Monday, April 8, 2013
Carta Aurat
Monday, March 25, 2013
Pesan Ibu
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحي
Anak-anakku sayang...
Anakanda-anakanda ibuAbah..wajiblah kalian menutup aurat bila telah memenuhi syaratnya.. ye sayang. ♥
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara (adik beradik) mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)
Islam Itu Indah
Wednesday, March 30, 2011
Sedarkah anak-anak??
Sedarkah wahai mereka yang bergelar anak..
Aku juga pernah terdengar dan terbaca bahawa darjat ibu/bapa tiri itu sama dengan ibu/bapa kandung.
Ramai kini anak2 yang memperlekahkan ibu/bapa sendiri apa lagi ibubapa tiri.
p/s: sentiasa beringat2 agar tidak mudah terasa dengan tindakan anak2. ya Allah, Kau kuatkan imanku..tingkatkanlah kesabaranku..
Friday, March 25, 2011
Tingginya darjat seorang Ibu
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....
Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,
dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
Sesungguhnya telah bayak di dalam al-quran dan hadis menyatakan betapa mulia dan tingginya darjat seorang ibu. Tapi pada masa kini, anak-anak semakin bersikap kurang hormat terhadap ibu mereka. Sedarkah mereka akan setiap balasan Allah. Aku sendiri telah melihat beberapa peristiwa yang berlaku terhadap anak-anak yang durhaka de depan mata. Insyaallah kalau diizinkan akan aku ceritakan kepada rakan-rakan.
Ingatlah dan sayangilah ibu anda sementara mereka masih ada. Jangan sampai menyesal apabila mereka telah tiada. Pada yang duduk berasingan dengan ibu, rajin-rajinlah balik menjenguk dan bertanya khabar ibu anda.
Dengan melihat wajah ibubapa anda telah dijanjikan pahala oleh Allah. Ingatlah sentiasa akan kasih sayang dan pengorbanan ibu anda.Sesungguhnya Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
kredit to Ibuani
Wednesday, March 23, 2011
Darjat seorang wanita
Pasti korang pernah tengok rancangan Akil Hayy kat tv sempena musim terbarunya. Kali ni Isteri kesayangan dia pun ada sekali. Aku pun kekadang je tengok. Kebetulan masa aku tengok berkaitan dengan ibubapa. Kat sini aku nak kongsi sesuatu yang aku rasa menarik untuk pengetahuan bersama. Pernahkah korang tahu..
"Seorang datang menghadap Rasulullah s.a.w. seraya bertanya,
"Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang berhak saya pergauli dengan baik,"
Baginda s.a.w. menjawab,
"Ibumu,"
"Lalu siapa?"
Baginda s.a.w. menjawab,
"Ibumu,"
"Lalu siapa?"
Baginda s.a.w. menjawab,
"Ibumu,"
kemudian dia bertanya lagi,
"Lalu siapa?"
Akhirnya Baginda s.a.w menjawab,
"Bapamu"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
Sesungguhnya Ibu adalah harta anda dunia dan akhirat. Sayangilah dah hargailah dia sementara dia masih hidup. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Tuesday, March 22, 2011
Kejadian Manusia
Bulan ni rasmilah umurku memasuki alam 3 series. Tuo dah aku rasa. So cam nak guna 'akak' la pulak..ok ker? Ok la tu. Tahun ni HB wat surprise yang best sangat2. Thanks 4 de best moment and the present. Apa dia..kali ni biaq akak dan memereka jer la tau. Sangat2 tak sangka dapat present tu sebenarnya. Pernah gak tengok orang pakai cam cantik jer..pernah gak berangan "agak2 kalau aku pakai camne er"..tapi tak pernah la terberangan nak ada sendiri. Ala biasalah pompuan byk berangan.. Tup-tup ..alhamdulillah. Rezeki Tuhan bagi..thanks again honey..
Oklah sekarang akak nak kongsi ilmu yang akak dapat melalui rancangan adik dan al-Quran. Masa sesi dengan Ust.Hassan Din. Ada maklumat yang akak sendiri baru tahu. Apa yang nak akak kongsikan ialah tahukah korang bahawa..
Kejadian Manusia yang dilahirkan tidak mempunyai ayah dan ibu ialah Adam
Kejadian Manusia yang dilahirkan tidak mempunyai ibu ialah Hawa
Kejadian Manusia yang dilahirkan tidak mempunyai ayah ialah Isa
Kejadian Manusia yang dilahirkan mempunyai ayah dan ibu ialah anak-anak yang dilahirkan hasilkan perkahwinan yang Sah.
Anak yang dilahirkan tanpa perkahwinan yang sah (dirogal atau zina) tergolong dalam anak yang dilahirkan tanpa bapa (tapi ia dijadikan melalui persenyawaan air mani lelaki dan perempuan).
Jika anak itu perempuan, ia boleh berkahwin dengan lelaki yang menyebabkan ia dilahirkan (kerana lelaki itu dianggap bukan bapanya).
Jika anak itu lelaki, ia tidak boleh berkahwin dengan ibu yang mengandungkannya (kerana itu ialah ibunya).
Allah Maha Besar..Ia lebih mengetahui..
Wallahuaklam...
Tuesday, March 8, 2011
Menutup atau Membaluti Aurat
Di sini ingin aku berkongsi dengan pengunjung blog ku, ceramah yang aku dengar ketika aku berada di Indonesia. Ustaz itu membincangakn mengenai 'Aurat..hukum hakamnya'. Ramai umat Islam sekarang mengambil mudah perihal aurat ini. Antara yang menarik perhatian ku bila dia menerangkan bahawa Islam menuntut umatnya 'menutup aurat' tapi sekarang kebanyakkan dari kita 'membalut aurat'
Ramai di antara kita yang tidak memahami erti sebenar menutup aurat. Dia memberi contoh. Dengan membalut microfon dengan kain kemudian dia menyuruh penonton teka. Apa di dalam kain itu?. Semua penonton menjawab 'Microfon'.
Kemudian dilonggarkan kain itu dan disuruhnya penonton meneka sekali lagi. Semua penonton menjawab 'Microfon'. Kali ini jawapan itu salah.
Apabila dibuka yang ada di bawah kain itu adalah tangannya. Itulah maksudnya dengan menutup aurat. Iaitu bagi wanita semua bahagian tubuh adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan. Dan ia wajib 'ditutup' bukannya 'dibalut'. Walhal warna disebalik kain itu pun tidak boleh diketahui oleh bukan muhrimnya apa lagi bentuknya. Fahamkan. Ia juga membicarakan tentang besarnya tanggungjawab seorang lelaki terhadap aurat isteri dan anak-anaknya. Sangat menusuk kalbu.
Panjang lagi ceramahnya. Ceramah yang sangat telus dan terang. Sehingga membuatkan aku sendiri menginsafi diri malah menitiskan air mata. Lagi-lagi bila dibahaskan tentang balasannya bila kita mati kelak. Takut, sedih..semua ada. Sediakah aku? Aku ingat aku sorang saja tersentuh rupa-rupanya HB pun sama. Walhal HB bukanlah seorang yang mudah mengalirkan air mata. Penonton di dalam dewan juga dilihat majoritinya menitiskan air mata (Semoga ia air mata keinsafan).
Alangkah bagusnya jika ada rancangan seperti itu di tempat kita. Dibenarkan ceramah seperti tu disiarkan secara langsung di media elektronik. Barulah Islam itu dapat dikembangkan dengan benar. Tapi di sini banyak kekangannya walhal katanya negara Islam. Takut melanggar hak individulah..sensitiviti..eemm..
Penulisan ini tiada unsur2 hasutan hanya sekadar berkongsi ilmu. Semoga sedikit sebanyak ia dapat memberi manfaat kepada pembacanya. Waallahuaklam.
Tuesday, August 3, 2010
Latihan Mata

