Friday, December 26, 2008

Salam Awal Muharram

Awal Muharaam @ Maal Hijrah
























Dengan kefahaman yang serba dhaif memang tidak saya ketahui satu nas, sanad mahupun isytisyhad (contoh dan dalil) yang qat'ie (pasti dan jelas) bahawa membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah adalah perlakuan Baginda saw ataupun dari para sahabat dan tabi'in. Kalau ada pun cuma satu rujukan hadis yang tiada nama sanad perawinya iaitu amalan yang disunatkan pada bulan Muharam.

Tetapi apabila saya merujuk kepada riwayat Wahab bin Munabbih iaitu kisah Baginda Rasulullah saw. bersoal jawab dengan Iblis laknatullah’alaih terutamanya pada soalan 37 dan 38, lain pula kisahnya.

Wahab bin Munabbih yang wafat pada tahun 114 Hijrah adalah seorang ahli ilmuan Islam yang terkemuka. Meninggal dunia di Sanaa dan telah dianggap oleh penduduk Sanaa sebagai Hujjah Fi Al-Quran

Berikut saya sisipkan soal jawab Baginda saw. dengan Iblis laknatullah’alaih perenggan 37 dan 38.

(37) Nabi Muhammad saw. bertanya: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa akhir tahun bagaimana keadaan engkau?”

Maka jawab Iblis laknatullah’alaih: “Hamba telah bersusah-payah mengoda umat Muhammad sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa ayang sedikit sahaja, maka lemahlah hamba lalu hamba sapukan dengan tanah. Betapa celaka dan malangnya diriku dengan kerugian dan hambapun berpaling pergi

(38) Nabi Muhammad saw. bertanya: “Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun bagaimana keadaan engkau?”

Jawab Iblis laknatullah’alaih: “Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa yang membaca doa awal tahun ini Allah memerintahkan kepada dua malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan dituliskan kebaikan dan kebajikan di dalamnya kerana orang itu membaca doa ini

Dari riwayat di atas, maka serba sedikit dapatlah disimpulkan bahawa memang adanya bacaan doa akhir dan awal tahun Hijrah berserta fadhilat dan ganjarannya yang mampu menghapus buku amalan dosanya. Tetapi sukacita saya mengingati diri saya dan juga sahabat, bahawa ini bukan bermakna kita boleh melakukan dosa-dosa kecil dan besar kemudian dihapuskan dengan sekadar membaca doa akhir dan awal tahun Hijrah.

maklumat dari bacaan menerusi http://www.tranungkite.net sebagai panduan kita bersama.


.

31 Minggu...

New Baby..31 Minggu @ 7 Bulan lebih


Dua hari lepas aku pi check-up baby lagi. Sepatutnya date untuk aku check-up 10/12, tetapi memandangkan kedaaan tak mengizinkan terpaksa ditunda 2 minggu. Yela..mula-mula Amrullah demam seminggu, lepas tu abahnya lak deman, pastu Amrullah lak naik campak. Sampai aku sendiri pun rasa nak demam, badan letih jangan cakapla. Tapi ku gagahkan juga, kuatkan semangat. Kalau tak siapa lagi nak urus rumah tangga ku ni. Demi suami dan anak tercinta, segala penat lelah, sakit tubuh aku letak jauh-jauh, supaya aku kuat demi menjaga keluargaku.

Tapi yang tak syok nyer, bila pi check jer, kene bebel la pulak ngan nurse-nurse yang meng'check' aku. Berbulu gak aku, bukan aku sengaja, aku wat 'dono' jer la. Kalau dijawab makin menjadi lak nanti, baik aku diam. Alhamdulilla, kali nie keadaan aku semakin baik. Tekanan darah, hb blood, berat badan, baby semuanya dalam keadaan baik walaupun aku agak kurang rehat seminggu dua ni. Aku pasti ada hikmah disebalik dugaan yang ku hadapi. Dah tak lama jer lagi rasanya dekat dah dengan due date baby nak kuar. Bertambah dup..dup..dupp lak rasa. Doakanlah saya agar segala selamat.. Insyaallah..

.

Tag

Tag dari Mama Lily

Ni gambar kenangan dolu-dolu..
Nak menyambut tag lily dier dah tanya dah...sabor-sabor...
Anakanda deman tak sihat-sihat lagi..so agak susah untuk ku meng'update' blog ku nie..

Harap Mama Danish berpuas hati..:D























1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...
2. pada yang belum berkahwin plak, postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri...contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawan baik ker,artis populer ker..tak kiralah, asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...
3. jangan edit2 tau gambar2 tue..
4. kalau banyak postkan gambar2 lagi baguih
5. o.k tu jer,senangkan...then forwardkan ler tag nie pada 5orang yg anda rasa patut diforwardkan..k, selamat menjawab tag...

so yang menjadi mangsa aku untuk tag kali ini ialah...
Wid (tak penah pun tengok gambar kahwin wid)
Ct Fatimah-Kuyu

Walida
Ummuwafi

Maslin

.

