Friday, October 30, 2009

Otomen Hadhari

Kenapa Otomen Hadhari?

Ingat tak n3 sebelum ni pasal anakanda Amrullah dengan koleksi otomen dier tu. Kan ada 'sekawan' otomen kecik, dia panggil tu otomen hadhari. Nak tahu kenapa? Moh kita layan video klip di bawah. Kan banyak otomen tengah menari. Download dari mana lagi, youtube ler.. Tu memang video klip peberet amrullah tue. Kalau nak suruh dia duk senyap, play jer video ni, duk ngadap komputer jela dier nanti.

Layan..
video

Contest Online Senyuman Ceria Si Comel

SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Assalamualaikum,
Buat julung2 kalinya, SMILEYKIDZ ingin menganjurkan
ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.


Gambar yang menjadi pilihan ibu Ashiilah seperti yang di bawah. Semoga ia juga menjadi pilihan juri...:)


Nama Si Comel : Nurul Ashiilah Bt Mohamad Sabri
Umur : 8 Bulan 2 Minggu pada 31 Okt 2009

Hadiah yang ditawarkan adalah:
Pemenang Utama x 1 org:
Outdoor fotografi selama 1 jam
~unlimited shots~
~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

Pemenang sampingan x 2 org:
Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

So apa tunggu lagi???
Sertai online contest ini sekarang. :)

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda - ok
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - ok
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda - ok
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai. - ok
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya. - ok
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .- ok
  • AMARAN: no link back will be disqualified - noted
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini. - ok
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di link ini.

Otoman 'beranak' lagi...

Koleksi Ultraman anakanda Amrullah..













Korang nampak tak yang otoman dah mula 'beranak' kat umah aku. Ni semua gara-gara en.Abah beli otoman betina (yang besor tu). Tu yang beranak banyak tu. Mak otoman tu pun dah bocor ckit sekarang tp tak dapat dikesan bocor kat mana. Jenuhla ibu tiap kali mak otoman tu lembik, anakanda suruh pam. Sejak tu, dari sehari ke sehari bilangan otoman bertambah di rumah aku. Yang gembira pastinya anakanda Amrullah. Aku pun gembira gak, bahagian 'mengugut'. Kalau anakanda tak nak makan, aku ugut nak buang otoman dia, nescaya abis dimakan nasi tu..hehe..aci ker? Sekarang dinasor ngan toyol digi dah di'cap' sebagai raksasa. Tu yang kalau susun kene letak skali. Kira satu korum la tue. Takpelah, asalkan anakanda bahagia, abah ibu tumpang gembira. Semoga anakanda sentiasa gembira dan ceria selalu. AbahIbu sentiasa menyayangi anakanda2. Jangan nakal-nakal ye...muarhhhhh

Thursday, October 29, 2009

Cutest Baby In Walker Contest

Cutest Baby In Walker Contest


Assalamualaikum,
Nampaknya makin rancak blogger-blogger menganjurkan contest online ni. So aku seperti biasalah, penyertaan last minute lagi. Tak sempat la nak buat n3 awal-awal, tp nak join gak..hehe..boleh kan..jangan mare. Moh kite pakat meriahkan majlis.. Contest Cutest Baby In Walker ini dianjurkan oleh ometomei aka orked.

Nama Si Comel : Nurul Ashiilah Bt Mohamad Sabri
Umur : 8 Bulan 2 Minggu pada 31 Okt 2009

Masa ni Ashiilah tengah cuba untuk melepaskan diri dari duduk di dalam walker. Mintak simpati ibu suruh angkatlah tu. Anakanda ni tak berapa suka duduk dalam walker, kejap jer mulalah berbunyi. Tidak seperti abang dia dulu. Biasalah lain anak lain ragamnya. Layan...

