Thursday, November 4, 2010

Adik nak jadi kakak??

Assalamualaikum..
Apa?? Ashiilah dah nak jadi kakak??Yeyehh..ada sorg lagi leh layak nnt.

Lama sangat dah tak update blog ni..
Maaf byk2 kepada maly n kema yang rajin meng'tag' contest kat aku..
Kepada blogger yang sudi singgah..terima kasih..
Tak berapa nak larat skarang ni nak mengadap komp lelama..
Asyik nak baring jer..sangatlah letih rasa badan ni tambahan pula dengan anakanda yang baru baik deman..
Ibu yang kene food poisoning..
Badan sakit-sakit.mual-mual yang teruk..mood yang sangat tak stabil..
Pembawakan baby yang agak teruk kali ni..
Membuat ibu rasa serba tak kene..Agak mencabar iman ibu kali ni..
Janganlah anak-anak menjadi mangsa keadaan ibu..nauzubillah..
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi di dalam diri ibu..
Menetapkan iman ibu..
Sahabat-sahabat doakan ibu ye..
Terima kasih semua..jumpa lagi..
Insyaallah...

Friday, September 24, 2010

SEOUL, Korea.S

SEOUL, Korea.S : Jun 2009

Kisah yang dah lapok..tp masih segar dalam ingtan. Travel ke Korea.S pada Jun 2009 telah dipublish jugak akhirnya. Untuk mengikuti kisah kami (SEOUL,Korea.S-part1) sila layari http://zueyie.wordpress.com/ atau  KLIK DI SINI.

Thursday, September 9, 2010

Realiti Kehidupan - Part 2

Sambungan.....

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat,
maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya... dan yang terbaru beri terbatu sebuah gereja di Amerika Syarikat nak mengadakan Hari Bakar Al Quran Sedunia. Seorang pastor/paderi bernama Terry Jones dari Dove World Outreach Center di Florida mengajak seluruh umat Kristen, untuk berpartisipasi di hari bakar al Quran sedunia, untuk memperingati 9 tahun tragedi serangan 9/11 WTC.


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah Agama Islam dan ayat-ayat suci Mu dari  hilang dek kejahilan dan kealpaan umatMu. Allah hu Akhbar....

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA.. 
p/s: thanks to k.as share this story..sharing is caring..:)

Friday, September 3, 2010

Realiti Kehidupan..

Sama-samalah kita fikirkan -Part 1 tension

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka katalah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,mula-mula tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru itu tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk
menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum.. 


Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ini. Banyakkan amalan, bersihkan hati, sucikan diri, semoga hidup kita mendapat lebih keberkatan dariNya. Insyaallah... 

Monday, August 9, 2010

Anakanda Amrullah 3 Tahun

♥♥♥ Selamat Hari Lahir Anakanda Amrullah ♥♥♥














(Kiri) Apa-apapun kene mula dengan doa dulu.. (Kanan) Potong jangan tak potong..

Alhamdulillah, 5 Ogos 2010 baru-baru ni genap usia anakanda Amrullah 3 tahun. Syukur kerana diberi kesempatan kepada Allah untuk aku melihat pembesaran hero kecil ku ini. Sepanjang proses pembesaran anakanda tiada yang ku kesali. Walaupun kekadang ragamnya mencabar kesabaranku, tidak pernah aku simpan di hati. Kami tidak membuat apa-apa sambutan pun cuma sekadar memotong kek 'American Choc'. Abah beli masa balik kerja. Anakanda pun memang suka makan kek coklat. Bila aku tanya, 'Along nak hadiah apa?'. Amrullah jawab ' Along nak mcDonald menan' Maksudnya happy meal la tu. hehe.. Orait, no prob. Murah.. murah.. Hubby kata jangan ajar anak bila hari jadi je bagi hadiah, bila hari jadi je bagi hadiah.. Nanti dia akan harapkan hadiah setiap hari jadinya. Kalau dia tak dapat hadiah pada hari jadinya nanti, dia akan buat perangai. Aku tak kisah coz aku faham maksud hubby ku. Lagipun hubby pun memang selalu belikan anakanda mainan or lain-lain benda. Aku pun selalu dapat.. hehe.. Tak perlu tunggu hari istimewa. Lagi pun patung Otomen tu abah baru jer belikan Amrullah dua minggu yang lepas. Kira advance gift la tu, bolehhh.. Hai.. bertambah lagilah koleksi otomen anakanda.












(Kiri) Makan Time.. Gambar ibu takde, pakaian tak sesuaii..:D (Kanan) Tula patung otomen terbaru anakanda

Sebagai seorang ibu, aku bangga mendapat anak seperti Amrullah. Dalam usia sebegini anakanda dah pandai baca alif ba ta sampai ya, dah pandai baca doa syifa', dah pandai baca doa pelindung, dan pandai baca sifat 20, dah pandai baca nama 25 rasul, dah pandai berselawat, dah leh berzikir untuk ulik adiknya.. (mungkin org lain lagi cepat, tapi itu sudah cukup membanggakanku sebagai ibu) Sebagai seorang ibu, aku akan cuba buat apa yang terbaik untuk anak-anakku. Dan sebagai seorang ibu, aku sentiasa berdoa agar anak-anakku dapat membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh dan solehah. Ibu dan abah sentiasa mendoakan kejayaan anakanda Amrullah di dunia dan akhirat. Jangan nakal-nakal yer. Love u so much....:-***** ♥♥♥ from abah, ibu dan adik Ashiilah.

