Showing posts with label Khas. Show all posts
Showing posts with label Khas. Show all posts

Friday, July 10, 2009

Terima Kasih AcuYana

AcuYana dah abis kursus
Entry kali ni khas untuk acuYana aka adikku. Sepanjang cuti sem, acuYana tinggal bersama ku di Senawang, N9. Sepanjang itu jugalah, tugas ku menguruskan rumah agak ringan di atas bantuannya menjaga anak-anakku. Kebetulan emakku juga tiada di rumah ketika itu, menjaga anak kakakku di Senawang juga. So taklah jauh kalau acuYana nak jumpa emakku. Seminggu sebelum buka semesta aku hantar acuYana balik kelang. Sian dia nak rehat. Dulu kalau aku marah anakanda Amrullah, dia akan merajuk ke AcuYana. Sekarang anakanda Amrullah seperti hilang tempat mengadu pula, membawa diri bila dimarahiku.

Di sini akak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak coz Yana sudi duk di rumah akak membantu mana-mana yang patut lebih-lebih lagi melayan kerenah anakanda Amrullah. Terasa ringan sedikit kerja seharian. Akak doakan semoga Yana akan berjaya dengan cemerlang sem ini. Semoga dapat mengekalkan gelaran Dekan seperti sem-sem lepas. Semoga "kursus pendek" di rumah akak leh wat panduan bila Yana berumahtangga+beranak nanti..:D. Maaf atas segala kekurangan dan kekilafan diri ini. Jasamu akan kami kenang...

p/s: Kalau yana baca blog ni, Amrullah rindukan AcuYana, sampai mengigau panggil "Acu..Acu". Senang-senang datanglah rumah kami lagi. Sentiasa dial-alukan.

Saturday, April 4, 2009

Lelaki...

Special Dedicate to my lovely Hubby

Entry kali ni khas untuk kekasih hatiku yang dikejauhan.. Nun di Terengganu.. Alahai tangkap jiwangla pulak... Tu lah, selalu duk berkepit jer, sesekali kene tinggal kan dah terseksa jiwa dan raga.. hehe.. Aku memang minat lagu Ct Nurhaliza yang bertajuk Lelaki ni.

Sejak mula mengenali lelaki ini... di sebalik cerita suka dukanya.. tatkala mendengar lagu CT bertajuk Lelaki... pasti ku akan membayangkannya... dia seorang insan yang bernama Mohamad Sabri... my lovely hubby... Terima kasih atas segala pengorbananmu sayang..

Semoga Allah akan terus memberi kekuatan kepada suamiku dalam menempuh hari-harinya.

Telah Berdiri Seorang Lelaki
Hidup Berbekal Kecekalan Diri
Walau Menghadapi Sejuta Cabaran
Terus Berpaut Pada Kebenaran

Berkurun Sudah Kau Merintis Jalan
Bertahun Sudah Hasratmu Terhalang
Tetap Bersemarak Api Keazamnya
Bara Keramat Doa dan Harapan

Korus
Kau Melangkah Bermula Dari Lembah
Kau Mendaki Setangga Ke Setangga
Semakin Hampir Menjejaki Puncak
Semakin Sering Kau Ditikam Onak

Namun Kerana Kau Lelaki
Derita Dapat Diselindungi
Tangisanmu Rahsia Dihati

Kesepianlah Teman Nan Sejati
Di Dalamnya Kau Mengenal Diri
Tenangnya Wajah Matangnya Bicara
Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha Esa
Kerana Kau Menyakini
Tuhanlah Yang Maha Esa

Wednesday, March 18, 2009

Dah tua setahun lagi

Belated Birthday


04 mac yang lalu, merupakan born day aku yang ke28. Dah meningkat lagi setahun umurku, dah makin tua rupanya. Yela, anak pun dah dua. Buat-buat lupa pulak er..hehe.. Ketika ni aku masih lagi dalam pantang, so tak leh nak nk kuar makan ngan hubbyku (selalunya kalau birthday kitorang makan luar bersama). So takde apa yang ku harapkan sangat, coz hadiah termahal telah pun ku terima awal 2 minggu dari tarikh lahirku iaitu dengan kehadiran puteri kami yang comel lote tu, Nurul Ashiilah. Cuma yang ku sentiasa nanti-nantikan pada malam hari lahirku ialah ucapan dari hubbyku (sejak dr zaman dulu-dulu agi..hehe), hadiah selalunya akan menyusul pada hari-hari mendatang. Tapi aku tak kisah coz sejak awal-awal lagi hubbyku dah bagi tau. Sempena hari lahirku kali ni, tue la yang ku dapat (kat gambar atas). Gumbiranya hati hamba.. tak terkata, tak sangka pula pandai juga suamiku pilih baju + skirt labuh tue.. kene tul ngan citarasaku, dari segi corak ngan warna. Campur lak ngan hadiah xtra dalam kotak kecil yang cantik sangat-sangat (sekali lagi gumbira hati hamba + berbunga-bunga). Pandainyer dier..

MMuuuaarrrhhhhhh... Terima Kasih sayang... Semoga ikatan yang kita bina akan terus berkekalan sehingga akhir hayat kita. Aminnn

Tuesday, February 17, 2009

Terima Kasih...

Thanks to my Lovely Hubby

Entry kali ni khas untuk suamiku. Harap masih belum terlambat untuk aku merakamkan perasaanku. Thanks a lot for the surprise. Entah kenapa aku terasa terharu sangat dengan surprise hubbyku kali ni. (masa:jam 06:00, tarikh:06 Feb 09, tempat:kelang, perkara: xxxx.. :D ) Mungkin kerana pembawakan budak kot. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanku ketika itu. Walaupun aku tahu, hubbyku tidaklah rajin mana pun melawat blog ni, semoga dia ter'melawat'la blog kali ni.

Abang....terima kasih atas segalanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''