Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, April 10, 2009

Keria keledek

Keria versi zueyie

Semalam first time aku buat kuih keria sendiri. Dah lama tak masak untuk hubby sejak berpantang. Tiba-tiba teringat hubby suka kuih keria. Amrullah pun suka. Petang tu Amrullah tidur, Ashiilah nenek jaga, so aku bertekad nak buat kuih keria petang tu. Kuih yang senang, ringkas tetapi sedap di makan. Entah sedap ke tidak aku buat, tapi hubby makan sampai habis. Kenyang sampai tak makan nasi malam tadi. Seronok sangat rasa bila buat kuih ada orang makan. Ni yang semangat nak buat lagi ni. Entah kuih apa pulak lepas ni, entah bila ntah nak buat. Takut 'berkuih' anak-anak jer.. hehehe..:D











1 kilo keledek (kat sini harganya rm2.60, disyorkan keledek merah)
1 1/2 cawan tepung gandum.
Sedikit Garam


Sira

4 sudu sup Gula Pasir
Sedikit air


Keledek dibuang kulitnya, kemudian dibasuh dan direbus sehingga empuk. Letakkan sedikit garam semasa merebus keledek.
Setelah empuk, lenyek atau tumbuk keledek sehingga hancur.
Masukkan tepung, gaulkan sehingga rata.
Kemudia bentukkan keledek yang telah digaul tadi bulat seperti cincin. (Saiz ikut suka.)
Goreng keledek berbentuk cincin tadi sehingga kekuningan. (Dah boleh dipanggil keria)
Sejukkan seketika sebelum menyira keria.
Goreng gula bersama sedikit air sehingga menggelagak.
Masukkan keria yang telah digoreng tadi.
Gaul keria bersama gula cair tadi sehingga gula tersebut berbentuk keping-keping berwarna putih.
Siap, bolehlah cuba kalau berani.. hehehe.. :D

Tuesday, September 9, 2008

Resepi : Kari kepala ikan versi zueyie

Kari kepala ikan merah
Semalam buka puasa aku masak kari kepala ikan merah ngan sayur bendi goreng. Selalunya pun kami berbuka tak banyak lak. Memadai dengan satu lauk, satu sayur,kurma dan kuih. Ni first time nak entry resepi kat sini. Ni pun sebab ada request dari member yang nak try wat kari kepala ikan. Nak try leh jer, klau tk sedap kira halal la ye mcT. Resepi ni aku dapat dari mak dan dan di tukar sikit2. Simple jer. Klau berani cubala... yumyum..:D
Bahan-Bahan:
1. 3 biji Buah pelaga
2. 5 biji bunga cengkih
3. Sedikit kayu manis
4. Sedikit daun kari jika ada
5. 1 biji Bawang besar kuning dipotong kasar
6. 3 biji Bawang putih di potong sederhana
7. Sebesar ibu jari Halia dimayang halus
8. Rempah kari 2 jenis
9. Air asam jawa dibancuh cair
10. Asam jawa 2 keping (klau asam jawa besar sekeping cukup)
11. Kepala ikan merah dibasuh dengan air asam
12. Santan
13. Kentang /Tomato /Bendi / Cili Merah (Dipotong ikut suka tukang masak) : keperluan optional
14. Garam kasar
15. Gula kabung sebesar ibu jari

Cara-cara :
Panaskan minyak (banyak sikit), tumis bahan 1-3. Masukkan bahan 5-7, tumis sampai layu. Masukkan daun kari, goreng sekejap.
Masukkan rempah kari, separuh setiap satu jenis kari. Tumis hingga keluar minyak.
Masukkan air asam + garam kasar + gula kabung, biarkan sampai mendidih.
Masukkan santan + air (agak-agak tenggelam kepala ikan nanti). Biarkan seketika.
Masukkan kepala ikan merah + asam keping, biarkan seketika. Masukkan bahan 13 kecuali tomato.
Biarkan sampai kuah kari meresap dalam ikan.
Masukkan tomato, biarkan seketika. Tutup api. Klau nak tomato lembik, biar lama sikit.
Dah boleh makan. Selamat mencuba kepada yag berani..heheh...:D


.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''