Assalamualaikum,
Lamanya tak ber'blog' rasanya..hampir setahun meninggalkan rumah maya ni.
Rindu rasanya nak berblog semula. Entah ada entah tidak rakan blogger yang dulu..huhu..
Sekarang orang ramai sibuk membincangkan pasal BR1M, GST, 1MDB..sy nk komen pun takut..
Makin dibaca, diikuti, dihayati..makin takut rasanya. Terasa berada dihujung-hujung tanduk jer..
Apa-apapun saya semoga anda semua kita semua sentiasa berada dibawah lindunganNya, berjaya dalam apa jua yang anda ceburi dunia dan akhirat..Aaminn
PEACE no WAR :-)
Note: mencari baju muslimah?jemputlah lawati
https://www.facebook.com/t4muslimah
Showing posts with label Am. Show all posts

Monday, March 16, 2015
Thursday, April 18, 2013
Alahai Astro... Beyond PVR..
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
Dah 2 minggu report baru datang staff teknikal astro. Bermakna 2 minggu juga kami tak dapat menggunakan khidmat PVR. Tapi nak wat camno, masa report tu dorang dah kata dalam masa 3 minggu org teknikal astro akan datang ke rumah.enAbah tanya juga, habis tu bayar bill PVR tapi tak leh guna. Bayar sama jugak, tak kurang. Tak boleh claim ker? Dorang kata tak boleh coz masa kita ambik astro tu dah ada dinyatakan dalam terma dan syarat dia. Klau nak saman pun takleh la kiranya. Pandai betul dorang ni buat duit buta-buta. Tapi klau streamyx kita boleh claim kan. Nak buat camno. Yang ado.. Bila butang PVR dah function, bila check semua yang kami dah record takde. Adus..abis Pit a Pat, Zakir Naik, Running Man hilang. Tup-tup decoder tu boot sendiri pulak. Staff teknikal astro tu kata masalah hard-disk, so dier tukar decoder baru. Nasib baik tak payah bayar. Kenalah kami record balik nampaknya. Tu pun klau astro ada ulang tapi selalunya seperti yang semua tahu pasti ada..hehe
Alang-alang org teknikal astro dah dtg, enAbah suruh tengok decoder astro tv anakanda pula. Selalu sangat kuar 'no signal'. Ala..warning yang selalu klau hujan tak dapat service tu. Yang pelik tv ibuAbah okje, tv anakanda kuar warning tu. Rupa-rupanya decoder rosak gak. enAbah ingat masalah cable, tu yang haritu report satu je. Staff teknikal astro kata sebab kene petir. So kene tukar decoder baru juga. Tapi dorang tak boleh buat coz report haritu satu je. Lagipun dorang bawa satu decoder je. Nanti dia akan buka report baru dan staff teknikal astro akan datang bawa decoder baru. So kene tunggu lagi untuk decoder tv anakanda. Tunggu jela.. Yang menjadi persoalan ibu, kenapa kena ambik masa lama sangat ye..banyak sangat ke masalah astro ni?? Ramai sangat ke orang buat report?? Klau banyak report, di mana salahnya sebenarnya?? ??
Monday, April 15, 2013
Floor Mat
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
2 Minggu lepas enAbah jatuh toilet.
Labels:
Am
Thursday, March 21, 2013
MAS vs AirAsia
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Baru-baru ni kawan mrAbah bagitu harga MAS sekarang dah murah. Malah lebih murah dari AirAsia. Biaq betul. Kami yang sememangnya dah lama menunggu berita begini sangatlah berbunga-bunga di hati. Sekali betul da... Kami compare hari, tempat dan masa (test dibuat beberapa kali untuk beberapa tempat, waktu, hari berlainan) yang sama antara 2 syarikat penerbangan ini, memang MAS lagi murah. Aku sebenarnya memang lebih selesa menaiki MAS berbanding AirAsia. Anak kapal MAS lebih kemas, helpfull dan friendly. Personality anak kapal MAS pun nampak lebih elegent. Takdela rambut mengerbang. Kuku panjang bagai. Terminal pun lebih selesa. Cuma disebabkan harga MAS yang lebih mahal dari AirAsia membuatkan kami memilih AirAsia untuk travel. Cuma bila budget lebih sikit baru kami akan memilih penerbangan selain AirAsia seperti MAS atau Singapore AirLines. Tapi selalunya Singapore AirLines coz dia masih lebih murah dari MAS. Kalau harga begini dikekalkan, kami akan menjadi antara pelanggan tetap MAS. Mengikut perancangan kami akan menaiki penerbangan pertengahan tahun ni. Kalau nak naik balik pun lepas-lepas tu la ye. Harap2 harga begini kekal sampai bila-bila. Paiti..
p/s: Kepada anak-anak kapal, rajin2lah senyum bila bertugas. Tiket mahal tau...Senyuman kan sedekah, bukan kene bayarpun..
