Showing posts with label Travel-Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Travel-Indonesia. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

Medan,Indonesia:Jul 09' (Day4,5)

Medan, Sumatera Utara, Indonesia.













(Kiri) Makan di Baselo. Air yang ada coklat-coklat sikit tue la air avocado. (Kanan) Makan malam. Masa ni Amrullah dah demam kuat. Anakanda asyik nak lekat ngan ibu jer. Sampai ibu nak makan pun anakanda tetap tak nak ngan abah, so baringla atas riba ibu.

Hari 4
: Medan
Selepas sarapan dan check-out, perjalanan diteruskan ke Medan semula. Sebelum sampai di hotel, kami singgah di kedai menjual pakaian, kain dan telekung. Aku beli kain pasang dan telekung sehelai. Telekung murah beb. Kami check-in semula di Hotel Danao Toba International. Hari ni Anakanda Amrullah demam. Waduh-waduh..panas lak tue. Aku dah takde mood nak berjalan. Selepas makan tengah hari di Pondok Lesehan Baselo (makanan dan air avacado paling best), Ali membawa kami ke pekan medan dan pasar. Aku tak ikut sama. Aku sekeluarga terus ke hotel memandangkan anakanda yang tak sihat. Nasib baik mak dan abah ada, boleh tolong jaga Ashiilah. Sebelah malam pula kami makan di Restoran Minang Nasi Padang. Selepas balik ke hotel, hubby keluar dengan Ali untuk cari ubat Amrullah.














(Kiri) Bandar di Medan (Kanan) Mandiri nama salah satu bank Indonesia.

Hari 5
: Balik
Alhamdulillah, demam anakanda semakin kebah. Malam semalam panas sangat, sebelum menggigil hubby mandikan anakanda dengan air sejuk untuk menurunkan suhu badan. Flight jam 11:00. So masih sempat shopping di airport. Habiskan apa yang patut..hehe. Overall, holiday yang best.. Aku bagi 4/5 bintang.

Hajat yang tak kesampaian...
1. Nak tengok dive coint tk dapat coz dah takde. Ali kata kerajaan yang stop sebab bahaya.
2. Nak tengok batu gantung (batu berupa manusia yang kaki tergantung) pun dah takde. Akibat hakisan air, batu tu dah tak nampak bentuk manusia.

Thursday, January 14, 2010

Medan, Indonesia: Jul 09' (Day3)

Medan, Sumatera Utara, Indonesia













(Kiri) Gambar kami di Simanjarunjung, Minum Teh Halia. Keadaan di sini seakan-akan Cameron Highland tapi kat sana sejuk lagi. (Kanan) Belakang tu Air Terjun Sipisopiso. Untuk ke dasar lebih kurang 1km. Tangga ada disediakan untuk turun ke bawah. Yang mana nak test power, lehlah turun.

Hari 3: Berastagi
Selepas sarapan dan check-out, perjalanan di teruskan pula ke destinasi ketiga iaitu Berastagi. OTW kami singgah di Simanjarunjung, Minum air Teh Halia dan Air Terjun Sipisopiso. Subhanallah, cantik sungguh air terjun ini. Keluar dari dalam tanah, hebat sungguh ciptaanNya. OTW kami dapat melihat dua gunung berapi yang masih aktif, Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. Dan yang tak berapa bestnya, kita juga boleh tengok kedai makan yang menjual babi panggang, babi salai, babi bakarlah.. ish.. ish.. So kenelah berhati-hati kalau nak berhenti makan. Kemudian kami berhenti makan di Rumah Makan Famili Baru sebelum check-in di Green Garden Hotel.













(Kiri) Itula pak Pak Pung nak diidam-idamkan anakanda. Sampai tidur pun tak lepas. (Kanan) Asap dari Gunung berapi Sibayak.

Selepas solat, kami ke Pasar Buah/Berastagi (Ada jual buah-buahan dan pelbagai jenis sourvenir). Anakanda Amrullah sibuk nak Pak Pak Pung katanya(Rebana Ubi). ish..ish.. Kemudian kami terus ke Kolam Air Panas Sibayak (Air panas dari Gunung Berapi Sibayak) untuk berendam beberapa jam supaya kulit cantik (chewaaahhh perasan la pulak aku ni). Tapi hanya aku dan hubby jer masuk kolam, yang lain yang ado...ada yang tak tahan bau la (bau macam kentut anak aku jer.. tapi takpe, cantik punya pasal.. aku belasah jer) ...tak tahan bau belerang la.. macam-macam. Kalau ikut kata Ali orang kat sini memang suka mandi di sini. Selain untuk kecantikan kulit, ia juga baik untuk kesihatan... patut pun cam licin jer kulit aku pastu.. heheh. Dari bawah, kami dapat lihat asap dari lohong Gunung Berapi Sibayak yang masih aktif tu. Malam kami makan di hotel. Selepas makan, hubby dan beberapa ahli rombongan lelaki keluar pi cari durian. Nak merasa durian medan katanya. Biarlah, nanti dah balik Malaysia mengidam lak.













(Kiri) Anakanda taknak makan. Mungkin sebab pagi tu sejuk sangat. Sampai kena paksa makan. (Kanan) Green Garden Hotel. Bilik kami depan tu, tiang kuning.