Tak lupa ucapan Selamat Hari Jadi kami ucapkan kepada kakak iparku, K.As yang ke 30 ttuuttt... hehe. Bday k.As sehari selepas Amrullah iaitu pada 6 Ogos. Haritu aku dah cuba tahan ingat nak bersalin 6 Ogos biar sama ngan k.As tapi tak mampu den nak menanggung kesakitan lelama. Hehe.. Kami doakan semoga k.As akan sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah. Dikuatkan semangat dalam menempuh segala dugaan di dunia ini. Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Leh belanja kami selalu.. hehe..:D. Thousand of love from us to u..♥♥♥

p/s: kalau nak tinggalkan komen, klik kat no (atas belah kanan). Nanti akan kuar po-pup box komen. tq.

Tuesday, August 3, 2010

Omelan Pakej Sebulan

Assalamualaikum...

Dah sebulan lebih umah ni tak berkemas. Nasib baik tak berhabuk, kalau tak jenuhlah aku nak mengelapnya. Cuma kena kemaslah sikit, biasalah umah tinggal. Macam-macam perlu dikemas. Dan dalam sebulan ni macam-macam benda telah berlaku dalam kehidupanku. Suka dan duka. Teringat lak masa mula² menceburi diri dengan blog ni, asalnya untuk mencoret kisah suka duka perjalanan hidupku. Agar menjadi 'kenangan terindah' padaku suatu hari kelak. Kisah duka pun bila dah lama akan jadi kenangan terindah tau sbb orang lain tkde..:P Sambil dapat bertukar idea dengan blogger lain. Secara tak sengaja ter'join' la pulak contest online. Sesekali ingat seronok juga. Dan yang tak disangka bila dapat 'bertemu' dengan kawan² sekolah lama seperti kema, seti, maly, icham dll. Walaupun tak ramai, sapa sangkakan. Takyah nak berMuka Buku bagai.

Kisah Suka
Alhamdulillah, kakak iparku selamat melahirkan baby ke6 di Hospital Kuala Lumpur. Ini merupakan anak buahku yang ke20. Comel dan montel seperti mamanya. Hehe..jangan marah k.As.:). Seperti biasa nama anak abgLong ku memang akan panjang berjela biaq nama abahnya cinonet je.. Muaz Alley Dzulkarnain b. Zainal. Selamat datang ke dunia. MakCik dan PakCik doakan semoga Muaz akan membesar dengan sempurna dan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Kami sekeluarga juga telah ke Simpang Mengayau, Kudat (Tip of Borneo), Sabah. Penghujung borneo. Pemandangannya sangat cantik. (Kisah lanjut di n3 akan dtg).

Kami sekeluarga + k.enon sekeluarga + mak dan abah juga telah ke Tekam Plantation Resort, Pahang untuk bercuti + makan buah. Yuummmy...(Kisah lanjut tunggu n3 akan dtg). Dan kenangan yang terindah buat kami sekeluarga ialah apabila selamat masuk ke rumah baru. Alhamdulillah..sangat-sangat bersyukur. Semuanya berjalan lancar. (Kisah lanjut kene tunggu n3 akan dtg juga..:))

Kisah Tak Berapa Suka/Duka
Perginya insan yang dikasihi Kekanda Hattar, Abang Sulung my hubby. Tak sampai 3 bulan hubby kehilangan adinda tersayang kini kekanda yang dikasihi pula meninggalkannya. Semua itu kuasa Tuhan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Pemergian arwah agak 'misteri'. Penyakit yang tak seberapa mungkin hanya penyebab kepada pemergiannya. Kata org, disebabkan sifat tamak dan hasad dengki, arwah menjadi mangsa orang lain. Walaupun ada insan yang tolong mengubatinya, tapi tidak berjaya sehinggalah nafas terakhirnya. Apa sebabnya?? Entahlah.. Allah lebih mengetahui. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Aku pernah dengar, orang dulu-dulu pernah kata, kalau ada orang meninggal, dalam 100hari dia akan menjemput orang yang ada kaitan dengannya ikut kemudian orang yang duk sekampung pula, sebagai teman. Mungkin benar juga. Tahun lepas masa nenda ku meninggal, tak lama kemudian pakcik ku pula mengikut.

Bulan lepas juga kami sekeluarga diserang 'virus fever'. Mula-mula anakanda Ashiilah, pastu aku, pastu anakanda Amrullah dan terakhir hubby. Hubby sampai skrg pun tak kebah sepenuhnya lagi. Asal malam makin menjadi demamnya. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga dari penyakit yang memudaratkan. Amin...

