Thursday, August 1, 2013

Anakanda Aqiilah 6 bulan

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Assalamualaikum..
  My little princess, Aqiilah..bulat-bulat

Lama sangat dah tinggal rumah maya ni. Tak ber'kemas' dah rumah ni. Banyak la memori-memori yang tak disimpan di rumah ni. Sebelum memori ibu corrupt, baik la ibu rekodkan perkembangan anakanda Aqiilah sikit. Sekarang anakanda Aqiilah dah memasuki usia 6 bulan. Pada usia 5 bulan anakada Aqiilah dah tumbah gigi bawah 2 batang. Berat 7.4kg. Suka main air liur sampai sekarang. Sampai la ni pun dua batang tu je ada. Sejak ada gigi ni suka benor menggigit. Gatai gusi kot. Sekarang anakanda dah mula maju ke depan. Dah angkat-angkat badan. Nak belajar merangkak kot. Memandangkan Aqiilah dah 6 bulan, ibu cuba letak Aqiilah dalam walker tapi dia tak mau. Asal letak dalam walker je menangis. Tak tau la kenapa. Dan yang pasti semakin manja. Dah mula tak nak dengan orang. Itu membuatkan ibu bertambah 'terhad' pergerakkan. Maka akan bermulalah episod 'ibu membuat kerja rumah sambil mendukung anak'. Hanya surirumah yang pernah mengalaminya sahaja yang faham keadaan itu. Makin slim la ibu yang sememangnya dah slim ni. Huhu.. Manja abg Amir pun tak abis lagi. Ya Allah berilah aku kekuatan..tingkatkanlah kesabaranku. tetapkan imanku..

Masih sempat lagi rasanya ibu nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan selamat membuat persiapan raya..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''