Monday, December 15, 2008

Tahniah... Kak Ummuwafi

Tahniah Kak Ummuwafi dengan kehadiran anak ketiga.



Tahniah untuk kak Ummuwafi di atas kelahiran puteri keduanya yang tak mau kuar-kuar tue. Alhamdulilla semuanya selamat. Fichita selamat dilahirkan secara normal pada 10 november, 4.27 a.m. Berat 3.61kg, 51 cm panjang (maklumat n gambar dr uamh kak ummuwafi,jgn mare..:D). Semakin berkembangla ahli keluarga akak, mesti bertambah meriah kan. Seronok bila tengok kenalan-kenalan yang dah selamat melahirkan baby yang comel-comel lak tue. Baby dalam perut ni pun macam tak sabarjer nak kuar.. heheh.. :D. Kami sekeluarga mendoakan semoga akak n baby sihat. Masih dalam pantang lagi kan. Mmuuarrhh untuk baby..

.

Wednesday, December 3, 2008

Selamat Hari Raya Korban

Salam Eidul Adha


Tidak lama lagi semua umat islam di muka bumi ini akan menyambut Hari Raya Haji @ Raya Eidul Adha @ dikenali juga sebagai hari raya korban. Esok lusa kami sekeluarga dah nak balik selangor. Tahun ni beraya di Selangor. Raya kedua baru balik Terengganu. Itupun kalau tak banjir. Hehe.. Kepada semua pengunjung blog ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji. Maaf jika ada salah dan silap yang tidak disedari. Kepada yang balik kampung, berhati-hati ketika memandu.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengertian korban hasil research saya di internet..

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah."
Al-Kautsar:


Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Terdapat banyak keistimewaanibadah korban ini. Antaranya ialah Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.

Kepada ummat Islam yang telah cukup syarat haji, bolehlah menunaikan Ibadah Haji ke Baitullahilharam.


video

Video ni masa family hubby ku buat ibadah korban tahun lepas.

Jumpa lagi..:D



Monday, December 1, 2008

Adab Menyambut Kelahiran

Adab Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam

Disebabkan sekarang ni ramai benar kawan-kawanku yang mendapat cahaya mata, di sini aku ingin berkongsi maklumat yang kuperolehi hasil carian ku di internet. Semoga dapat menjadi panduan untuk ku dan teman-teman.

Terdapat adab-adab dalam Islam bagi ibu-bapa yang menyambut kelahiran cahayamata. Selain daripada menunaikan kewajipan sebagai ibu bapa Muslim, ia juga sebagai satu cara menunjukkan kesyukuran di atas anugerah Allah.

Ucapan Tahniah

Ucapan tahniah wajar diberikan kepada mereka yang mendapat cahayamata kerana ia boleh menimbulkan perasaan kasih sesama muslim.

Digalakkan juga mendoakan buat anak tersebut sebagaimana yang dianjurkan oleh seorang ulama’ iaitu Hasan al-Basri : Moga diberkati anak itu, dan kau pula mensyukuri Tuhan Pemberi, dan kau akan dikurniakan ketaatannya apabila dia besar nanti.”

Doa lain ialah : Aku memohon keselamatan untukmu dengan berkat kalimat Allah yang sempurna, daripada segala syaitan yang membuat kebinasaan dan dari segala pandangan mata yang dengki.

Azan dan Iqamah

Seelok-eloknya bayi diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya sebaik sahaja ia lahir. Orang terbaik yang melakukannya ialah bapanya.

Rahsia azan dan iqamah ialah supaya kalimat pertama yang didengarinya adalah seruan mulia membesarkan Tuhan dan kalimah syahadah.\

Tahnik

Tahnik dilakukan dengan mengunyah sedikit kurma sehingga lembut dan memindahkan sedikit airnya ke lidah anak yang baru dilahirkan dan jari digerakkan ke kiri dan kanan dengan lembut meliputi keseluruhan bahagian dalam mulut bayi. Ini dapat merangsang deria rasa dan menguatkan urat saraf bayi. Orang yang paling baik melakukannya adalah orang-orang yang soleh dan berilmu. Dan hendaklah ia mendoakan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.

Dalil tentang tahnik ini disebutkan dalam beberapa hadis di antaranya.
Dari Abu Musa al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata. Ertinya : Lahir seorang anakku maka aku membawanya ke hadapan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam maka beliau memberinya nama Ibrahim. Beliau mentahniknya dengan kurma dan mendoakan barakah untuknya. Kemudian beliau menyerahkan bayi itu kepadaku.