Pendapat tentang walker
Saya pun pernah juga buat research tentang walker ni tahun lepas. Masa tu baru nak beli walker untuk anak pertama. Macam-macam pendapat pernah saya baca. Dan ada juga pendapat ada yang menyatakan walker ni kurang sesuai kerana ia boleh skip perkembangan baby secara normal,bahagian pinggang ke bawah tak kuat sebab ada bantuan dari walker. Tapi secara peribadi berdasarkan pengalaman sendiri, walker ni dapat membantu anak berdirikari, kerana mereka boleh bergerak sendiri. Sebagai surirumah ia juga dapat memudahkan saya dalam membuat kerja seharian. Namun kita perlulah sentiasa memantau pergerakkan anak kerana walker ni agak laju, takut anak terbabas ke mana-mana. Takut juga kalau anak kita pergi ke tempat yang mempunyai barang bahaya dan mencapai barangan tersebut. Pemilihan walker juga penting untuk memastikan anakanda selamat. Pilihlah walker yang bertayar banyak (direkoman/diberi tips oleh staff Anakku) untuk mengelakkan walker mudah terbalik bila anak kita turun dari satu aras ke aras lain. Belilah walker yang agak stabil supaya bila dipijak/dipanjat ia tidak mudah terbalik. (Abg ashiilah rajin benor memanjat walker ni) Ini kerana walker adalah objek ringan. Berdasarkan ciri-ciri itulah kami membeli walker yang digunakan anakanda sekarang. Alhamdulillah semua selamat.

Bermula 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009
Kepada kengkawan blogger yang sudi nak join..ape tunggu lagi…jom join same..
3 pemenang
akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.
Hadiah menarik dan istimewa akan diterima oleh pemenang


Syarat Penyertaan • Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda. - ok
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun - ok
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - ok
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker - ok
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)
- ok
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - ok
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. - ok

Saturday, October 24, 2009

Streamyx oh.. Streamyx

TMNet Oh.. TMNetAdus..tak abis lagi masalah line internet kat tempat kita ni. Lepas satu, satu.. Dahlah support pun cam 'yang ado jer'.. Kata peneraju teknologi. Acu cuba try test banding teknologi internet kita ngan negara Korea? Janganlah wat perbandingan ngan negara eehhmmxx. Ambiklah contoh terbaik kalau kita nak jadi di antara yang terbaik. Geram gak esei di buatnyer. Ni nak story skit, bukan nak menjatuhkan mana-mana pihak, sekadar pengajaran dan pembelajaran kepada 'mereka' yang nak belajar . Baru ni line internet rumah kong. Paling tensen skali hubby ku la. Dia mana leh wat kerja klau takde internet. So dia pi la buat aduan kat telekom pasal streamyx kat rumah takleh access internet. Hubby dah kata port telekom rosak rasanya coz line telefon ada. So dorang kata paling lewat 2 hari, coz nak kene siasat dulu baru ambil tindakan. Okla, 2 hari hubby ku terima. Hari ketiga masih tiada khabar berita. Hubby dah berbulu. Selalu sangat wat 'janji-janji manismu' dorang ni. Langkah seterusnya perlu diambil. Hubby pun watlah aduan kat BPA (Biro Pengaduan Awam). Test skali berfungsi ker tak BPA ni. Takut indah khabar dari rupa. Pagi buat laporan ke BPA, petang tu call slalu orang TMNet. Rupanya pihak BPA dah menyusul masalah ni kat dorang. Kira BPA bukan sekadar indah khabar jerla. Pihak TMnet yang call pun cakap 'lembut mak oii'. Klau dari hari tu camni kan bagus. Baru la orang respect. Esoknyer pepagi wakil tmnet dah datang rumah, check. Hubbyku dah cakap port dorang rosak tak caya nak gak check. Lantak korangla, janji masalah ni diatasi dengan segera. Lepas check pakcik tu pun bgtau, port kitorang ni masalah. (kan esei dah khoba tak cayo, inget esei ni buta teknologi sangat ko). Tak lama pastu, dorang call lagi, suruh check. Alhamdulillah, dah ok. Anyway thanks 2 pakcik streamyx. So pasni klau ada apa-apa masalah aku akan terus ke BPA, baru dorang ni nak bertindak, klau tak ambil lewa jer. Camno la nak maju. Bukan nyer kite guna free. Bayar tau, full payment lak tu. Bukan ada discount pun. Korang pklah sendiri..

