Monday, April 7, 2008

Anakanda Tumbuh Gigi Lagi...

Anakanda Tumbuh Gigi Lagi...
Dah hampir sebulan berlalu dari tarikh gigi pertama Amrullah tumbuh, baru ada tanda-tanda ada satu lagi gigi baru nak naik. Amboi..lamanya masa gigi kedua ambik nak tumbuh. Sian gigi sulung.. sorang-sorang jer kat dalam mulut anakanda.. At l
ast kuar gak kawan gigi sulung. Gigi ke2 tumbuh pada 14 March 2008 (posisi atas,depan,kanan). Sekarang anakanda dah ada sepasang gigi. Sebelum ni kami gelar anakanda 'Pendekar Gigi Sebatang', tapi sekarang gelaran dah kene tarik balikla. Pada 16 March, anakanda start memanjat dan bertatih. Amboi.. dah makin berani anak bujang ibu.. sebelum ni takat diri jer.. sekarang dah siap jelajah.. Nak dijadikan cerita, gigi ke3 anakanda lak tumbah pada 23 March 2008 (posisi atas,depan,kanan), dan diikuti gigi ke4 pada 27 March 2008 (posisi bawah,kanan,depan). Agaknya bulan March ni bulan tumbuh gigi anakanda kot. Makin banyak gigi ni, makin rajin lak dier mendekatkan mulutnya kat ibu ngan abah. Ada makna tue.. Apa lagi.. nak menggigit la. Nak bagitau dier dah ada banyak gigi la tue. Alamak.. anakada selsema la.. Ish ish..tak leh jadi nie. Sebelum ni anakanda Amrullah tak pernah sakit. Deman jauh sekali walaupun selepas inject, Alhamdulilla. Sekali kene selsema lak, dah lima hari tak nampak tanda-tanda kurang. Ubat klinik macam jalan jer.. So kami mencuba ubat homeopathy lak, kata mereka yang dah pi, jadi. Alhamdulilla, anakanda dah tak selsema lagi selepas 5 hari menggunakan ubat homeopathy ni. Pada 02 April 2008, gigi ke5 anakanda pula tumbuh (posisi depan,bawah,kiri). Amboi..sekali keluar 4 batang berturut-turut..So sekarang gigi anakanda dah ada 5 batang gigi. Sejak dah banyak gigi nie asyik sengeh tunjuk gigi jer..macam dier je ada gigi. Oo..nak ajak ibu ngan abah lawan gigit er... heheh.. Kita tengok sapa yang kene... Dan selalunya ibu ngan abah yang kene gigit.. Heheh.. Amrullah.. Amrullah.. Buah hati ibu abah.. macam-macam ragam sekarang.. Dialah penghibur kami.

.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''