Akikah, Bercukur dan Memberikan Nama Yang Baik

Dari segi syara‘, aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat yang disembelih ketika hendak mencukur rambut di kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Dalam mazhab Syafie, hukumnya adalah Sunat Muakkad (sunat yang sangat digalakkan). Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama ." (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Aqiqah dituntut bukan sahaja untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw, tetapi juga bagi melahirkan kesyukuran dan kegembiraan ibu bapa terhadap anugerah cahaya mata atau zuriat. Di samping itu ia juga merupakan latihan untuk umat Islam dalam melakukan sedikit pengorbanan.

Berkhatan/Bersunat

Berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan.

Berkhatan termasuk di antara amalan-amalan yang telah disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap hambaNya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Fitrah (sifat semulajadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim


.

Thursday, November 27, 2008

Tahniah Wid-IU

Tahniah Wid Dengan Kelahiran Baby Baru



Alhamdulillah, akhirnya kawannya yang duduk di Jerman, Wid selamat melahirkan baby barunya. Wid selamat bersalin baby girl seberat 3.01kg pada 23/11/08 jam 1.19pg waktu Jerman @ 8.19pg waktu M'sia. Akhirnya dapat gak Wid baby girl. Nama dia saya pu tak tahu lagi. Sebelum ni dah ada 2 orang prince, semoga makin berserilah rumah tangga Wid dengan kelahiran seorang princess pula. Zue sekeluarga mendoakan semoga Wid sihat almaklumlah duk berjauhan dengan keluarga kena banyak berdikari da bersabar. Nasib baik adik Wid datang, bolehlah bantu mana yang patut. Comel betullah baby Jerman ni, macam nak cubit jer..hehe:D. Take a very good care Wid.


.

Tuesday, November 25, 2008

Perjalanan dari Simpang Pulai -> Terengganu

Perjalanan dari Simpang Pulai ke Kuala Terengganu melalui Cameron Highland


Kat sini aku nak bagila panduan serba sedikit kepada sesiapa yang ingin ke Terengganu dari Simpang Pulai melalui Cameron Highland. Hopefully dapatla bantu mereka-mereka yang memerlukan... klau ada kekurangan tu harap maaf la yer. heheh :D.. especially chua yang me 'request'. Enjoy your journey.

Dari Simpang Pulai (ikut Simpang Pulai,jangan ikut Tapah) -> ke arah Cameron Highland -> Sampai Simpang 3 Cameron Highland, terus (jangan masuk Cameron Highland) -> Pos Blau -> jumpa Simpang 3 T, ke kanan -> Sampai jumpa Simpang 4 (sebelah kiri ada jambatan), ke kanan -> Jumpa Kompleks Polis Gua Musang (selepas Kompleks Polis ada simpang ke kiri, ke kiri) -> Landmark pertama: Sebelah kanan ada Petronas, terus -> Sampai Simpan T (ada trafic light), ke kiri -> Terus, ambil lane kanan -> Landmark kedua: Balai Bomba di sebelah kanan, terus -> Jumpa Sekolah (Selepas sekolah ada trafic light, ke kanan) -> Sampai Simpang Sg.Aring, ke kanan (Masuk Felda Sg.Aring) (anda akan jumpa Pos Pengawal Felda) -> Sampai Simpang yang besar, ke kanan (Jalan besar dan baru) -> Susur ke Tasik Kenyir (Kat sini anda akan jumpa Safari Gajah,bolehla singgah kalau nak) -> Sampai keluar jalan utama (Kuala Berang) -> Ke Kuala Terengganu (Kat sini dah ada label, ikut label ke Kuala Terengganu)

Panduan:
1. -> : terus
2. Kuala Berang tu dah masuk Terengganu la tu.


ps: kalau ada pembetulan, silalah bgtau.


.

Tuesday, November 18, 2008

Wasiat Allah S.W.T kepada Rasullullah S.A.W

Wasiat Allah S.W.T kepada Rasullullah S.A.W

Kali ni saya ingin berkongsi maklumat yang saya perolehi dari seorang rakan. Marilah sama-sama kita hayati.

Dari Nabi S.A.W. :- "Pada waktu malam saya di israkkan ke langit, Allah S.W.T. telah memberika
n 5 wasiat kepadaku. Antaranya :-

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu
kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan daripada makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada ku
asa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan solat tahajjud keran sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kpdku beberapa org tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T."

Lalu mereka berkata, "
Kami wasiatkan kepadamu 7 perkara, iaitu :"

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul k
hatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Sesungguhnya tiada yang lebih Esa dari Allah, Tuhan Sekalian Alam..
.

Monday, November 17, 2008

Best Western, Merang Suria Resort, Setiu, Terengganu : 2008

Best Western, Merang Suria Resort, Setiu, Terengganu, Malaysia.


