Friday, October 7, 2011
Milik siapakah beg-beg ini?
McQueen untuk Along Amrullah. Chunggington untuk Kakak Ashiilah. Oleh kerana anak-anak ibu dah besar, dah sampai masanya bila travel dorang belajar bawa beg sendiri. Mula-mula ingat beli satu je, McQueen so kongsi dua beradik. Sian lak kat Ashiilah nak juga. Kebetulan masa pi Subang Parade ternampak beg Chunggington. Tapi selalunya Amrullah je yang bawa beg dier. Ashiilah faham-faham je la..
p/s: dah seminggu amrullah dan ashiilah tido ngan abah. rindu lak rasa nak tidokan dorang..
Wednesday, October 5, 2011
Doa Nabi Yunus
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
* Kisah Nabi Yunus banyak terdapat di Internet so Search saja di Google. Kisah Nabi Yunus ditelan ikan Nun / Paus.* Ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dgn mudah. Sangat digalakkan dibaca selepas solat fardu.
* Elok diamalkan oleh ibu mengandung untuk mengurangkan penderitaan bersalin. Insyaallah..Waallahuaklam..
Labels:
Doa
Tuesday, October 4, 2011
Doa Nabi Ibrahim
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
* Kisah Nabi Ibrahim banyak terdapat di Internet so Search saja di Google. Kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrut.
* Apabila kita terkena sesuatu yang panas, bacalah ayat ini (dengan yakin) dan hembuskan pada tempat tersebut. Insyaallah pedih dek panas itu akan beransur. Waallahuaklam...
Labels:
Doa
Wednesday, August 24, 2011
Rajin Bersolat Ye Anak-anak..
Sejuk Hati Ibu
Baru-baru ni aku ada membelikan anakanda Ashiilah Telekung melalui JarumJahit aka k.Liza. Comel gak. Simple n very nice. Siap ada beg cerut leh sandang belakang dijahit nama lagi. Harga pun berpatutan sangat. Ashiilah sangatlah suka.✿ Anakanda Amrullah pun dah boleh solat sikit-sikit. Insyaallah klau al-Fatiha dan surah pendek (kul) tu alhamdulillah. Yang lain dalam proses lagi. Banyak main skarang ni..ish..ish.. Fenin ibu. Bila nak ajar yang baru mesti dia tanya balik..Tadi kan dah blajar?? Kene la sentiasa blajar sayang oi..tak kira sampai bila-bila pun walaupun umur dah tua mesti sentiasa belajar..key sayang. Ilmu tu tak pernah habis..
So sekarang tiba masa untuk anakanda Ashiilah pula mendekati dan belajar solat. Tapi Ashiilah baru belajar gerakan dalam solat dulu..Cakap pun pelat lagi. Slow-slow nanti leh blajar hafal bacaan lak ye sayang. Sejuk hati ibu bila tiap kali nak solat anakanda berdua secara automatik akan ckp "kakak nak solat jugak".."along pun nak solat ngan ibu". Senang ibu mendengarnya. Along kekadang solat pakai sluar pendek je. Takpelah kecik lagi..
note: Tertarik dgn cara wardina mendidik anak-anak dia solat..entry BabyIbu
Thursday, August 18, 2011
Biskut Chipsmore dari missHannan
Assalamualaikum..salam ramadhan
Sebenarnya entry ni lama dah nak publish..tapi tak publish-publish coz asyik tertangguh je nak snap gambar biskut. Dari 2 balang sampai dah nak abis dah biskut..hehe. Tujela yang tinggal (refere gambar) . Sedap biskut ni..aku beli dengan missHannan. Rangup..anakanda2 aku suka banget. Masa baru ambik tu, sebalang abis. Nasib baik beli 2 balang. Sesuai dimakan bila-bila masa..tak yah tunggu raya. Kalau korang nak order leh la ke blog missHannan. Ni dah tolong promote, klau aku order lagi ada discount ker Nan?? hehe..
Sebenarnya entry ni lama dah nak publish..tapi tak publish-publish coz asyik tertangguh je nak snap gambar biskut. Dari 2 balang sampai dah nak abis dah biskut..hehe. Tujela yang tinggal (refere gambar) . Sedap biskut ni..aku beli dengan missHannan. Rangup..anakanda2 aku suka banget. Masa baru ambik tu, sebalang abis. Nasib baik beli 2 balang. Sesuai dimakan bila-bila masa..tak yah tunggu raya. Kalau korang nak order leh la ke blog missHannan. Ni dah tolong promote, klau aku order lagi ada discount ker Nan?? hehe..
Labels:
Am
Wednesday, August 17, 2011
Angry Bird aka Burung Marah..
Assalamualaikum..Salam Ramadhan.
Sekarang ni semua orang tahu tengah musim angry bird. Seperti biasa anakandaku pasti turut serta. Dulu lagi dia dah layan angry bird ni. Tapi masa tu taklah se'glamour' sekarang. Hari-hari duk layan angry bird ngan tepon dier aka tepon aku. Sekarang ni boleh dikatakan demam angry bird tengah membuak2..sampai semua benda pun nak letak jenama angry bird. Cuma sekarang anakanda dah kurang sikit layan angry bird ni..puas kot. Nak dijadikan cerita, aritu pi la Toy'R'us ternampaklah patung angry bird yang berbunyi apabila ditekan. So aku pun terbeli dua ekor bersaiz sederhana. Diulang..'ter' okey. Sian lak tengok along n kakak bila jln2 nampak patung angry bird selalu mintak beli. Seperti biasa abah takkan layan permintaan anakanda depan-depan takut nanti dia ingat apa yang diminta terus dapat. Tapi klau beli time dorang takde takpe. Punyalah excited bila aku tunjuk patung tu kat dorang. Duk heret jer mana pi..sampai tidur..makan pun ngan angry bird. Takpelah..asalkan anakanda gembira, ibu dan abah turut bahagia. Anak-anakku..jadi anak yang soleh dan soleha ye sayang..♥
Labels:
Amirrullah,
Ashiilah
Friday, August 12, 2011
Kelahiran Anakanda Amirrullah
Ahmad Amirrullah B. Mohamad Sabri
Gambar kecil: Amirrullah beberapa minit selepas dilahirkan.
Telah selamat dilahirkan pada 13 Jun 2011, Isnin di Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah, Bangi, Selangor. Anak ketiga ku ini dilahirkan cepat tiga hari dari jangkaan. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan aku diberi kekuatan untuk melahirkan anakanda secara normal. Terima kasih kepada en.hubby yang banyak memberi sokongan moral sepanjang proses kelahiran dan setiasa menemaniku disisi. Terima kasih sayang.
Kehadiran Amirrullah disambut gembira oleh abang dan kakaknya. Alhamdulillah.
Gembira, terharu, hiba..semua perasaan ada. Bercampur baur. Anak kecil sebesar tapak tangan, seberat 3.40kg yang selama ini duduk di dalam janinku akhirnya selamat dilahirkan. Sekali lagi aku merasai kenangan terindah sebagai Ibu.
Aku berdoa semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini dapat menyinari lagi keluarga kecil kami ini. Semoga Allah sentiasa melindungi dan meRahmati anakanda dunia dan akhirat. Selamat datang ke alam Dunia sayang. Kuatkan imanmu..hiasi peribadimu. Semoga sentiasa dilindugiNya. Insyaallah. ♥
Labels:
Amirrullah
Subscribe to:
Comments (Atom)