Monday, May 5, 2008

Al-fatihah..

Bismillahirahmannirrahim... Al-fatihah...Al-A’raf [25] Allah berfirman lagi: Di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat).

Tanggal 27 April 2008, perginya seorang teman sejawat kami untuk selamanya. Seorang insan yang dilahirkan kurang sempurna sifatnya tetapi mempunyai kecekalan untuk berdikari bagi menyara kehidupannya dan keluarga. Akhir sekali kami bertemu sewaktu majlis perkahwinan kami, Ogos 2006. Al-fatihah... untuk PokNik. Setiap kali ada kematian, pasti kita akan menginsafi diri sejenak. Walhal kita disuruh menginsafi diri dan mengingati mati setiap detik dan ketika. Kepada yang masih hidup, ingatlah.. Hidup ini hanya sementara, setiap amalan dan perbuatan akan dihitung walaupun sebesar zarah. Apabila mati, segalanya akan ditinggalkan kecuali 3 perkara iaitu sedekah Amal Jariah, Ilmu yang berguna dan diamalkan serta doa dari anak yang soleh.

Suka di sini, ingin saya membawa rakan-rakan sejenak, untuk kita sama-sama berfikir dan mengingati mati. Seperti yang kita tahu, kehidupan dunia hanyalah satu permainan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Dan tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan belaka, sedang kehidupan akhirat lebih baik bagi orang bertakwa. Apakah kamu tidak mahu memikirkannya?” (Surah Al-An’am: Ayat 32)

Marilah kita renungkan hadis berikut:
Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:

“Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?”

Rasulullah menjawab: “Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat.”

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Perbanyaklah mengingati mati.” (Hadis Riwayat: At Thabrani)

Rakan-rakan... Ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, Hidup sebelum mati.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Hakim pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam ialah orang yang panjang umur dan baik pekerjaannya. Sejahat-jahat manusia pula ialah orang yang panjang umurnya tetapi jahat pekerjaannya.”


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
` ` ` ` ` ihikhik ` ` ` menari ` ` gelakguling ` ` ` ` ` ` ` adus ` tension ` ` ` ` ` ` ` ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ' ''