Entry kali ni aku nak cite sikit sewaktu kami bercuti di Best Western, Merang Suria Resort, Setiu, Terengganu. Asal-asalnya kami ingin berehat di Bukit Kluang Resort, Besut tetapi takde bilik. So hajatnya nak ke Sutera Beach Resort sebab kolam dia cantik. Sewaktu perjalanan menuju ke sana kami ternampak label Best Western, Merang Suria Resort. So hubby ku pun ajakla berhenti di sana saja kerana kami belum pernah menginap di sana. Manalah tau makanan dan kolam dia best. Kami memang suka survey kolam dulu kalau pi mana-mana. Kalau kolam dia best kemungkinan nak sampai lagi tu adalah ..heheh.. Ini hanyala percutian hujung minggu sahaja. Saja nak rehatkan badan sambil hubby ku merehatkan 'mesinnya' yang asyik bekerja. Kami sampai pun dah lewat petang. Yela dari Kuala Terengganu ke Besut lebih kurang 2 jam setengah. Pastu patah balik ke Setiu. Kalau ikutkan dari Kuala Terengganu ke Setiu hanya 1 jam lebih sahaja. Sebelum sampai ke resort, kami melalui Kem latihan PLKN. Masa ni aktiviti bebas kot, ada yang tengah lepak, ada yang tengah main bola dll. Sampai jer kami terus tengok kolam.


Bilik kami mengadap kolam. Perut pun dah lapar. Hubby pun terus order makanan. Pastu hubby ku bawak anakanda mandi kolam sekejap. Kolam dia cantik. Hehehe.. Pada sebelah malam kami hanya berehat sahaja. Esok dah nak check-out. Esok pagi-pagi selepas sarapan kami terus terjun kolam. Sarapan kat sini pun ok. Anakanda Amrullah adalah insan yang paling excited nak mandi kolam. Dia ni memang pantang jumpa air bertakung. Inikan pula kolam renang, tepat yang dia tunggu-tunggu. Masa sarapan lagi nak terlompat-lompat nak pi kolam. Dewan makan lak mengadap kolamlah katakan. Masa kami mandi adalah tiga beradik di dalam kolam tu, so Amrullah kira join sekali la.. Sukanya dia bila ada kawan mandi sekali. So korang yang ingin datang sini kira okla, mesti tak mengecewakan. Selamat beristireha.. Selamat cuti-cuti Terengganu...

video
Anakanda Amrullah dah leh kayuh kaki, tk lama lagi pandailah anak ibu n abah ni berenang er.

.

Friday, November 14, 2008

24 Minggu....

New Baby..24 Minggu aka 6 Bulan


Eee..sejuknya. Almaklumlah sekarang ni kat Terengganu dah mula musim Tengkujuh. Hari-hari hujan.. air toilet jgn cakapla.. bila malam atau pagi macam air peti sejuk. Tu yang kekadang mandi sekali jer sehari.... hehehe.. alasan.. alasan... Baju dekat jemuran pun dah berhari-hari, tapi tak kering-kering jugak. Nasib baik tak berbau.

Semalam aku pi check ngandung lagi. Memandangkan sekarang ni musam hujan, so dibenak fikiranku "mesti tak ramai harini, mesti leh siap cepat". Yela..kalau selalu pi, jangan cakapla... tak sah klau tak cukup sejam setengah. Almaklumla gomen... Boring.. boring.. Sesampai jer kat klinik aku tengok orang memang tak ramai, mesti cepat ni. Sukanya aku haritu. Tapi ..eeemmm.. klau dah camtu.. camtu gak... sejam gak hubby aku tunggu kat keta.. sampai tertido-tido anak sulungku. Apa leh wat.. Hb ku masih rendah, naik 0.1 jer. Ish.. naper erk. Aku tanya kakak ku, dia kata "ok lg la tu, tk org kita memang ramai hb area tue. Tkde masalah". Sejuk sikit hati aku. Yela.. manala tau. Masa ngandung dulu takde lak masalah ni. Dugaan ngandung kali ni kot. Baby alhamdulilla sihat. Kalian doakanlah, semoga semuanya dalam keadaan selamat sehingga saat kelahiran. Aminn...


.

Tuesday, November 11, 2008

Anakanda Ahmad Amrullah dan Baldinya

Siapa minum air milo ibu??

Dah lama rasa tak update blog perkembangan anakanda. Anakanda Amrullah pun dah semakin besar.. dah banyak perkara baru yang dia belajar dan terokai. Kalau takat luka, dah bertampal-tampal kat badan. Biarkan.. anak lelaki kenalah lasak. Tapi kali ni aku bukan nak cite pasal anakanda dan air milo ku. Kali nak cite tentang anakanda dan baldi. Baru-baru ni anakanda reka permainan baru lak. Asyik nak main baldi je. Nak masuk baldi la..nak duk dalam baldi la.. atas baldi la.. Empunya badan lak tak berape nak sampai kaki. Ntah macam mana tersilap langkah, masa dia nak kuar baldi, tak lepas. Tersangkut kat kaki, terlentangla anakanda. Nasib baik dia main kat tilam kekabu. So jatuh kat atas tilam jer. Ingatkan semuanya ok.. rupa-rupanya dagu dia tergesel di tepi baldi. Apa lagi... berdarah pulaklah anak ku ni.. bertampal lagi la nampaknya.. Takpe, anak ibu kan kuat macam abahnya.. heheh.. :D














Hari pertama, kedua ok lagi. Hari ketiga dapat tanda di dagu penangan main baldi.. Sabarjela..


