Friday, October 18, 2013

Delete Acc Blogspot / Hapuskan Akaun Blogspot

Assalamualaikum

Dulu masa awal-awal menceburi alam blog ni, ibu ada buat blog khas untuk GA/Contest. Masa tu ingat nak aktif ber'contest' tapi nampaknya angan2 saja. So ibu ambil keputusan untuk delete je acc blog tu. Cari kat Blogger Help je.

1. Sign in blog anda untuk access Blogger Dashboard.
Blogger post list icon & drop-down2. Klik arrow drop down pada icon seperti disebelah.
3. Pilih Settings
4. Klik menu Other
5. Paparan di bahagian atas, 'Blog tools', klik Delete Blog
6. Pop-up menu akan dipaparkan. Klik Delete this blog.

Akaun blog anda telah dihapuskan tetapi and masih boleh restore semula blog tersebut dalam masa 90 hari. Selepas 90 hari, akaun blog tersebut akan permenant delete.

Friday, August 2, 2013

Kasut anakanda di Stride Rite

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

 Kakak pilih kasut Repunzal, Purple Colour. 
(ibu saja suruh beli purple kalau tak asyik pink je, nasib baik kakak ok je )

Pejam celik pejam celik tinggal seminggu sahaja kita berpuasa. Kesibukan aktiviti seharia ibu membuatkan ibu tak sedar masa yag berlalu. Tahun ni ibu dah latih anakanda Amrullah berpuasa penuh. Tahun lepas sehari pun tak berjaya. Hari-hari puasa tapi separuh hari. Takpela, satu permulaan yang baik. So tahun ibu harap anakanda Amrullah dapat berpuasa penuh paling dak pun 7 hari. Alhamdulillah, semalam cukup 7 hari anakanda Amrullah berpuasa penuh. enAbah pun bawalah kami sekeluarga ke Empire Shopping Gallery untuk cari kasut raya. Memang dah berniat nak belikan anak2 kasut raya tapi saja tunggu Amrullah puasa penuh 7 hari baru pi beli. Pembakar semangat. Kami ke Stride Rite untuk mencari kasut anakanda Amrullah dan Ashiilah. Anakanda Amir baru beli hari tu, aqiilah lak kecik sangat lagi so tak yah lagi la. Ibu baru je mengenali butik kasuk kanak-kanak Stride Rite ni. Kasut dier cantik-cantik, memang memenuhi cita rasa anak-anak kecil. Tapi nasib tak menyebelahi Amrullah, kasut yang dikehendakinya semua takde saiz. Rasaya baru bulan lepas ibu datang survey masih banyak stok kasut iron man, spider man dan star war. Tup-tup hari ni datang takde stok. Nak raya kot. Sian along. Yang tinggal saiz besar. Kasut takde lampu ada 2 paten yg ada saiz tapi Amrullah lak tak berkenan. Nak lampu bagai pulak sbb dier tengok kasut yang Ashiilah pilih ada lampu kot. Nasib baik kasut kakak ada saiz. Nak pi tempat lain, ibu macam tak berapa rajin je coz Amir berona sikit. Dan tiba-tiba 'Ibu takde kasut pun takpelah, Along nak Bakugan boleh?'. Nak tau kenapa?? Sebab kat floor tu ada Toy 'R' Us. . Bakuga tu robot bola (boleh jadi robot dan bola). Last week kami balik berbuka di Klang, Along nampak sepupu dier ada Bakugan. Teringin jugak la tu.  Bolehlah Along, hari dah lewat ni, silap2 berbuka dalam kereta pulak.

Bakugan Along, 1 set ada 6 biji bola/robot.
 
Kalau anda teringin nak cari kasut anak-anak boleh la ke Stride Rite, ada sale sekarang. Cawangan lain terletak di Bangsar Village, Suria KLCC, 1 Utama Shopping Center dan Paradigm Mall. Tempat lain ibu tak pasti. Sejak ada anak ni gembira bila tengok anak-anak seronok dapat baju, kasut raya. Agaknya bonda Ibu pun macam tu kot dulu. Anak-anak diutamakan. Bila dorang gembira kita pun automatik akan gembira. Jangan sampai membazir udah. Ikut kemampuan dan bersederhana. Selamat bershopping.

