Tuesday, May 26, 2009

Anakanda Ashiilah bercerita...

Ashiilah kecek ghapo gak..

Sekarang Anakanda Ashiilah rajin tul ajak orang cakap. Sehari tak bercakap, macam tak lengkap jer hidup dier. So yang menjadi mangsa dok layan Ashiilah seperti biasalah abah, ibu dan acunya. Hehehe... :D. Anakanda pun dah mula nak menterbalikkan diri. Nak meniarap dah anak ibu ni. Ashiilah pun rajin main air liur wat belon-belon, sampai basah-basah baju. Bila pegang ashiilah, abis bahu kita digigit-gigit Ashiilah. Kadang-kadang tangan kita pun digigit-gigit. Gusi Ashiilah gatal er. Nak tumbuh gigi dah ker? Awal lagi ni nak oii.. Makin hari makin besar anak dara sorang ni. Makin ramai orang geram. Sian anak ibu, asyik kene cium jer. Lebih-lebih lagi si along tu. Jom layan Ashiilah bercerita, faham ker???..:D


video
Ashiilah bercerita ngan abah, ibu tumpang dengar jer, dah tk larat nak layan..hehe:D


Friday, May 22, 2009

Amrullah vs Abah

Agak-agak siapa yang menang??

Bola Sepak...Lately anakanda Amrullah berahi benarlah ajak abah, ibu dan sapa2 jerla (ikut dan dier)...main bola... Tapi dia bukan tendang bola sangat pun.. tangkap bola yang lebih. Sesekali Amrullah tendang bola boleh tahan jugak kuatnya. Ada ciri-ciri nak jadi pemain bola profesional nie.. hehe..:) Tapi Amrullah takyah la jadi pemain bola, tak ke mana pun, gempak je lebih .. Kalau tul nak main bola sepak, biar jadi international player..

Penat gak sesekali main bola ngan anakanda ni, almaklumler dah lama tak bersenam. Ibu tengok sejak abah rajin melayan Amrullah main bola ni, makin kurus lak abah.. heheh...:D. Jom kita layan video ni. Yang penting anakanda gembira, abah & ibu tumpang bahagia...

video
Abah kepenatan layan Amrullah, sampai demam keesoknyer.


Tuesday, May 19, 2009

Anakanda Ashiilah 3 bulan

Senyuman penawar duka

Tanggal 17 May, genap usia anakan Ashiilah 3 bulan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh 3 bulan ni Ashiilah tak banyak ragam. So tadi pi inject Ashiilah untuk 3 bulan, 2nd DTP & Polio & Hib. Kali ni anak ibu tak nangis. Baik dier, anak ibu kan kuat. Kami bawa Ashiilah ke Poliklinik Anjung Karisma, Senawang, N9. Berdoktorkan Dr.Norhafizah Md. Noh. Berat Ashiilah naik 1.2kg, bermakna sekarang Ashiilah dah 5.2kg. Patut pun tangan ibu cepat lenguh bila nyusukan Ashiilah, dah besar rupanya anak ibu sekarang. Ashiilah pun sekarang dah keluarkan macam-macam bunyi dan reaksi. Asyik nak ajak orang bercakap jer. Alhamdulillah, perkembangan yang sihat. Semoga Ashiilah dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Jangan nakal-nakal yer anakanda Nurul Ashiilah....:)








Senyumla
h.....senyumlah...ahai...cik mek molek..........


Friday, May 15, 2009

Peminat Ultraman

Habuan dari abah untuk Amrullah














Semalam kami sekeluarga pergi ke Giant untuk membeli barang rumah. Memandangkan anakanda Amrullah peminat tegar ultraman, abah pun bercadanglah untuk membeli dvd movie ultraman dengan harapan nanti anakanda ralit tengok movie ultraman taklah ganggu ibu di dapur. Beli 2 movie ultraman iaitu Ultraman The Next The Movie dan Ultraman Cosmos VS Ultraman Justice The Movie dapat hadiah Ultraman sekor (refer gambar: dalam kotak). Masuk kerete ibu pun tunjuklah dvd ultraman kat Amrullah, sukanya bukan kepalang. Tengah nyusu pun taknak lepas dvd tu. On the way balik, abah singgah di Petronas, sekali nampaklah sekor Ultraman angin. Apa lagi selamatlah dibeli oleh abah. Bertambah-tambah gembira anakanda ku lihat. Duk sengeh+jerit sorang-sorang tengok abah bawak ultraman masuk kereta. Punyalah happy dia. Sampai jer kat rumah, Amrullah dah ajak ultraman tue lawan. Besar ultraman tu boleh tahan jugak, kalah lah Amrullah. Nasib baik bukan ultraman betul kira aksi Amrullah VS Ultraman kalah ultraman la.. heheheh..:D. Semoga anakanda Amrullah gembira hari ini dengan habuan-habuan dari abah. Habuan untuk ibu lak camner, takde ker? jeng.. jeng.. jeng... Acihh abah..(bahasa Amrullah). Jangan nakal-nakal ye anakanda Amrullah. muarhhhhh dari abah dan ibu..