Ni saja nak sambung update perkembangan/perkara pertama yang berlaku pada anakanda Ahmad Amrullah seperti yang pernah ku tulis dahulu...

Dilahir 05 Ogos 2007
First time naik kereta 06 Ogos 2007
First time naik kereta jalan jauh 16 Ogos 2007

First time naik flight 30 November 2007

Meniarap/Terbalik Awal Disember 2007

Tumbuh Gigi Sulung 17 Februari 2008
Main Air liur 24 Februari 2008
Merangkak 27 Februari 2008

Berdiri 11 March 2008
Tumbuh Gigi ke2 14 March 2008
Meniti/Bertatih 16 March 2008
Tumbuh Gigi ke3 23 March 2008
First time demam 24 March 2008
Tumbuh Gigi ke4 27 March 2008

Tumbuh Gigi ke5 02 April 2008
Tumbuh Gigi ke6 08 April 2008
Tumbuh Gigi ke7 12 April 2008
Memanjat/Krabat 26 April 2008
Masuk Spital Demam Panas 27 April 2008

Berjalan 29 Jun 2008

Tumbuh Gigi Geraham Pertama 06 November 2008
(Sekarang gigi anakanda dah ada13 batang (8 gigi bawah, 5 gigi atas))


.

Saturday, November 1, 2008

Rahsia Disebalik Solat

Solat dan RahsianyaSolat adalah rukun Islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam. Sesiapa yang mendirikan solat akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya mendapat dosa dan azab yang pedih di akhirat. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbiraktul ihram dan disudahi dengan memberi salam.

Allah s.w.t berfirman: “ Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu kewajiban yang ditentukan waktu ke atas orang yang beriman

Solat Fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam. Solat Jumaat difardhukan kepada muslim pada setiap hari Jumaat. Solat amat penting bagi setiap individu muslim. Oleh itu anak-anak hendaklah dilatih mengerjakan solat.

Hadith Rasullah s.a.w iaitu:
Suruhlah anak-anak kamu solat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka sekiranya meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur"

“…..sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar…”
[Surah Al-Ankabut:45]


Rahsia Disebalik Solat

1. Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul :
Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram :
Fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kta di dalam kubur.

4. Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara dua sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara dua sujuk akhir :
Menjadi kenderaan kita ketika di padang Mashyar.

10. Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar dan Nankir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.


Rahsia Solat bagi Ibu Mengandung

Kepada ibu mengandung, kita disarankan untuk melakukan teknik-teknik senaman ibu mengandung bagi memudahkan proses kelahiran. Senang atau susah itu semua kuasa Tuhan, tapi tidak salah jika kita mencuba. Terdapat beberapa senaman yang dikaji dapat membantu bakal ibu ketika melahirkan menyerupai gerakan di dalam solat. Seperti :-

1. Latihan menundukkan tubuh ke hadapan, ia menyerupai keaddan ruku' dalam solat.
2. Latihan berdiri dan duduk dengan lutut ke atas atau bertinggung, ia menyerupai keadaan berdiri dan turun untuk sujud dalam solat.
3. Latihan knee-chest position, ia menyerupai keadaan sujud.
4. Duduk dengan tenang, ia menyerupai duduk dalam solat.

Oleh itu kepada ibu-ibu mengandung, perbanyakkanlah amalan solat sunat, insyaallah akan dipermudahan segala urusan. Wallahuaklam...

.

Thursday, October 30, 2008

Pulau Perhentian, Terengganu : April 2007

Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia.

Sejak dua menjak ni, perut ku asyik rasa tak selesa jer. Aik.. baru 5bln lebih. Agaknya terlalu banyak berdiri + wat kerja umah kot. Setahun yang lalu ketika kandungan ku berusia sama seperti sekarang, aku masih sempat lagi ke Pulau Perhentian, Terengganu. First time pregnant, perut pun takla besar sangat walaupun dah 5 bulan. Kebetulan pula masa tu adik perempuanku duduk di rumahku. Takde maknanya datang Terengganu tak pi pulau.