Apa yang anda dapat lihat?? Sesungguhnya Allah lah yang menjadikan sebaik-baik kejadian manusia. Sumber dari cikPuan Kema.
Friday, April 9, 2010
Waktu
Kata-kata ini diambil dari ilovislam.com. Penuh bererti jika dapat menghayatinya. Tapi aku masih tertanya-tanya sempatkah dalam masa 24jam untuk aku buat semua itu?? Perkara yang wajib ialah, tapi yang lain-lain itu?.. EEmm.. aku masih tak punya kesempatan itu semua. Adakah kerana aku masih gagal dalam pengurusan masa ku?? Cuba duduk dan kaji.. Tapi masa untuk duduk dan kaji itulah aku tiada. Jadi?? Ko fikirlah sendiri wahai diri...Surah Al-Ashr ....renungilah maksud tersirat dah tersuratnya (klik image untuk paparan yang lebih jelas)...

Mudah-mudahan kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi...
Friday, February 26, 2010
Maulidur Rasul 1431H
Assalamualaikum, Selamat Menyambut Maulidur Rasul saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di muka Bumi Allah ini. Sempena Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita sama-sama memuhasabah diri dan memperbaiki diri kita untuk menjadi umat nabi Muhammad yang lebih baik. Di sini ingin saya kongsi serba sedikit ilmu yang saya perolehi dari pencarian di internat bersama-sama rakan blogger sekalian.
Gambar Gedung Maulidur Nabi atau Maktabah Makkah Al-Mukarramah. Gambar dari google.Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Maulid Nabi merupakan sebuah "Rumah Kelahiran" kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas'a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali.
Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama "Maktabah Makkah Al-Mukarramah", terletak dekat di sebelah timur Masjidil Haram, tepatnya di 21°25'29,82" N dan 39°49'47,58" E.
Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam.
Sila klik untuk n3 Maulidur Rasul sebelum ini.
Saturday, November 7, 2009
Muhasabah diri untuk yang bergelar Isteri

