Showing posts with label Aqiilah. Show all posts
Showing posts with label Aqiilah. Show all posts

Thursday, August 1, 2013

Anakanda Aqiilah 6 bulan

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Assalamualaikum..
  My little princess, Aqiilah..bulat-bulat

Lama sangat dah tinggal rumah maya ni. Tak ber'kemas' dah rumah ni. Banyak la memori-memori yang tak disimpan di rumah ni. Sebelum memori ibu corrupt, baik la ibu rekodkan perkembangan anakanda Aqiilah sikit. Sekarang anakanda Aqiilah dah memasuki usia 6 bulan. Pada usia 5 bulan anakada Aqiilah dah tumbah gigi bawah 2 batang. Berat 7.4kg. Suka main air liur sampai sekarang. Sampai la ni pun dua batang tu je ada. Sejak ada gigi ni suka benor menggigit. Gatai gusi kot. Sekarang anakanda dah mula maju ke depan. Dah angkat-angkat badan. Nak belajar merangkak kot. Memandangkan Aqiilah dah 6 bulan, ibu cuba letak Aqiilah dalam walker tapi dia tak mau. Asal letak dalam walker je menangis. Tak tau la kenapa. Dan yang pasti semakin manja. Dah mula tak nak dengan orang. Itu membuatkan ibu bertambah 'terhad' pergerakkan. Maka akan bermulalah episod 'ibu membuat kerja rumah sambil mendukung anak'. Hanya surirumah yang pernah mengalaminya sahaja yang faham keadaan itu. Makin slim la ibu yang sememangnya dah slim ni. Huhu.. Manja abg Amir pun tak abis lagi. Ya Allah berilah aku kekuatan..tingkatkanlah kesabaranku. tetapkan imanku..

Masih sempat lagi rasanya ibu nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan selamat membuat persiapan raya..

Tuesday, April 30, 2013

Aqiilah 3 bln

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, hari ni anakanda suntik untuk 3 bln. Actually aqiilah 3 bln pada 27/4 baru ni, tapi lewat ckit pi klinik. Berat anakanda 5.9 kg dan panjang 58cm. Alhamdulillah, dr check semua perkembangan anakanda normal seperti usianya. Dr kata anakanda 'sihat' dan aktif.  Tengokla peha aqiilah,sihat.. berketul-ketul.hehe. Anakanda siap ajak dr bercakap lagi masa dr check + urut-urut aqiilah. Sekali dalam senyum-senyum tu dr inject la pulak. Cabut je jarum..wwwaaa ..meraung.  Tapi kejap je. Dapat upah susu ibu senyap la.
Anakanda Amir pun check sekali coz demam. Baru demam semalam, balik dr rumah org kahwin. Ibu ingat sebab kene hujan semalam. Tak nk makan, taknak susu. Berak pun air je. Semalaman ibu dan abah tak tidur. Asyik merengek. Lapar kot..sian ibu tengok. Dr kata demam sebab tonsil. Dah merah dah, tu yang taknak makan minum tu. Dr kata telan air liur pun sakit. Semoga dengan izin Allah + ubat yang diberi, anakanda Amir cepat sempuh. Sedih je muka tuan empunya badan bila demam. .Sian anak ibu. Sabar ye syg..Allah sayang sebab tu Allah uji. Allahuakhbar.

Tuesday, April 2, 2013

Aqiilah 2 bulan


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


29/3/2012, jumaat lepas anakanda aqiilah menerima suntikan imunisasiuntuk 2 bulan. Masa 1 bulan haritu anakanda tak ambil suntikan coz sekarang imunisasi HepB(2nd dose) disekalikan dengan imunasasi2 (DTP, HIB, POLIO) yang perlu diambil untuk 2 bulan bagi dose pertama. So kuranglah sekali kene inject. Tu pun dah lewat sikit. Sepatutnya 27/3 tapi masa tu kami di kampung. Berat Aqiilah 2 bln ialah 5.32kg. Masa anakanda check 1 bln haritu berat aqiilah 1bln ialah 4.02kg. Mula-mula anakanda senyum-senyum je masa dr check kulit dan suhu. Lepas kene inject Wwwaaaa.. 'Marahnya dier. Siap jetak-jetak(tendang-tendang) kaki yer' kata Dr. Kejap je dah 2 bln anakanda. Perkembangan anakanda buat masa ni Aqiilah dah sengetkan badan. Dalam usaha nak meniarap la tu. Selalunya bila badan aqiilah dah senget sebelah, kakak akan tolong (tanpa diminta) tolak bagi meniarap..hehe.. Paiti..Paiti. Ibu doakan semoga anakanda terus membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang solehah. Insyaallah..
Saya kene cucuk..

Friday, February 15, 2013

Tahnik, Aqiqah n Cukur Jambul Anakanda Aqiilah


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


Tahnik atau yang dikenali dengan belah mulut terhadap bayi merupakan salah satu daripada ajaran Nabi kita yang dilakukan sejurus selepas bayi dilahirkan. (Search di google utk maklumat lanjut). Tahnik anakanda Aqiilah dilakukan pada hari ke7 oleh enAbah. Kemudian pada hari ke 14 kami membuat majlis aqiqah dan cukur jambul anakanda pula. Alhamdulillah selesai sudah majlis aqiqah dan cukur jambul anakanda Aqiilah. Majlis dibuat sederhana di rumah nenek di Klang. Aqiqah dilakukan pada sebelah pagi manakala majlis cukur jambul dibuat pada sebelah malam selepas maghrib. Daging lembu aqiqah dimasak secara bergotong-royong dari kalangan ahli keluarga dan jiran tetangga. Kali ni enHubby menunjukkan skill memasak daging gulai kawah. Siap import rempah gulai kawah dari kuala krai. Tq Acu. Nasib baik Acu praktikal kat sana. Aculah yang tolong belikan rempah gulai kawah sebelum balik. Plan last minute..hehe. Thanks a lot to makTeh coz sponsor cup cake coklate. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga anakanda Aqiilah dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Menjadi Anak yang solehah, tetap iman di dada. Kalau ada kurang sana sini harap maaf ye. Biasalah manusia kira lebih kurang la ye..  Fasa berpantang ibu masih belum selesai..Paiti