Labels:
Am
Wednesday, February 1, 2012
Patung atau manusia
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
Klau tengok sekali imbas persis patung kan. Masa ni kitorang pi Sunway Piramid. Hujung tahun lepas. Saja jalan-jalan. Lalu kat kedai Samsung..biasalah survey apa-apa yang patut..hehe. (Jaga-jaga Galaxy Note!!) Kat area tu jugak ACER tengah promosi nb baru dier. Mula-mula IbuZu ingat patung..dua kali tengok macam orang pulak..telek punya telek skali dier kelip mata da. Tak lama tu ada orang ACER datang kipas 'patung' tu dr luar menerusi cermin berlubang di sisi. Sah lah manusia. Tapi memang macam patung. Body..make-up..memang macam patung la. Masa tu dah 30min 'patung' ni berdiri. Dia akan berdiri selama yang termampu..1jam atau lebih kata pembantunya. Paiti..paiti..
Labels:
Am
Wednesday, November 30, 2011
Erti Sebuah Perkahwinan
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
Lain orang lain pendapatnya apabila berbicara tentang sebuah ikatan perkahwinan. Ada orang menganggap perkahwinan adalah satu ikatan suci yang perlu dijaga sampai ke mati. Ada orang berpendapat perkahwinan itu satu titik tolak kehidupan baru, jika sesuai diteruskan, jika tidak cukup sampai di situ sahaja. Kalau dulu artis-artis sahaja kita dengar..kejap-kejap bercerai atas alasan "tak sesuai". Tapi kini ia umpama satu fenomena yang tidak asing lagi bagi kita. Tak sesuai..bercerai. Buat apa seksa diri, makan hati katanya. Ialah kita berkahwin bukan untuk disakiti, bukan untuk dikhianati. Bukan untuk dikeji, buka juga untuk menjadi mangsa keadaan. Pasti kita impikan sesuatu yang indah sahaja dalam sesebuah perkahwinan. Kita kahwin untuk dilindungi, untuk disayangi, untuk dikasihi, untuk dijagai. Dibelai manja seperti ketika bercinta. Ikatan suci itu makin goyah apabila dicampur tolak pula dengan kes janji tinggal janji. Tipu sana sini. Tak ketinggalan juga di mana antara sedar dan tidak, kita telah menggoyah instutusi perkahwian itu sendiri apabila melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Katanya...Tak berniat tapi terpaksa.(Tak niat nak buat tapi buat) Kononya untuk menjaga hati. Bila terbongkar makin parah pula jadi. Entahlah aku pun tak nak ulas lagi. Tujuh hari tujuh malam pun tak tentu abis lagi. Apabila kita berkahwin seseorang wanita itu jadilah isteri bukan perempuan, dan si jejaka pula jadilah suami bukan lelaki. Korang tak faham?? Buat-buat faham je la.. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. 2 insan yang berbeza di dalam satu ikatan. Ketahuilah, selain dari diri kita adalah orang lain. Belajarlah dan carilah kesesuaian dalam diri pasangan kita. Dengan bantuan dan izin Allah, insyaallah.. Pada aku, perkahwinan itu satu ikatan yang murni yang perlu dijaga sampai mati..Insyaallah. Pahit manis asam garam dalam rumahtangga sebenarnya mendidik kita menjadi insan yang lebih kuat dan tabah. Walaupun kadang kala kita rasa tidak tertanggung. Ia membawa kita lebih dekat dengan Allah. Pengalaman-pengalaman itulah yang mengajar kita erti kehidupan.
Ya Allah, Kau panjangkanlah jodohku dan suamiKu Mohamad Sabri. Kau permudahkanlah perjalanan rumahtangga kami. Eratkanlah ikatan perkahwinan kami. Sesungguhnya Kau Maha berkuasa di atas segalanya.
p/s: Sayang..tqvm 4 everything. Susah senang bersama selamanya...love u.
Labels:
Am
Thursday, November 10, 2011
McD..boleh ke tidak??