Monday, October 12, 2009

Raya Puasa 2009

Raya EidilFitri 2009



Akhirnya post jugak n3 tentang raye tahun ni. Syawal pun dah abis. Tp tkpe, bukan blog orang lain pun, blog sendiri. Kat atas tue antara gambar yang di'snap' di hari raya. Raya tahun ni tak banyak beza dengan raya-raya yang sudah. Kami masih lagi berpagi raya di Klang. Malam tu terus bertolak balik ke Terengganu. Cuma yang berbeza ckit, malam raya aku masih di rumah (tuntutan kerja en.Abah ), kalau sebelum ni malam raya kat umah mak di Klang. So tak dapatlah merasa suasana hingit-bingit mak budak, anak budak membuat persiapan terakhir. Dan selalunya emaklah orang yang paling cbuk skali. Jom layan jelah gambar tue...:D

Contest wansteddy: love teddy bear.

Contest wansteddy: Love Teddy Bear.


Assalamualaikum kepada pengunjung blog ku. Nampaknya aku masih di dalam mood contest lagi. Mengatasi mood n3 raya nampaknyer.. Jangan mare. Contest kali nie cam cute jer bunyi coz melibatkan teddy bear. Sememangnyer aku ni peminat teddy bear. Tu yang semangat lebih..kuikhiik:P. Contest wansteddy: love teddy bear ini di anjurkan oleh MummyAliya aka wansteddy. Penyertaan last minute lagi. Nasib baik MummyAliya kata masih sempat. Leh la aku join contest lagi..heheh..:) Contest jangan tak contest. Kali ni gambar anakanda Ashiilah dipertaruhkan. Aku suka sangat tengok gambar ni. Kenapa? ....bersambung

..(untuk memenuhi syarat no.7)..sambungan..
Aku suka sangat gambar ni kerana anakanda Nurul Ashiilah nampak gembira sangat-sangat. Tengoklah senyuman anakanda, sampai ke telinga. Tapi takde gigi, nampak gusi jer...:D Agaknya Ashiilah geli digeletek dek teddy bear tue kot. Betullah orang kata, kalau ada masalah tengoklah baby. Tiap kali bila aku tengok gambar ni, dengan ibu Ashiilah terasa kegembiraan anakanda. Tenang rasa di hati. Hilang segala masalah. Semoga anakanda setiasa hidup di dalam ketenangan dan kegembiraan. Muarhhhhh tuk anakanda..


Syarat-syarat wansteddy contest....


1. Jadi follower wansteddy. - done

2. Taruk link blog wansteddy kat bloglist anda. - done

3. Tepek banner contest wansteddy kat sidebar blog anda. - done

4. Sediakan satu n3 yang bertajuk contest wansteddy: love teddy bear. - done

5. Adakah anda meminati teddy bear? Berikan jawapan ya atau tidak. - Ya

6. Tepek gambar mana2 gambar anda atau ahli keluarga anda yang paling anda sukai. Tak kisah la gambar masa kecik mahupun gambar terkini. Pastikan gambarnya jelas. Anda dialu-alukan meletakkan gambar bersama teddy bear (tiada paksaan). - done

7. Ceritakan kenapa anda sukakan gambar tersebut.- done

@ Si Comel Berbaju Raya Contest

@ Si Comel Berbaju Raya Contest


Nampaknya entry kali ni bercontest lagi ibu Amrullah dan Ashiilah ni. Sejak menceburi 'bidang contest' ni asyik rasa gatai tangan jer nak join. Biaq tak pernah menang pun. Kuikuiikui..:D. Takpe, semangat tuk join memeriahkan suasana tu yang penting. Hehe..:P. Contest Si Comel Berbaju Raya ini dianjurkan oleh BabyIbu. Ada 2 kategori, Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls). Kali ni aku try join kedua-dua kategori. Mana tahu ada rezeki anakanda. Contest ini disponsor oleh Gin & Jacqie,Sherry, eoe Online, leanalittleshop, TH , Mia dan Niko Tapi anakanda tkdelah gambar posing proper ngan baju raya. Harap-harap BabyIbu masih leh terima pakai gambar-gambar di bawah ni.

