Showing posts with label Kandungan / Ibu Mengandung. Show all posts
Showing posts with label Kandungan / Ibu Mengandung. Show all posts

Thursday, February 5, 2009

37 minggu ++

Kandunganku sudah cukup bulan...


Diam tak diam dah 37 minggu kandunganku. Semalam aku wat check-up pregnant, doktor kata aku dah 37 minggu++, lebih kurang 9 bulan seminggu ghitu. Dah cukup bulan la tu namanya. So bila-bila masa leh bersalin, kene alert and prepare everything. Kalau nak diikutkan anak sulungku, aku bersalin agak lewat iaitu 41 minggu. Tapi yang ni aku dapat rasakan kelainan, mungkin awal kot. Yela, dah sarat-sarat mengandung pun masih berulang-alik Terengganu-N9. Tak campur dengan kekerapan mendukung dan mengejar anakanda lagi. Kekurangan rehat lagi. Aku tak kisah lambat ke cepat ke, doaku semoga semuanya berjalan lancar dan selamat. Lepas check urine, tekanan darah dan kesihatan, doktor suruh baring nak check baby lak. Agak terkejut gak bila doktor tgk baby dah dalam keadaan 'sujud' dan dalam salurannya. 'Kalau ikutkan perkiraan biasa, dalam keadaan begitu tak lama dah. Hubbyku turut terperanjat, yela ingatkan dia menurun abangnya kuar lambat. Kita berserah, Allah maha berkuasa, tapi kene bersedialah sentiasa.' Kata doktor kepadaku.

Ya betul, aku nampak babyku dalam keadaan sujud di dalam perutku dengan jelas sekali, sebak hatiku. Baru aku tahu keadaan baby nak keluar 'bersujud', tersirat sungguh ciptaan Allah. Beruntunglah bagi orang-orang yang berfikir. Yela, dulu masa anakanda Amrullah check-up kat gomen jer, mana ada tiap kali jumpa scan baby. 2 kali jer sepanjang mengandung. Hatiku mula dup dap dup dap antara gembira tak sabar nak dapat baby baru dan pengalaman bersalin antara hidup dan mati. Kalau boleh dengan izinNya, aku harap dapat melahirkan baby ni secara normal dan taknak ambik epidural walaupun doktor ada mengsyorkannya kalau taknak rasa sakit. Takpela, aku ambil keputusan taknak ambik, dengan kesakitan itulah telah menginsafkan aku, yakni aku hanyalah seorang hambaNya dan anak . (janganlah sesekali menyakiti hati ibu anda kerana dugaan seorang ibu dah terlalu besar terutama ketika melahirkan).

Saturday, January 24, 2009

8 Bulan ++

New Baby..8 Bulan ++..

Debaran semakin terasa..usia kandunganku telah pun masuk 8 bulan lebih.. Baby pun semakin kuat bergerak. Lebih-lebih lagi dengan keadaan ku sekarang yang hidup merantau. Kejap di Terengganu, kejap di N9. Dua hari yang lepas date appointment aku selanjutnya. Tapi mengenangkan kami di N9, kami mengambil keputusan untuk buat check-up di hospital yang kami pilih untuk bersalin. Mengikut kakakku yang duduk di N9, kat sana tak ramai doktor perempuan bahagian O&G. Tapi ada seorang doktor Perempuan, Islam yang dia kenal, Dr.Intan tapi tak pasti di hospital mana. So aku dan hubby pun 'try n error' jer la ke hospital swasta yang ada di sana. Hospital Specialist Senawang..bukan. Hospital Specialist Seremban..bukan. Hospital Colombia Asia..ya. Akhirnya jumpa juga. So aku pun wat check-up baby di situ sekaligus membuat booking untuk bersalin di sana ber'doktor'kan Dr.Intan. Insyaallah, jika ditakdirkan aku bersalin di N9. Tapi jika anak kedua ini ditakdiran menjadi anak 'Terengganu' lagi, aku memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin yang sama dengan anak sulungku. Alhamdulillah keputusan check-up semuanya ok. Baby pun dah boleh nampak dengan jelas. Aku berasa teramat bersyukur semasa melihat babyku di skrin. Perasaan seperti ketika aku mengandungkan baby sulungku kembali lagi. Betapa besarnya kebesaran Allah, satu lagi nyawa ada di dalam perutku. Tiba-tiba aku rasa sebak. Entahlah mengapa. Mungkin juga aku risau. Aku berserah kepada Allah untuk menentukannya.

Cuti Raya Cina ni aku balik Terengganu, so bolehlah aku booking kat sini pula. Itu semua hanya perancangan saja. Takut nanti sakit di tempat lain pulak. Hehehe.. aku redha di mana sahaja aku bersalin, janji semuanya selamat. Doakan saya ya teman-teman.

Friday, December 26, 2008

31 Minggu...

New Baby..31 Minggu @ 7 Bulan lebih


Dua hari lepas aku pi check-up baby lagi. Sepatutnya date untuk aku check-up 10/12, tetapi memandangkan kedaaan tak mengizinkan terpaksa ditunda 2 minggu. Yela..mula-mula Amrullah demam seminggu, lepas tu abahnya lak deman, pastu Amrullah lak naik campak. Sampai aku sendiri pun rasa nak demam, badan letih jangan cakapla. Tapi ku gagahkan juga, kuatkan semangat. Kalau tak siapa lagi nak urus rumah tangga ku ni. Demi suami dan anak tercinta, segala penat lelah, sakit tubuh aku letak jauh-jauh, supaya aku kuat demi menjaga keluargaku.