Beberapa hari yang lepas aku terbaca petikan dari blog ctkusut yang lebih aku kenali dengan ctkuyu. Tertarik aku dengan n3 dia hari tue. Hal berkaitan isteri. Ini kerana sekarang ramai isteri di luar sana yang lupa bahawa mereka adalah seorang wanita yang bergelar 'isteri' kepada seorang lelaki bergelar suami. Marilah sama-sama kita muhasabah diri. Aku copy n paste jer dari ko,ctkusut, halallah er.
Sabda Rasulullah saw :
" Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: " Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? " Baginda menjawab : " Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya." (Muslim)
Sabda Rasulullah saw :
" Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: " Mengapa demikian ya Rasulullah? " Baginda menjawab: " Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup." (Riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah saw :
" Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali. " (Thabarani di dalam al-Awsat)
Semoga ia dapat menjadi penduan dalam hidup kita.
To my lovely hubby " Maafkan di atas segala kekilafan diri ini. Sesungguhnya isterimu ini hanyalah seorang insan kerdil yang biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan..:-* "
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
Tingginya darjat seseorang ibu itu. Abu Hurairah berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasullullah s.a.w lalu bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak aku layan dengan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ayah mu"
Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada eorang ayah:
-
Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
-
Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”
-
Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]
Monday, December 1, 2008
Adab Menyambut Kelahiran
Disebabkan sekarang ni ramai benar kawan-kawanku yang mendapat cahaya mata, di sini aku ingin berkongsi maklumat yang kuperolehi hasil carian ku di internet. Semoga dapat menjadi panduan untuk ku dan teman-teman.
Ucapan Tahniah
Ucapan tahniah wajar diberikan kepada mereka yang mendapat cahayamata kerana ia boleh menimbulkan perasaan kasih sesama muslim.
Digalakkan juga mendoakan buat anak tersebut sebagaimana yang dianjurkan oleh seorang ulama’ iaitu Hasan al-Basri : Moga diberkati anak itu, dan kau pula mensyukuri Tuhan Pemberi, dan kau akan dikurniakan ketaatannya apabila dia besar nanti.”
Doa lain ialah : Aku memohon keselamatan untukmu dengan berkat kalimat Allah yang sempurna, daripada segala syaitan yang membuat kebinasaan dan dari segala pandangan mata yang dengki.
Azan dan Iqamah
Seelok-eloknya bayi diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya sebaik sahaja ia lahir. Orang terbaik yang melakukannya ialah bapanya.
Rahsia azan dan iqamah ialah supaya kalimat pertama yang didengarinya adalah seruan mulia membesarkan Tuhan dan kalimah syahadah.\
Tahnik
Dalil tentang tahnik ini disebutkan dalam beberapa hadis di antaranya.
Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata. Ertinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.
Akikah, Bercukur dan Memberikan Nama Yang Baik
Dari segi syara‘, aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat yang disembelih ketika hendak mencukur rambut di kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama ." (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Aqiqah dituntut bukan sahaja untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw, tetapi juga bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan ibu bapa terhadap anugerah cahaya mata atau zuriat. Di samping itu ia juga merupakan latihan untuk umat Islam dalam melakukan sedikit pengorbanan.
Berkhatan/Bersunat
Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.
Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
.
Tuesday, November 18, 2008
Wasiat Allah S.W.T kepada Rasullullah S.A.W
Wasiat Allah S.W.T kepada Rasullullah S.A.WKali ni saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi dari seorang rakan. Marilah sama-sama kita hayati.
Dari Nabi S.A.W. :- "Pada waktu malam saya di israkkan ke langit, Allah S.W.T. telah memberikan 5 wasiat kepadaku. Antaranya :-
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan solat tahajjud keran sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kpdku beberapa org tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T."Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepadamu 7 perkara, iaitu :"
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
Sesungguhnya tiada yang lebih Esa dari Allah, Tuhan Sekalian Alam..
.
