Saturday, January 5, 2008

A Famosa-Melaka

Baru-baru ni, kami telah mengadakan perjumpaan keluarga di A Famosa Resort, Melaka.
Sesekali berkumpul sambil bercuti ramai-ramai nie seronok juga. Kami telah menyewa sebuah villa yang boleh tahan juga cantiknya untuk di muatkan oleh lebih kurang 6 keluarga.. heheh..
Muat tau rumah tue.. Tapi bab tido tu harap maafla nyer.. faham-faham jer la..
Yang bestnyer rumah tu siap dengan swimming pool .
Walaupun kecik tapi sudah memadai untuk kami bermain-main..
Selain berkumpul dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sambil bersantai, kami telah merancang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kedua orang tua kami yang ke 33.
Hehe..terkezut mak ngan abah.. Siap diiringin dengan nyanyian selamat oleh cucu-cucunya yang sekarang dah makin berkembang.. 14 orang tu... Biasala.. lagi besar keluarga lagi meriah kan.. Kepada mak dan abah.. Semoga panjang umur dan murah rezeki.. Terima Kasih atas segalanya dari kami adik beradik...Budi baik mak dan abah tak terbalas oleh kami.. MMuuaarrrhhhh...We love u...

Keesokkannya kami pergi ke bandar Melaka. Kami berpecah mengikut kaki masing-masing..
Yela.. jalan ramai-ramai mesti ada yang nak ke sana yang nak ke sini.. So ikutla masing-masing.
Mak ngan abah tak panjat A Famosa, tak laratla tinggi. Takat jalan-jalan sekitar bandar hilir jer.. Keadaan di situ nampaknyer dah berubah berbanding ketika saya sampai dahulu. Dah makin cantik dan menarik.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''