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa hari yang lalu aku termimpi sesuatu yang ada kaitan dengan mcD. Itu membuatkan aku rasa ingin boikot mcD. Apa yang aku mimpi tak perlu la aku ceritakan di sini..cuma aku nak tahu jika ada sesiapa yang sudi meninggalkan pesan..boleh atau tidak membeli makanan di mcD. Aku selalu je beli bubur mcD ngan menan untuk anak2..tapi sekarang aku dah stop dulu. Tp macam masih keliru boleh atau tidak ye..ada sesiapa sudi bantu???
Labels:
Am
Thursday, August 18, 2011
Biskut Chipsmore dari missHannan
Assalamualaikum..salam ramadhan
Sebenarnya entry ni lama dah nak publish..tapi tak publish-publish coz asyik tertangguh je nak snap gambar biskut. Dari 2 balang sampai dah nak abis dah biskut..hehe. Tujela yang tinggal (refere gambar) . Sedap biskut ni..aku beli dengan missHannan. Rangup..anakanda2 aku suka banget. Masa baru ambik tu, sebalang abis. Nasib baik beli 2 balang. Sesuai dimakan bila-bila masa..tak yah tunggu raya. Kalau korang nak order leh la ke blog missHannan. Ni dah tolong promote, klau aku order lagi ada discount ker Nan?? hehe..

Monday, April 4, 2011
Selamatkah Bagasi Kita
Selamatkah Airport Kita??
Semalam tengah compile gambar-gambar pi Bali. Sronok sangat bila tengok gambar-gambar itu semula. Ceritanya akan aku 'post' dalam blog wordpress aku. Dalam seronok mengingati semula pengalaman bercuti di Safari Bali, ternampaklah gambar ni.......
Inilah nasib beg kami..Dah la ni favorite beg bila travel jauh. Dah selamat dibuang dek kerana sakit hati bila nehgoknyer..
Ye..beg family ku telah dipecahkan. Sesuatu yang sangat tidak disangka. Sampai di Airport Bali aku agak terkejut bila melihat lock beg kami telah dipecahkan. Nampak gaya macam kene ketuk dengan tukul. Berderau darah aku. Hubby dah berang. Taula penerbangan tambang murah..tapi mana boleh buat macam ni. Ambil mudah bagasi pelanggan. Staff penerbangan di Bali kata kejadian tu mungkin berlaku di LCCT. Coz kalau dari sini (Bali), dari flight bagasi terus di ambil dari pesawat dan terus dihantar ke tempat agihan beg. Tapi di LCCT kan kitorang check-in 2 jam awal. Bila difikir-fikirkan semula ada logiknya. Yela..masa kat LCCT sementara tunggu masa nak masuk tu, kami makan dulu. Terkeluar dari mulut hubby..'Makin ramai pekerja asing kat airport kita. Sepatutnya airport dijaga oleh rakyat tempatan baru selamat. Negara lain kebanyakkan pekerja adalah rakyat tempatan. Ia bagi menjamin keselamatan sesebuah airport itu'. Yela..hubby kan pernah kerja dalam bidang ni (di dalam dan di negara org). Dia agak tahu hal-hal airport ni. Masa aku pi toilet, aku terdengarlah ada sorang Nyonya Cina tu tanya kat cleaner toilet tu..'U dari mana??' Dia cam tak brape faham..Diulang lagi 'from??' Dia pun jawab 'India'. OO..patutlah tak tau cakap melayu. Muka Nepal lagi la bersepah.. Tup..tup..terjadi lak kejadian macam ni. Lagilah frus kitorang. Ni bukan first time kitorang travel. Bila buat report kat kaunter ***A*** dia bayar ganti rugi Rp100000 jer...+-rm35. Staff kat sana kata ni kes ke2 dari penerbangan yang sama. Ish..ish..tak sepatutnya berlaku. Nasib baik takde barang yang hilang. Hubby masa ni dah takde mood nak bergambar bagai. Semua pun macam dah down. Nasib baik Safari Bali tu best..terubat sikit sakit hati ni. So berhati-hatilah korang erk.. Malang tidak berbau.
Labels:
Am
Wednesday, February 23, 2011
Nak Tolong atau Nak Komisen
Perangai Manusia
Alkisah...aku adalah mintak tolong sorang hamba Allah ni. Kalau ada nampak rumah nak bagi sewa bagitau la coz kitorang nak cari rumah sewa yang murah sikit utk staff. Rumah sekarang sewa mahal giler..ngalahkan bayar loan umah sendiri. Tup..tup dier pun call la bagitau ada umah sekian sekian ..rege sekian sekian..bla.bla..bla..