Saturday, November 1, 2008
Rahsia Disebalik Solat
Solat adalah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam.Allah s.w.t berfirman: “ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman”
Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat.
Hadith Rasullah s.a.w iaitu:
“ Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur"
“…..sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”
[Surah Al-Ankabut:45]
Rahsia Disebalik Solat1. Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul :
Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram :
Fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kta di dalam kubur.
4. Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara dua sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara dua sujuk akhir :
Menjadi kenderaan kita ketika di padang Mashyar.
10. Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nankir di dalam kubur.
11. Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.
Rahsia Solat bagi Ibu MengandungKepada ibu mengandung, kita disarankan untuk melakukan teknik-teknik senaman ibu mengandung bagi memudahkan proses kelahiran. Senang atau susah itu semua kuasa Tuhan, tapi tidak salah jika kita mencuba. Terdapat beberapa senaman yang dikaji dapat membantu bakal ibu ketika melahirkan menyerupai gerakan di dalam solat. Seperti :-
1. Latihan menundukkan tubuh ke hadapan, ia menyerupai keaddan ruku' dalam solat.
2. Latihan berdiri dan duduk dengan lutut ke atas atau bertinggung, ia menyerupai keadaan berdiri dan turun untuk sujud dalam solat.
3. Latihan knee-chest position, ia menyerupai keadaan sujud.
4. Duduk dengan tenang, ia menyerupai duduk dalam solat.
Oleh itu kepada ibu-ibu mengandung, perbanyakkanlah amalan solat sunat, insyaallah akan dipermudahan segala urusan. Wallahuaklam...
.
Saturday, October 25, 2008
Adab azan
Baru-baru ini saya mendapat satu khabar pemergian kawan se'UTM' ke rahmatullah. Ajal maut tiada siapa yang tahu. Walaupun pada usia muda, kematian itu pasti menjelma tanpa mengenal usia. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Kali ini ingin saya kongsi maklumat yang saya terima melalui seorang teman mengenai kaitan azan dan saat kematian.
Sebagai pedoman mari kita renungi. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
Ni fenomena azan yang aku tengok kat YouTube. Ingin rasanya berkongsi dengan rakan-rakan, bersama-samalah kita fikirkan. Betapa telitinya ciptaan Allah.
Monday, May 5, 2008
Al-fatihah..
Al-A’raf [25] Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat).Tanggal 27 April 2008, perginya seorang teman sejawat kami untuk selamanya. Seorang insan yang dilahirkan kurang sempurna sifatnya tetapi mempunyai kecekalan untuk berdikari bagi menyara kehidupannya dan keluarga. Akhir sekali kami bertemu sewaktu majlis perkahwinan kami, Ogos 2006. Al-fatihah... untuk PokNik. Setiap kali ada kematian, pasti kita akan menginsafi diri sejenak. Walhal kita disuruh menginsafi diri dan mengingati mati setiap detik dan ketika. Kepada yang masih hidup, ingatlah.. Hidup ini hanya sementara, setiap amalan dan perbuatan akan dihitung walaupun sebesar zarah. Apabila mati, segalanya akan ditinggalkan kecuali 3 perkara iaitu sedekah Amal Jariah, Ilmu yang berguna dan diamalkan serta doa dari anak yang soleh.
Suka di sini, ingin saya membawa rakan-rakan sejenak, untuk kita sama-sama berfikir dan mengingati mati. Seperti yang kita tahu, kehidupan dunia hanyalah satu permainan.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka, sedang kehidupan akhirat lebih baik bagi orang bertakwa. Apakah kamu tidak mahu memikirkannya?” (Surah Al-An’am: Ayat 32)
Marilah kita renungkan hadis berikut:
Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:
“Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?”
Rasulullah menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat.”
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Perbanyaklah mengingati mati.” (Hadis Riwayat: At Thabrani)
Rakan-rakan... Ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam ialah orang yang panjang umur dan baik pekerjaannya. Sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya tetapi jahat pekerjaannya.”
Saturday, March 29, 2008
Addin : Kuasa yang maha Esa...
Kehidupan manusia di muka bumi ini hanyalah sementara. Akhirat jua tempat tinggal yang kekal selamanya. Sesungguhnya Allah sentiasa memperingatkan kita tentang kewujudanNya agar kita insaf dan tidak leka.. Siapa kita sebenarnya. Namun manusia sering alpa.. Fikirkanlah..
Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (QS. An-Naml: 93)
Awan membentuk kalimah Allah