Tapi yang tak syok nyer, bila pi check jer, kene bebel la pulak ngan nurse-nurse yang meng'check' aku. Berbulu gak aku, bukan aku sengaja, aku wat 'dono' jer la. Kalau dijawab makin menjadi lak nanti, baik aku diam. Alhamdulilla, kali nie keadaan aku semakin baik. Tekanan darah, hb blood, berat badan, baby semuanya dalam keadaan baik walaupun aku agak kurang rehat seminggu dua ni. Aku pasti ada hikmah disebalik dugaan yang ku hadapi. Dah tak lama jer lagi rasanya dekat dah dengan due date baby nak kuar. Bertambah dup..dup..dupp lak rasa. Doakanlah saya agar segala selamat.. Insyaallah..

.

Friday, November 14, 2008

24 Minggu....

New Baby..24 Minggu aka 6 Bulan


Eee..sejuknya. Almaklumlah sekarang ni kat Terengganu dah mula musim Tengkujuh. Hari-hari hujan.. air toilet jgn cakapla.. bila malam atau pagi macam air peti sejuk. Tu yang kekadang mandi sekali jer sehari.... hehehe.. alasan.. alasan... Baju dekat jemuran pun dah berhari-hari, tapi tak kering-kering jugak. Nasib baik tak berbau.

Semalam aku pi check ngandung lagi. Memandangkan sekarang ni musam hujan, so dibenak fikiranku "mesti tak ramai harini, mesti leh siap cepat". Yela..kalau selalu pi, jangan cakapla... tak sah klau tak cukup sejam setengah. Almaklumla gomen... Boring.. boring.. Sesampai jer kat klinik aku tengok orang memang tak ramai, mesti cepat ni. Sukanya aku haritu. Tapi ..eeemmm.. klau dah camtu.. camtu gak... sejam gak hubby aku tunggu kat keta.. sampai tertido-tido anak sulungku. Apa leh wat.. Hb ku masih rendah, naik 0.1 jer. Ish.. naper erk. Aku tanya kakak ku, dia kata "ok lg la tu, tk org kita memang ramai hb area tue. Tkde masalah". Sejuk sikit hati aku. Yela.. manala tau. Masa ngandung dulu takde lak masalah ni. Dugaan ngandung kali ni kot. Baby alhamdulilla sihat. Kalian doakanlah, semoga semuanya dalam keadaan selamat sehingga saat kelahiran. Aminn...


.

Saturday, November 1, 2008

Rahsia Disebalik Solat

Solat dan RahsianyaSolat adalah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam.

Allah s.w.t berfirman: “ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman

Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat.

Hadith Rasullah s.a.w iaitu:
Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur"

“…..sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”
[Surah Al-Ankabut:45]


Rahsia Disebalik Solat

1. Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul :
Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram :
Fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kta di dalam kubur.

4. Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara dua sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara dua sujuk akhir :
Menjadi kenderaan kita ketika di padang Mashyar.

10. Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nankir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.


Rahsia Solat bagi Ibu Mengandung

Kepada ibu mengandung, kita disarankan untuk melakukan teknik-teknik senaman ibu mengandung bagi memudahkan proses kelahiran. Senang atau susah itu semua kuasa Tuhan, tapi tidak salah jika kita mencuba. Terdapat beberapa senaman yang dikaji dapat membantu bakal ibu ketika melahirkan menyerupai gerakan di dalam solat. Seperti :-

1. Latihan menundukkan tubuh ke hadapan, ia menyerupai keaddan ruku' dalam solat.
2. Latihan berdiri dan duduk dengan lutut ke atas atau bertinggung, ia menyerupai keadaan berdiri dan turun untuk sujud dalam solat.
3. Latihan knee-chest position, ia menyerupai keadaan sujud.
4. Duduk dengan tenang, ia menyerupai duduk dalam solat.

Oleh itu kepada ibu-ibu mengandung, perbanyakkanlah amalan solat sunat, insyaallah akan dipermudahan segala urusan. Wallahuaklam...

.

Saturday, October 11, 2008

Baby Ticker

Check-Up selepas raya.....

Baru-baru ni aku pi wat check-up. Alhamdulilla baby semua ok, cuma aku jer kurang ok sikit. Check darah kali ni hb bawah 11.0. Alamat kene sticker hijau la. Aku dinasihatkan jangan tinggal makan ubat, banyakkan makan dan rehat. Anakanda pun kecik lagi sekarang, kepada mereka yang jaga anak sendiri tu mesti faham keadaan aku. Banyak manalah sangat masa nak rehat klau ada anak kecik ni. Aku tak risau sangat pasal rehat-rehat ni, biasalah dah jadi ibu.






Mak aku pernah berkata "kita ni bila dah jadi isteri + ibu, mana ada masa nak lepak-lepak. Tapi jangan sesekali merungut,wat tanggungjawab tu dengan ikhlas dan gembira, mesti kita tkkan rasa letih atau penat. Kita akan rasa masa tu cepat jer berlalu. Itulah kelebihan menjadi seorang isteri+ibu." Yela, mak aku dah berjaya menjaga kami 7 beradik dari dulu sampai sekarang. Tanpa sekali pun aku dengar dia merungut. Malah klau balik umah Mak sekarang ni pun, mak akan tanya "nak makan apa?". Nanti mesti mak aku akan masakkan. Itulah hebatnya bondaku...

Sekarang ni aku tengah berusaha menaikkan hb blood ku. Aku dah tambahkan pemakanan dan cuba banyakkan minum susu (kadang-kadang hehhe). Harap-harap next month check takde masalah lagi. Sekarang kandunganku berusia lebih kurang 20 minggu @ 5 bulan. Kejap jer rasa. Perut pun dah mula nampak. Berbunga-bunga rasa dihati. Chewahhh.. Teringat lak masa first time mengandung...


.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''