So kitorang pun pi la jumpa ngan owner rumah tu nak discuss kot2 leh kurang sikit lagi. Yela..sekarang fulus pun tak brape nak stabil. Borak punya borak..bincang punya bincang dapatlah kurang seratus. Owner tu kata 'bkn saya tak nak bagi harga yg encik mintak tp org tgh yakni hamba Allah ni la awal2 dah mntak komisen 1 month sewa dr sy so harap encik pun faham'. Uish...kejut beruk gak masa dengar tu. Komisen masa beli umah dulu pun baru brother tu mintak rm500. Tu pun dia urus semua. Ni tolong dapatkan umah sewa komisen smpai rm1k++. Aku mula was2 dgn keikhlasan hamba Allah ni. Tapi tulah reality kehidupan. Kerana wang..semua boleh jadi. Agaknya inilah yang dikatakan mengambil kesempatan atas kesempitan. Apa-apapun thanks 4 everything.
Labels:
Am
Monday, June 7, 2010
Hadiah OTW..Tungguuu...
Hadian Pemenang "Di mana Saya"

First of all, aku nak mintak maaf kepada pemenang-pemenang contest "Di mana Saya" di atas kelewatan penghantaran hadiah anda-anda semua. Insyaallah esok atau lusa sampailah kepada empunya diri. Harap-harap sudilah menerima hadiah yang tak seberapa ini. Jauh tu aku beli, siap kene naik kapal terbang baru leh sampai malaysia.. Kira hadiah semua tu form oversea tau huhu..:D. Pagi nanti aku akan mintak en.hubby tolong poskan. Insyaallah esok sampailah. Kan kat situ dia tulis "Dijamin Sampai Esok". Kalau tak sampai esok tu memang nak kene bebelan x:yz!od? aku la tu. Kalau nak tahu apa hadiahnya, lehlah layan blog penerima hadiah ni nanti. (Akmarwati , Syuzana, Rohaini) Kot-kotlah dorang nak wat entry tentang apa yang dorang dapat. Tapi kalau dorang tak wat n3 tu, nak buat camno. Sabar menunggu ye..:)

Friday, June 4, 2010
Zionist bersorak dalam kejadian Flotilla
Zionais bersorak.. Bangkitlah wahai umat Islam..
Apa yang kita boleh lakukan?? Sedangkan suara besar PBB pun mereka tidak endahkan, inikan pula suara kecil kita. Seperti lawak jenaka bagi mereka. Hanya satu yang boleh aku bantu. (Walaupun tidak sebesar mana) Dengan doa yang tulus kepada mu Ya Allah.
"Ya Allah.. Kau Lindungilah Umat Islam di muka bumi Mu ini. Sesungguhnya Kau maha Berkuasa di atas Segalanya, Tuhan Sekian Alam..."

Tuesday, March 30, 2010
Pecah Rumah lagi...
Siapa yang perlu dipertanggung jawabkan???

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga balik Kelang. Yelah..sejak kejadian pecah umah baru-baru ni, nenekAtuk di kampung tidur pun tak lena. Semoga dengan kedatangan kami dapatlah meredakan sedikit rasa tidak keruan atukNenek. Terhibur sikit hati atukNenek bila bermain deangan cucunda Arullah dan Ashiilah..hopefully..:)
Nak dijadikan cerita, malam tu, hubby tido lambat. Biasalah buat kerja.. Tiba-tiba dia terdengar ada bunyi orang berjalan di kaki lima. Hubby ku kejut atuk, nak minta kayu. Memang sejak kejadian haritu atuk dah standby kayu. AtukNenek rasa tak sedap hati. Nenek pun telefonlah jiran sebelah. Rupa-rupanya baru sekejap tadi ada kes di kejiranan sini. Dorang baru nak bagitau nenekAtuk. Rumah-rumah lain pun dorang call supaya berjaga-jaga. Almaklumler pihak berkuasa yang 'bijaksana sini' kat situ kan suruh jaga rumah sendiri. Tapi kali ni pencuri tak sempat masuk coz ada orang sedar. Ish.ish..mengeluh aku dan hubby. Ni kes yang ke4 di kejiranan atukNenek. Start akhir tahun lepas sekali. Pastu, bulan2-3 ni 3 kes. Takkan nak tunggu sampai ada kes meragut nyawa kot. Mentang-mentanglah kami orang kampung. Dah tua-tua.
