Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
EEmm..dah lama rasanya tak mandi laut. Tinggal kat negeri persisiran pantai pun jarang mandi pantai.
So untuk menghilangkan 'gian' mandi laut, pada 13 Jun 2008 kami pun merancang untuk ke
Bukit Kluang, Besut, Terengganu. Cantik nyer
planning, kami ajak sebuah keluarga lagi (PokRashid)
join kami.
Planning asal : Duk kat B
ukit Kluang Beach Resort 13,14 Jun 2008, leh mandi
pantai Bukit Kluang + Mandi kolam Bukit Kluang Beach Resort.



Pada 13 Jun 2008, seawal jam 10:00 kami memulakan perjalanan. Kami singgah sekejap di
Mydin Mall untuk sarapan. Jam11:00, perjalanan diteruskan menuju ke
Besut, Terengganu. Nak dijadikan cerita, apabila kami sampai di
Bukit Kluang Beach Resort, bilik penuh. Habis tempat kami survey,semua penuh. Akhirnya tanpa dirancang, sampailah kami di
Sweet Beach Resort, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Jauh menyimpang nampaknya. Takpela, kira cuti-cuti
Kelantan la pula kali ni. Nasib baik ada 2 bilik kosong walaupun tak ada bilik dekat-dekat. Ketika tu jam dah menunjukkan jam 15:30. Selepas solat dan rehat sebentar, kami pun pi lah terjun kolam.

Tak mandi laut sebab ia luar dari resort.

Anakanda Amrullah la insan yang paling gembira. Dia memang pantang jumpa air banyak-banyak ni. Gembira bukan kepalang. Abah dah belikan Amrullah pelampung yang ada tempat duduk
so bolehlah dia bebas sikit. Masuk jer dalam air, hidup semua kaki tangan anakanda. Nampak dari gayanya cepat ni anakanda pandai berenang. Memandangkan cuaca agak panas, kami naik setelah lebih kurang 30 minit berendam.
Jam 18:30 kami keluar makan ikan bakar di
Restoran Amiera, Kuala Besut. Kuala Besut dan Bachok dekat je, kira sempadan
Terengganu-Kelantan. Sedap jugak ikan bakar di sini. Selepas masing-masing dah kenyang, perjalanan diteruskan ke
Pasar Malam Pantai Irama, Bachok. Pasar malam ni agak besar. Pelbagai barangan dijual. Kemudian kami ke
Wakaf Che Yeh,Kota Bharu untuk membeli belah. Suasana di sini masih meriah walaupun ketika ini jam menunjukkan jam 22:30.
Pasar Wakaf Che Yeh ni memang glamour dengan pelbagai barangan, semua ada di sini. Barangan dapur, barangan keperluan rumah, buah-buahan dan sayur-sayuran, dan pelbagai lagi. Ada juga orang kata ia '
ala-ala Rantau Panjang'. Harganya pun oleh tahan murahnya. Setelah penat berjalan, kami pulang lebih kurang jam 00:30.
Esoknya, selepas bersarapan nasi lemak, kami
check-out jam 09:00. Kami bertolak agak awal kerana ingin singgah di
Setiu melihat tanah sawah Pok Rashid. Akhirnya lebih kurang jam 12:00, kami sampai di rumah. Masa berjalan tak terasa penat, bila sampai di rumah letih juga rasanya. Nak rehat jap la,
jumpa lagi...