Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Doa Dhuha

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

(sumber dr google)

Kat sekolah along Amrullah belajar solat sunat dhuha. Seperti biasa Amrullah mesti suruh ibu cari kat youtube. Coz along kata teacher pasang youtube doa dhuha. Dorang tengok video doa dhuha di youtube sambil belajar agaknya. Kebetulan masa tu kat tv tengah tayang doa dhuha. Ibu pun cepat2 record. Alhamdulillah..anakanda suka ikut dan dah boleh ingat. Semoga anakanda rajin menunaikan solat dhuha di hari2 mendatang. Ilmu yang baik perlu diamal.. ye anakku. Amin..

Wednesday, October 5, 2011

Doa Nabi Yunus

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم



* Kisah Nabi Yunus banyak terdapat di Internet so Search saja di Google. Kisah Nabi Yunus ditelan ikan Nun / Paus.


* Ayat ni kalau diamalkan, insyaallah segala kesulitan dapat diselesaikan dgn mudah. Sangat digalakkan dibaca selepas solat fardu.

* Elok diamalkan oleh ibu mengandung untuk mengurangkan penderitaan bersalin. Insyaallah..Waallahuaklam..

Tuesday, October 4, 2011

Doa Nabi Ibrahim

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم


* Kisah Nabi Ibrahim banyak terdapat di Internet so Search saja di Google. Kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrut.

* Apabila kita terkena sesuatu yang panas, bacalah ayat ini (dengan yakin) dan hembuskan pada tempat tersebut. Insyaallah pedih dek panas itu akan beransur. Waallahuaklam...

Friday, December 26, 2008

Salam Awal Muharram

Awal Muharaam @ Maal Hijrah
























Dengan kefahaman yang serba dhaif memang tidak saya ketahui satu nas, sanad mahupun isytisyhad (contoh dan dalil) yang qat'ie (pasti dan jelas) bahawa membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah adalah perlakuan Baginda saw ataupun dari para sahabat dan tabi'in. Kalau ada pun cuma satu rujukan hadis yang tiada nama sanad perawinya iaitu amalan yang disunatkan pada bulan Muharam.

Tetapi apabila saya merujuk kepada riwayat Wahab bin Munabbih iaitu kisah Baginda Rasulullah saw. bersoal jawab dengan Iblis laknatullah’alaih terutamanya pada soalan 37 dan 38, lain pula kisahnya.

Wahab bin Munabbih yang wafat pada tahun 114 Hijrah adalah seorang ahli ilmuan Islam yang terkemuka. Meninggal dunia di Sanaa dan telah dianggap oleh penduduk Sanaa sebagai Hujjah Fi Al-Quran

Berikut saya sisipkan soal jawab Baginda saw. dengan Iblis laknatullah’alaih perenggan 37 dan 38.

(37) Nabi Muhammad saw. bertanya: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa akhir tahun bagaimana keadaan engkau?”

Maka jawab Iblis laknatullah’alaih: “Hamba telah bersusah-payah mengoda umat Muhammad sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa ayang sedikit sahaja, maka lemahlah hamba lalu hamba sapukan dengan tanah. Betapa celaka dan malangnya diriku dengan kerugian dan hambapun berpaling pergi

(38) Nabi Muhammad saw. bertanya: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun bagaimana keadaan engkau?”

Jawab Iblis laknatullah’alaih: “Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa yang membaca doa awal tahun ini Allah memerintahkan kepada dua malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan dituliskan kebaikan dan kebajikan di dalamnya kerana orang itu membaca doa ini

Dari riwayat di atas, maka serba sedikit dapatlah disimpulkan bahawa memang adanya bacaan doa akhir dan awal tahun Hijrah berserta fadhilat dan ganjarannya yang mampu menghapus buku amalan dosanya. Tetapi sukacita saya mengingati diri saya dan juga sahabat, bahawa ini bukan bermakna kita boleh melakukan dosa-dosa kecil dan besar kemudian dihapuskan dengan sekadar membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah.

maklumat dari bacaan menerusi http://www.tranungkite.net sebagai panduan kita bersama.


.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''