Kategori A (Boys)

Nama : Ahmad Amrullah B. Mohamad Sabri
Umur : 2 tahun 2 Bulan

Tahun ni anakanda Berbaju Melayu Johor. Tema Biru. Beli siap jer masa balik Kuala Terenganu aritu. Gambar di ambil di dalam kereta, on the way balik ke Besut,Terengganu dari Kuala Terengganu. Tengoklah siap berbekalkan kuih raya lagi. Masa ni ibu nak minta ckit kuih bijan tu tapi anakanda Amrullah tak kasi, tu yang muncung jer tu mulut. Kuih peberet ibu tue.

Kategori B (Girls)


Nama : Nurul Ashiilah Bt. Mohamad Sabri
Umur : 7 Bulan 3 Minggu

Ni lak gambar Ashiilah masa tengah tunggu ibu bersiap. En.Abah yang snap gambar ni. Biasalah anakanda2 dan abah siap dulu, ibu siap kemudian. Agaknya apalah yang difikirkan Ashiilah tue. Tengah duk berkira-kira duit raya yang bakal diterima kot. Almaklumlah, ni kan kali pertama Ashiilah menyambut raya. Baju tue dijahit oleh nenek Ashiilah. Terima Kasih nenek. Terima kasih daun keladi, tahun depan jahitkan lagi leh....:D

Sebagai hiasan... Ni la di antara aksi dua beradik di dalam kereta sebelum sampai Besut. Senang hati ibu bila tengok si Along dah panda jaga si Adik. Kalau dulu along jeles-jeles, sekarang dah leh jadi kawan bermain. Layan...


Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
  • Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
  • Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda-done
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini - done
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda - done
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) - done
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - done
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified) - done
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.- done
  • Klik sini untuk Q &A

Hadiah

Bagi Kategori A:

Hadiah Pertama
-Casual Meg daripada Gin & Jacqie
-Necklace by S daripada Sherry
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko: Silver shopper (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Bagi Kategori B:

Hadiah Pertama
-Colorful Sally daripada Gin & Jacqie
-Pretty Birdie Earrings daripada Niko
-120 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online
-RM30 Gift Card daripada leanalittleshop

Hadiah Kedua
-Reversible gemstone ring imported from US daripada TH
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-80 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Ketiga
-Eyeko badges and postcard set (imported from UK) daripada Mia
-RM10 Gift Card daripada leanalittleshop
-40 pieces of 4R photo prints daripada eoe Online

Hadiah Misteri
Terdapat hadiah misteri khas untuk referrer terbanyak sepanjang tempoh contest (diadili guna Google Analytics)..more info

Aksi Di Aidilfitri Contest

Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest.

Assalamualaikum kengkawan. Dah lama benar umah maya ni aku tinggalkan..bagi rehat ..cuti raya. Mula-mula ingat nak buat entry tentang raya. Alih-alih terbuat entry tuk contest lak. Konon-konon tengah pilih gambar tuk entry rayalah, skali ternampak gambar kat bawah ni. Rasa macam sesuai jer untuk contest yang dianjurkan oleh miela77 ni. Tu yang layan contest dulu tue. Hehe..Alasan..alasan.. Boleh ghitu.:) Jomla kita pakat join
Miela77 Aksi Di Aidilfitri Contest ni ramai-ramai. Bagi memeriahkan suasana.. Moh kite...


Ni la gambar yang telah menjadi pilihan aku.