Kisah yang tak berapa best lak.. eemm.. bila ada orang samakan aku dengan benda atau barang. Agaknya bagi orang lain mungkin benda kecil kot, tapi kalau dah 2 3 kali cakap camtu, tak bestlah rasa. Ataupun aku yang terlalu sensitif? Orang kata kisah duka ni jangan simpan dalam hati, nanti makan hati. Yeke?? Aahh..janji dorang tak kacau aku sekeluarga sudah. Yang pasti aku akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anakku. Paiti.. Paiti.. ;-)


Latihan Mata

Allah Maha Pencipta
Apa yang anda dapat lihat?? Sesungguhnya Allah lah yang menjadikan sebaik-baik kejadian manusia. Sumber dari cikPuan Kema.

Tuesday, June 29, 2010

Pindah Rumah

Tuan Rumah Busy Sikit

Nampaknya tuan umah ni akan senyap seketika untuk berblog. Sekarang tengah dalam proses pindah umah. Packing, pastu nak unpacking plak.. ish.. ish... Patutlah orang kata pindah randah ni agak memenatkan. Makan masa sikit nak steady balik umah baru tu. Ini pun terkejor-kejor update blog sikit. Tapi dalam penat-penat pun seronok coz umah sendirilah katakan. Semangat lain sikit. Nanti aku update lagi er. Paiti. Paiti..

Thursday, June 24, 2010

Upin, Ipin dan Apin

Bukanlah..Upin, Ipin dan Ahmad

3 botak hencem (cuba perhatikan gambar di atas.. sama tak?sama tapi tak serupakan. hehe..:D)

Siapa lagi kalau anakanda Ahmad Amrullah, my liltle hero.♥♥♥ Dan Sememangnya anakanda adalah peminat tegar Upin & Ipin ni. Tapi ibu tak berapa bagi sangat bila anakanda nak tengok Geng Pengembaraan Bermula Upin, Ipin dan kawan-kawan. Bukan apa, mungkin sebab terlalu minat, semua yang dibuat oleh dua beradik kembar tu nak diikutnya. Ada benda yang ibu tak suka bila anakanda ikut macam jelir lidah, guna "aku, kau" ..tapi klau benda baik dier ikut takpe. Tapi orang kata biasalah, masa budak besar-besar macam ni la dorang nak belajar dan cepat belajar dengan apa yang dorang tengok. Lebih-lebih lagi kalau benda yang dorang suka, lagi cepat diingatnya. Jadi kita sebagai ibu hendahlah selalu memantau apa yang anak-anak kita pelajari. EEmm.. ntahla.. serba salah pulak ibu kadang-kadang. Apa-apapun ibu doakan anakanda Amrullah akan membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh serta berjurus. Cayang botak ibu ini..:-*****

Give Away "Cayang Ibu"

Give Away "Cayang Ibu"

Assalamualaikum. Kali ni ibu nak join GA "Cayang Ibu" yang dianjurkan oleh ibu Imanina. Jom kita pakat join ramai-ramai bagi memeriahkan lagi suasana. Paiti..paiti..:)


Saya Nak Tag:
Kema akak Akmrawati
Zan aka Che Harizan
Ateh aka Wan Suzailah

Seti aka Seti Nurul Ayuni
Qieranna aka Maly
Kawan-kana silalah follow blog emacupcakes.blogspot.com ye.

Gambar ini diambil masa di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Masa ni cuaca agak sejuk, lebih sejuk dari Genting Highland (Kalau ikut pengalaman ibulah). Posing-posing sikit dengan anakanda Ashiilah sebelum nak pi dinner..:D

Syarat-Syaratnya :
1. Korang kena menjadi follower blog ni emma86 (emacupcakes.blogspot.com) - done
2. Tag 5 orang kawan-kawan anda supaya follow my blog- done
3.Senaraikan blog emacupcakes.blogspot.com ke senarai Blog
list
anda untuk mengetahui perkembangan blog saye...(yup..me suke buat give away )...- done
4.Yang paling penting letakkan Pic korang bersama ur baby or anak..bagi yang belum kawen tu,leh la amik pic bersama anak sedara anda..(anda tergolong dalam golongan ibu saudara..ibu gak kan??)- done
5. Korang mesti ceritakan moment gambo tu kat en3 korang (contoh: gambo ni me amik kat cameron masa imanina nakal2..)- done
5. Anda letak link en3 yang telah anda buat pada post comment en3 ni...- done
6. kat en3 comment nanti jangan lupa letak "sayang imanina"- done

Tuesday, June 22, 2010

Selamat Hari Bapa

♥♥♥ Especially for my dearest Hubby and Abah ♥♥♥

Semoga tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa untuk dua orang lelaki yang paling bermakna dalam hidupku.

