اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Meningkat lagi seusia aku tahun ni pd 4 Mac baru ni. Cam tuo lak rasa. Yela..anak pun dah ramai..huhu. Tu yang rasa makin tuo tu. Masa ni kami di Terengganu. enAbah ada keje. Uik..dalam pantang lagi masa ni...tp duk hotel dah. Ibu moden orang kata. Nak wat camne, klau tinggal pun takde orang nak jaga. AyahandaBonda ada hal. So ikutlah enAbah tapi cikEmi ikutla skali. Walaupun 4 Mac Terengganu cuti, enAbah keje. So no surprise, no celebration, no cake. Balik pun dah lewat malam. Memandangkan aku pun masih dalam pantang, so aku terima je. Semakin meningkat usia ini, semakin banyak aku pelajari tentang kehidupan. Aku cuba belajar menerima keadaan, Walaupun orang kata muda lagi, tapi sebenarnya pengalaman hidup bukan semata-mata bergantung kepada umur kita. Tapi melalui apa yang kita lalui. Setiap kali masa berlalu aku selalu cuba jadi yang terbaik dari yang sebelum. Cuba menjadi sempurna. Cuba buat yang terbaik (aku rasa). Tapi sebenarnya tak semua benda yang kita fikir baik tu, baik juga pada penerimaan orang lain. Pada kita apa yang kita buat akan disukai orang, tapi rupa-rupanya tidak disenangi. Sebab itu manusia tiada yang sempurna. Dan aku pun dah mula berfikir-fikir macam mana aku nak terima keadaan aku dan anak-anak ditinggalkan suami yang outstation.?? Yela, sebelum ni anakanda tak sekolah, ke mana enAbah pergi dia akan bawaklah kami semua. Bila anakanda dah sekolah, takkan nak ponteng sekolah dan secara tak langsung takkan ibu nak ikut enAbah?? Adakah keadaan itu normal?? Apa yang terbaik?? Walaupun pelbagai pengalaman hidup yang ibu dah lalui dalam hayat 32thn ni..pahit manis naik turun suka duka tangis tawa, tapi kes macam tadi belum lg..makin difikir makin stress rasa..biarlah masa yang menentukan. Anyway thanks to enAbah for the macBook Air. Insyaallah, akan ibu guna sebaiknya. Ingatkan tkde hadiah dah coz dah seminggu berlalu. Thanks a lot and love u much.
Ya Allah, semoga dengan semakin meningkatnya usia ku, semakin tetap juga iman ku. Lindungilah imanku dari goyang dek sandiwara syaitan yang ada disekelilingku. Dan Kau lindungi jugalah seluruh ahli keluargaku. Amin..
p/s:sebenarnya nak publish entry bday Ashiilah bln 2 lepas tp gmbar tk dload lg. Sabar ye nak.
No comments:
Post a Comment