Aayan Jan Bilal dan Aqiilah..Sepupu. Beza umur mereka 1 bulan. 
Aayan dilahirkan pada 27/12/12 manakala Aqiilah 27/1/13

Adat di sini, mula-mula Aqiilah dibawa pusing ahli jemaah sekali. Pusingan kedua baru jemaah mula menggunting rambut.
 Terima kasih semua..

 Pic 1 : Kak Tina mendukung Aqiilah. Bday Kak Tina 26/1, sehari sebelum Aqiilah. Walaupun pada 26/1 ibu dah rasa sakit, nampaknya Aqiilah tak nak sama tarikh dgn kakTina agaknya..Jangan Marah. 
Pic 2: Umar Farhan, anak saudaraku.. kusyuk membaca doa sampai orang dah amin pun dia tetap menadah tangan..Peace..   





Monday, February 4, 2013

Tanggal Tali Pusat

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي


2 Feb 2013, tali pusat anakanda Aqiilah dah tanggal. Mesti anakanda rasa lebih selesakan. Kalau tak rasa ada benda je kat atas perut tu. Pusat anakanda pun tengok kering elok. Sekarang proses nak bersihkan pusat anakanda sikit-sikit. Bila tali pusat tertanggalkan, pusat macam ada taik pusat orang kata. Kene bersihkan sikit-sikit. Harini pi check kuning anakanda. Biasalah bila nurse gomen datang check, nampak kuning sikit suruh check darah. Kami pi klinik pakar kanak-kanak je. Dr tu tengok kulit, kata sikit je ni. Tak check darah pun takpe. Tapi biasalah gomen, nurse tu suruh juga ambik  bacaan. Tu la masalahnya, klau tak report kelahiran kat klinik kesihatan gomen, dia bising, suruh report. Bila dah report macam-macam la nak nyer. Alhamdulillah, kuning anakanda 128 so dr kata tak perlu check lg. Rendah je ni..Kalau tak kesian anakanda asyik nak kene cucuk ambik darah.. Anakanda Amirrullah pun dah mula nak datang kat adik dia. Nak cium lah..peluk lah. Siap nak angkat pulak. Ish..ish..

 Sayang adik Aqiilah..

First time dapat snap gambar aqiilah senyum..gembira ye tali pusat dah tanggal.

Friday, February 1, 2013

Kelahiran Anakanda Aqiilah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Beberapa minit selepas kelahiran.

NURUL AQIILAH BT MOHAMAD SABRI.

Alhamdulillah, ibu telah selamat melahirkan ahli keluarga baru kami. Seorang bayi perempuan seberat 3.30kg telah dilahirkan ke muka bumi ALLAH ini jam 0958, pada 27 Jan 2013 bersamaan 15 RabiulAwal 1434H.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Anakanda dilahirkan secara normal. Tanpa jahitan. Seperti yang lain-lain juga..natural. Walaupun semasa baby nak keluar tu dr beritahu tali pusat baby terbelit di leher, dengan kuasa Allah semuanya dipermudahkan. Satu kelainan melahirkan kali ini ialah anakanda keluar kepala sekali dengan sebelah tangan. Tangan kecil itulah yang telah meleraikan tali pusat yang terbelit dilehernya. Subhanaallah.. Jika Tuhan telah berkehendak. Maka jadilah. Dr yang menyambut kelahiran  anakku ini juga tak putus-putus membaca doa agar dipermudahkan segalanya. Thanks to Dr.Asmah from Hosp. Pakar Senawang (SALAM).  Semoga anakanda membesar dengan sihat dan sempurna, menjadi anak yang solehah dan sentiasa berada dalam keredhaanNya.


Kehadiran anakanda Aqiilah sememangnya ditunggu-tunggu oleh abang2 n kakak. Doa kakak nak adik girl telah dimakbulkan. Terpancar kegembiraan di wajah anakanda Ashiilah. Awal-awal lagi dah cop..'Ni baby Nurul'.katanya. Cuma anakanda Amirrullah je macam merajuk kot. Tak berapa nak datang kat adik barunya ni. Yela, br berusia 19bln dah dapat adik. Tak puas manja lagi kot. 


Terima kasih kepada cikEmi coz menjaga anakanda3 sepanjang ibu n abah di hospital. Actually day 3 minggu cikEmi standby kat rumah tu..thanks a lot. Thanks a lot to my beloved , enHubby yang sentiasa berada di sisi ibu sehingga saat melahirkan. Maaf jika sepanjang proses mengandung ada perangai ibu yang tak menyenangkan. Terima kasih coz sanggup melayan kerenah ibu sepanjang proses mengandung. Terima kasih di atas doa-doa abg. Love u much sayang.. Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang sekali lagi mengalami kenangan terindah sebagai ibu. Sesungguhnya aku tidak pernah lupa saat-saat melahirkan keempat-empat anakku ini. Kini merekalah permata hidupku...kekuatan ku. Aku berdoa semoga ikatan kasih sayang di antara kami sekeluarga semakin kuat dengan kehadiran anakanda Aqiilah..We love u..Nurul Aqiilah ♥ 

Pic Aqiilah dari hari 1 - hari ke5

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''