Gambar ni di ambil di pagi raya baru-baru ni, Raya Eidilfitri 2009. Sesi bergambar selepas sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Aku memilih gambar ini kerana nampak "happy" jer dengan pelbagai telatah anak-anak/cucu-cucu bersama atuk dan nenek mereka. Ini adalah sesi bergambar di antara atuk nenek/ ibu dan abah ku bersama cucu-cucu, seramai 18 orang semuanya. Cukup susah nak suruh anak-anak kecil ni berkumpul. Tengoklah, ada yang nak menangislah, ada yang ketawa, ada yang bermuka serious, ada yang cuba melepaskan diri, ada yang tak nak masuk 'korum' dan tak ketinggalan jugak yang tengah duk berposing control ayu & macho. Atuk nenek tak kering gusi ketawa, sampai terkeluar air mata. Takpelah, yang penting kesemua 18 wajah comel cucunda-cucunda dapat dipotretkan bersama atuk dan nenek walaupun dengan pelbagai aksi dan keletah. Ni ada 2 orang lagi adik aku tak kahwin, makin meriahlah suasana nanti. Gambar ini patut dipilih sebagai pemenang kerana gambar yang spontan tapi penuh bermakna. Hanya dengan melihat gambar ini, pasti membuat anda tersenyum. Sesekali berkumpul dah besar rupanya keluarga Hj.Nordin ni. Dari suasana syahdu, berair mata kesedihan kepada suasana air mata gembira. Itulah uniknya Syawal, sedarkah kita. Syukurilah ia..

Produk UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal
Sebenarnya aku pun baru mengetahui tentang kewujudan produk ini. Terima kasih kepada miela77 kerana telah memperkenalkan produk Antivirus Formula Bio-Tech Herba ini kepada aku secara tidak langsung. Ia menarik perhatianku untuk membuat research tentang kelebihan produk ini. Terutamanya apabila ia menyatakan yang produk ini suci dan asli. Selain dapat mengubati pelbagai jenis penyakit seperti H1N1 (ini yang penting), demam, selsema, sakit tekak, batuk, sesak nafas (ini kerana ia boleh meningkatkan kadar oksigen dalam tubuh), ia juga dapat berfungi sebagai penyah toksik dalam badan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk melancarkan sistem perjalanan darah dan sistem penghadaman. Ia juga dapat meningkatkan kadar imunisasi tubuh kita. Secara tidak langsung, apabila kadar imunisasi tubuh kita meningkat, ia dapat mencegah kita dari mudah dijangkiti penyakit dan menyembuhkan luka dengan cepat. Ia kerana sel kulit dapat bertindak dengan pantas. Satu lagi, produk ini bagus kerana ia sesuai untuk semua peringkat umur, dari baby sehinggalah dewasa/tua dan mudah ia digunakan. Memang berbaloi-baloi..

Apakah Syarat-Syaratnya?


Pertama : Uols perlulah menjadi follower Miela77 dan mesti add http://miela77.blogspot.com/ kat link kengkawan uols. - done

Kedua : Uols perlu copy banner diatas dan tepek kat entri dan sidebar uols dengan linkback ke blog daku. - done

Ketiga : Buat entri dan Uols tepeklah gambar Aksi Di Aidilfitri yang paling spontan dan cerita ttg aksi tersebut. Tak kisahlah aksi macam mana dan zaman bila janji spontan dan mencuit hati sesiapa yang melihatnya. Kemudian, beritahu daku kenapa uols perlu dipilih sebagai pemenang. - done

Keempat : Ceritakan apa yang uols tahu tentang Produk UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal. Penceritaan yang kreatif akan meraih markah bonus. - done


Hadiah Tambahan


Kelima : Sekiranya anda membeli UK Antivirus Formula Bio-Tech Herbal bernilai RM57, anda layak dinilai berasingan dan mendapat hadiah tambahan bernilai RM40 yang berupa produk UK Antivirus dan Bio Aura. Hanya perlu nyatakan nombor track Pos Laju yang uols dapat semasa penghantaran didalam entri uols sahaja. Pada yang belum membelinya, uols boleh order dan automatik uols layak untuk dinilai bagi hadiah tambahan ini. - note

Keenam : Sila tinggalkan komen di kotak komen entri ini dengan menyertakan link entri uols dan email address. - done

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''