Awan membentuk kalimah Muhammad
Pokok Kaktus dan Pokok Akasia (Tangekarang, Pekanbaru) membentuk

kalimah AllahDaun pokok aglonema tertera kalimah Allah (Jawa Timur,Indonesia)

Tertera kalimah Allah pada kelopak bunga

Tertera kalimah Allah pada badan kambing

Permata ada kalimah Allah

Terbentuk kalimah Allah pada telinga

Tertera kalimah Allah pada tomato

Tertera kalimah Allah pada tembikai

Kulit telur tertera kalimah Allah (Ambon

(Pernah juga dijumpai di Makassar))
Tsunami-Air laut berombak membentuk kalimah Allah

Tertera kalimah Allah pada lampu (Kejadian berlaku di Jambatan Pulau Pinang)


Api marak membentuk kalimah Allah (Lumpur Lapindo,Indonesia)
Madu lebah tertera kalimah Allah

Kalimah Allah tertera gambar dari Satelit Apollo

Kalimah Allah tertera pada waktu senja

Kalimah Allah pada bulan.

Badan ikan tertera kalimah Allah

Tertera Kalimah Allah pada kayu

Terung tertera kalimah Allah (Jakarta Timur)

Tertera kalimah Allah pada buah kurma

Kalimah Allah pada peta Afrika

Daging tertera kalimah Allah

Badan ikan Toman tertera lailahaillallah

Pokok membentuk lailahaillallah