Seperti biasa, aku mulakan dengan kisah sejarah Pulau Perhentian. Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Mengikut sejarah, penduduk awal Pulau Perhentian ialah Batin Mina.Tempat yang mula-mula dibuka dan didiami ialah Teluk Dalam, di sekitar sebatang alur air payau yang cetek yang dikenali sebagai Alur Cina. Nama Pulau Perhentian diambil kerana pulau ini dahulu merupakan tempat persinggahan kapal-kapal dagang dari China ke Asia Tenggara. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar. Maklumat Lanjut boleh layari http://www.pulauperhentian.com.my/sejarahperhentian.php











25 April
: Percutian yang tidak dirancang ini akhirnya membawa kami ke Pulau Perhentian Besar. Kami mengambil boat dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian pada jam 1600. Ia merupakan boat terakhir ke Pulau Perhentian. Boat yang kami naiki rupa-rupanya menurunkan kami di perhentian di Pulau Perhentian Kecil. Masa beli tiket tadi, dia kata hantar terus ke resort. Tipu la ni. Hubby ku dah merungut..aku pun sama.. hehe.. yela nanti lambat la kami sampai ke destinasi. Lebih kurang jam 1800, pekerja Arwana Perhentian Eco Resort sampai untuk mengambil kami bertiga menggunakan boat laju. Kami sampai di resort lebih kurang 1830. Kat sini ada banyak resort, dari yang sangat murah sehingga yang agak mahal. Kami memilih Arwana Perhentian Eco Resort sebab kat sini je yang ada kolam mandi. Memandangkan kami sampai pun dah lewat petang, pada sebelah malam setelah makan di resort, kami hanya berjalan-jalan di pandai sahaja. Ketika ni air pasang, sejukkk...



26 April : Hari ini kami ada aktiviti snorkeling. Kami sarapan pagi jam 0830 kerana jam 0930 kami perlu ada di boat untuk aktviti snorkeling. Boat ni hanya bawa kami bertiga sahaja. Kami di bawa ke 3 tempat iaitu Shark Point ,Coral Garden dan Turtle Point. Tapi aku dan adikku hanya turun kat 2 tempat sahaja. Tak laratla.. ngan perut yang begini membuatkan aku cepat rasa letih. Adikku pula, bila aku tak turun, dia pun taknak turun. So hubby ku dan budak boat jerla yang turun di tempat ke3. Balik dari snorkeling, kami mandi kolam pula. Masa ni rasa lapar dah. So tak lama manalah kami mandi kolam. Selepas membersihkan diri, kami turun untuk lunch. Jam 1500, hubby ku ada aktiviti diving lak. Aku dan adikku ikut gak, tapi duk di boat jela. Hubby ku kata coral kat sini lebih cantik dari Pulau Redang. Aku hanya leh dengar jela, nak diving tak reti.. heheh.. Petang tue kami berjalan di pantai sambil tengok sunset. Air pun dah mula pasang.


Pada sebelah malam kami makan di restoran bersebelahan dengan resort. Murah sikit sini. Kebetulan malam tu tak ramai pelanggan. Kami sempat berborak dengan tuan kedai. Kisah asal usul dan perkara pelik kat pulau ni. Seram gak masa dengar tu. Tapi buat-buat berani jela. Anak makcik ni pernah accident di pulau ni. Boat langgar boat. Rupa-rupanya bukan jalan raya jer kene berhati-hati, kat laut pun kene berhati-hati. Selepas berborak panjang, makanan pun dah lama habis, kami pun berangkatlah ke bilik.

27 April : Pagi ni kami bersarapan jam 0900. Hari ni dah nak balik, so takde aktiviti pun. Selepas sarapan yang agak lama, kami check-out pada jam 1100. Boat akan sampai pada jam 1130. Cuaca hari ni mendung, harap-harap tak hujan. Dalam perjalanan, ujan renyai-renyai mula turun, laut dah mula bergelora. Aku mula rasa tak selesa. Alhamdulilla, sampainya kami ke daratan, baru hujan mula lebat turun. Insyaallah, akan kami datang lagi ke sini. Tungguu....










.

Wednesday, October 29, 2008

Takziah McT..atas pemergian bonda anda

Takziah..yang hidup pasti akan pergi...
Ajal, maut, jodoh, pertemuan semuanya kuasa Tuhan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Kita hanya cuba yang terbaik untuk dapat yang terbaik. Kerana Allah telah janjikan, setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasannya.

Baru sahaja aku mendapat khabar gembira dengan kelahiran baby baru rakanku, semalam aku dikejutkan pula dengan pemergian ibu kepada rakan rapatku, Zuriaty. Aku memang kenal dengan family dia, begitu juga dengan aty. Kami mula berkawan sejak mula menjejakkan kaki di UTM pada tahun 1999. Setelah lebih setahun ibu kepada rakanku itu sakit, akhirnya dia menyahut panggilan illahi jua pada 28 Oktober 2008, jam 0550am. Banyak-banyak bersabar dan berdoa, kepada aty dan keluarga kami ucapkan takziah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi bonda. Al-fatihah untuk allahyarhamah...

