Wednesday, June 18, 2008

Jalan-jalan Cameron Highland, Pahang.

Jalan-jalan Cameron Highland, Pahang.Bulan April yang lalu, kami telah pergi ke Cameron Highland. Biasalah saya ni lambat sikit update aktiviti, selalu tertinggal baru tulias. hehehe.. Kami pergi dua keluarga. Aktiviti yang tidak dirancang itu,akhirnya membawa kami ke Cameron Highland,Pahang. Kami bertolak pada petang khamis kira-kira jam 16:00. Yela, kat sini kan cuti jumaat dan sabtu. Kami pergi menaiki sebuah kereta sahaja. Jimat minyak. Kami bertolak dari Bukit Guntung,Kuala Terengganu. Kami ke Gua Musang melalui Tasik Kenyir. Cantik pemandangan tasik ni, nak kene pergi ni.. hehe. Kami sampai di Tasik Kenyir pada jam 17:30. Dekat area Tasik Kenyir tu, terdapat satu safari gajah yang baru dibuka. So kami pun singgah di
sana, lagipun kami bukannya kejar masa. Kan nak bercuti, singgah je apa yang jumpa.

Terdapat 2 ekor gajah berusia 8 tahun. Seekor jantan dan seekor betina. Mengikut perancangan pihak hidupan liar tersebut, pada masa akan datang mereka akan membuat aktiviti masuk hutan bersama gajah. Wow.. menarik tu. Kene cuba ni, tapi masa dan tarikhnya belum ditetapkan lagi. Di sana kami dibenarkan memberi gajah makan, malah adik Husna berkesempatan naik ke atas gajah tersebut sambil diawasi pengawalnya. Kami keluar dari area Tasik Kenyir pada jam 19:00 dan seterusnya memasuki area felda Sg.Aring. Kami berhenti di R&R Gua Musang untuk solat. Perjalanan kami diteruskan lagi, Gua Musang (19:50) -> Kuala Betis/Pos Blau (20:10) -> Sepanjang H/Way Gua Musang/Simpang Pulai -> Lojing -> Post Brooke -> dan akhirnya sampai di Tanah Rata pada jam 21:30. Kami menginap di Hotel Star Regency. Disebabkan sampai pun dah lewat, perut pun dah berbunyi, kami terus mencari makan malam di gerai berhampiran hotel. Selepas makan kami berjalan-jalan di Tanah Rata untuk menikmati keindahan dan kesejukkan malam di sana.

Hari kedua...
Pagi-pagi lepas sarapan, kami memulakan aktiviti dengan membeli souvenir. Almaklumler, tempat makan tu dekat dengan kedai-kedai souvenir. Kemudian kami ke Strawberry Garden, petik dan makan. Eheh..silap da.. petik dan beli. Tapi ada gak yang masuk mulut. Ops..sshh jangan bagitau orang. Destinasi seterusnya adalah Cactus Valley. Dah besar dah temat ni, dorang extend sampai ke atas. Bahagian atas lebih kepada penanaman secara hidroponik. Dah sampai di Cameron Highland, tak sah kalau tak pergi ladang teh. Kemudian kami ke ladang Teh Boh. Jalan dia aduhai keciknyer.. ish ish.. Nasib baikler hubby ku expert bawa kete tempat-tempat camni. Disebabkan kami sampai lewat sikit, kami tak sempat nak tengok proses menghasilkan teh. Pada sebelah malam, kebetulan ada pasar malam di sekitar kawasan tempat kami tinggal. Memandangkan harga sayur di pasar malam lebih murah berbanding di kebun sayur, kami telah memborong sayur, bunga dan baju sehelai dua di pasar malam.

Hari ketiga...
Seawal jam 10:00 kami check-out. Ketika perjalanan pulang, kami singgah di gerai menjual bunga untuk membeli benih bunga. Setelah selesai semua, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Terengganu melalui jalan yang sama kerana kami berhajat untuk singgah di tempat gajah sekali lagi. Sebenarnya ada banyak tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Cameron Highland, kalau anda duduk jauh, sekali datang lawatla sebanyak tempat yang mungkin. Kalau tidak menyesal. Nanti takdela rasa terkilan sangat. First time saya bercuti di Cameron Highland, pantang jumpa kebun atau ladang pasti singgah. Selamat bercuti-cuti Malaysia.. Daaa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''