belikan pelampung. Best.. best.. Selepas mandi, masing-masing mengemas untuk pulang. Kami membawa tetamu bershopping sikit di Pasar Payang. Kemudian makan tengah hari di Restoran Mat Binjai. Nak suruh dorang rasa telur penyu. Sebelum balik ke KL, kami singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung. Kami berpisah di sini. Kakak ku meneruskan perjalanan ke destinasi seterus mereka manakala kami pulang ke rumah memandangkan anakanda Amrullah pun dah tidur. Semoga family kakak ku berpuas hati dengan layanan yang tak seberapa dari kami. Nanti datang lagi ye.. Daa..

Wednesday, June 18, 2008

Jalan-jalan Cameron Highland, Pahang.

Jalan-jalan Cameron Highland, Pahang.Bulan April yang lalu, kami telah pergi ke Cameron Highland. Biasalah saya ni lambat sikit update aktiviti, selalu tertinggal baru tulias. hehehe.. Kami pergi dua keluarga. Aktiviti yang tidak dirancang itu,akhirnya membawa kami ke Cameron Highland,Pahang. Kami bertolak pada petang khamis kira-kira jam 16:00. Yela, kat sini kan cuti jumaat dan sabtu. Kami pergi menaiki sebuah kereta sahaja. Jimat minyak. Kami bertolak dari Bukit Guntung,Kuala Terengganu. Kami ke Gua Musang melalui Tasik Kenyir. Cantik pemandangan tasik ni, nak kene pergi ni.. hehe. Kami sampai di Tasik Kenyir pada jam 17:30. Dekat area Tasik Kenyir tu, terdapat satu safari gajah yang baru dibuka. So kami pun singgah di
sana, lagipun kami bukannya kejar masa. Kan nak bercuti, singgah je apa yang jumpa.

Terdapat 2 ekor gajah berusia 8 tahun. Seekor jantan dan seekor betina. Mengikut perancangan pihak hidupan liar tersebut, pada masa akan datang mereka akan membuat aktiviti masuk hutan bersama gajah. Wow.. menarik tu. Kene cuba ni, tapi masa dan tarikhnya belum ditetapkan lagi. Di sana kami dibenarkan memberi gajah makan, malah adik Husna berkesempatan naik ke atas gajah tersebut sambil diawasi pengawalnya. Kami keluar dari area Tasik Kenyir pada jam 19:00 dan seterusnya memasuki area felda Sg.Aring. Kami berhenti di R&R Gua Musang untuk solat. Perjalanan kami diteruskan lagi, Gua Musang (19:50) -> Kuala Betis/Pos Blau (20:10) -> Sepanjang H/Way Gua Musang/Simpang Pulai -> Lojing -> Post Brooke -> dan akhirnya sampai di Tanah Rata pada jam 21:30. Kami menginap di Hotel Star Regency. Disebabkan sampai pun dah lewat, perut pun dah berbunyi, kami terus mencari makan malam di gerai berhampiran hotel. Selepas makan kami berjalan-jalan di Tanah Rata untuk menikmati keindahan dan kesejukkan malam di sana.

Hari kedua...
Pagi-pagi lepas sarapan, kami memulakan aktiviti dengan membeli souvenir. Almaklumler, tempat makan tu dekat dengan kedai-kedai souvenir. Kemudian kami ke Strawberry Garden, petik dan makan. Eheh..silap da.. petik dan beli. Tapi ada gak yang masuk mulut. Ops..sshh jangan bagitau orang. Destinasi seterusnya adalah Cactus Valley. Dah besar dah temat ni, dorang extend sampai ke atas. Bahagian atas lebih kepada penanaman secara hidroponik. Dah sampai di Cameron Highland, tak sah kalau tak pergi ladang teh. Kemudian kami ke ladang Teh Boh. Jalan dia aduhai keciknyer.. ish ish.. Nasib baikler hubby ku expert bawa kete tempat-tempat camni. Disebabkan kami sampai lewat sikit, kami tak sempat nak tengok proses menghasilkan teh. Pada sebelah malam, kebetulan ada pasar malam di sekitar kawasan tempat kami tinggal. Memandangkan harga sayur di pasar malam lebih murah berbanding di kebun sayur, kami telah memborong sayur, bunga dan baju sehelai dua di pasar malam.

Hari ketiga...
Seawal jam 10:00 kami check-out. Ketika perjalanan pulang, kami singgah di gerai menjual bunga untuk membeli benih bunga. Setelah selesai semua, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Terengganu melalui jalan yang sama kerana kami berhajat untuk singgah di tempat gajah sekali lagi. Sebenarnya ada banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Cameron Highland, kalau anda duduk jauh, sekali datang lawatla sebanyak tempat yang mungkin. Kalau tidak menyesal. Nanti takdela rasa terkilan sangat. First time saya bercuti di Cameron Highland, pantang jumpa kebun atau ladang pasti singgah. Selamat bercuti-cuti Malaysia.. Daaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''