Ada orang nampak pencuri tu macam warga asing. Memang tak dinafikan di sana banyak warga asing. Almaklumler dekat kawasan kilang. Pastu banyak lak pembangunan sekarang. Yang dorang ni pun cari ler keje lain. Datang dari jauh, profesion mencuri juga jadi pilihan. Jadilah pencuri kat kampung sendiri. Kebanyakkan orang muda kampung ni bekerja di bandar. Sedih bila mengenangkan nasib orang kampung tu sebagai 'rakyat yang didahulukan' dilayan begini.
Patutlah hubby respect tul dengan rakyat korea. Pegangan dorang 'Satu nyawa amat berharga kepada Negara. Tanpa orang tua, tiadalah kita sekarang'. Tu sebab dorang ni hormat dan respect kat orang tua. Ni aku puji2 negara lain kang ada pulak orang suruh aku tukar warganegara lak..heheha.. Korang fikirla sendiri..

Thursday, December 10, 2009
Busy & Banjir
Busy...
Lama benar dah tak update blog ni...
Mesti boring jer kengkawan yang layan blog aku nie...(ada ker agaknyer yg layan blog aku nie..hehe)
Busy... dengan kerja-kerja akhir tahun
Busy... dengan operasi kemas rumah..(tak lama lagi kitorg akan balik semula ke kt)
Busy... dengan anakanda-anakanda
Busy... dengan jemputan-jemputan di hujung minggu.(ada gak jemputan hari biasa)
Busy... dengan tuntutan cuti hujung tahun..heheh..(tunggu entry akan dtg..tp ntah bila ntah)
Busy... dengan perkara-perkara yang kecil-kecil tapi tertangguh-tangguh
Banjir...
Balik Terengganu hari tu hujan lebat. Banjir sudah semestinya. OTW balik Besut dari Kuala Terengganu, air sungai melimpah. Nasib baik kereta kami agak tinggi, so bolehlah redah. Anakanda Amrullah suka tengok air banyak-banyak ghitu, dia kata air 'Teh O'.. Bolehlah.. Ashiilah lak takut tengok air mancut-mancut sampai ke tingkap. Layan jer la video tue..Video kami meredah banjir..

Thursday, November 19, 2009
Alahai...Student Sc.Comp..
Nak dijadikan cerita...

Pagi tadi hubby ku ada sessi interview orang...
antara jawapan2 yang "Lu Pikir la Sendiri" (tak diingini dari seorang pelajar sc.comp) dalam menjawab soalan interview..
kes 1:
soalan: bahasa pengaturcaraan apakah yang anda biasa gunakan..?
jawapan: bahasa inggeris...(dengan confident nyer)
(sakit perut dah nak tahan gelak.. hubbyku dah tak leh nak soal.. tahan gelak..nasib baik kawan dier leh control..meneruskan sessi interview)
kes 2:
soalan: biasa buat programming?
jawapan: programming saya tak biasa buat..pengaturcaraan saya biasalah..
(ish..ish..tak sama ker programming ngan pengaturcaraan..sakit..sakit..)
kes 3:
soalan: biasa dgn java?
jawapan: biasa, dulu masa saya biasa buat programming C++, saya compile dengan java, guna java jre..
(ni satu lagi jawapan pecah perut...control...control...:)) )
kwn hubby: wei.. payah jugak nak ambik orang yang 'tahu' programming rupa-rupanyanya.
hubby ngan kawan dier dah selok gelak lepas interview... ish.. ish.. bagi malu budak sc.comp tul la dorang nie...
siapa yang malu??..lu pikirla sendiri...wawaakahakaha...:))
p/s: kepada mereka-mereka yang nak pi interview, pastikan ilmu cukup di dada, jangan jadikan diri anda bahan gelak .
tak pernah terlintas/terbayang pun student sc.comp pi interview, ada gak orang yang lawab lagu tue. Soalan asas lak tue.. sakit jiwa.. sakit jiwa..
korang rasa mana yang paling "best" sekali. Aku pilih kes 1. Aku yang dengar pun dah gelak guling-guling..apa ntah lagi orang yang ada kat situ...sekali lagi.."Korang pikirla sendiri"...

