Friday, August 2, 2013

Kasut anakanda di Stride Rite

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

 Kakak pilih kasut Repunzal, Purple Colour. 
(ibu saja suruh beli purple kalau tak asyik pink je, nasib baik kakak ok je )

Pejam celik pejam celik tinggal seminggu sahaja kita berpuasa. Kesibukan aktiviti seharia ibu membuatkan ibu tak sedar masa yag berlalu. Tahun ni ibu dah latih anakanda Amrullah berpuasa penuh. Tahun lepas sehari pun tak berjaya. Hari-hari puasa tapi separuh hari. Takpela, satu permulaan yang baik. So tahun ibu harap anakanda Amrullah dapat berpuasa penuh paling dak pun 7 hari. Alhamdulillah, semalam cukup 7 hari anakanda Amrullah berpuasa penuh. enAbah pun bawalah kami sekeluarga ke Empire Shopping Gallery untuk cari kasut raya. Memang dah berniat nak belikan anak2 kasut raya tapi saja tunggu Amrullah puasa penuh 7 hari baru pi beli. Pembakar semangat. Kami ke Stride Rite untuk mencari kasut anakanda Amrullah dan Ashiilah. Anakanda Amir baru beli hari tu, aqiilah lak kecik sangat lagi so tak yah lagi la. Ibu baru je mengenali butik kasuk kanak-kanak Stride Rite ni. Kasut dier cantik-cantik, memang memenuhi cita rasa anak-anak kecil. Tapi nasib tak menyebelahi Amrullah, kasut yang dikehendakinya semua takde saiz. Rasaya baru bulan lepas ibu datang survey masih banyak stok kasut iron man, spider man dan star war. Tup-tup hari ni datang takde stok. Nak raya kot. Sian along. Yang tinggal saiz besar. Kasut takde lampu ada 2 paten yg ada saiz tapi Amrullah lak tak berkenan. Nak lampu bagai pulak sbb dier tengok kasut yang Ashiilah pilih ada lampu kot. Nasib baik kasut kakak ada saiz. Nak pi tempat lain, ibu macam tak berapa rajin je coz Amir berona sikit. Dan tiba-tiba 'Ibu takde kasut pun takpelah, Along nak Bakugan boleh?'. Nak tau kenapa?? Sebab kat floor tu ada Toy 'R' Us. . Bakuga tu robot bola (boleh jadi robot dan bola). Last week kami balik berbuka di Klang, Along nampak sepupu dier ada Bakugan. Teringin jugak la tu.  Bolehlah Along, hari dah lewat ni, silap2 berbuka dalam kereta pulak.

Bakugan Along, 1 set ada 6 biji bola/robot.
 
Kalau anda teringin nak cari kasut anak-anak boleh la ke Stride Rite, ada sale sekarang. Cawangan lain terletak di Bangsar Village, Suria KLCC, 1 Utama Shopping Center dan Paradigm Mall. Tempat lain ibu tak pasti. Sejak ada anak ni gembira bila tengok anak-anak seronok dapat baju, kasut raya. Agaknya bonda Ibu pun macam tu kot dulu. Anak-anak diutamakan. Bila dorang gembira kita pun automatik akan gembira. Jangan sampai membazir udah. Ikut kemampuan dan bersederhana. Selamat bershopping.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''