To My Dearest Hubby..walaupun hubbyku tak berapa suka sambutan hari bapa ker.. hari ibu ker.. hari itu ker... hari ini ker..(katanya ikut budaya orang putih) Tapi aku nak juga ucap Selamat Hari Bapa ini kepada En. Mohamad Sabri Isa aka hubby ku yang tercinta. Terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang sangat hebat kepada anak-anak kita. Dengan sikap sabar dan tegasnya (kekadang ibu pun takut) anak-anak kita dapat membesar dengan baik. Sehingga menjadi kebanggaan kita apabila orang memuji mereka. Siang malam hubby berjaga demi mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Terima kasih kerana telah berusaha keras agar anak-anak kita dapat membesar dan hidup dengan sempurna dari segala segi. Terima kasih kerana membantu ibu dalam mendidik anak-anak kita ini. Terima kasih atas segalanya Sayang.. Kami Sayang Abah Sangat-sangat. I love u too much Honey :-*****


To My Lovely Abah...Hj Nordin B. Hj Ibrahim. Terima kasih kerana telah membesarkan dan mendidik saya dengan sempurna. Walaupun dahulu keluarga kita tidaklah seperti sekarang, saya tidak pernah merasa kekurangan jika berbanding dengan orang lain. Segalanya abah penuhi walaupun keadaan kita terbatas, bagaimana?? Tidak pernah aku ketahui. Yang pasti beliau pernah berkata "Abah tak nak anak-anak abah rasa susah seperti mana abah rasa susah suatu ketika dahulu". Abah berhempas pulas mencari rezeki membesarkan kami adik beradik. Kini masa abah untuk berehat, biarlah kami anak-anak pula membalas jasamu. Terima kasih abah..love u much..:-*

Saturday, June 19, 2010

Buat Logo Copyright Sendiri

Menggunakan Adobe Photoshop dan PhotoScape

Baru beberapa hari lepas aku buat logo copyright sendiri. Kira sekarang dah ada ala-ala cop mohor sendiri ghitu..:) Sebelum ni gambar-gambar yang aku publish memang takde copyright pun. Tapi aku tengok mostly blogger lain semua letak copyright kat gambar dorang. Bagus gak sebenarnya. Takdelah orang suka-suki nak copy n guna gambar kita nanti. Aku guna software Adobe Photoshop Element dan PhotoScape. Actually lama dah aku tak godek Adobe Photoshop ni. Dulu masa kerja adalah. Tapi hasilnya kira ok juga (pada mata aku)...hehe :D
A. Design Logo (Guna Adobe Photoshop)

1. Design logo copyright sendiri mengikut kehendak hati. First time, save as .psd (supaya kita boleh edit semula design yang kita buat tadi)

Kemudian Save For Web (untuk mengelakkan adanya background). Jangan Save atau Save As sebab nanti akan ada background.

B. Letak Logo Pada Gambar (Guna PhotoScape)

1. Pilih Menu Editor


2. Pilih Gambar yang dikehendaki. Klik pada gambar environment (pada tab object).

3. Klik photo.

4. Pergi ke file yang anda save for web tadi. Pilih logo yang dibuat.

5. Popup box seperti di atas akan dipaparkan. Laraskan Opacity seperti yang anda kehendaki. (Makin kecil angkanya, makin trasparent logo anda).


6. Anda juga boleh mengubah kedudukan logo seperti yang dikehendaki.

7. Klik butang save dan popup box seperi diatas akan dipaparkan. Ada 3 pilihan save. Pilihlah ikut suka anda. Selamat mencuba..

nota: Kalau tak faham boleh tanya.Paiti..Paiti.:D




Saturday, June 12, 2010

Alhamdulillah..Rezeki Ashiilah

Nurul Ashiilah Terpilih Juga Akhirnya



Alhamdulillah, first time anakanda dapat tempat dalam contest yang ibu sertai. Mungkin kali ni rezeki Ashiilah. Terima kasih kepada ibu QisQas kerana menganjurkan contest ni. Terima kasih daun keladi, ada rezeki watla contest lagi..:) Tahniah juga kepada semua pemenang dan peserta. Anak-anak kita semua sememangan comel-comel belaka. Sempurna sungguh kuasa Tuhan.

Thursday, June 10, 2010

Cara Meningkatkan Traffic Blog Anda

Bagaimana Nak Meningkatkan Visitor di Blog anda


Tips ini aku dapat dari Syuzana. Jom kita cuba untuk melihat kebersanannya. Tak salah mencubakan. Thanks kepada anda dengan tips ini.

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.
1. Cara hidup baru abad 21
14.syuzana
15.zueyie (blog aku ni)

PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie....

Nmpk x? Mcm ne care ye..mule² x fhm gak..lelame..agak syok..mcm main ''enjet² semut sape sakit naik atas''..(lebih kurang la)..

Klu korg wat nnt korg dok bwh blog aku..pastu yg no 1 korg delete..makin lame makin keatas..

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!


Monday, June 7, 2010

Hadiah OTW..Tungguuu...