Wednesday, May 13, 2009

Nurul Ashiilah 2 bulan

Ashiilah First Time Disuntik

Hari minggu ni Ashiilah berusia 3 bulan. Sebelum Ashiilah berusia 3 bulan, entry kali ni aku nak cerita sedikit kisah Ashiilah ketika berusia 2 bulan dan Amrullah 1 tahun 8 bulan 2 minggu pada ketika itu.










(Kiri) Baru lepas mandi untuk bersiap nak pi klinik. Sejukkk... (Tengah) Dua beradik dah bersiap sedia untuk ke klinik. Macam gembira jer. Tak tau nak kene inject..hehehe (Kanan) Ashiilah nampak cool jer . Melepakkan diri nak tido lepas kene inject.

Kami ke klinik Sri Indah, Gombak (klinik kawan kakakku, kira tolong kengkawan la nie). Pada usia Ashiilah 2 bulan, berat = 4kg (naik 1.55). Kata doktor ok. Ashiilah diberi 2 suntikan sebab masa 1 bulan Ashiilah tak inject. Menurut doktor memang ada hospital swasta yang hanya memberi suntikan pada usia 2 bulan. Jenis ubat yang digunakan berlainan dengan hospital gomen. Aku hanya mengikut jadual yang diberi oleh CAMC, tempat di mana Ashiilah dilahirkan. Takpelah, doktor kata takde kesan mudarat, ikut mana-mana pun boleh. Sian Ashiilah diinject pada peha kiri dan kanan. Mula-mula aku berhajat untuk sunatkan Ashiilah, terpaksalah ditangguhkan ke bulan seterusnya. Pasa usia Amrullah 1 tahun 8 bulan 2 minggu, berat = 11.5kg ; tinggi = 87cm. Boleh tahan anak ibu ni, dah besar rupanya. Kalau mengikut graf perkembangan, pembesarn Amrullah normal, alhamdulillah. Hujung minggu ni Ashiilah nak kena inject lagi. Hajatnya nak sunatkan sekali. Tak tahu lagi nak pi klinik mana. Tunggu...

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Bonda Sutina Binti Abdullah


Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu especially untuk ibuku tercinta Bonda Sutina. Sesungguhnya Kasih sayang dan pengorbananmu terlalu besar buat diri ini. Sehingga kini masih tidak terbalas olehku. Maafkanlah segala salah dan silap anakmu ini. Dan halalkanlah air susu mu dan segalanya. Mmuuaaarrhhh... Selamat Hari Ibu.. Mak. (gambar ibuku bersama amrullah)

Tingginya darjat seseorang ibu itu. Abu Hurairah berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasullullah s.a.w lalu bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak aku layan dengan sebaik-baiknya?"

Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ibu mu"
Dia bertanya lagi "Kemudian siapa?"
Baginda menjawab "Ayah mu"

Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada eorang ayah:

  1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…[al-Ahqaf 46:15]

  2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: …ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…

  3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: …dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]



Friday, May 8, 2009

Award

Award dari mama Wid



Thanks a lot wid. Sebenarnya lama dah award ni diberi tapi tak berkesempatan nak ambik. Cam terharulah pulak dapat award nie.. hehehe... Lihatla dunia.. Lihatlah dunia...:))

Rules:
1. Letakkan logo award ini di blog anda.

2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

3. Pastikan anda menyatakan penghargaan anda melalui 'backlink' blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.

4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.

5. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

So naklah kongsi award ni dengan kengkawan iaitu... jeng..jeng..jeng...

Ctkuyu, MissHannan, Lily, Walida, IzanIreni, Ummuwafi, Marina, Maslin, Capt, Kak Izan, Suziey, Linda, Fied


jemputlah ambik....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''