Showing posts with label Kelahiran n Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kelahiran n Kematian. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Allah Lebih Mengetahui

Al-Fatihah untuk adinda Su..

Hari ini bermakna telah 20 hari adinda Suriati meninggalkan kami. Tanggal 13 Mei 2010, jam 5:30 petang bersamaan hari Khamis, kami mendapat panggilan telefon yang mengatakan adik iparku (adik Hubby) Su telah kembali ke Rahmatullah. Ketika itu kami berada di LPT (otw ke HUSM Kubang Kerian) kerana telah dimaklumkan tenagh hari tadi keadaan Su yang nazak. Di sini ingin aku berkongsi sedikit cerita benar tentang BENARNYA kekuasaan Allah. Pemergian yang telah dijangka sedikit sebanyak telah merentap hati kecil kami sekeluarga. Tapi mungkin itu yang terbaik baginya. Dari hidup terseksa di dunia, hanya Tuhan yang tahu penderitaannya. Mungkin disebabkan itu jenazah allahyarhamah cukup tenang dan mudah diuruskan. Jasadnya tidak keras kaku, sebaliknya lembut seperti jasad hidup. Mudah diurus dan dikiyamkan. Selepas dimandikan jenazah menjadi cukup bersih. Aku yang sememangnya penakut ini (kat tv,majalah atau gambar pun aku takkan tengok) juga jadi tidak takut untuk melihat jenazah allahyarhamah. Malah ingin ku lihatnya berkali-kali. Wajahnya juga cukup tenang. Segala urusan pengebumian berjalan lancar. Alhamdulillah. Hatiku terdetik, "Ya Allah, bertuah sungguh Su. Adakah aku akan terpilih seperti Su? Ya Allah, kau matikanlah aku di dalam iman." Air mataku bergenang, sedih atas pemergian atau takut akan kekuasaan Allah?? Sudah sediakan aku?? Ajal maut akan tiba bila-bila masa tanpa mengira usia.

Apakah sebenarnya penderitaan allahyarhamah ketika hidupnya selain penyakit jantung yang ditanggungnya? Hanya Allah yang lebih mengetahui. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa melainkannya. Bagaimana pula dengan kita? Mudahkah kita nanti? Atau sebaliknya? Nauzubillah..

Semoga Allah menempatkan roh adinda Su dikalangan hamba-hambanya yang beriman.

Wednesday, June 10, 2009

Al-Fatiha...

Pergimu Takkan Kembali

Tanggal 3 Jun 2009, Bersamaan dengan hari Rabu, jam 21.00 ++ di Hospital Ampang, nenek ku Hj. Aton bt. Hj. Rais telah selamat kembali ke Rahmatullah. Pemergian yang tak di sangka itu telah menyentap seluruh ahli keluarga. Tangisan bonda tak terkata tatkala mendapat berita pemergian bondanya yang tersayang. Aku sekeluarga yang baru pulang dari percutian di Pulau Redang bersyukur kerana kami telah berada di Senawang ketika itu. Malam itu, hubby terus ke Kundang, rumah nenek untuk menyedekahkan bacaan Yasin. Aku hanya melawat pagi keesokkannya memandangan kami mempunyai anak yang masih kecil. Keadaan tidak sesuai, pasti ramai sanak saudara berkumpul di Kundang malam itu. Allahyarhamah sememangnya rapat dengan kami adik beradik. Setiap kali pagi raya, pasti kami akan berkumpul di rumah di mana nenek berada. Kali terakhir aku menatapi nenek sebelum pulang ke Terengganu. Kini hanya kenangan yang tinggal antara kami dan nenek kerana kita berada di alam yang lain. Akan ku simpan elok-elok cincin pemberian nenek sebagai hadiah perkahwinanku. Hari ini genap 7 hari pemergian nenek ku tercinta. Entah mengapa semalam aku teringat-ingatkan nenek. Rindu mungkin..?? Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas rohnya.
Al-fatiha....


Monday, February 23, 2009

Alhamdulilla..Anakku Selamat Dilahirkan

Selamat Ke Alam Dunia Anakku

Alhamdulilla, pada 17 Feb 2009 bersamaan dengan 21 Safar 1430, jam 15:44 aku selamat melahirkan seorang puteri seberat 2.45kg di Colombia Asia Medical Center,Seremban, N9. Semoga anakanda diberi kekuatan menempuh dugaan di dunia ini nanti.

Monday, December 15, 2008

Tahniah... Kak Ummuwafi

Tahniah Kak Ummuwafi dengan kehadiran anak ketiga.