Hadian Pemenang "Di mana Saya"


First of all, aku nak mintak maaf kepada pemenang-pemenang contest "Di mana Saya" di atas kelewatan penghantaran hadiah anda-anda semua. Insyaallah esok atau lusa sampailah kepada empunya diri. Harap-harap sudilah menerima hadiah yang tak seberapa ini. Jauh tu aku beli, siap kene naik kapal terbang baru leh sampai malaysia.. Kira hadiah semua tu form oversea tau huhu..:D. Pagi nanti aku akan mintak en.hubby tolong poskan. Insyaallah esok sampailah. Kan kat situ dia tulis "Dijamin Sampai Esok". Kalau tak sampai esok tu memang nak kene bebelan x:yz!od? aku la tu. Kalau nak tahu apa hadiahnya, lehlah layan blog penerima hadiah ni nanti. (Akmarwati , Syuzana, Rohaini) Kot-kotlah dorang nak wat entry tentang apa yang dorang dapat. Tapi kalau dorang tak wat n3 tu, nak buat camno. Sabar menunggu ye..:)

Saturday, June 5, 2010

CONTEST "BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE"

CONTEST "BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE"



Kali ni aku nak join contest anjuran N.A.I. Ia bersempena ulang tahun pertama anak terunanya, Khalish. Mudah jer, kom kita pakat ramai-ramai join contest ni. Biaq tak menang pun, semangat itu penting..hehe. Kalau menang, syukur alhamdulillah..:) . Anakanda tak berapa ada gambar dengan puting atau botol ni. Harap-harap gambar ni clear dan mencuit hati..:D


Nama Anakanda : Nurul Ashillah Bt Mohamad Sabri
Tarikh Lahir : 17 Feb 2009
Email : zuens@yahoo.com
Ibu nak tag : cikPuan Kema aka Akmarwati
dan
cikPuan Seti aka Seti Nurul Ayuni

SYARATNYA sangat senang bagi mereka2 yang suke join contest mcm N.A.I ni.

1. Jadi FOLLOWER blog ni – ngeee..;) -done

2. Buat ENTRY berkenaan dgn contest.-done


3. COPY banner di atas and letak kat side bar blog u all dengan link sekali la.-done

4. Upload SATU atau DUA gambar anak yang berumur in between 0-4 tahun dengan PUTING atau BOTOL SUSU atau KEDUA2NYA sekali pn boleh tp jgn lebih dua keping.-done

5. Sertakan sekali nama anak, tarikh lahir, dan email u all untuk dihubungi -done

6. Sila TAG kepada member2 anda yang ada anak..berapa TAG pn xkesah at least SATU -done

7. Dan last sekali JANGAN la lupa tinggal komen berserta linknya kalau tidak nanti cane N.A.I nk terjah untuk confirmation u all nanti.-done

LAIN-LAIN

*Contest ini bermula pada 5.5.10 sampai 6.6.10…sebulan

*Juri adalah EN. ASHAK dan EN. KHALISH

*3 orang perserta PERTAMA dengan syarat yg betul ada special gift..emm

*Hadiah..boleh tahan best gak..INSYAALLAH..hehe..akan diberitahu kemudian baru surprise

*3 pemenang akan dipilih berdasarkan SYARAT yang cukup and gambar yang CLEAR dan mencuit hati..GOOD LUCK

Friday, June 4, 2010

Zionist bersorak dalam kejadian Flotilla

Zionais bersorak.. Bangkitlah wahai umat Islam..



Apa yang kita boleh lakukan?? Sedangkan suara besar PBB pun mereka tidak endahkan, inikan pula suara kecil kita. Seperti lawak jenaka bagi mereka. Hanya satu yang boleh aku bantu. (Walaupun tidak sebesar mana) Dengan doa yang tulus kepada mu Ya Allah.

"Ya Allah.. Kau Lindungilah Umat Islam di muka bumi Mu ini. Sesungguhnya Kau maha Berkuasa di atas Segalanya, Tuhan Sekian Alam..."

Award from cikPuan Kema

Award "Blog Paling Comel"

Along Amrullah berlari-lari,
Sambil berlari ajak adik Ashiilah sekali,
cikPuan Kema sungguh baik hati,
Harap-harap ko suka blog aku seikhlas hati :)

Chewah...pantun..jangan tak pantun...
Award ni aku dapat dari cikPuan Kema. Terima Kasih la banyak-banyak coz mengiktiraf blog aku ni "blog paling comel di matamu"..:). Alamak tak muatlah seluar aku pasni..hehehe.
Award ni ibu nak bagi lak kat... Emmm... kalau "paling" maknanya kene namakan soranglah kan. Tapi takpelah. Dan penamanya ialah... Jeng.. Jeng..

1. Zan aka Che Harizan
2. Wid aka Widayu
3. Ateh Su aka Wan Suzailah

Silalah ambil award ni dan jangan lupa berpantun tau..

Wednesday, June 2, 2010

Allah Lebih Mengetahui

Al-Fatihah untuk adinda Su..

