Saturday, June 19, 2010

Buat Logo Copyright Sendiri

Menggunakan Adobe Photoshop dan PhotoScape

Baru beberapa hari lepas aku buat logo copyright sendiri. Kira sekarang dah ada ala-ala cop mohor sendiri ghitu..:) Sebelum ni gambar-gambar yang aku publish memang takde copyright pun. Tapi aku tengok mostly blogger lain semua letak copyright kat gambar dorang. Bagus gak sebenarnya. Takdelah orang suka-suki nak copy n guna gambar kita nanti. Aku guna software Adobe Photoshop Element dan PhotoScape. Actually lama dah aku tak godek Adobe Photoshop ni. Dulu masa kerja adalah. Tapi hasilnya kira ok juga (pada mata aku)...hehe :D
A. Design Logo (Guna Adobe Photoshop)

1. Design logo copyright sendiri mengikut kehendak hati. First time, save as .psd (supaya kita boleh edit semula design yang kita buat tadi)

Kemudian Save For Web (untuk mengelakkan adanya background). Jangan Save atau Save As sebab nanti akan ada background.

B. Letak Logo Pada Gambar (Guna PhotoScape)

1. Pilih Menu Editor


2. Pilih Gambar yang dikehendaki. Klik pada gambar environment (pada tab object).

3. Klik photo.

4. Pergi ke file yang anda save for web tadi. Pilih logo yang dibuat.

5. Popup box seperti di atas akan dipaparkan. Laraskan Opacity seperti yang anda kehendaki. (Makin kecil angkanya, makin trasparent logo anda).


6. Anda juga boleh mengubah kedudukan logo seperti yang dikehendaki.

7. Klik butang save dan popup box seperi diatas akan dipaparkan. Ada 3 pilihan save. Pilihlah ikut suka anda. Selamat mencuba..

nota: Kalau tak faham boleh tanya.Paiti..Paiti.:D




Saturday, June 12, 2010

Alhamdulillah..Rezeki Ashiilah

Nurul Ashiilah Terpilih Juga Akhirnya



Alhamdulillah, first time anakanda dapat tempat dalam contest yang ibu sertai. Mungkin kali ni rezeki Ashiilah. Terima kasih kepada ibu QisQas kerana menganjurkan contest ni. Terima kasih daun keladi, ada rezeki watla contest lagi..:) Tahniah juga kepada semua pemenang dan peserta. Anak-anak kita semua sememangan comel-comel belaka. Sempurna sungguh kuasa Tuhan.

Thursday, June 10, 2010

Cara Meningkatkan Traffic Blog Anda

Bagaimana Nak Meningkatkan Visitor di Blog anda


Tips ini aku dapat dari Syuzana. Jom kita cuba untuk melihat kebersanannya. Tak salah mencubakan. Thanks kepada anda dengan tips ini.

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.
1. Cara hidup baru abad 21
14.syuzana
15.zueyie (blog aku ni)

PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie....

Nmpk x? Mcm ne care ye..mule² x fhm gak..lelame..agak syok..mcm main ''enjet² semut sape sakit naik atas''..(lebih kurang la)..

Klu korg wat nnt korg dok bwh blog aku..pastu yg no 1 korg delete..makin lame makin keatas..

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!


Monday, June 7, 2010

Hadiah OTW..Tungguuu...

Hadian Pemenang "Di mana Saya"


First of all, aku nak mintak maaf kepada pemenang-pemenang contest "Di mana Saya" di atas kelewatan penghantaran hadiah anda-anda semua. Insyaallah esok atau lusa sampailah kepada empunya diri. Harap-harap sudilah menerima hadiah yang tak seberapa ini. Jauh tu aku beli, siap kene naik kapal terbang baru leh sampai malaysia.. Kira hadiah semua tu form oversea tau huhu..:D. Pagi nanti aku akan mintak en.hubby tolong poskan. Insyaallah esok sampailah. Kan kat situ dia tulis "Dijamin Sampai Esok". Kalau tak sampai esok tu memang nak kene bebelan x:yz!od? aku la tu. Kalau nak tahu apa hadiahnya, lehlah layan blog penerima hadiah ni nanti. (Akmarwati , Syuzana, Rohaini) Kot-kotlah dorang nak wat entry tentang apa yang dorang dapat. Tapi kalau dorang tak wat n3 tu, nak buat camno. Sabar menunggu ye..:)