.

Monday, October 27, 2008

Tahniah....Zamzilawati


Semalam aku dapat berita bahawa rakanku telah selamat melahirkan 2nd baby pada 10/10 baru-baru ni. Terperanjat gak aku, yela kitorg agak rapat gak..tapi tup tup dengar dah beranak. Nak wat surprise konon. Kebetulan lak phone dia rosak, so tak dapat la dia nak inform masa dia beranak aritu. Anyway..congratulation. Dapat baby boy. Kira sepasang la er Zam. Akhirnya lepas 3 tahun dapat gak Batrisya adik. Jangan duk buli adik dah ler er. Semoga kehidupan Zam sekeluarga akan lebih ceria dan bahagia. Kepada rakan-rakanku yang bakal mendapat cahaya mata..ummuwafi(anytime)..wid(sbln lebih agi kan)..ctkuyu (baru agi)..setti..hannan..malin.. etc, slide baby kat sebelah aku tujukan khas untuk tatapan korang. Buat halua mata, mana tau kot-kot anak macam 'mat salih' nanti hehehehe..

.

Saturday, October 25, 2008

Adab azan

Adab azan dan saat kematian
Baru-baru ini saya mendapat satu khabar pemergian kawan se'UTM' ke rahmatullah. Ajal maut tiada siapa yang tahu. Walaupun pada usia muda, kematian itu pasti menjelma tanpa mengenal usia. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Kali ini ingin saya kongsi maklumat yang saya terima melalui seorang teman mengenai kaitan azan dan saat kematian.

Sebagai pedoman mari kita renungi. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratulmaut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

video

Ni fenomena azan yang aku tengok kat YouTube. Ingin rasanya berkongsi dengan rakan-rakan, bersama-samalah kita fikirkan. Betapa telitinya ciptaan Allah.

Thursday, October 16, 2008

Raya Sept2008

Ni gambar raya tahun ni. Disebabkan tahun ni giliran umah mertua, maka tak dapatlah kekanda-kekanda ku bersama di pagi raya. So kat sini aku upload gambar kami di hari raya untuk tatapan semua...


.

Sabah : Aug / Sept 2008

Akhir August 2008...

Lama dah rasanya tak cerita tentang perjalanan percutian kat blog ni. So kali ni aku nak cerita sikit perjalanan kami ke Kota Kinabalu, Sabah buat kali kedua. Almaklumla, haritu kan kami tak dapat ke mana-mana kerana cuaca hujan. Manalah tahu ia dapat dijadikan panduan untuk mereka yang ingin bercuti ke Kota Kinabalu (KK) dalam jangka masa yang singkat.

Sebagai pengenalan, aku cerita sikit dahulu perihal Bandar KK. Nama asal bandar ini ialah Api-api dan Singgah Mata. Ini kerana kawasan ini banyak ditumbuhi oleh pokok api-api. Setelah bandar ini berkembang namanya ditukar kepada Jesselton. sempena nama pegawai Inggeris yang ditugaskan membuka dan memajukan Bandar ini iaitu Sir Charles Jessel. Nama Kota Kinabalu diberi pada tahun 1967 sempena Gunung Kinabalu.


30 Aug : Lebih kurang jam 1600 ,kami memulakan perjalanan dari Kuala Terengganu ke KLIA dengan menaiki kereta. Memandangkan flight ke KK jam 0400, kami singgah di rumah kakak ku di Taman Melawati.

31 Aug : Jam 1230 kami memulakan perjalanan ke KLIA. Pesawat berlepas jam 0400 seperti yang dijadualkan. Kami sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu jam 0630. Kali ini kami menginap di Apartment Promenade, lebih kurang rm280/night, 3 bilik,2 bilik air, complete dapur dan barangan rumah. Ia bersebelahan dengan Hotel Promenade. Kali ni pun kami menyewa kenderaan untuk memudahkan kami ke mana-mana. Selepas berehat dan bersarapan, kami memulakan aktiviti ke Lok Kawi Wildlife Park. Bayaran masuk untuk dewasa rm10, kanak2 rm5. Ia terletak lebih kurang 15km dari bandar KK. Ia dibuka setiap hari dari jam 0900 - 1730. Tapi mungkin kedatangan kami kali ini tidak kena pada masanya kerana tiada aktiviti yang dijalankan pada ketika itu. Kami cuma dapat menyaksikan pihak zoo memberi makan kepada Memerang. Agak menarik. Kemudian kami meneruskan perjalan ke One Borneo Shopping Mall. Shopping Mall yang paling besar di Sabah. Saja je datang sini, almaklumlah dengar cerite hebat. Nak tahu betul ker hebat? Datangla sendiri. sewaktu ke sana kami sempat melihat-lihat UNIMAS kerana ia satu laluan untuk ke One Borneo.