Hari ini bermakna telah 20 hari adinda Suriati meninggalkan kami. Tanggal 13 Mei 2010, jam 5:30 petang bersamaan hari Khamis, kami mendapat panggilan telefon yang mengatakan adik iparku (adik Hubby) Su telah kembali ke Rahmatullah. Ketika itu kami berada di LPT (otw ke HUSM Kubang Kerian) kerana telah dimaklumkan tenagh hari tadi keadaan Su yang nazak. Di sini ingin aku berkongsi sedikit cerita benar tentang BENARNYA kekuasaan Allah. Pemergian yang telah dijangka sedikit sebanyak telah merentap hati kecil kami sekeluarga. Tapi mungkin itu yang terbaik baginya. Dari hidup terseksa di dunia, hanya Tuhan yang tahu penderitaannya. Mungkin disebabkan itu jenazah allahyarhamah cukup tenang dan mudah diuruskan. Jasadnya tidak keras kaku, sebaliknya lembut seperti jasad hidup. Mudah diurus dan dikiyamkan. Selepas dimandikan jenazah menjadi cukup bersih. Aku yang sememangnya penakut ini (kat tv,majalah atau gambar pun aku takkan tengok) juga jadi tidak takut untuk melihat jenazah allahyarhamah. Malah ingin ku lihatnya berkali-kali. Wajahnya juga cukup tenang. Segala urusan pengebumian berjalan lancar. Alhamdulillah. Hatiku terdetik, "Ya Allah, bertuah sungguh Su. Adakah aku akan terpilih seperti Su? Ya Allah, kau matikanlah aku di dalam iman." Air mataku bergenang, sedih atas pemergian atau takut akan kekuasaan Allah?? Sudah sediakan aku?? Ajal maut akan tiba bila-bila masa tanpa mengira usia.

Apakah sebenarnya penderitaan allahyarhamah ketika hidupnya selain penyakit jantung yang ditanggungnya? Hanya Allah yang lebih mengetahui. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkannya. Bagaimana pula dengan kita? Mudahkah kita nanti? Atau sebaliknya? Nauzubillah..

Semoga Allah menempatkan roh adinda Su dikalangan hamba-hambanya yang beriman.

Friday, May 28, 2010

CUTE PINK BABIES CONTEST

'CUTE PINK BABIES CONTEST' oleh ibuQisQas


Sempena ulangtahun pertama puteri ibuQisQas: SHARIFAH NAYLI QASRINA pada 30 MEI 2010 ini, beliau telah menganjurkan contest 'CUTE PINK BABIES CONTEST'. Sangat mudah syarat-syaratnya. Ia bermula dari 28 APRIL 2010 sehingga 28 Mei 2010. Jom kita pakat join ramai-ramai.


Nama Anakanda : Nurul Ashiilah Bt Mohamad Sabri
Umur : 1 Tahun 3 bln++
Tarikh Lahir : 17 Feb 2009

Ucapan : Ibu sentiasa mendoakan anakanda agar dilindungi dah dirahmati olehNya. Sesungguhnya pemberian dari yang maha Esa ini merupakan hadiah yang tidak ternilai dalam kehidupan ibu. Semoga ibu dapat melaksanakan tanggungjawab ibu sesempurna yang mungkin untuk mendidik anakanda menjadi anak yang solehah dan khalifah Allah yang cemerlang dunia dan akhirat. Jangan nakal-nakal tau. Ibu sayang sangat..Muarhhhh :-*

Laguku Untukmu
Anak ibuAbah
Ahmad Amrullah anak berjurus,
Anak yang soleh, cerdik pandai,
Nurul Ashiilah anak berjurus,
Anak yang solehah, cerdik pandai,
Dua-dua anak ibu dan abah,
Rajin bersolat bertakwa pada Allah.

P/S:Lagu ni pernah di publish sebelum ni. Khas dr ibu&abah untuk anakanda berdua. Hari-hari ibu akan nyanyi lagu ni tu anakanda berdua.

Thursday, May 27, 2010

Tag dari Pn.Hannan

Anda telah di Tag : Kema, Seti n Zan..hahaha

Tag ni diberi oleh pn.Hannan. Biaqlah dier tak ingat nama aku pun. Janji dier
ingat gak kat aku. Dia bagi 2 tag, tp aku jawab 1 jela. Ngajuk la konon, ko tak
ingat nama aku. Tu yang jawab 1 je tu. Hehe..tp tul la ko teka nama aku tu nan.

Adakah anda mempunyai lesen memandu?
Yup

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
2001 kalau tak silap. Masa tu cuti sem.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Secara tak langsungnya klau ikut tahun dah 9 tahun. Tapi sejak dah
kahwin+ada anak+tak keje, jarang sangat drive sendiri. Pi mana semua dengan
en.hubby so en.hubbylah yang akan drive.

Pengalaman pahit ketika memandu?
Takde rasanya.

Pengalaman manis?
Masa memandu makan gula-gula...aci ker?? :D

3 tabiat ketika memandu?
1)dengar radio
lagi..emmm..tkdela kot. Saya kan pemandu berhemah..hikhikhh..:D

3 pantang time aku memandu bila:
Takde pantang larang pun. Hentam saja....