Belajar Bahasa:
Alat ganti (Spare part) = Suku Cadang
Kereta = Mobil
Motorsikal = Kereta
Basikal = Speda

Sunday, January 10, 2010

Medan, Indonesia: Jul 09' (Day2)

Medan, Sumatera Utara, Indonesia.













(Kiri) Di kedai Pang Ping Pong. Amrullah nak 'pau' air atok la tu..hehe (Kanan) Dari bilik, nak ke jeti ke Pulau Samosir. Bilik kat bawah, leh tahan banyak gak anak tangga dier. Waduh..waduh..


Hari 2: Danao Toba
Selepas bersarapan di hotel, kami check-out untuk meneruskan perjalanan ke destinasi kedua, Danao Toba. OTW ke Danoa Toba, kami berhenti di Masjid (tak ingatla nama dia) dan Kedai Pang Ping Pong (menjual pelbagai jenis kuih yang berasaskan kacang). Untuk mengelakkan kebosanan di sepanjang perjalanan, kami bermain teka-teki dan Ali bercerita serba sedikit kisah Tasik Toba dan Indonesia. Kemudian kami berhenti makan tengah hari di Restoran Istana, Parapat.














(Kiri) Pemandangan dari beranda bilik. Abah dan Ashiilah (Kanan) Tula bilik yang kami menginap. Gambar di ambil dari tasik masa naik feri ke Pulau Samosir.

Lebih kurang jam 13:00 kami check-in di Danao Toba International Cottage. Pemandangan bilik yang sangat cantik, beranda mengadap tasik yang luas seperti lautan. Selepas meletakkan barangan dan solat, kami terus ke jeti untuk ke Pulau Samosir. Kami di bawa oleh Ali ke perkampungan Batak (Batak Karo) di mana terdapatnya makam raja-raja lama. Di situ Ali menceritakan serba ringkas sejarah dan lagenda pulau ini. Salah satu yang menarik bagi saya ialah cara pemilihan wanita sebagai isteri..hehe. Sebelum menaiki feri balik ke hotel, kami membeli sourviner yang di jual di gerai sepanjang perjalanan ke jeti. Di sebelah petang, acara bebas. Hubby ke cyber cafe (cari internet access ler..),yang lain pi jalan-jalan dan aku hanya di bilik bersama anak-anak (sian anakanda-anakanda kepenatan) sambil menikmati pemandangan tasik yang cukup indah sambil menunggu sunset. Malam tu kami hanya makan di resort. Cuaca sangat sejuk (tapi mengikut hubby aku, cuaca tu tak sesejuk dulu, sekarang dah makin panas.. mungkin sebab pemanasan global kot) dengan pemandangan malam yang sangat cantik. Cukup romantik.














(Kiri) Masing-masing kusyuk mendengar cerita Ali. Kain selendang di bahu hanya adat, sebagai tanda hormat. (Kanan) Ibu dan Ashiilah. Deretan gerai di Pulau Samosir. Macam-macam ada...


Belajar Bahasa (Batak Karo):

Horas = Ucapan Selamat.
Tomok = Gemuk

Saturday, January 9, 2010

Medan, Indonesia: Jul 09' (Day1)

Medan, Sumatera Utara, Indonesia.


Tarikh :30/07 -> 03/08
Pakej
: 5 hari 4 malam.
Pemandu Pelancong : Ali
Destinasi : Medan -> Lake Toba -> Berastagi -> Medan
Pertukaran Wang Semasa : rm350 = rp1juta


Hari 1
: Medan
Kami bertolak dari LCCT menaiki penerbangan Air Asia jam 16:00. Jadual asal penerbangan jam 15:00, seperti biasa delay 1 jam. Sampai di Polonia Airport, Medan lebih kurang jam 17:00. Kami dijemput oleh Ali, yang bertindak sebagai pemandu pelancongan sepanjang kami di Medan. OTW ke hotel, kami singgah di money changer kerana ada ahli rombongan yang nak tukar duit. Kemudian kami singgah makan malam di Restoran Nasi Padang, Medan. Kami menginap di Hotel Danoa Toba International, Medan. Kami juga dibekalkan kek lapis dan kek ambon sebagai ole-ole. Orang kata kalau datang Indonesia mesti try air avocado. Ali juga memberitahu mengenai penggunaan perkataan yang mana perkataan yang sama sebutannya di Malaydia dan Indonesia tapi membawa maksud yang berlainan, supaya kita tidak tersalah cakap nanti. Masuk tempat orang kenelah ambik tahukan. Karang salah cakap tak pasal-pasal kene maki hamun. Sapa malu? Kite jugak...












(Kiri) Posing di depan hotel. Aku se-family bersama bonda dan ayahanda (Kanan) Amrullah malu-malu kucing apabila ditegur oleh guard hotel. Sebelum tue aktif semacam, pastu pemalu yang amat. Anak teruna sapalah tue??

Belajar Bahasa (Malaysia = Indonesia)
Biasa / Selalu = Gampang
Gampang = Anak Haram
Budak = Kuli / orang Suruhan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''