Saturday, October 24, 2009
Streamyx oh.. Streamyx
TMNet Oh.. TMNet
Adus..tak abis lagi masalah line internet kat tempat kita ni. Lepas satu, satu.. Dahlah support pun cam 'yang ado jer'.. Kata peneraju teknologi. Acu cuba try test banding teknologi internet kita ngan negara Korea? Janganlah wat perbandingan ngan negara eehhmmxx. Ambiklah contoh terbaik kalau kita nak jadi di antara yang terbaik. Geram gak esei di buatnyer. Ni nak story skit, bukan nak menjatuhkan mana-mana pihak, sekadar pengajaran dan pembelajaran kepada 'mereka' yang nak belajar . Baru ni line internet rumah kong. Paling tensen skali hubby ku la. Dia mana leh wat kerja klau takde internet. So dia pi la buat aduan kat telekom pasal streamyx kat rumah takleh access internet. Hubby dah kata port telekom rosak rasanya coz line telefon ada. So dorang kata paling lewat 2 hari, coz nak kene siasat dulu baru ambil tindakan. Okla, 2 hari hubby ku terima. Hari ketiga masih tiada khabar berita. Hubby dah berbulu. Selalu sangat wat 'janji-janji manismu' dorang ni. Langkah seterusnya perlu diambil. Hubby pun watlah aduan kat BPA (Biro Pengaduan Awam). Test skali berfungsi ker tak BPA ni. Takut indah khabar dari rupa. Pagi buat laporan ke BPA, petang tu call slalu orang TMNet. Rupanya pihak BPA dah menyusul masalah ni kat dorang. Kira BPA bukan sekadar indah khabar jerla. Pihak TMnet yang call pun cakap 'lembut mak oii'. Klau dari hari tu camni kan bagus. Baru la orang respect. Esoknyer pepagi wakil tmnet dah datang rumah, check. Hubbyku dah cakap port dorang rosak tak caya nak gak check. Lantak korangla, janji masalah ni diatasi dengan segera. Lepas check pakcik tu pun bgtau, port kitorang ni masalah. (kan esei dah khoba tak cayo, inget esei ni buta teknologi sangat ko). Tak lama pastu, dorang call lagi, suruh check. Alhamdulillah, dah ok. Anyway thanks 2 pakcik streamyx. So pasni klau ada apa-apa masalah aku akan terus ke BPA, baru dorang ni nak bertindak, klau tak ambil lewa jer. Camno la nak maju. Bukan nyer kite guna free. Bayar tau, full payment lak tu. Bukan ada discount pun. Korang pklah sendiri..

Wednesday, September 9, 2009
Mufors 090909
Adakah sekadar ikrar?? Lu Pikirla sendiri..
Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) yang menyedari betapa seriusnya keadaan itu mengadakan kempen Malaysians Unite for Road Safety (Mufors) 090909. Ia dianjurkan bagi membolehkan kita semua berfikir sejenak serta berikrar untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkan jumlah nahas serta kematian di jalan raya.
Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times menyokong usaha Plus itu dengan menghimpunkan selebriti pelbagai bangsa untuk sama-sama berikrar membendung kemalangan jalan raya. Bukan diri sendiri saja yang berusaha untuk mencegah kecelakaan itu, malah mereka turut menggesa orang ramai untuk turut sama menyatakan ikrar mereka di laman sesawang www.090909.org.my, bagi menyatakan sokongan terhadap usaha murni terbabit.
Kempen berkenaan jatuh pada 9 September 2009 bersempena dengan Mufors 090909. Semua rakyat Malaysia digesa untuk menyatakan ikrar mereka dalam mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa pada hari terbabit, antara jam 9 pagi hingga 9 malam. Matlamat kempen selama 12 jam itu mungkin berjaya merubah suasana perayaan tahun ini kepada yang lebih baik.
Petikan di ambil dari sini. Adakah ia berkaitan dengan 1 Malaysia?? Entah..Pedulikah aku?
Bagi aku?? 090909..tiada yang istimewa. Sama seperti hari-hari yang lain. Aku masih lagi seorang hamba Allah, insan yang bergelar isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Surirumah yang tidak pernah lekang dengan kerja rumah, seorang ibu yang tidak pernah kenal erti perit...harap-harapnya sampai bila-bila..:) Walaupun tidurku tak pernah lena seperti orang lain. Seorang isteri yang cuba dan sentiasa mencuba menjadi yang terbaik untuk suamiku. Dan aku masih setia dengan rutin seharianku...Ada orang lain peduli?? (kecualilah my lovely hubby dan anakanda2 kesayangan ku yang selalu berdiri di belakang ku)..
Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) yang menyedari betapa seriusnya keadaan itu mengadakan kempen Malaysians Unite for Road Safety (Mufors) 090909. Ia dianjurkan bagi membolehkan kita semua berfikir sejenak serta berikrar untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkan jumlah nahas serta kematian di jalan raya.Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times menyokong usaha Plus itu dengan menghimpunkan selebriti pelbagai bangsa untuk sama-sama berikrar membendung kemalangan jalan raya. Bukan diri sendiri saja yang berusaha untuk mencegah kecelakaan itu, malah mereka turut menggesa orang ramai untuk turut sama menyatakan ikrar mereka di laman sesawang www.090909.org.my, bagi menyatakan sokongan terhadap usaha murni terbabit.
Kempen berkenaan jatuh pada 9 September 2009 bersempena dengan Mufors 090909. Semua rakyat Malaysia digesa untuk menyatakan ikrar mereka dalam mengurangkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa pada hari terbabit, antara jam 9 pagi hingga 9 malam. Matlamat kempen selama 12 jam itu mungkin berjaya merubah suasana perayaan tahun ini kepada yang lebih baik.
Petikan di ambil dari sini. Adakah ia berkaitan dengan 1 Malaysia?? Entah..Pedulikah aku?
Bagi aku?? 090909..tiada yang istimewa. Sama seperti hari-hari yang lain. Aku masih lagi seorang hamba Allah, insan yang bergelar isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata. Surirumah yang tidak pernah lekang dengan kerja rumah, seorang ibu yang tidak pernah kenal erti perit...harap-harapnya sampai bila-bila..:) Walaupun tidurku tak pernah lena seperti orang lain. Seorang isteri yang cuba dan sentiasa mencuba menjadi yang terbaik untuk suamiku. Dan aku masih setia dengan rutin seharianku...Ada orang lain peduli?? (kecualilah my lovely hubby dan anakanda2 kesayangan ku yang selalu berdiri di belakang ku)..
Labels:
Am
Friday, August 28, 2009
Siapa punya angkara
KUASA "kuasa"....
Sekadar cetusan untuk dikongsi...
ASW..oh ASW
Baru-baru ni dihebohkan tentang imbuhan yang bakal diterima oleh pelabur ASW. Mendengar pengumuman itu, ramai pelabur tersenyum lebar sampai ke telinga. Namun sedarkah anda PNB mengumumkan kadar pulangan ASW 2020 sebanyak 6.3 sen shj. Apa yang di hebah-hebahkan Pelabur untung! Tujuannya? Untuk menarik lagi pelabur menyertai ASW. Walaupun ramai yang tersenyum gembira (terutamanya kaum bukan bumiputera), pendapatan seunit jatuh 10% daripada tahun sebelumnya (7 sen). Yang peliknya, pulangan seunit ASW 2020 ini menyusut ketika kadar keuntungan ASW secara keseluruhan meningkat 12.6%! (Daripada RM498 Juta tahun lepas kepada RM592 Juta tahun ini). Adakah ada maklumat yang tidak dikongsikan bersama pelabur? Kenapa? Mari kita bersama berkongsi kupasan Mommy Lyna.
Ustaz Ismail Kamus
Sejak kebelakangan ini tersebar berita Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia. Tersebar msg ke sana sini. Hubbyku turut terima mesej itu. Akupun cuba mencari kebenaran. Namun rupanya ia hanya khabar angin yang tidak benar atau dengan kata lain fitnah. Maklumat lanjut dikongsi di sini. Kenapa perlu disebarkan fitnah?? Adakah kerana 'kuasa'. Angkara siapa dan apa sebabnya. Tidak takut hukum Allah ke mereka ini? Hanya mereka yang berbuat begitu ada jawapannya...
H1N1 oh H1N1
Benarkah ada yang mengatakan H1N1 adalah senjata biologi yang sengaja diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu. Penyebaran virus ini sekadar 'test' sejauh mana keberkesanannya. Walaupun mereka tahu pasti banyak nyawa yan terkorban. Tapi pedulikah mereka? Benar atau sekadar khabar angin? Angkara siapa? Apakah tujuan disebalik kewujudan virus ini? Pasti kita tahu jawapannya jika kita benar-benar mendalaminya. Wahai insan cerdik pandai, fikirkanlah...