Thursday, August 1, 2013

Anakanda Aqiilah 6 bulan

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحي

Assalamualaikum..
  My little princess, Aqiilah..bulat-bulat

Lama sangat dah tinggal rumah maya ni. Tak ber'kemas' dah rumah ni. Banyak la memori-memori yang tak disimpan di rumah ni. Sebelum memori ibu corrupt, baik la ibu rekodkan perkembangan anakanda Aqiilah sikit. Sekarang anakanda Aqiilah dah memasuki usia 6 bulan. Pada usia 5 bulan anakada Aqiilah dah tumbah gigi bawah 2 batang. Berat 7.4kg. Suka main air liur sampai sekarang. Sampai la ni pun dua batang tu je ada. Sejak ada gigi ni suka benor menggigit. Gatai gusi kot. Sekarang anakanda dah mula maju ke depan. Dah angkat-angkat badan. Nak belajar merangkak kot. Memandangkan Aqiilah dah 6 bulan, ibu cuba letak Aqiilah dalam walker tapi dia tak mau. Asal letak dalam walker je menangis. Tak tau la kenapa. Dan yang pasti semakin manja. Dah mula tak nak dengan orang. Itu membuatkan ibu bertambah 'terhad' pergerakkan. Maka akan bermulalah episod 'ibu membuat kerja rumah sambil mendukung anak'. Hanya surirumah yang pernah mengalaminya sahaja yang faham keadaan itu. Makin slim la ibu yang sememangnya dah slim ni. Huhu.. Manja abg Amir pun tak abis lagi. Ya Allah berilah aku kekuatan..tingkatkanlah kesabaranku. tetapkan imanku..

Masih sempat lagi rasanya ibu nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan selamat membuat persiapan raya..

Tuesday, April 30, 2013

Aqiilah 3 bln

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, hari ni anakanda suntik untuk 3 bln. Actually aqiilah 3 bln pada 27/4 baru ni, tapi lewat ckit pi klinik. Berat anakanda 5.9 kg dan panjang 58cm. Alhamdulillah, dr check semua perkembangan anakanda normal seperti usianya. Dr kata anakanda 'sihat' dan aktif.  Tengokla peha aqiilah,sihat.. berketul-ketul.hehe. Anakanda siap ajak dr bercakap lagi masa dr check + urut-urut aqiilah. Sekali dalam senyum-senyum tu dr inject la pulak. Cabut je jarum..wwwaaa ..meraung.  Tapi kejap je. Dapat upah susu ibu senyap la.
Anakanda Amir pun check sekali coz demam. Baru demam semalam, balik dr rumah org kahwin. Ibu ingat sebab kene hujan semalam. Tak nk makan, taknak susu. Berak pun air je. Semalaman ibu dan abah tak tidur. Asyik merengek. Lapar kot..sian ibu tengok. Dr kata demam sebab tonsil. Dah merah dah, tu yang taknak makan minum tu. Dr kata telan air liur pun sakit. Semoga dengan izin Allah + ubat yang diberi, anakanda Amir cepat sempuh. Sedih je muka tuan empunya badan bila demam. .Sian anak ibu. Sabar ye syg..Allah sayang sebab tu Allah uji. Allahuakhbar.

Saturday, April 27, 2013

Amrullah n Amirrullah..Sama tp tak serupa

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

 Along Amrullah di usia 1thn 5 bln
AbgAmirrullah berusia 1thn 10bln

Ragam anak-anakku, pengubat hati ibu, penyeri hidupku. Bila ibu tengok gambar dulu-dulu ada gak sayu je rasa. Almaklumlah... ibu kan sentimental lebih. Mudah touching touching ghitu. huhu . Rindula pulak rasa masa anakanda kecik-kecik dulu. Anak-anakku yang panjang akal. Ada je benda nak direka. Kakak pun ada juga masuk dalam meja, tp tak jumpa la gambar kakak. Kakak cam kurang adventure sikit masa kecik-kecik. Perempuan kot..sinetron lebih sikit..hehe `. Kadang-kadang bila abgAmir buat sesuatu yang pernah dibuat oleh abgAmrullah n kakakAshiilah, baru ibu tersedar cepatnya anak-anakku membesar. Walaupun ibu seorang surirumah, ibu tetap merindui kamu. Ibu sayang kamu semua..Anak-anakku adalah kekuatanku. Penghibur hati ibu dan abah. Jadi anak-anak yang soleh dan solehah ye sayang.

Monday, April 22, 2013

Anakanda Amirrullah tidur berdengkur??

