Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts
Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul 1432H

Salam Maulidur Rasul


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ini. Di sini suka saya ingin berkongsi info yang telah perolehi tidak lama dahulu. Semoga kita dapat mencotohi keperibadian Rasullullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW

    * Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
    * Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
    * Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
    * Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
    * Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
    * Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
    * Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
    * Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

   1. Khadijah Binti Khuwailid
   2. Saudah Binti Zam’ah
   3. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
   4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
   5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
   6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
   7. Zainab Binti Jahsy
   8. Maimunah Binti Harith
   9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

   1. Qasim
   2. Abdullah
   3. Ibrahim
   4. Zainab
   5. Ruqaiyah
   6. Ummi Kalthum
   7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN

   1. Thuwaibah
   2. Hamzah
   3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
   4. Halimah Al-Saidiyyah
   5. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
   6. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
   7. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
   8. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

   1. Al-Harith
   2. Muqawwam
   3. Zubair
   4. Hamzah ***
   5. Al-’Abbas ***
   6. Abu Talib
   7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
   8. Abdul Ka’bah
   9. Hijl
  10. Dhirar
  11. Umaimah
  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  13. ‘Atiqah ##
  14. Arwa ##
  15. Umaimah
  16. Barrah
  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


note:maklumat ni aku ambik dr salah satu blog blogger..dah lama dah tp tak igtlah add blog dier. Thanks 4 the information. Semoga memberi makfaat kpd pembaca yang lain juga.

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul 1431H

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalamualaikum, Selamat Menyambut Maulidur Rasul saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka Bumi Allah ini. Sempena Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita sama-sama memuhasabah diri dan memperbaiki diri kita untuk menjadi umat nabi Muhammad yang lebih baik. Di sini ingin saya kongsi serba sedikit ilmu yang saya perolehi dari pencarian di internat bersama-sama rakan blogger sekalian.

Gambar Gedung Maulidur Nabi atau Maktabah Makkah Al-Mukarramah. Gambar dari google.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Maulid Nabi merupakan sebuah "Rumah Kelahiran" kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas'a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali.

Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama "Maktabah Makkah Al-Mukarramah", terletak dekat di sebelah timur Masjidil Haram, tepatnya di 21°25'29,82" N dan 39°49'47,58" E.

Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam.

Sila klik untuk n3 Maulidur Rasul sebelum ini.

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul 1430H

Salam Maulidur Rasul


Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di seluruh alam semesta.Kelahiran baginda merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Antara orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah
s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan
hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling
gembira. Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.
Adakah Abu Lahab dijanjikan syurga? Bagaimanapun Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah seseorang yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.

Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: "Beruntunglah mereka yang melihat aku dan
beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali)."

Begitu jugalah sambutan pada masa kini, tiada guna jika kita menyambut Maulidur Rasul secara
besar-besaran sedangkan tiada pengisiannya. Apa tujuan kita menyambut Maulidur Rasul
sebenarnya? Ia bertujuan untuk memperkenalkan siapa sebenarnya Rasulullah s.a.w dan
keperibadiannya (akhlaknya serta amalannya) kepada umat Islam agar menjadi ikutan umat
Islam. Lebih-lebih lagi pada zaman kini yang mana ramai diantara umatnya tidak mengenal
siapa Rasulnya.

Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w. Sambutlah Maulidur Rasul kali ini dengan penuh dengan pengertian dan penghayatan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''