Pernah terlibat dengan kemalangan?
Tak pernah. Kalau hampir-hampir tu adalah. Tu pun salah orang lain. Nak
memotong sangat tp tak lepas. Pastu mulalah nak menghimpit kete orang.
Memang pemandu kelas 3 betul la orang2 camni... Nyusahkan orang je.

Saya namakan penama di bawah untuk teruskan hayat tag ni

1: Akmarwati aka kema
2: Seti Nurul Ayuni aka cikPuan Seti
3: Che Harizan aka Zan

Jangan wat-wat tak perasan pulak ye.
Jawab jangan tak jawab..klau tak aku babab...hohoh

Tuesday, May 25, 2010

Susahnya nak ucap "Terima Kasih"

Bukan kene bayar pun..


Beberapa hari yang lepas, aku sekeluarga telah pi ke Carrefour, Rahang untuk beli barang rumah. Lepas tu kitorang singgahlah makan di Laksa Shack dalam Carrefour tu. Tak pernah pun makan kat situ, saje nak try coz tengok ramai gak orang makan kat situ. Nak dijadikan cerita, kedai tu ada 3 jer kerusi budak. Masa kitorang tengah makan, masuklah sekeluarga ni nak makan. Bapak kepada family ni mintak lah kerusi baby tapi pelayan kedai bagitau kerusi kosong dah takde. Memandangkan anakanda Ashiilah pun tak berapa nak duduk kat kerusi baby tu, en.hubby pun meng'offer'lah kerusi baby yang ashiilah duduk tu. Dengan selambanya si bapak pun ambillah kerusi tu. Pastu blah camtu jer. Bukan nak ucap terima kasih ke, thank you (english) ke, kamsahabnida (korea) ker, merci bouque (french) ker, danke (german) ker, amore (itali) ker, doumoarigatou (jepun) ker, apa ker. Bukan kene bayar pun. Ni la orang kita takde budi bahasa langsung. Elok-elok kitorang nak buat baik, dah jadi tak berapa baik. Dier ingat dia bagus sangat kot. Esok-esok orang pulak tak mau berbahasa ngan dier. Sendiri mau ingatlah..

Sunday, May 23, 2010

Nama Pemenang 'Di mana Saya'

Tahniah kepada yang berjaya...

Jawapan bagi contest "Di mana saya" ialah....


-------------------------------------------- Beijing, China -----------------------------------

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai contest ini. Ada peserta yang dah jawab betul, tapi tukar lak jawapan. Takpelah, takde rezeki kot. Pasni boleh cuba lagi. Mana tahu ada rezeki. Memandangkan hanya 3 orang sahaja yang menjawab dengan betul, so ngam2lah hadiah tu. Kepada pemenang, sila hantar nama dan alamat anda (ke mana hendak saya poskan hadiah) ke zuens@yahoo.com untuk saya poskan hadiah yang tak seberapa ni. Di harap anda sudi menerimanya.

Tahniah kepada anda,anda dan anda..

1. Akmafaizal - Beijing, China
2. Syuzana - Beijing, China
3. Ummuabdullahdanhajar - Beijing, China

Pemenang pertama, kedua dan ketiga dipilih berdasarkan undian. Tidak dipengaruhi oleh faktor luar atau dalaman. Turutan penyertaan hanyalah kebetulan.

Paiti..Paiti..Senyum sokmo...:D
Nantikan contest seterusnya pula..insyaallah..:)

Saturday, May 22, 2010

Sila Semak Senarai Peserta

Senarai Peserta

Alhamdulillah, secara rasminya berakhir sudahlah contest ni. Nampaknya dah ada yang berjaya menjawab dengan betul. Maaf di atas kelewatan meng'update' contest ni. Disebabkan oleh kekangan yang tidak dapat dielakkan. Hanya jawapan yang saya salin di bawah ini akan diambil kira. Di harap peserta dapat menyemak jawapan yang di berikan. Takut saya tersalah salin. Nama pemenang akan diumumkan pada 23 Mei 2010.

1. Zai - Shenzhen, China
2. Honeysour - Seoul, Korea Selatan.
3. Syakila - Kowloon, Hong Kong
4. Ogy - New Garden Hotel, Hong Kong
5. Renim - New Garden Hotel, Hong Kong
6. Anin - Flora Hotel, Shenzhen
7. Akmafaizal - Beijing, China
8. Juniza - New Garden Hotel, Hong Kong
9. Nana - New Garden Hotel, Hong Kong
10. Inasepi - New Garden Hotel, Hong Kong
11. Taufidris - New Garden Hotel, Hong Kong
12. Miswiexiedawia - New Garden Hotel, Hong Kong, China
13. Rosilah - New Garden Hotel, Hong Kong
14. Inahasan - New Garden Hotel, Hong Kong
15. ShidaSyakirin - New Garden Hotel, Hong Kong
16. YanaNuar - Seoul,Korea Selatan
17. SyiraMarcello - New Garden Hotel, Hong Kong
18. IzaCute - Flora Hotel, Shenzhen
19. SegalanyaKuterima - Flora Hotel, Shenzhen
20. Sofiah - Flora Hotel, Shenzhen
21. Usharapa - Flora Hotel, Shenzhen
22. Sarah - Flora Hotel, Shenzhen
23. Nida - Busan, Korea Selatan
24. Aimy -Seoul, Korea Selatan
25. Kura-Kura - Hotel, Seoul, Korea Selatan.
26. Asya - Shenzhen, Fkoral Hotel
27. Zhet - New Garden Hotel, Hong Kong
28. Mamalyna - Seoul, Korea Selatan
29. Syuzana - Beijing, China
30. Ummuabdullahdanhajar - Beijing, China
31. MaryamJamilah - Seoul, Korea Selatan