Kuasa oh Kuasa
Jika kita lihat secara amnya, semua ini ada kaitan dengan kuasa. Anda setuju? Manusia boleh menjadi giler juga disebabkan kuasa. Kini sesiapa yang berkuasa mampu membuat apa sahaja. Kini masing-masing hendak menunjukkan power. Tidak kira orang atasan, pertengahan atau pun bawahan. Bos mahupun pekerja. Semua sama sahaja. Asal mereka mempunyai kuasa, walaupun sedikit, terhadap hal-hal tertentu, akan digunakan semaksima yang mungkin. Adakah ia sebagai "hanya sekadar menggunakan kuasa yang dia ada" atau "inilah kesempatannya, bila lagi..".
Waallahuaklam.....
Sesungguhnya Allah yang Esa lagi maha Berkuasa..
Sekadar cetusan untuk dikongsi...ASW..oh ASW

Thursday, August 13, 2009
Akhirnya....
Assalamualaikum.
Akhirnya rumah mayaku di singgah juga oleh Tuan Rumahnya yang "busy" ni. Heheh..
Lepas ni insyaallah akan aku update rumah ku ni dengan kisah-cerita yang telah banyak terlepas.
Kepada kengkawan yang masih sudi datang ke rumah ku ini walaupun tiada yang baru, jutaan terima kasih ku ucapkan. Tunggu ya......... :D

Tuesday, March 3, 2009
Nak Tolong atau ......
PTPTN-Dimanakah keikhlasan
Baru-baru ni aku berniat nak habiskan baki pinjaman PTPTN. Yela, sakit mata dan serabut
perut bila melihat 'kadar bunga' yang dikenakan. So berbekalkan wang yang ada (slps korek
sana korek sini), aku ke PTPTN untuk melangsaikan baki hutang. So bermulalah cerita
kebenaran, di mana aku rasa tertipu dengan politik dorang yang berputar belit alam. Seperti yang semua orang tahu, pada awalnya dikenakan 4%,kemudian 3% dan lepas tue dikatakan turun 1%. Tapi sampai sekarang pun aku masih tk dapat lagi kadar pengurangan 1% yang diheboh-hebohkan tu. Di pejabat pembayaran PTPTN, aku pun bertanyalah hamba allah kat kaunter tue, kadar 'bunga' yang dikenakan tue setahun ker setiap bulan, dia kata 4% setahun, aku kata tipula korang charge setiap bulan. Aku ada bukti, statement di internet dia charge 4% setiap bulan (aku kene byr rm60++ pada thn pertama, itu baru bunganya), aku ada print. So, that means setahun 4X12=48% perbaki. Gila apa?? Sapa nak jawab.. bila aku soal-soa,l dia sendiri pun tak terjawab. Senyap. Last-last dia suruh pi tanya akauntan kat pejabat utama PTPTN. Senang betul nak lepas tangan. Dia ingat dekat nak pi sana. Dah la parking susah, mahal lak tue.
Apa yang sedang berlaku??? Geramku membuak-buak lagi apabila aku ingin membuat pembayaran baki sebanyak rm16,XXX.XX (seperti yang tertera di statementku), alih-alih jadi rm17,XXX.XX. Naik sebanyak rm8XX.XX. Ni apa hal lak nie. Insan kat kaunter tue kata ada salah pengiraan sebelum nie. Patutnya lagila kurang coz kata nk turun jadi 1% nie lagi naik. Banyak lak tue. Bila suruh dia kira depan-depan, tak boleh pulak. Alasan dia aku kene pi pejabat utama PTPTN. Aku memang tak halalkan kiranya ada duitku yang dorang ambik melebihi yang sepatutnya. Dah la ambik 'bunga' monthly, kata yearly. Kalau dorang rasa apa yang dorang buat halal, biarla. Biar Tuhan saja yang membalas kekejaman dorang.
Kepada mereka-mereka di luar sana, beringat dan fikir-fikirkanlah apa yang sedang berlaku
sebenarnya. Kita sibuk nak tolong insan-insan yang ditindas di negara lain, tapi kita
sendiri ditindas senyap-senyap...
(luahan rasa peminjam PTPTN)
Baru-baru ni aku berniat nak habiskan baki pinjaman PTPTN. Yela, sakit mata dan serabutperut bila melihat 'kadar bunga' yang dikenakan. So berbekalkan wang yang ada (slps korek

Subscribe to:
Posts (Atom)