Showing posts with label AyahandaBonda. Show all posts
Showing posts with label AyahandaBonda. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Selamat Hari Bapa

♥♥♥ Especially for my dearest Hubby and Abah ♥♥♥

Semoga tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa untuk dua orang lelaki yang paling bermakna dalam hidupku.

To My Dearest Hubby..walaupun hubbyku tak berapa suka sambutan hari bapa ker.. hari ibu ker.. hari itu ker... hari ini ker..(katanya ikut budaya orang putih) Tapi aku nak juga ucap Selamat Hari Bapa ini kepada En. Mohamad Sabri Isa aka hubby ku yang tercinta. Terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang sangat hebat kepada anak-anak kita. Dengan sikap sabar dan tegasnya (kekadang ibu pun takut) anak-anak kita dapat membesar dengan baik. Sehingga menjadi kebanggaan kita apabila orang memuji mereka. Siang malam hubby berjaga demi mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Terima kasih kerana telah berusaha keras agar anak-anak kita dapat membesar dan hidup dengan sempurna dari segala segi. Terima kasih kerana membantu ibu dalam mendidik anak-anak kita ini. Terima kasih atas segalanya Sayang.. Kami Sayang Abah Sangat-sangat. I love u too much Honey :-*****


To My Lovely Abah...Hj Nordin B. Hj Ibrahim. Terima kasih kerana telah membesarkan dan mendidik saya dengan sempurna. Walaupun dahulu keluarga kita tidaklah seperti sekarang, saya tidak pernah merasa kekurangan jika berbanding dengan orang lain. Segalanya abah penuhi walaupun keadaan kita terbatas, bagaimana?? Tidak pernah aku ketahui. Yang pasti beliau pernah berkata "Abah tak nak anak-anak abah rasa susah seperti mana abah rasa susah suatu ketika dahulu". Abah berhempas pulas mencari rezeki membesarkan kami adik beradik. Kini masa abah untuk berehat, biarlah kami anak-anak pula membalas jasamu. Terima kasih abah..love u much..:-*

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Bonda Sutina Binti Abdullah


Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu especially untuk ibuku tercinta Bonda Sutina. Sesungguhnya Kasih sayang dan pengorbananmu terlalu besar buat diri ini. Sehingga kini masih tidak terbalas olehku. Maafkanlah segala salah dan silap anakmu ini. Dan halalkanlah air susu mu dan segalanya. Mmuuaaarrhhh... Selamat Hari Ibu.. Mak. (gambar ibuku bersama amrullah)

Tingginya darjat seseorang ibu itu. Abu Hurairah berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasullullah s.a.w lalu bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak aku layan dengan sebaik-baiknya?"

Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ayah mu"

Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada eorang ayah:

  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…[al-Ahqaf 46:15]

  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…

  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''