Tahniah untuk kak Ummuwafi di atas kelahiran puteri keduanya yang tak mau kuar-kuar tue. Alhamdulilla semuanya selamat. Fichita selamat dilahirkan secara normal pada 10 november, 4.27 a.m. Berat 3.61kg, 51 cm panjang (maklumat n gambar dr uamh kak ummuwafi,jgn mare..:D). Semakin berkembangla ahli keluarga akak, mesti bertambah meriah kan. Seronok bila tengok kenalan-kenalan yang dah selamat melahirkan baby yang comel-comel lak tue. Baby dalam perut ni pun macam tak sabarjer nak kuar.. heheh.. :D. Kami sekeluarga mendoakan semoga akak n baby sihat. Masih dalam pantang lagi kan. Mmuuarrhh untuk baby..

.

Monday, December 1, 2008

Adab Menyambut Kelahiran

Adab Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam

Disebabkan sekarang ni ramai benar kawan-kawanku yang mendapat cahaya mata, di sini aku ingin berkongsi maklumat yang kuperolehi hasil carian ku di internet. Semoga dapat menjadi panduan untuk ku dan teman-teman.

Terdapat adab-adab dalam Islam bagi ibu-bapa yang menyambut kelahiran cahayamata. Selain daripada menunaikan kewajipan sebagai ibu bapa Muslim, ia juga sebagai satu cara menunjukkan kesyukuran di atas anugerah Allah.

Ucapan Tahniah

Ucapan tahniah wajar diberikan kepada mereka yang mendapat cahayamata kerana ia boleh menimbulkan perasaan kasih sesama muslim.

Digalakkan juga mendoakan buat anak tersebut sebagaimana yang dianjurkan oleh seorang ulama’ iaitu Hasan al-Basri : Moga diberkati anak itu, dan kau pula mensyukuri Tuhan Pemberi, dan kau akan dikurniakan ketaatannya apabila dia besar nanti.”

Doa lain ialah : Aku memohon keselamatan untukmu dengan berkat kalimat Allah yang sempurna, daripada segala syaitan yang membuat kebinasaan dan dari segala pandangan mata yang dengki.

Azan dan Iqamah

Seelok-eloknya bayi diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya sebaik sahaja ia lahir. Orang terbaik yang melakukannya ialah bapanya.

Rahsia azan dan iqamah ialah supaya kalimat pertama yang didengarinya adalah seruan mulia membesarkan Tuhan dan kalimah syahadah.\

Tahnik

Tahnik dilakukan dengan mengunyah sedikit kurma sehingga lembut dan memindahkan sedikit airnya ke lidah anak yang baru dilahirkan dan jari digerakkan ke kiri dan kanan dengan lembut meliputi keseluruhan bahagian dalam mulut bayi. Ini dapat merangsang deria rasa dan menguatkan urat saraf bayi. Orang yang paling baik melakukannya adalah orang-orang yang soleh dan berilmu. Dan hendaklah ia mendoakan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.

Dalil tentang tahnik ini disebutkan dalam beberapa hadis di antaranya.
Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata. Ertinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.

Akikah, Bercukur dan Memberikan Nama Yang Baik

Dari segi syara‘, aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat yang disembelih ketika hendak mencukur rambut di kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Dalam mazhab Syafie, hukumnya adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat digalakkan). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama ." (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Aqiqah dituntut bukan sahaja untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw, tetapi juga bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan ibu bapa terhadap anugerah cahaya mata atau zuriat. Di samping itu ia juga merupakan latihan untuk umat Islam dalam melakukan sedikit pengorbanan.

Berkhatan/Bersunat

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.

Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim


.

Thursday, November 27, 2008

Tahniah Wid-IU

Tahniah Wid Dengan Kelahiran Baby Baru



Alhamdulillah, akhirnya kawannya yang duduk di Jerman, Wid selamat melahirkan baby barunya. Wid selamat bersalin baby girl seberat 3.01kg pada 23/11/08 jam 1.19pg waktu Jerman @ 8.19pg waktu M'sia. Akhirnya dapat gak Wid baby girl. Nama dia saya pu tak tahu lagi. Sebelum ni dah ada 2 orang prince, semoga makin berserilah rumah tangga Wid dengan kelahiran seorang princess pula. Zue sekeluarga mendoakan semoga Wid sihat almaklumlah duk berjauhan dengan keluarga kena banyak berdikari da bersabar. Nasib baik adik Wid datang, bolehlah bantu mana yang patut. Comel betullah baby Jerman ni, macam nak cubit jer..hehe:D. Take a very good care Wid.