Saturday, June 5, 2010

CONTEST "BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE"

CONTEST "BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE"



Kali ni aku nak join contest anjuran N.A.I. Ia bersempena ulang tahun pertama anak terunanya, Khalish. Mudah jer, kom kita pakat ramai-ramai join contest ni. Biaq tak menang pun, semangat itu penting..hehe. Kalau menang, syukur alhamdulillah..:) . Anakanda tak berapa ada gambar dengan puting atau botol ni. Harap-harap gambar ni clear dan mencuit hati..:D


Nama Anakanda : Nurul Ashillah Bt Mohamad Sabri
Tarikh Lahir : 17 Feb 2009
Email : zuens@yahoo.com
Ibu nak tag : cikPuan Kema aka Akmarwati
dan
cikPuan Seti aka Seti Nurul Ayuni

SYARATNYA sangat senang bagi mereka2 yang suke join contest mcm N.A.I ni.

1. Jadi FOLLOWER blog ni – ngeee..;) -done

2. Buat ENTRY berkenaan dgn contest.-done


3. COPY banner di atas and letak kat side bar blog u all dengan link sekali la.-done

4. Upload SATU atau DUA gambar anak yang berumur in between 0-4 tahun dengan PUTING atau BOTOL SUSU atau KEDUA2NYA sekali pn boleh tp jgn lebih dua keping.-done

5. Sertakan sekali nama anak, tarikh lahir, dan email u all untuk dihubungi -done

6. Sila TAG kepada member2 anda yang ada anak..berapa TAG pn xkesah at least SATU -done

7. Dan last sekali JANGAN la lupa tinggal komen berserta linknya kalau tidak nanti cane N.A.I nk terjah untuk confirmation u all nanti.-done

LAIN-LAIN

*Contest ini bermula pada 5.5.10 sampai 6.6.10…sebulan

*Juri adalah EN. ASHAK dan EN. KHALISH

*3 orang perserta PERTAMA dengan syarat yg betul ada special gift..emm

*Hadiah..boleh tahan best gak..INSYAALLAH..hehe..akan diberitahu kemudian baru surprise

*3 pemenang akan dipilih berdasarkan SYARAT yang cukup and gambar yang CLEAR dan mencuit hati..GOOD LUCK

Friday, June 4, 2010

Zionist bersorak dalam kejadian Flotilla

Zionais bersorak.. Bangkitlah wahai umat Islam..



Apa yang kita boleh lakukan?? Sedangkan suara besar PBB pun mereka tidak endahkan, inikan pula suara kecil kita. Seperti lawak jenaka bagi mereka. Hanya satu yang boleh aku bantu. (Walaupun tidak sebesar mana) Dengan doa yang tulus kepada mu Ya Allah.

"Ya Allah.. Kau Lindungilah Umat Islam di muka bumi Mu ini. Sesungguhnya Kau maha Berkuasa di atas Segalanya, Tuhan Sekian Alam..."

Award from cikPuan Kema

Award "Blog Paling Comel"

Along Amrullah berlari-lari,
Sambil berlari ajak adik Ashiilah sekali,
cikPuan Kema sungguh baik hati,
Harap-harap ko suka blog aku seikhlas hati :)

Chewah...pantun..jangan tak pantun...
Award ni aku dapat dari cikPuan Kema. Terima Kasih la banyak-banyak coz mengiktiraf blog aku ni "blog paling comel di matamu"..:). Alamak tak muatlah seluar aku pasni..hehehe.
Award ni ibu nak bagi lak kat... Emmm... kalau "paling" maknanya kene namakan soranglah kan. Tapi takpelah. Dan penamanya ialah... Jeng.. Jeng..

1. Zan aka Che Harizan
2. Wid aka Widayu
3. Ateh Su aka Wan Suzailah

Silalah ambil award ni dan jangan lupa berpantun tau..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' '' ♥