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak seminggu dua ni anakanda Amirrullah ada peel baru. Sekarang Amirrullah suka benar berlakon tidur sambil berdengkur. Siap bunyi dengkur tu tak tahan. Mesti dia tiru abah tidur tue..hehe. Sejak kelahiran anakanda Aqiilah, Anakanda Amrullah n Amirrullah tidur dengan abah. Klau tidur dengan ibu nanti Amirrullah cari susu cap gantung. Sekarang ibu macam tak berapa larat nak nyusukan dua-dua sekali. Tapi klau siang ibu bagi juga anakanda Amirrullah nyusu. Tapi tak bagi serentaklah macam masa anakanda Amrullah dan Ashiilah dulu. Dulu masa anakanda Amrullah dan Ashiilah dah macam anak kembar, dua-dua gayut. Ada juga orang bagi nasihat suruh stop je anakanda Amirrullah dari nyusu badan, Tapi ibu berazam sekurang-kurangnya sehingga umur 2 tahun ibu akan terus bagi susu badan. Cuma kadang-kadang ibu bagi juga minum susu botol. Sekarang umur anakanda Amirrullah 1 thn 10bln. Kejap je dah nak masuk 2 tahun. Cepat je rasa anak-anak membesar. Walaupun hari-hari ibu bersama anak-anak, tapi kadang-kadang ibu rasa terlepas melihat perubahan anakanda-anakanda, rindu zaman bayi anakanda-anakanda. Kejap je Along Amrullah dah 6 tahun (dah start malu-malu bila kena cium), kakak Ashiilah 4 tahun (pun dah start malu-malu bila abah cium atau disuruh cium) dan AbgAmirrullah 2 tahun. Tak puas lagi rasanya memanja bersama anakanda-anakanda. Macam mana ye ibu-ibu yang bekerjaya, mesti lagi rindu nak lihat perubahan anak-anak mereka kan. Tup-tup tengok besar dah. Semoga anakanda4 semua dapat membesar dengan sempuna dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Ibu sayang kamu semua..


p/s:Along Amrullah suruh panggil dia Abg Amrullah coz Amirrullah ibuAbah panggil AbgAmir. So dia pun nak Abg juga. Macam-macam anak bertuah ibu sorang ni..layan je.

Thursday, April 18, 2013

Alahai Astro... Beyond PVR..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بسم الله الرحمن الرحيم

Dah 2 minggu report baru datang staff teknikal astro. Bermakna 2 minggu juga kami tak dapat menggunakan khidmat PVR. Tapi nak wat camno, masa report tu dorang dah kata dalam masa 3 minggu org teknikal astro akan datang ke rumah.enAbah tanya juga, habis tu bayar bill PVR tapi tak leh guna. Bayar sama jugak, tak kurang. Tak boleh claim ker? Dorang kata tak boleh coz masa kita ambik astro tu dah ada dinyatakan dalam terma dan syarat dia. Klau nak saman pun takleh la kiranya. Pandai betul dorang ni buat duit buta-buta. Tapi klau streamyx kita boleh claim kan. Nak buat camno. Yang ado.. Bila butang PVR dah function, bila check semua yang kami dah record takde. Adus..abis Pit a Pat, Zakir Naik, Running Man hilang. Tup-tup decoder tu boot sendiri pulak. Staff teknikal astro tu kata masalah hard-disk, so dier tukar decoder baru. Nasib baik tak payah bayar. Kenalah kami record balik nampaknya. Tu pun klau astro ada ulang tapi selalunya seperti yang semua tahu pasti ada..hehe

Alang-alang org teknikal astro dah dtg, enAbah suruh tengok decoder astro tv anakanda pula. Selalu sangat kuar 'no signal'. Ala..warning yang selalu klau hujan tak dapat service tu. Yang pelik tv ibuAbah okje, tv anakanda kuar warning tu. Rupa-rupanya decoder rosak gak. enAbah ingat masalah cable, tu yang haritu report satu je. Staff teknikal astro kata sebab kene petir. So kene tukar decoder baru juga. Tapi dorang tak boleh buat coz report haritu satu je. Lagipun dorang bawa satu decoder je. Nanti dia akan buka report baru dan staff teknikal astro akan datang bawa decoder baru. So kene tunggu lagi untuk decoder tv anakanda. Tunggu jela.. Yang menjadi persoalan ibu, kenapa kena ambik masa lama sangat ye..banyak sangat ke masalah astro ni?? Ramai sangat ke orang buat report?? Klau banyak report, di mana salahnya sebenarnya?? ?? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''