.

Wednesday, October 29, 2008

Takziah McT..atas pemergian bonda anda

Takziah..yang hidup pasti akan pergi...
Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya kuasa Tuhan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kita hanya cuba yang terbaik untuk dapat yang terbaik. Kerana Allah telah janjikan, setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya.

Baru sahaja aku mendapat khabar gembira dengan kelahiran baby baru rakanku, semalam aku dikejutkan pula dengan pemergian ibu kepada rakan rapatku, Zuriaty. Aku memang kenal dengan family dia, begitu juga dengan aty. Kami mula berkawan sejak mula menjejakkan kaki di UTM pada tahun 1999. Setelah lebih setahun ibu kepada rakanku itu sakit, akhirnya dia menyahut panggilan illahi jua pada 28 Oktober 2008, jam 0550am. Banyak-banyak bersabar dan berdoa, kepada aty dan keluarga kami ucapkan takziah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi bonda. Al-fatihah untuk allahyarhamah...

.

Monday, October 27, 2008

Tahniah....Zamzilawati


Semalam aku dapat berita bahawa rakanku telah selamat melahirkan 2nd baby pada 10/10 baru-baru ni. Terperanjat gak aku, yela kitorg agak rapat gak..tapi tup tup dengar dah beranak. Nak wat surprise konon. Kebetulan lak phone dia rosak, so tak dapat la dia nak inform masa dia beranak aritu. Anyway..congratulation. Dapat baby boy. Kira sepasang la er Zam. Akhirnya lepas 3 tahun dapat gak Batrisya adik. Jangan duk buli adik dah ler er. Semoga kehidupan Zam sekeluarga akan lebih ceria dan bahagia. Kepada rakan-rakanku yang bakal mendapat cahaya mata..ummuwafi(anytime)..wid(sbln lebih agi kan)..ctkuyu (baru agi)..setti..hannan..malin.. etc, slide baby kat sebelah aku tujukan khas untuk tatapan korang. Buat halua mata, mana tau kot-kot anak macam 'mat salih' nanti hehehehe..

.

Saturday, October 25, 2008

Adab azan

Adab azan dan saat kematian
Baru-baru ini saya mendapat satu khabar pemergian kawan se'UTM' ke rahmatullah. Ajal maut tiada siapa yang tahu. Walaupun pada usia muda, kematian itu pasti menjelma tanpa mengenal usia. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Kali ini ingin saya kongsi maklumat yang saya terima melalui seorang teman mengenai kaitan azan dan saat kematian.

Sebagai pedoman mari kita renungi. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."



Ni fenomena azan yang aku tengok kat YouTube. Ingin rasanya berkongsi dengan rakan-rakan, bersama-samalah kita fikirkan. Betapa telitinya ciptaan Allah.

Monday, May 5, 2008

Al-fatihah..

Bismillahirahmannirrahim... Al-fatihah...Al-A’raf [25] Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat).

Tanggal 27 April 2008, perginya seorang teman sejawat kami untuk selamanya. Seorang insan yang dilahirkan kurang sempurna sifatnya tetapi mempunyai kecekalan untuk berdikari bagi menyara kehidupannya dan keluarga. Akhir sekali kami bertemu sewaktu majlis perkahwinan kami, Ogos 2006. Al-fatihah... untuk PokNik. Setiap kali ada kematian, pasti kita akan menginsafi diri sejenak. Walhal kita disuruh menginsafi diri dan mengingati mati setiap detik dan ketika. Kepada yang masih hidup, ingatlah.. Hidup ini hanya sementara, setiap amalan dan perbuatan akan dihitung walaupun sebesar zarah. Apabila mati, segalanya akan ditinggalkan kecuali 3 perkara iaitu sedekah Amal Jariah, Ilmu yang berguna dan diamalkan serta doa dari anak yang soleh.

Suka di sini, ingin saya membawa rakan-rakan sejenak, untuk kita sama-sama berfikir dan mengingati mati. Seperti yang kita tahu, kehidupan dunia hanyalah satu permainan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka, sedang kehidupan akhirat lebih baik bagi orang bertakwa. Apakah kamu tidak mahu memikirkannya?” (Surah Al-An’am: Ayat 32)

Marilah kita renungkan hadis berikut:
Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

“Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?”

Rasulullah menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Perbanyaklah mengingati mati.” (Hadis Riwayat: At Thabrani)

Rakan-rakan... Ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam ialah orang yang panjang umur dan baik pekerjaannya. Sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya tetapi jahat pekerjaannya.”


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''