Tuesday, May 4, 2010

Clue 2 : Giveaway "Di mana saya"

Clue 2 : Giveaway "Di mana saya"


Gambar sebagai hiasan: Aduh..ibu susahlah nak jawab. Sampai tertido ashiilah memikirkan jawapan...

Saya perasan mostly jawapan yang di beri terikat dengan n3 yg telah sy buat. Mula-mula saya berhajat nak buat 3 kali clue. Tapi minggu seterusnya macam takde kat rumah je. Insyaallah kalau sempat saya buat n3 untuk clue ke3, kalau tak kita tunggu je la sampai keputusannya ye. Jawapan tidak semestinya yg ada dalam n3 ni.
En.Hubby kata "Ala takyah susah-susah sangat. Sian dorang nak pk banyak-banyak. Wat simple-simple je. Ataupun bagilah choice, kan mudah. Kalau ramai teka betul nanti kita undilah."
Aku pun cam setuju jer kata hubby tu. So kat sini aku senaraikan antara tempat yang dah aku dah lawati. Semoga dapat membantu..:)

1. Hong Kong, China.
2. Shenzhen, China.
3. Guangzhou, China.
4. Tianjin, China.
5. Beijing, China.
6. Seoul, Korea.S
7. Busan, Korea.S
8. Medan, Indonesia.
9. Kota Singa, Singapore.
10. Danok, Thailand.

Agak-agaklah nak pilih tu yer.. Paiti.. Caiyok

Thursday, April 29, 2010

Award dr cikPuanSeti

Award... Thanks Seti

Hari ni aku dapat award "Beautiful Blogger" dari Seti.
Terharu gak la. So sweet..:) Ada gak orang suka blog aku yang tak seberapa ni rupanya..
I lap u lah cikPuan Seti...

Monday, April 26, 2010

Clue 1 : Giveaway "Di mana saya?"

Clue 1 : Giveaway 'Di mana saya'

Memandangkan dah seminggu berlalu, namun masih belum ada peserta yang join contest aku ni meneka dengan tepat. Hampir tu adalah. So aku akan bagi clue pertama. Manalah tau dapat membantu. Hadiahnya dah sedia menanti, taip tkleh nk interframe lagi coz kat situ ada gambar (sure leh tekalah kalau tengok). Tapi kalau takde jugak orang yang jawab dengan betul, mana tahu akan dijadikan clue juga nanti. Tunggu...



Clue 1: Anakanda baru lepas main salji berdekatan hotel. So clue bagi giveaway : tempat tersebut mestilah yang menerima musim salji. EEmm..Hong Kong ada musim salji ker yer?? Tak pasti la saya. Semoga membantu....:)

Monday, April 19, 2010

GIVEAWAY 'DI MANA SAYA?'

Giveaway 'Di mana saya?'

Tidak bersempena apa-apa, dengan ini first time aku nak menganjurkan giveaway. Giveaway ke, contest ker.. boleh jer.. Chewahh. Selalu join giveaway, kali ni aku lak anjurkan giveaway. Bukan apa, saja nak kongsi cenderahati yang aku beli semasa aku pi travel/holiday. (Itulah hadiahnya. Takdelah mahal mana pun hadiahnya. Ada ker orang nak join ni.??..) Sangat mudah. Penyertaan anda sangat dialu-alukan. Tak perlu keluar modal apa, cuma perlu sedikit masa. Lihat gambar di bawah dan Teka di mana saya?



Cth Jawapan : Medan, Indonesia.

Syarat-syaratnya...
  1. Jadi follower blog zueyie
  2. Add link blog ini dalam blog list anda
  3. Letakkan banner di ruang sidebar blog anda dan link ke entry giveaway ini.
  4. Buat Entry. Copy & paste banner seperti di atas dan pastikan buat link ke..
    http://zueyie.blogspot.com/2010/04/giveaway-di-mana-saya.html
  5. Jawab soalan. (Jawapan yang lebih detail dan tepat akan di ambil kira dalam pemilihan pemenang (jika ramai yang sama) )
  6. Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box dlm entry ni...
  7. 3 orang pemenang akan dipilih.
  8. Tarikh tutup penyertaan ialah 19 Mei 2010 (bergantung kepada keadaan. Jika ada sebarang perubahan akan diberitahu)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''