Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum.. 


Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ini. Banyakkan amalan, bersihkan hati, sucikan diri, semoga hidup kita mendapat lebih keberkatan dariNya. Insyaallah... 

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin



Khas kepada pengunjung-pengujung blog ini. Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dan lebih beerti kepada kita semua. Di sini saya sekeluarga ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja jika ada tersalah kata, terkasar bahasa. Sambutlah Syawal kali ini dengan sederhana, semoga sama-sama kita mendapat keberkatan dariNya. Bagi yang memandu, berhati-hati dijalan raya.
Salam Syawal....

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadan

Selamat Menyambut Bulan Puasa 1413H


Khas kepada pengunjung-pengujung blog ini. Semoga Ramadan kali membawa sinar kebahagiaan untuk kita semua. Marilah kita sama-sama melipat kali gandakan amalan sedia ada. Semoga Allah menerima segala amalan kita. Insyaallah.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Bonda Sutina Binti Abdullah


Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu especially untuk ibuku tercinta Bonda Sutina. Sesungguhnya Kasih sayang dan pengorbananmu terlalu besar buat diri ini. Sehingga kini masih tidak terbalas olehku. Maafkanlah segala salah dan silap anakmu ini. Dan halalkanlah air susu mu dan segalanya. Mmuuaaarrhhh... Selamat Hari Ibu.. Mak. (gambar ibuku bersama amrullah)

Tingginya darjat seseorang ibu itu. Abu Hurairah berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasullullah s.a.w lalu bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak aku layan dengan sebaik-baiknya?"

Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ayah mu"

Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada eorang ayah:

  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…[al-Ahqaf 46:15]

  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…

  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]



Wednesday, December 3, 2008

Selamat Hari Raya Korban

Salam Eidul Adha


Tidak lama lagi semua umat islam di muka bumi ini akan menyambut Hari Raya Haji @ Raya Eidul Adha @ dikenali juga sebagai hari raya korban. Esok lusa kami sekeluarga dah nak balik selangor. Tahun ni beraya di Selangor. Raya kedua baru balik Terengganu. Itupun kalau tak banjir. Hehe.. Kepada semua pengunjung blog ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji. Maaf jika ada salah dan silap yang tidak disedari. Kepada yang balik kampung, berhati-hati ketika memandu.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengertian korban hasil research saya di internet..

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."
Al-Kautsar:


Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Terdapat banyak keistimewaanibadah korban ini. Antaranya ialah Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.

Kepada ummat Islam yang telah cukup syarat haji, bolehlah menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam.


Video ni masa family hubby ku buat ibadah korban tahun lepas.

Jumpa lagi..:D



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''