Pada jam 1800, kami ke Restaurant Terapung Kampung Nelayan. Kali ni kami makan Ikan Masak Asam Pedas, Tiram , Lopster dan Sup Isi Ketam Jagung. Yumm.. yumm.. meleleh air liur bila teringat balik. Pada sebelah malam, kami ke sekitar pasar Philipina. Pada awalnya ia dibuka di kawasan Kampung Air -> ke belakang bangunan Bank Negara -> bangunan UNHCR (sehingga kini). Jika tidak salah, dahulu pasar ini di kenali sebagai Pasar Kraftangan, kemudian sebagai Pasar Filipina atau Pasar UNHCR. Ini kerana dahulu ia merupakan penempatan sementara pelarian Filipina. Pada awalnya kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kraftangan daripada negara Filipina. Kemudian ia dikembangkan dengan menjual kraftangan tempatan dan produk negara lain. Walaupun pada waktu malam, kawasan sekitar pasar ini masih meriah dengan jualan ala-ala pasar malam. Terdapat pelbagai gerai makanan. Gerai cenderahati dibuka di seberang jalan. Aku pun sempat membeli sedikit cenderahati untuk mereka yang bertuah... hehehe.. Adus.. letihnya rasa seharian berjalan. Nak rehat japlak.. sok sambung lagi.











1 Sept :
Hari ini kami memulakan aktiviti agak lewat memandangkan destinasi kami hanya ke Gunung Kinabalu. Selepas bersarapan, pada jam 1130, kami memulakan peralanan ke Gunung Kinabalu. Yela, kalau tak ke sini, nanti orang kata pi KK tapi tak ke Gunung Kinabalu.. rugi.. rugi.. Perjalana mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit - 2jam. Jika anda ingin ke Gunung Kinabalu, pastikan minyak anda mencukupi. Kerana itulah peristiwa yang berlaku kepada kami.. haru.. haru... Mengikut cerita, tklah jauh sangat so kami ingat cukupla minyak tu.. Sekali jalan dia berbukit bukau. Manalah tak banyak makan minyak. Asyik main gear satu dua... skali lampu minyak dah nyala.. tanya orang kata ada satu jer stesen minyak.. di Pekan Kundasang. Punyalah kecut perut takut tak sampai. Alhamdulilla.. akhirnya sampai juga di Pekan Kundasang. Keadaan Pekan Kundasang ala-ala Cameron Highland. Dengan cuaca yang sejuk dan view mengadap Gunung Kinabalu, amat cantik. Kami makan tengah hari di sini, tak ketinggalan makan kepak ayam. Sesuatu yang mesti makan jika sampai di KK.


Lokasi Pekan Kundasang melepasi simpang ke Gunung Kinabalu. So kami kene berpatah balik menuju ke Gunung Kinabalu. Sampai di Pintu Masuk Gunung Kinabalu , kami lihat sekumpulan pendaki dari Korea tengah menunggu untuk mendaki. Pendakian mengambil masa lebih kurang 4 jam tanpa henti. Kami?? hehe.. lain tahun kot. Walau bagaimanapun kami tetap memanjat bukit berhadapan Gunung Kinabalu. Ia memang disediakan untuk mereka yang hanya ingin melihat view Gunung Kinabalu dengan lebih jelas. Stage pertama untuk melihat air terjun dari Gunung Kinabalu. Stage ke2 melihat puncak Gunung Kinabalu. Aku hanya mampu memanjat sehingga stage pertama. Itu pun dah lelah. Nampak sangat takde stamina aku ni. Hubby ke sampai ke stage ke2. Cayalah.."Pemandangannya cukup cantik tidak secantik gambar. Hanya dapat digambarkan dengan pendangan mata sahaja" kata suamiku. Ish.. rugilak rasa tak panjat sampai atas. Memandangkan harini agak letih memanjat, kami mengambil keputusan makan di Hotel Promenade sahaja. Setelah membersihkan diri dan berehat, kami ke pasar Philiphina lagi. Yela, esok dah nak balik. Malam ni jalan-jalanlah. Jalan-jalan cari pasal..












2 Sept
: Hari ini kami dah nak balik. Pagi tu selepas sarapan kami pi mandi kolam. Kesian anakanda nanti,tak dapat mandi kolam. Kecik hati dier.. hehe.. Sebelum ke airport, kami singgah di Tanjung Aru + sambil makan tengah hari. Kemudian kami terus ke airport, orang kenderaan sewa dah tunggu di airport. Flight kami ke KL jam 1500. Kali ni kami naik Airbus330. Flight dari Korea, transit di KK sebelum ke KLIA. Best.. best.. Bukan apa sebab sit flight banyak kosong, bermakna penumpang tak ramai. So apa yang kami dapat pun berganda-gandalah. Siap wat bekal lagi.. Rezeki.. rezeki..

video
Ni gambar memerang tengah makan. Jumpa lagi...

.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''